Friday, December 29, 2006

* * -- Welcome 2007 -- * *

Expressed by Noorita Yusof at 3:37 PM 1 thoughs.. Links to this post
Today was my last day in this office.

Yah, for this year.

Tahun 2006 akan berlalu. 2007 yang gemilang (hopefully) will taking place.

So macam kelaziman kita akan mengimbas la kejadian mahupun perkara perkara yang sudah berlaku dalam hidup kita dalam setahun ini.

How about the azam?

I do not believe in azam tahun baru such that.
(sebab cam selalu tak terbuat je. ehe).

So kalo nak buat tu cuba je buat. tak perlu nak menunggu nunggu tahun baru then baru nak set up. sangat lapuks.

So sedikit cebisan kisah yang menjadi sejarah dalam hidupku yang telah dilalui dalam tahun 2006:




JANUARY 06
1st time celebrate birthday as a wife.
Tidak lagi berpeluang berkeji kejian menyambut hari ulangtahun bersama rakan rakan gila kat vista. (korang memang gile okay).
takde lagi cam ala ala suprise party (padahal dah tahu) dari kawan kawan sehuha huha.
Bersama suami mengerjakan solat sunat kesyukuran kerana masih dipanjangkan umur dan dapat mencapai usia 26 tahun. (kejalan benar ok).
dapat pezen baju pegnen (ketika ini sedang boncits) dari hubby.
oh ya. birthday kali ini tidak sangat bernafsu untuk menelan kek dan sebagainya. cuma merengek nak laksa sahaja (mithali tak aku).

p/s: BTW, lagi 22 hari aku mencecah 27 thn. yay! smakin muda!



FEBRUARY 06
masih meneruskan sisa sisa penantian pada bayi di rumah.



MAC 06
sementara membongkang di rumah, ku gagahi diri yang mempunyai insan di dalam perut ini untuk berniaga doorgift orang kawin.
juga sangat gigih menyiapin tempahan dekorasi orang orang yang sudah bersedia untuk berboncits seperti aku.
oh ya. juga sangat bertenaga mengambil upah membangunkan laman web.
dapat la belanja untuk branak kelak.



APRIL 06
Sudah tiba di kampung halaman bagi mempersiapkan diri sebelum berjuang di labour room.
setiap pagi membekalkan udara bersih untuk bayi dengan berjalan jalan di tepian pantai bersama abah.
walaupun damai pandangan mata dan damai perut kerana dapat makan sepuas aneka ragam hasil sumbangan ma tersayang dan sedara mara, namun hati meronta kesedihan dan kerinduan kerana suami jauh di mata. (syahdu la pulak ayat ini).

Dan menyambut harijadi suami dari kejauhan sahaja. Hanya mampu menitip kata dan mengirim bingkisan beserta bungkusan jua. Terima kasih posmen kerana memastikan hadiah itu sampai on time pada si empunya. :)



MEI 06
Saat melahirkan bayi comel tanda cinta kami.
Hari yang tidak mungkin akan kulupakan seumur hayat ini.
Mama dan papa sangat bahagia dengan kehadiran mu sayang.



JUN 06
Masih di kampung menjaga baby dan meneruskan pantangan yang sungguh 'best'.
Selaku pemakan bebas seperti aku adalah tiba tiba kurus merudum kerana menu harian hanyalah sup ayam black paper with ginger, air ibu kunyit dan jamu jamuan.
Setiap pagi dan malam adalah waktu paling 'indah' kerana harus menjerut perut dengan kain panjang berlilitan sehingga mengalami kesukaran bernafas.
tapi harus lah tabah ok kerana harus mempersembahkan diri yang semantapnya untuk suami.

oh ya. ketika ini seluruh drama bersiri TV1, TV2, TV3, Ria, Prima dan segala jadah movie habis ku khatam kerana tugas harian hanyalah berbaring riang di tilam.



JULAI 06
Habis waktu bercuti cuti malaysia di kampung. balik kl dan meneruskan hidup yang berhakikat di alam nyata tanpa lagi bantuan dari ma ngan abah.
:(
saat paling sukar untuk menyesuaikan diri dan kehidupan berbaby yang sungguh mencabarkan.



OGOS 06
Ya. masih gagah dan terus cekap menjawat jawatan mama.



NOVEMBER 06
Mula bekerja kembali dan menghadapi saat paling sukar kerana terpaksa berpisah di siang hari dengan bayiku sayang dan menyerahkan dirinya untuk dijaga orang lain ketika permegian ku ketempat kerja.
(sangat harus memupuk kepercayaan kepada orang lain).
adalah setiap hari aku pulang dan memeriksa segenap inci badannya dan memastikan segala galanya sempurna dan bersih sepertimana aku mengurusnya.
(nasib baik anak mama kekal comel. kalo tidak..)



DISEMBER 06
kehidupan ku sebagai isteri dan ibu serasa semakin indah lagi bermakna.
Semoga tahun baru lebih membawa sinar buat kami sekeluarga di dalam hidup, kerjaya, dunia dan akhirat...







Selamat tinggal 2006 penuh kenangan..

Selamat datang 2007 penuh harapan....


Hiburan untuk perut anda

Expressed by Noorita Yusof at 11:47 AM 2 thoughs.. Links to this post



Apakah makanan kegemaran anda..??

Kalo bosan bosan apa anda suka lahap??

Kalo dah kenyang pun apa anda suka kunyah..??


Eheh.

Tentu korang dapat agak apsal tetiba je aku mencalit kembali masalah berbangkit ini.
Mesti kalau aku tak tengah lapar, mahupun aku tengah bosan.
Jadi takde menda ni kan, apa kata kita berbicara soal yang amat best lagi bernafsu untuk diperkatakan ini.



Makan bila lapar tahap perut naga:
Jikalau aku berada di dalam situasi ini tak lain dan tidak bukan diburu haruslah nasi kan. Di ketika ini aku boleh menghabiskan sepinggan (penuh ok. half, separuh apalagi suku sangat tidak dialukan) itu dalam kiraan 10 minit sahaja.
Keji tak.

Kalo tak pon KFC pon boley la. Aku akan bedal itu Set No 3, disampingan pula dengan cheezy wedges.
Jikalau McD pula aku akan balun itu porridge (Saiz L juga kay) dan sampingannya adalah set ayam goreng (Juga saiz L for ieta). Big fries, big drink. wahh!



