Wednesday, July 15, 2009

One of my winning reward had been spent....

0 thoughs..
I'm still tired!

Tired, penat, ngantuk, lesu, letih dan sebagainya lah.

Just back (not just lah, came back edi) from Redang last Monday.
And I'm done to spend one of my winning rewards tu nge....

Ok, ekceli hadiah kemenangan tu kan holiday ke Bali tapi di atas sebab2 kewabakan H1N1 and I plan to bring my kids along kan, so better don't take risk. Even ramai cakap takde menda la, kalo dah nak sakit dalam rumah pon boleh sakit la, tapi takpelah. Berjaga2 tak salah kan..

So jadinya I changed the trip destination to Sabah instead. Pastu nak bawak la PIL skalik. Skali kena tambah about RM2500++..?? Like huh..? Ok tak jadik bawak derang, it's oni me, hubby and the little tiny small small kidos. Tapi kena add another RM650? Like apakah...??? And the winning package is like RM3k punya package..?? Apakah aku hendak melancong ke Nagoya, Japan..??

So dengan secara last minutenya aku cancel trip to Sabah dan menukarkan diri ke Redang. It's like back to kampung halaman ekekeke... Nway ok la kot sebab last aku jejak kaki ke Redang adalah masa aku seusia Sofiya dulu haha..

So alang2 ke Redang aku hangkut skali sume family aku ke sana kan. RM3k ke Redang harusla dimanfaatkan betul2 ait...? So they gave me penginapan di Redang Reef Resort selama 3 hari 2 malam.



1st day (Sat - 11/07/09)

- Seawal kol 3 pagi aku dan bangun siapkan segala jadah menda coz teksi akan datang dlm kol 4.30am.
- Bertolak dari rumah n sampai LCCT dalam kol 5.30 gitus.
- Flight frm Kl to KT pukul 7.05am and arrived 40 minutes later.
- Terus van persiaran amik kitaorang pegi Merang jetty and meet my family there.
- Boat ke Redang tentatively bertolak @ 9.30am tapi di atas sebab2 seperti penggedekan (ayat apakah ini) boat yg lambat tiba ke jeti, isi boat ramai2 pastu sampai ke depan sana kena patah balik ke jeti coz ada polis marin (kes lebih muatan) dan ngok ngek ngok ngek, sampai2 kat Redang adala dekat2 kol 12 dah.
- So kol 12 amik lunch @ Redang Reef Resort. Time ni perut adalah very the lapar tapi lauk adalah seperti T_T. Aku makan nasik putih sama itu ikan kembung goreng sahaja.
- Kunun2 nak rilek tapi sume dah tak tahan dengar deruan ombak kan, terus je tukar2 baju dan bertolak ke pantai nan membiru...!!!






Tell me, siapakah yang dapat menahan diri dari memalingkan wajah dari air laut yang berhijau kebiruan itu..? Tell me..!!


- So kami mandi manda di bawah panahan terik mentari sampai la petang... Rasanya cam Kaho Naa Pyar Hai pon ada hokey.. Nge...
- Malam tu we all just jalan2 menyusur pantai je sambil menikmati angin yg menderas. Rupanya nak ribut da.. So balik bilik titun! Oh ya, the dinner is a bit ok coz a BBQ dinner kan. Boley la telan kambing panggang ngan potato bakar dia tu. But the nasik goreng is like *die!*.



2nd day (Sun - 12/07/09)
- It's SNORKELING time..!!! Plan to go with hubby and my bro, tapi di pertengahan jalan hubby adalah menarik diri. Alasan-nak jaga anak2 <-- apakah??. Yg sebenarnya adalah gayat kan nak naik bot lagi. Kan kenek kan kan kan kan... - So sudahnya aku pegi ngan adikku sahaja. Snorkeling adalah seperti expertise sahaja kan. Berenang macam ikan duyung cacat haha... But I really enjoy that moment! Even tak snap gambar sekeping haram pon. Coz aku tak brani nak pegang kamera hubby di tengah lautan. Skali tenggelam ke dasar laut, gila! Tak pasal2 Decepticon tolong pulangkan.


Ini bukan tengah snorkeling. tapi tengah mandi2 manja di tepi pantai.

- Lunch seperti biasa- SUCKS!
- So @ 2pm aku ada janjitemu utk membuat sand castle ngan Sofiya while hubby bersemangat kobaran nak pi snorkeling. So once again my bro accompany him.