Makan bila lapar tahap makan nasik tak puas:
Kalo cam lepas belasah nasik tapi perut still cam ala ala ada space lagi tu aku akan meliarkan mata mencari supplement food yang lain.
Antara yang biasa menjadi mangsa perut serakah aku cam cheezy wedges (again?), mash potato, pengat pengatan, bubur buburan, kepok lekor, goreng pisang, donut atau paling cam maha keji lagi laksa. eh laksa tu cam adalah makanan tengahari okay untuk sesetengah tali perut orang. tapi kalo aku, adalah sangat kebulur jika menjamah itu sahaja (fine. boley la makan ni. tapi harus aku bungkus set nasik ayam pulak bawak balik).



Makan tahap manja manja:
Walaupun kadang perut dah kenyang. Makan dah puas. Tapi cam untuk ala ala mengisi waktu terluang daripada membiarkan mulut tidak exercise tu aku lebih suka memilih buah buahan cam jambu ke, betiks ke, temikai ke (menu sihat kan?) atau menghisap dan menjilati asam asam (asam aku adalah masam juga masin ok. bukan manis atau bergula atau apa. sangat Raw!). Atau tidak lupa juga kacang kacangan ataupun biskut biskutan atau cekelat cekeletan..


Makan tahap saja saja buang duit:
Adapun kadang kadang nak makan adalah kenyang. Nak menguyah adalah malas. Tapi nafsu setan makan itu masih di dada, aku akan merakus beli cam m&m ke, Mentos ke atau paling tidak keropok keping. itu paling paling la tu. makananan tidak mengenyangkan namun untuk kepuasan mulut semata.


Hebat proton tak aku.

Dan dari kecik sampai skang aku paling takleh tinggal 3 menda ni la. Ingat 3 menda ni, ingat Ieta:

1) Ayam goreng.

oh kenapalah rupamu sangat indah..?


Tak kira la KFC ke, McD ke, Shakeys ke, kat Giant ke, kat Carrefour ke, kat Jusco ke, kat pasar malam ke.. (Ayam goreng kat hentian Yong Peng sedap tahap ketagih okay).

2) Mee Maggi (perisa kari & ayam).

sedapnye........

k la. k la. ada monosodium glutamat. tapi tak selalu kay. tiap tiap minggu je kay. ehe.



3) Asam masin aka asam boi (bulat bulat yang masin tu. tak semestinya hamil sahaja ok ambik vitamin ni).


uuuuu............



4) Laksa Penang/Kedah/Perlis


harusla carik kat pasar malam ari ni!


cedapppppp.... tabur sama itu cili padi. fuh, marrveless!



Aduh.... Sangatlah heaven makanan makanan berkhasiat ini. (air liur haruslah agak berkumpul kat mulut ketika ini).


Jadinya itulah sikit sebanyak, sebenarnya banyak korang dah tau pasal tabiat pemakanan dan rahsia aku tampil menawan dengan bentuk badan ini kan?
sangat 'menjaga makan' kan..?

takpe.. selagi kita sihat boleh makan, kita makan..
jangan dah terbaring lesu di katil dan hanya layak telan kapsul beraneka warna dan cucuk tiub kat lubang hidung baru nak ingat chicken chops sudah tiada artinya lagi...










p/s: makan, makan juga. harus pandai cari makanan bersih. ingat, perut adalah hospital anda.

Wednesday, December 27, 2006

Jodoh...???

Expressed by Noorita Yusof at 2:12 PM 8 thoughs.. Links to this post
walaupun seperti adalah agak lambat dan seperti penghampiran basi cerita ini, tapi haruslah cam tiba tiba je melintas di kepala utaks aku, then aku rasa aku agak bernafsu untuk mencatat sepatah dua kata perkara sia sia di sini untuk tatapan hadirin sekalian..



apa pandangan anda mengenai jodoh?

adakah ketentuan Tuhan semata mata?

atau haruskah kita juga mempunyai peranan dan watak bagi memperolehi jodoh?


aku sendiri masih juga belum ada jawapan yang agung bagi soklan soklan ini.
tidak tepat untuk kata ya mahupun tidak mahupun maybe dan sebagainya.
kerana ia adalah suatu perkara yang sukar dimengertikan dan selalu disalahartikan.

aku pernah suatu ketika dulu adalah agak seperti tersentak dan tersentap.
ketika berusaha melepaskan diri dari genggaman sangap bekas boyfren aku. (amat banyak songeh okay dia sebelum lepaskan aku. sangat bosan).
adalah kata kata akhir aku pada dia "kalau ada jodoh, adalah." (ayat lazim ok untuk menitik hubungan).
tapi apa yang dijawab oleh mulut mungilnya harusla kan masih terngiang di cuping telinga sehingga kini. "kalau ada jodoh tapi tak berusaha pun, tak guna".

VASSS!!

aku seperti, nak ditelan kenyang, diluah membazir la kan.

sangat mendalam lagi bernada pasrah okay kata katanya.

membuatkan aku terkedu seketika. (tapi tidak bermakna aku tidak meneruskan niat untuk meninggalin dia).

walapun ayat itu mungkin rekaan dia (yang sedang desperado mintak aku stay. nevah!!) semata mata, namun sikit sedikit ada jugak betul di situ.

dan di ketika dan mulai dari saat dan detik itu aku selalu terfikir. adakah jodoh boleh diubah ubah mengikut kadar usaha dan kehendak serakah kita? adakah mampu melawan takdir qada dan qadar yg sudah ditetapkan di Loh Mahfuz?

tapi untuk diri dan situasi aku kata kata orang itu 7 tahun dulu sudah tiada artinya lagi. aku kini bahagia (Alhamdulillah) di samping suami aku yang tersayang dan anak aku yang tercinta (Alhamdulillah lagi).

Cuma aku kembali terheret hati untuk diskusi pasal ni lepas terjadinya perkahwinan perkahwinan gempak melampaui batas minda dan kemanusiaan yang berlangsung di sana sini.


kalu dulu masa aku kecik (kecik harusla kan masih tidak begitu mengerti apa itu tujuan sampingan perkahwinan selain cinta), aku cam amat geli dan amat tertanya tanya bila Mazuin sanggup berkongsi hidup nya yang indah itu dengan Pengiran Sufri (walaupun sangat kaya raya maya namun rupa amatlah WAH!!!!!!!)
aku cam kalo aku lah amat akan menutup mata serapatnya jika ingin berciuman mahupun berpelukan dengan orang seperti itu.


Pengiran Bini Mazuin


tapi.... kata mazuin, sudah jodoh saya.. pengiran sufri sangat baik.. baginda sangat caring.. sangat bersifat kesuamian yang terserlah.. sangat itu dan sangat ini.. (tertinggal: sangat menabur berlian di tangan saya).


dan aku juga agak cam WHAT??? bila tiba tiba Mas Anizan tergamak hati meninggalkan teman lelakinya yang sudah dicanang, si Ijoy yang manis menawan itu untuk jatuh ke riba Datuk Ali Bapoo yang berpeha tembam itu??
"Sudah jodoh tersurat.. Datuk calon yang amat sesuai untuk saya" (amat sesuai sebagai atuk sebenarnya).


Mas Anizan


adakah sudah jodoh ketentuan Tuhan ataupun dengan sengaja menjodohkan diri dengan uwang uwang si dia itu yang berlimpahan..??


Juga ketika Permaisuri Aishah sanggup bertaruh nyawa untuk 'hidup bahagia' di samping Sultan Salahuddin yang 'amat muda remaja' itu kan..?
Atau di dalam kepala tersemat agenda, ala... aku kurang kurang dok ngan dia ni paling lama 2 tahun je dan bleh aa jadik permaisuri agung hatta sekejap cuma... pahtu bleh aa aku balun seme duek dia lepas dia goal! (Astaghfirullah.. Daulat Tuanku...)
dan nah, amat berjaya sekali dia mengapai cita cita sebagai balu kaya dan bernama yang bahagia..


Permaisuri Aishah


ini suratan takdir dan jodoh jua...


masa silih berganti.
adalah amat bersepah sekali kejadian jodoh jodoh seumpama ini.


Hinggalah yang paling letes dan sensasi da boom.


Dato' K dan the wallah of all Siti opps Datuk Siti Nurhaliza.


Siti and Dato'K


"Dato' adalah manusia yang amat memahami saya. Dato' adalah chenta yang saya cari selama ini. Saya jatuh cinta pada sifat tanggungjawab Dato' pada anak-anaknya (sangat!). Syukur dengan jodoh ini"..

Harusla seperti membina mahligai di atas tanah becak dibasahi air mata seorang wanita lain? Harus juga mengambil alih tugas dan nama seorang ibu pada anak-anak yang hampir sebaya?

Oh.. Jodoh ketentuan...


Dan paling menggelupurkan pikiran masyarakat ketika perkahwinan Dato hapa ke benda nama dengan Puteri Shahanaz yang amat seswai sekali digelar anak itu? (haruslah sebaya umurnya dengan anak dia kan. jangan pula anak bersyahwat dengan ibu sendiri pula). apakah sangat bangga dan tiada rasa geleman bila bersandingan di atas pelamin dengan 'bapa'? dan bergandingan tangan memotong kek perkahwinan seperti memotong kek ulangtahun atuk yang ke 60?

oh.. Dato adalah anugerah Tuhan buat saya.
(Ya... anugerah wang dan harta menimbun sebenarnya)..



Adakah ini semua betul ketentuan jodoh, kerja Tuhan..??

Dan kenapa setiap kali jodoh itu haruslah manusia yang kaya raya berharta melata walaupun tua bangka tiada rupa pula????
adalah tidak kisah dan tidak mengapa semua itu kerana itu semua adalah JODOH...????


aku pelik.

di akhir zaman ini banyak sekali jodoh kententuan yang ditetapkan si gadis dengan si tua tapi yang paling penting tidak harus ketinggalan adalah musti mau kaya.

aku cam masih pelik.

Perkara jodoh selalu dijadikan alasan.
Selalu dipersalahkan.


namun..


ada jugak kejadian yang mengingatkan aku bahawa kekuatan jodoh dan cinta sejati itu masih ada.
masih wujud.



Sri Bayu dan Erema.



Nasib baik cinta sejati masih punyai ruang di dunia ini.

dan ini haruslah layak digelarkan sebagai


Sudah jodoh.

Tuesday, December 26, 2006

Have you check your maid's background..??

Expressed by Noorita Yusof at 3:39 PM 0 thoughs.. Links to this post
Something yang aku terimai dari emailgroup hari ini:

This happens to me just a few weeks ago (nov 2006). I had taken a maid from
one tekong in sg buloh few months back. She was screened. Her name was
uyun. She is from madura. Age late 30.

I was very satisfied with her services. Everytime I come home, the house is
spick and span. Floors mopped, windows wiped, dishes cleaned, laundry
folded. No complaints. But I noticed that she never had any sprinkle of
water over her, she was never wet or look tired after a day of hard work.
And we live in a huge penthouse.

One night we were having a family dinner. The phone rang and she picked up.
But the moment she said hello the line went dead. This happens a few times.
So i suggested that next time it rings, i will pick it up. So the phone
rang. It was a guy on the other line. He said that if the maid is next to
me just answered everyting as "yes". So I did. The guy pictured the maid to
us and identified our house correctly. He told me that my family and I is
in great DANGER and asked me to take the family out immediately and meet
him somehwere.

I put down the phone and told the maid that my mother-in-law has fallen ill
and that we have to go back to Kelantan right that minute. She insisted to
come along but I instructed her to stay.

We dumped our children and my parents at the mall. My husband and I went to
see the guy that night. The guy said that the maid used to work for her. I
asked him how he got our number. He said that the maid has been calling
their teenage son everyday as she had fallen in love with him. But that is
just part of the problem.

Later they discovered that the finger tips of their 5 year old son were
damaged. They got smaller and thinner. The doctor said that something or
someone has been sucking blood out of the fingers. So they immediately
sacked the maid.

I didn't believe the guy, but later told my father who is paralysed and
lived with us on the ground floor. He said that he noticed something was
wrong with the maid. Everytime he wakes up to go to the toilet at 2 or 3 in
the morning, the maid was not in her room and the door was wide open. She
could not have been outside the house as she doesn't have the key to the
front door.

I sensed something wrong. I told my husband to send her back. When we got
home, we told her that we have to be in Kelantan for a few months and that
she has to go back to the tekong. She refused to go and refused to pack.
But I insisted to send her that very same night and said that I will send
her things later. By then my husband managed to get help from a pak haji
neighbour to follow us to the tekong. She was very angry of course but did
not say a word.

We went back to pack her things. I found a menu in her bag that says she
has to eat 10 eggs on monday night, some blood on tuesday night, chicken
blood on wednesday and so forth.

My husband and I together with the pak haji went back to send her stuff the
next night. As soon as the tekong opens the door, pak haji felt that
someone has lifted him up and threw him over to the wall. I saw with my own
eyes. He literally flew from one end to the other end of the room. He got
up and we quickly ran to our car. By then the tekong had came out and
shouted something to us. Since we had already left he called us on the
phone. He was shouting at us "Apa benda kamu hantar ini?? Benda berhantu??
Dia sudah marah sekarang sedang terbang keliling rumah!!!". My husband just
shut the phone off and we went home.