- Aku plan nak gi snorkeling yg kol 4.30pm nye sebab dia nak gi Marine Park. So okla. Skali rupannya derang tukar plan pi Marine park kol 2 tu. Like ha..???? Tapi aku nak tukar baju tak sempat dah hokey. Hubby dah bermuka serba salah sebab dia tau aku nak pegi sesangat kan tapi dia pon tak tau nak buat apa. So aku dengan wajah merajuk cam pegi la pegi la. Enjoy urself! (padahal bukan salah dia pon kan ekeke).
- Aku dah takde mood nak main2 pasir dah heh. So balik bilik lepak2.. Tak lama kendian, hubby ngan adik aku balik cam cepatnye..?? Rupanya derang tak jadi pi Marine park sebab ombak bergelombang besar. HAHAHAHHHA... tulah! Satu boat dah kena tulah panahan mata aku. Sekor pon takleh enjoy kalo aku tak dapat enjoy! HAHAHAHAHAH again!
- So petang tu we all just mandi laut dengan sepuas puas puasnya! Mencabar gelombang yang besar2 dan melompat2 kejakunan haha..


mari kita cabar ombak inis..


Yiehaaaa!!!!


- Sudah mandi laut akan memacu kelaparan perut. Tapi jengah je lauk cam biasa- arrghhhh, rasa cam kat Zimbabwe plak. So makan buah je. bencis bencis.
- So malam tu menyusur pantai lagi carik makan. dapat la burger sebijik sorang buat pengubat duka..
- Malam tu tido awal (awal ke) sebab nak balik dah esok uhuk uhuk!


3rd day (Mon - 13/07/09)
- Balik day.... (ala.........) Kejapnya la masa berlalu kan... rasa cam nak bermastautin kat sini lelama sket sampai tan cam Salma Hayek. Tapi oleh kerana tuntutan kerja mencari rezeki terpaksa la pulang...
- So balik ke daratan sedari kol 8am bertolak from pulau, arrived @ jetty dalam kol 9 lebey. Awal lagih tuh! flight petang so pelagi.. transit kat umah dulu la...

Yeayy..! Balik rumah yeay yeay!

- Then lepak2 dalam kol 1 baru la gi airport. Flight @ 2.50pm so sampai kl dekat kol 4 dah. Cam blur gila sampai KL. Back to reality yg tak best... bz... tension.. in a a hurry ke sana sini dan macam2 lah.. reality is always not fun kan...


So camtulah percutian singkat ku ke Redang.. Rasa minggu depan cam nak bercuti lagi pegi Perhentian lak. boley?


Jadi para tetamu, pegi Redang, tido RRR boleh, tapi makan adalah fail. Enuff said..



Ok, balik ke perasaan di awal penulisan - I'm TIRED!!!!!!!!

Wednesday, July 8, 2009

Specially dedicated for him....

3 thoughs..
Please take a look at this picture..






Well.. Yes, ia adalah loceng kecemasan or alarm or whateva it called.

Biasanya kegunaan loceng ini is either sign orang datang rumah, berlaku kebakaran, pencuri nak rompak bank or apa2lah sign lagi.

But this alarm is so so so special...


Why?



Bcoz tiada satu pun tujuan ia diletak di situ bagi tujuan2 di atas.




And proceed at this picture...







Ini adalah suis kepada alarm tersebut.

Dimana suis ini terletak..???

Well bukan kat pintu pagar, bukan kat bank jauh skali kat kedai emas.



It was located at MY ROOM..




Feel weird..???




Nothing is weird.....



Let me explain it to you and why I create this entry..



Dulu masa kicik kicik dahulu, aku adalah seorang yang amat penakut yang amat sangat...

Plus aku adalah anak tunggal selama 11 tahun so aku adalah very the manja dengan ma ngan abah aku.

Even aku penakut, tapi aku nak jugak tido bilik sendiri. Sebab apa? Sebab ma beli cadar yg best gila yg ada gambar katun Lat. So kalo tido bilik ma ngan abah, aku akan tido di atas tilam yg kurang best bersebelahan katil mereka tapi kalo tido bilik sendiri aku akan landing down di atas katil aku yang best beserta di atas cadar yg masih berbau kedai tadi.

Tetapi masalahnya, setiap malam, aku akan membayang yg bukan2 sebelum tido.

Yang pasti, aku akan kelubung satu badan dari kepala sampai kaki dengan selimut sampai berpeluh2 tanpa bergerak2. Pada pikiran aku, kang aku garu tangan aku sebab kena gigit nyamuk kang, hantu tau plak aku tak tido lagi. Cam "Eh manusia... Ko belom tido lagi rupanya... marila main congkak dengan aku...."

So gatal pon gatal la... Tahan je sampai la aku tertido sendiri..

Begitu juga kalo aku nak terkencing, aku akan tahan sampai nak pengsan, rather than bangun and pegi kencing. Kang ada hantu nak kencing sekali ngan aku kan naya...

So begitulah permasalahan yg aku alami dan sentiasa la aku bitau abah aku pasal hal ni. Kalo my mum, just dengar je le. Then jawapan dia "Eh dah besor penakut apa..." walhal aku baru je 6 tahun ok. err ke mmg dah besar 6 tahun tu..?

Tapi, tidak bagi abah aku.

Selaku abah yang sangat pengasih dan penyayang serta memanjakan aku, dia mencari jalan.

Maka wujudlah loceng itu di biliknya dan suis itu di bilikku.. Betul- betul atas kepala aku dan dengan aras ketinggian yg aku boleh capai sambil baring..

So kalo aku takut ke, nak kencing ke, nak pengsan ke, atau apa2, I just need to press the alarm and sepantas kilat my dad akan muncul di bilikku..



How cool is'n it..?


Can you tell me siapa lagi yg ada loceng yang sama fungsinya seperti ini in other place..??



I bet, no...




Entry ni aku tulis selepas aku tengok video Paris, daughter of Jacko bagi speech masa majlis peringatan semalam. .... "He's the best daddy U've ever imagined..."



Yes....




He's the BEST abah that ever been imagined.....

Wednesday, June 17, 2009

Yeay yeay! Dah jumper..!

3 thoughs..
Susulan lagi hehe...


Remember this 'keheavenan pertama'..? <-- well of coz la kan.. baru cam tread sehari dua lepas..


Well...






     I FOUND IT!!!













From Arzu, Mid Valley.. Ada less lak tu.. Best best...!






So next, adalah beg apple! Jieha tolong....! Ieta tak tau la ada kedai berfizikal ke tidak kat Jakarta. Seres tak tau uhuk uhuk!



Tuesday, June 16, 2009

Beg Apple yg Slurppy!

3 thoughs..
Post ini ditujukan untuk Jieha dan sesiapa sahaja yg boleh mendapatkan beg ini.

Susulan daripada entry kat bawah.

Details pasal beg apple tu adalah seperti di berikut:

Apple

Apple clutch for a picnic at town. Simple, chic, unique, and stunning. No wonder everyone envy your style.
Material: Rattan, Pure/ Synthetic Leather (upon request)
Color: Red, Green


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Contact us:

Address (Media & Administration Purposes ONLY):
Jln.Masjid 2 No.28
Pejompongan - Benhil,
Jakarta Pusat 10210

stockist:
Simplight.NET
info@simplight.net

Konderatu Indonesian Gallery:
Jl Uluwatu II 101 X, Bali - Indonesia

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
THANKS NYAH!

Monday, June 15, 2009

I want them BOTH!

3 thoughs..
Pada masa ini saya begitu MAHUKAN, BERKEHENDAKKAN dan BEGITU INGIN MEMILIKI akan kedua-dua benda di bawah..



Keheavenan yang pertama:



Tudung Ekin ala English style.

Hanya boleh didapati secara online dan masalahnya tuan punya jualan tudung ini belum merestok barang dia sejak dari awal Jun yg lalu.

Ketahuikah anda bahawa saya adalah sangat tidak sabar hendak membeli tudung ini dan mengechek website anda pada SETIAP HARI..?

Jadi sila silalah merestok dengan segera.

It's like now..........!






Keheavenan yang kedua:




Beg sebegini saya hanya jumpa di dalam mimpi.

Dan apabila berjumpa di alam realiti, tempat jualannya adalah di INDONESIA sahaja.

Kenapakah orang Malaysia tidak sekreatif mereka..

Why? Why?

Dan maybe saya akan ke Indonesia.

Bagi memburu beg ini.

Tapi berkeliarannya virus H1N1 mungkin membantutkan hasrat saya.

Tolong....

Mana lagi saya nak cari beg ini.................................?

Nakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!

readers..

 

You know what.... Copyright 2009 Fashionholic Designed by Ipiet Templates Sponsored by Tadpole's Notez