Guys, please be careful. I live in Ampang and the tekong house is in Sg
Buloh. This incident happened just a few weeks ago. This "maid" or whatever
creature she may be is still flying around somewhere. This is not a ghost
story. I don't get a single cent out of this. Please be careful.




okkayyyyyy.....

tiba tiba ingatanku menerjah orang gaji kat umah la pulak kan..
yang sedang bersama anak kesayangan aku kan..

lemmi see...

dia takde plak tak penat penat atau tidak berpeluh walau setitik setelah membuat keje rumah. kadang sampai biru muka pon ada.

anak aku takde pulak kurus ke sakit ke hapa stakat ini. makin temam adala..

takde plak dia angkat tepon putus ke hapa. salu pass kat aku je, kalu aku ada lar.

aku takde plak anak lelaki bujang untuk dingorat. suami aku dia tak ngorat la. (hopefully terus tidak). suami aku juga aku rasa tiada keinginan padanya yang gemoks lagi gedempol itu kan. (kan sayanggg....)lagi pulak dia tidak perlu desperado kerana dia sudah ada laki yang tinggal bersama sama dia di sini.

takde lak bangun kol 2 3 pagi dan dia tiada bilik.
harusla kan sebab dia tak tido kat umah kitaorang. kehs kehs kehs..

dan takde plak dalam handbag dia ada menu menu mengarut apa harus makan hari itu dan hari ini (aku tak pernah la korek hendebg dia. tapi aku tau apa benda ada kat dalam. ekekeke).

takde plak dia hangus ke ilang ke apa bila aku ngaji depan dia. eheh.

so...

hopefully dia ok la. dan terus ok. (walau mulut itu ada sikit banyak). Insya-Allah.

kalo tak ok, aku pecat je. muahahahahhahaha.......

hah..?? (ala shin chan)

Expressed by Noorita Yusof at 12:18 PM 0 thoughs.. Links to this post
After such a long weekend (extra shari je actually. tapi panjang ah tu kan), so today datang keje dengan perasaan ada itu sedikit kemalasan tercalit di dalam diri.
Lagi lagi pulak bila ingat kat my cute little adorable daughter yang ditinggalkan kat umah setelah 3 hari puas bermanja manjaan, lagi la cam NAK BALIKKKKK.....

But but...

Aku harus tabah.. eche!

So hari ni kat opis everyone is like still in cuti mood. Ditambah pula boss boss manager manager sekelian adalah ghaib kerana masing masing menghabiskan cuti, still krismas la wat ever hingga new year depan. jadi seme masih riang gumbira berpoye.

tapi now aku cam ada itu sedey sedey sikit coz nanti next week lepas raya hubby aku akan mengursus di penang for 'bout A MONTH!
(keje kerajaan okay. harusla kan kursus kursus). Wowowowooo....

so for sebulan itu everything I MUST DO by myself!

wuwuwu..........

sob sob..

tapi.. takpela.

demi ibu pertiwi. aku relakan.

akan aku tabah menghadapinya.

sob sob.

isteri mu ini dan anak mu akan menanti kepulanganmu dari medan juang itu...





ekekeke...

takdela.. mcm la aku tak penah berjauhan ngan suami kan. agak cam mengade juge bunyinya.
aku pernah ok berjauhan selama 2 bulan ok. ketika bersalin di kampung.
pejam celik pejam celik.
da......
dah abish.....

so takpela. aku selaku isteri yang memahami, akan terus memberi sokongan pada apa jua dia lakukan. untuk kebaikan juga kan. nanti leh aa naik pangkat ke kan. aku jugak yang senang kan... (<-- harus kay ada perangsang untuk mengurangkan sedih).





hmm...











HUWWAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA.........................

Friday, December 22, 2006

Ho Ho Ho.....!

Expressed by Noorita Yusof at 5:00 PM 0 thoughs.. Links to this post
Well..

Since seme orang di dalam mood ingin beraya krismas walaupun tidak mengira jantina, bangsa mahupun agama, so seme orang ketiadaan mood untuk melakukan kerja lagi.
Masing-masing sudah menunjukkan belang belangan serta taring taringan berpoye poye sesama mereka.

- kat depan aku ada yang tengah main sodeku (ke hapa ntah heja dia).

- ada yang tengah mempromot perniagaan internet yang sedang diusahakan (sambil rerakan mengangguk angguk seolah amat faham apa yang dibebelkan).

- ada yang berchattingan yang mana jari jemari amat pantas mengeyboardkan diri sampai kelajuan dia cam bleh kuar asap.

- ada yang lepak lepak sambil wat wat tanya keje banyak tak kat leng luis (ala-ala menjaja minyak urat gittus...)

- ada yang sedang sebok membungkus kismes pezen untuk boipren or watsoever.

- ada yang gigih mengagih small small cute kismes pezen utk rakan rakan sepasukan (syok ok. dapat cekelat.. gegula.. biskut.. sangat chomey rapper dia).

- ada yang borak borak tidak henti henti. (tak tau ok apakah topik since bahasa perantara adalah cina).

- ada yang sedang mengarang blog (heh).


suasana kemeriahan hari raya kismes ini makin hangat dirasai tambahan pula hari ini dan seterusnya adalah sangat tidak banyak kerja yang perlu dilakukan kerana US sudah ramai yang berholiday. Jadi kami jua sama sama berholiday otak hendaknya.

tapi adalah satu kelemahan pada aku jika terlalu free seperti ini.

iaitu kepala ku akan asyik fikir soal makan, makanan dan masakan dan apa sahaja yang sedap didengari oleh mulut dan perut.
(hadiah beskut ngan cekelat yang diberi orang tadi adalah bertahan hanya semenet stengah sahaja okay di tanganku. selepas itu ngapsss!!).


then........... apa aku nak lahap masa balik nanti aaa..............



- MERRY XMAS EVERYONE & HAPPY HOLIDAYYYY.... -

Wednesday, December 20, 2006

I told you....

Expressed by Noorita Yusof at 4:58 PM 2 thoughs.. Links to this post
Hehe...

Ingat nak taruk title Split Personality 3 tadi. tapi cam jilid buku la plak. ehe.

u know, (mana tau lagi kan. terus terus..)

tadi aku pegi toilet, opps! washroom. heh.
(tujuan aku adalah untuk membuang hingus yang berlebihan okay).

then sambil menghembus dengan rakus tu kuar la sorang girl ni dari jamban (sub-jamban la kira).

dengan tiba-tiba masuklah akan seorang manusia dari pintu wahsroom ni dengan laju nye.

aku sangat terkejut memandangkan orang itu amatlah besar dan 'gagah'.

dan aku perhatikan wanita yang baru kuar toilet tadi telah terperanjat besar sebesar gajah dengan muka segera memucat (ekeke... dejavu dari aku eheh.)

yg orang tadi terus berpusu masuk ke sub-jamban dengan penuh dam! pintunya.

ekeke....

girl ni cakap.

"this is my second time ok kena macam ni. derang ni wat terkejut je la. ingat salah masuk tadi".

nah,


I TOLD YOU.......

ekeke...

cam sebijik tak cam aku kena dulu (entry: Split Personality).

sangat terperanjat ok jika tiba-tiba masuk orang cam 'lelaki' dalam lady's washroom (bukan orang yg aku mentioned b4 dalam entry lepas tu. ramai okay kaum sebegini di sini).

tapi setelah kejadian yg aku kena dulu (heh, pengalaman mematangkan), tadi aku taklah shock sehingga Gulp! sangat.

Aku rilek jer aa...

tapi my point is....

betul tak yg amatla cam agak bahaya jika mereka mereka ini mengencingkan diri atau apa saja di tempat gender-ori mereka sedangkan mereka sudah tidak ori lagi.

boleh menimbulkan salah faham dan kezzutan pada umat lain.


I told you..................... ekekeke....







p/s: rupanya 'mamat' tu adalah bukan mamat. mati hidup (bukan mati mati kay) aku ingat dia jantan sejati. tidak tulennn banggg.....

Tuesday, December 19, 2006

mmm...

Expressed by Noorita Yusof at 11:25 AM 0 thoughs.. Links to this post
Pagi ini hujan.

Bila hujan cuaca menjadi sejok.

Bila sejok diri malas bangun.

Bila malas bangun tangan tarik selimut.

Bila tarik selimut diri tido balik.




wekap bebeh wekap..!



itu adalah kejadian jika anda berada di perkampungan mahupun di percutian.

namun realiti sekarang adalah walau bagaimana sejuk dan bekunya cuaca di luar, kita adalah harus bangun jua dengan tabah demi mencari sesuap ataupun lebih tepat bersuap suap nasi.

so continue........

tadi tu kan, sejuk sejuk ujan tu bangun la kan. pelagi.

then di key ell ini jikalau hujan hatta setitik pon jalan mesti cam jam kan.

kluar dah awal ok. ditambah pula dengan cuti sekolah yang sedang berlangsung (best ok korang. boleh dok umah tengok katun). seharusnya tidak jam dengan dasyat.
namun tadi kalo dah namanya 'cat road', memang wajibal ghunnah akan jam. headache...!

aku bukan apa. bukan susah pe pon kalo jam jam ni.
kete hubby aku yang drive.
(aku dok sbelah je tengok tengok luar, dengar dengar radio (sinar oh..) sambil berchitchat yang tadey kesudahan ngan hubbyku).

HP plak tadek punch card. just cam ala tidak apa walau lambat seminit dua juga 5 minit ke 10 minit ke... (tapi aku sangat sharp ok datang. adalah tidak suka datang lambat kerana harus menjaga reputasi yang bersih ini. eheh).

just yg aku tak puas hati adalah kerana aku tidak dapat meminumpagikan diri di restoran limau purut(pbd) yang penuh dengan menu hebat dan wallah untuk kaki makan seperti aku. amat tidak dan.............

sudahnya hanya menjamah brekpes free yang cam tangkap muat sahaja di pantry (yela, nama pun free kan). tidak puas okay? tidak puas.
opps! bersyukur la dengan apa yang ada...

so...

hmm actually apa isi kandungan yang ingin aku utarakan ni.

aku pun cam kompius..

hmm nevermind la.. karang kalo ada cite best tulis lagi..

Monday, December 18, 2006

How to live in MEAN world

Expressed by Noorita Yusof at 2:33 PM 3 thoughs.. Links to this post


I tell yew, dun u ever ever mess with me..


Maybe I do look like pendiam shy person, and it's really susah for me to hate person. But once the word benci and marah aku tiba pada sesiapa, it will be last FOREVER.

Mesti cam pelik kan. My entry akhir-akhir ini agak ganas dan penuh kebencian, penuh kutukan, penuh berapi. But one more time I tell yew guys, hidup di dunia yang kejam ini tidak boleh terlalu baik lagi. Sometimes kita harus keluar dari kempompong kesantunan untuk membawa diri. Selamanya ditindas..??? NO WAY!!

Dah banyak kejadian yang aku alami dulu yang menyakitkan hati, menyusahkan jiwa, tapi aku just pendamkan dan I was like 'malas nak layan'.
Tapi kebanyakkan manusia yang hidup di dunia yang fana ini adalah manusia yang jahat, kejam dan tidak pernah puas menyakiti orang lain.

Dan dulu aku selalu memilih untuk menjadi mangsa.
Tapi kini, sorry, you will get back wat you have give!


YES...

Aku sekarang adalah di dalam suatu emosi.

Emosi marah dan sangat geram.




For those yang ingin mengambil tahu cerita aku, just continue.
For those yang malas amik tau. Close this window.


Aku dari kecik (infact maybe dari lahir) adalah seorang yang boleh dikatakan pendiam+pemalu pada orang yg tidak rapat dengan aku. Dan aku selalu merendah diri, buat-buat tak tahu padahal aku tersangat tahu (for those yg suka berlagak serba tau), selalu mengalah (aku adalah sangat malas berdebat. tidak guna dan membuang air liur dan tenaga tekak sahaja. satu masa kebenaran akan terbukti) dan macam-macam lagi la perkara yang aku pilih utk buat bagi mengelakkan pergaduhan dan ketidakpuasan hati orang lain.
(I know, all the sifat murni tu turun dari abah aku. he's such an amazing penjaga hati orang di muka bumi ini. proud of u!).

And atas sebab sifat aku itulah aku ramai kawan ok. Hatta dari orang atasan hinggalah ke tukang kebun sume kawan aku. Aku SANGAT TIDAK SUKA menyakiti hati orang lain. Aku SANGAT TIDAK SENANG HATI jika orang lain tidak senang hati. Even kalo nak makan, lets say aku nak makan ni (dalam hati), tapi kawan aku nak makan tu, aku akan mengalah dan pergi ke kedai jual 'tu' itu. Aku tak suka bila aku cakap aku nak makan 'ni', dan dia ikut aku. Pada aku even dia follow aku, tapi maybe hati dia tak puas kan. And I will keep thinking of this sampai nak makan pon tak selera sangat. Aku tak suka jika kawan aku tak dapat apa dia nak. Oleh sebab itu aku akan mengalah. Always mengalah..

Sama jugak kalo teman kawan aku beli baju. Hatta baju yang dia pilih itu amat tidak cantik dari pandanganku, tapi yet still tanya aku how's the baju, aku akan cakap ok, cantik. Coz y, aku tau dia suka baju tu. Dia just tanya aku utk confirmation sahaja. It's their choice anyway! Citarasa orang tidak sama.
Tapi kalo buruk nak mam tu aku komen la gak. takkan nak bagi kawan kita nampak cam badut right?

And kalau berkata-kata.
Akan aku jaga kata-kata aku setiap kali berbual dengan kawan-kawan atau sesiapa saja.
Takut..
Taknak hati mereka terasa..
Walaupun kadang-kadang aku pon tak setuju dengan apa yg aku kata. (Sounds hypocrite rite?)
tapi itulah aku (hypocrite?? maybe).


dan... macam macam lagilah apa aku buat just untuk MENJAGA HATI ORANG LAIN.


Tetapi....

Tetapi kawan kawan...

Itu adalah dulu...

Ieta yang dulu..

Ieta kat Terengganu..


Selepas aku datang ke kota besar Kuala Lumpur ini.
Untuk study seterusnya bekerja.
Sifat asalku itu sudah tidak releven dipraktikkan lagi.
(I mean untuk orang yang masih tidak kisah untuk berbaik hati dan sebagainya tu terpulang la. Ini aku okay. It's my blog remember..?? Not yours REMEMBER..????)

Aku dapati orang sekitarku mostly are MEAN persons.
Jenis yang.. aku punya sukalah! peduli apa haku!!!

Dengan perangaiku yang merendah diri, jaga hati all that angel's kind hearted tu tidak langsung dihargai.
Yes... Kita harus baik untuk mendapat kebaikan di dunia dan akhirat.
But hey! aku bukan nak merompak orang ke membunuh!
Tak salah okay apa yang aku fikir.
Aku harus punya identiti.
Harus punya harga diri.


Setiap kejadian yang I mean susu dibalas tuba things, aku amati.
Sampai bila ok aku harus mengalah semata-mata nak jaga hati orang lain..???
Macamla diaorang nak jaga hati kau!
They just don even give a damned!

Then.....

started from that....

Aku juga menjadi..

I dun give a damned person.

MUAHAHAHAHHAAHA.....



Adalah berbunyi seperti orang jahat baru lepas buat jahat kan?
ekeke....

jangala takut bang..

aku tak la jahat camtu lagi la...

I am still Ieta, yang kiut comey baik hati tu. (Adalah sikit perasan di sini. I dun give a damned! huehuehueh...)

apa yang aku nak maksudkan dalam entry ni adalah...

adalah menjadi silap besar dan satu bencana.

bagi orang orang yang rasa, cuba, ingin mahupun sudah berbuat jahat, menyakiti hati dan sebagainya pada aku, akan aku balas balik seadilnya pada mereka semula exactly apa yang mereka patut deserved.

aku dah tak peduli.

aku dah tak kisah.

apa saja kau rasa.

apa saja kau fikir.

adalah.... LANTAK!

ekekekeke....



kalau tiba-tiba korang rasa cam tak senang, annoying dengan aku tu.

maka ketahuilah oleh dikau bahawa kau pon buat menda yang sama kat aku.

dan aku pun pernah rasa sama cam kau rasa ni dulu.

ekekeke....

aku just balas balik apa yang kau bagi tu.
(get it Lia?? Get it whoever yang dah kena ngan aku DAM! atas muka? get it????)





what you give.... you get back....... lalala.... (<--scorpion's bebeh!)

Friday, December 15, 2006

Jagaung.. Jagaung...

Expressed by Noorita Yusof at 10:11 AM 4 thoughs.. Links to this post
Suatu hari di waktu selesai makan malam di restoren..

Me + Hubby + Kawan Hubby1(KH1) + Kawan Hubby2(KH2) + my little baby(harus ada)...

KH1: Eh, nak..? <-- offer his rokok to KH2 and hubby (he's not smoking nway, eh)

Hubby: Tak, aku tak isap.

KH2: Aku isap. Tapi cap kuda nabai.

KH1: Menatang apa plak kuda nabai tu. tak pernah dengar pun. gudang garam nye geng ke?

Me: - Blur + tak tau apa apa lalu diam sahaja -

Hubby: Rokok daun ke. keh keh..

KH2: Ala rokok hak ada gambo binatang tu. kuda nabai tu..

KH1: Camel??






KH2: Eh balik kekgi singgoh seben eleben ee..

Hubby: Hang nak beli pe sana. Rokok kuda nabai. ehe.

KH2: Dok ah. Air 'tujuh yu pe'.

KH1: Tu dia... Air kejadah apa la plak tu... jangan holy water dah..

Me: 7-up?






hmm... sangat berperibahasa baru.
KH2 adalah orang terengganu (cam aku gak).

tatapi..

lebih tepat lagi dari kuala berang, tganu. (It's hulu terengganu actually. kampung emang manang).




there it is.. blakang kan..

orang kuala berang ni amat femes ketika tibanya hari sabtu (hari blacklisted oleh mak aku jadi aku takleh kuar gi bandor ngan kawan2). kerana mereka secara berjemaah beramai ramainya turun ke bandar samada membeli belah, melepak lepakan mahupun mencari jodoh di stesen bas.

dan amat senang dan mudah sekali untuk mengenalpasti golongan mereka ini.
yakni dari segi berpakaian antaranya.
yang berbaju orange berkain hijau mahupun bertudung biru beserta sangat merah menyala di bibir, nah... itulah orang kuala berrang..
mudah kan anak anak...
and..
macam KH2 di atas tadi, melalui gaya percakapan jua boleh dicamkan dari manakah mereka ini..


"nok beli jagaung ni buleh.. jagaung ni brape ringgait. dari bukait mana ni ambaik ni jagaung ni?"



senang kan.... (memang 'tak' tergeliat lidah okay).




* jagaung = jagung
* bukait = bukit
* ringgait = ringgit
* kuda nabai = kuda nabi
* tujuh yu pe = tujuh U P

Thursday, December 14, 2006

kantoiisss

Expressed by Noorita Yusof at 2:30 PM 1 thoughs.. Links to this post
aiya.. apsal cam dari pagi tlinga aku cam ada dengung dengungan aa.. orang cakap kalo dengung dengung tu adalah kalo tak kerana kemasukan air (<-- mm tak de curah air dalam tinga pon ari ni)ataupun lebih sadis adalah merupakan tanda-tanda ada orang sekitar nak mati. (<--yang pasti tidak merujuk kepada si pendengung).

tapi ni dari pagi tadi, malahan sehingga kini ada je dengung dengung ni yang mana datang skali skala gitu. tapi tak sakit (<-- nasib baik ok. kalo tidak maunya tidak karuan di tempat keje). tapi cam gruk gruk gruk...


eh, adakah seekor semut telah tersesat jalan ke lorong hitam ini..???

I guess soo....

aiya.. be good ok semut. jangan membuas di dalam.. kalo lapar makan je apa ada ye. masin pon masin la ek.. dun complain! nanti dah boring boring main tu pandai pandai carik jalan kuar ek.. jangan la pula berlaki beranak di dalam pula ye.. tidak sesuai untuk penempatan haram.


well... lantak la ko semut..

apa yang aku nak utarakan di sini adalah berkenaan satu kejadian oh bukan satu malahan tiga ke empat kejadian yang mengantoikan seseorang dengan jayanya.

berikut adalah bukti yang sangat releven dengan apa yang aku pernah ucapkan di dalam entry: "Kebizian membataskan".




[ ekekeke... sapa lambat baca blog aku sori ek.. (sangat slow ok korang ahaha.. topik ini amat bahaya dan very de denjeres untuk tatapan umum. so atas nasihat suamiku (kakitangan awam ok), aku harus tidak menempelkan unsur-unsur berbaur politik (manade.. just taruk gambar orang mantut jer aa..) di sini. kang tak pasal pasal naik trak jadi tahanan ISA ke hapa plak.

so... gambar gambar hebat yang pernah ada di entry ini semalam telah aku delete dengan jayanya dan dengan penuh berat tangannya. tapi untuk sesiapa yang agak kempunan serta amat kechiwa dengan kejadian pendeletan gambar ini, anda masih boleh mendapatkan serta menontonnya di yahoogroup ke apa ke lah yang forum forum femes femes nih. sebab aku pon cilok dari situ gaks. ahaks!

sooo again... tu je. ehe. ]


p/s: lupa nak cakap smalam. aku bukanlah dari parti mana mana jauh sekali dari MIC dan sebagainya. cuma sesaje letak untuk kongsi kongsi penceria minda sahaja hendaknya.

Tuesday, December 12, 2006

Nak...Nak...

Expressed by Noorita Yusof at 11:41 AM 2 thoughs.. Links to this post
Okay...

Hari ini adalah sangat tiada mood untuk mengutuk orang mahupun melibatkan diri di dalam hal ehwal semasa politik yang bergolak.

Hari ini aku berselera untuk menyenaraikan segala wish list yang ingin kubeli, juga kucapai samada esok, lusa ataupun bila-bila. yang pasti harrus dicapai.. ngengenge...



Wish list utk baby sofiya nomey nomey..~

(keperluan baby sofiya adalah berada di dalam senarai paling atas ketika ini dan selama lamanya..)

- more baju skirt skirt yang kiuts.

- more baju titun yang comey + amat selesa.

- more topi-topi beraneka kaler dan bentuk. (harus kay untuk dipadankan dengan baju).

- more setokin yang renda-renda untuk gi wedding.

- more seluar dalam gambo epal.

- more riben untuk ikat kepala (adalah membuat sendiri semuanya. beli sangat mahal juga tidak cantik. buat sendiri sangat comey sehingga mendapat tempahan pula. ekekeke...)

- white katil bujang ikea for girl yang ada peghadang tepi yang amat kiut seperti aku pula yang ingin terjun di situ.
(katil bujang amat perlu memandangkan sofiya amat lasak dan adalah sangat sempit katil bayi itu untuk beliau membuat pusingan mahupun summersault di dalamnya).

- more toys and katun katunan untuk hiasan di katil mahupun di stroller. (anak mama sangat pengumpul teddy bear. beraneka rupa dan bentuk dimiliki. sempat dicilok seekor untuk hiasan meja di opis. ekekekeke).

- bilik just untuk sofiya je.
light pink wall(with teddy wall paper kat tengah), white bed, apple green bedsheet, and macam2 la.. (tidak perlu terlalu detail. jangan nak cilok idea plak ek ciloker).

- later will tindik tinga sofiya. leh taruk subang.. alala... cantiknye anak mama....

- more susu tin berfomula. sapa nak kasik pezen susu amattttttlaaaa dialu alukan.. (similac IQ with zat besi kay. ala.. yang tutup kaler biru tu.. :P).

- more lampin pakai buang. sumbangan juga di alu alukan laa sgt.
(err drypers saiz m yek. amik yang paling besar 84 keping pon tak kisah.. I tak cerrewetss..).

- and... macam macam la kalo untuk sofiya. memang tak pernah cukup punya. ahahah..



wish list untuk papa:~

- more baju keje. kalo bleh cam mama. banyak kaler. ehek!

- more time to go to gym, silat, jogging, ceramah ustaz wan...

- more duit to give to me. ahaha (<--harruss!!).

lain tatau. kena interview dia dulu.



wish list untuk.... mama! yay!

- wat haji kat mekah. (<-- tempat pertama ok.)

- more baju keje gak. yang baru nye. yang tak perlu gosok beria nye. takde masa kay.

- more sandals (more color to choose. nak padan ngan baju, sigh..)

- shoes? i hate wearing shoes lar. kalo meeting jer. oh n wedding!

- more tudung yang cantek cantek. hmm cantek + murah + senang pakai.

- more skirts. (aiya.. long one lar.. kalo pendek punya aa.. memang kena lor dengan tudung aa.. haiyaaaa..)

- more lipstics. ah..

- want to go to spa lar.. facial..massage...lulur..

- want to gain weight! another 2 kg maybe?!

- more rantai.. gelang.. gelang kaki... (hubby..... wink! wink!)

- oh ya, more handbags!

- volkswagen beetle. <-- bila la ni..

- more and more apple's things for decoration. apple's carpet.. apple's curtain.. apples's wallpaper.. apple tu apple ni..

- holiday ngan family kat UK. ah..


eh banyak la kalo mama punya. tak berkesudahan la pendek kata. macam macam la nak. ekekeke...





Ya Allah Ya Tuhanku.. Kabulkan lah permintaan hambaMu.. Murahkanlah rezekiku.. Amin....

Monday, December 11, 2006

buat baik berpada-pada.. buat jahat jangan sekali...

Expressed by Noorita Yusof at 12:05 PM 0 thoughs.. Links to this post
Apa khabar kawan-kawan...

Hari ini saya akan menceritakan satu kisah yang bertajuk

" Pergaduhan di tempat letak kereta".

Semoga ia menjadi suatu panduan dan pedoman untuk kawan-kawan semua..



Ekeke.. Ok ok. Adalah sangat tidak penat untuk menulis dalam bahasa budak budakan ni kan. Aku tidaklah begitu tabah untuk itu. Maka aku membuat keputusan untuk memroceedkan diri untuk bercerita di dalam bahasa 'indah'ku sahaja.


Smalam yakni hari Ahad aku, suami dan anak comelku bersama-sama dengan keluargaku yang didatangkan khas dari kuala terengganu telah beramai-ramai pergi ke pasaraya yang terbesar yang paling gah di key ell ini iaitu Mid Valley Megamall.

Jadinya kami telah bertolak dari rumah adalah agak lambat kerana adanya sesi singgah menyinggah di rumah sedare dahulu. Arakiannya jikalau terlambatlah menapak di mid valley walaupun baru pukul 10.30, akan penuhla tempat parkir itu seperti ada suatu perayaan pula yang mana seme umat manusia harus berkumpul di sini.

Oleh sebab tersangat penuh tempat letak kereta itu, maka kami semua berpusing pusing melakukan tawaf sehinggakan menimbulkan ketensenan pula di hati (kalo kitaorang je memang bawak kelisa je. tenggek je kelisa tu kat mana-mana memang lepasss). namun dengan waja TAD 7**7 ini maka adalah susah untuk menyelit di mana-mana. terlebih ekor la.. apa la.. sangatlah tidak selamat ya..

pusing punya pusing... adala membuang waktu dan minyak dalam 45 minit, kami semua sudah berputus asa.. sudah membuat keputusan untuk pulang sahaja (mid valley akan dapat rm3 free sahaja) dan berjalan-jalan di Giant pula cadangnya. Namun ketika ingin melakukan pusingan terakhir, akan ternampakla sebuah kereta ingin keluar. maka kami dengan pantas gerak khasnya pegi la nak chop kan.
okay kitaorang dah nampak la sekor kete ni tengah dok kat situ. but NO SIGNAL ke apa okay..? so assumed dia saja je nak wat hiasan kat situ kan. bukan bersungguh-singguh ingin memarkir ke apa. skali cam ramai okay malaun malaun nak chop parking nan sebutir tu. agak panas ok memandangkan kitaorang dah nampak dulu dari jauh.

so untuk malas lagi nak pusing beserta hati ingin jugak naik mid instead of kuar bodo je, then dengan bersungguhya abah aku turun then mengecop parking itu secara manual yakni dia berdiri kat parking tu dengan penuh gangster dan dengan chop alif lam lam ha nye.

then nak buat apo lagi kan yang lain tu. blah la wei! dan sah sah memang bukan ko nye kan...???

tapi....

ada la sekor manusia ni (cha ya nun alif kay!) adalah sangat berasa ketidak puasan hati di atas usaha gigih kami mengecop parking dengan cara begitu. sangat mencari gaduh dengan orang yang dah tension okay! sangat seswai sekali okay..??

dia boleh turun kete dan datang kat kitaorang dengan muka merah gile marah ah!
marah tu bley terima. tapi kalo dah start bukak soal kenegerian nih, memang nak carik pasal!!

dia bleh mengeluarkan ayat provok yg berbunyi begini:
"i dah tunggu sejam sini tau. tiba-tiba u all datang parking. cheh! setahu I orang terengganu ni baik-baik (berdasarkan plat kereta ok). tapi kalau u all buat camni, heh malu la saya..." <-- pelat okay.

actually kitaorang takdelah menyinga sangat pun (we all tidaklah senang naik marah. pulak layan orang bodoy camni).
tapi laki aku (bukan terengganu definitely) telah terasa hati dan amat lah marah sekali (oh my hero..!). His face really turned to red (ok, dia tak main-main..)
dan he started to boom the apek back in loghat trg okay. (very the tak sangka ilmu yang kucurah itu dimanfaatin).

okay...

aku sangat takut jikalau suamiku naik marah seperti itu. he is a pesilat universiti malaya suatu ketika dulu. dan ada belt ok? karang ada apek yang patah tulang pulak kang.

jadi aku tanak terjadinya pergaduhan mahupun kematian ke, aku pegi la merayau menangkap sapa2 je yg nak keluar parking. mengekori dengan dasyat ok. sehinggakan ada 3 big bro ni seakan lari bila aku pegi 'approach' parking deme ni. ingat aku nak jual sabun kot. (cheh! sket nye lawa dressing skirt bagai takkan cam salesgirl okay?!)
last last aku geram aku cakap kat depa ni yang ada apek nak cari gaduh ngan kitaorang berebut parking, barula derang memberanikan diri menunjuk kat aku kete derang yg mana satu. (heh, terasa cam along laks. ekekeke).

then aku melambai kat pencarik gaduh tu soh datang amik parking yang aku tempah khas utk dia. oh wa cakap lu.. masih ego ok.. cakap tak payah. hotak hang! tadi cam nak berbunuhan nak parking. bila bagi, eksyen ek. ko nak eksyen ke ko nak dengan bodoynya tunggu kat situ sampai malam?

last-last dia datang gak kat tempat parking chop tu.
muka adalah sangat merah menahan malu ok.

kitaorang blah je malas nak layan. sikit terima kasih takde diahulurkan ok. tak mengenang budi langsung!

rupanya sebab apa dia bermuka merah malu. masa aku tengah ke hulu hilir carik parking utk depa ni, (aku melakukan dengan ikhlas untuk mengelakkan perkara tidak diingini berlaku ok. bukan nak tolong sgt! PEHLIS.....) laki aku cakap la kat dia.
"ok, u cakap orang trg buat u mcm ni kan. ok, kita tengok sapa tolong sapa skang. u tengok bini i jugak tengah carik parking utk u".


huh spatah ayat tu cukup buat dia malu seumur hidup okay.

cukup untuk membuatkan dia ingat hari tu sehingga dia tidur pada malam hari.

cukup untuk membelasah muka dia tanpa perlu menumbuk.

Friday, December 8, 2006

boring ekk..

Expressed by Noorita Yusof at 3:58 PM 2 thoughs.. Links to this post



bosan..???

ingin mengular..??

kenal ieta..??




try jer ah!

Jepeniz...

Expressed by Noorita Yusof at 9:46 AM 0 thoughs.. Links to this post



Kuarge Shin Chan :-

papa : Nohara (very the gatal no 2)
mama : Puan Nohara (the rambut tidak kemas lady yang perasan cantik tetapi berlemaks)
anak lelakinye : Shin Chan (very the gatal no 1!)
baby pompuannye: Himawari (kryptonize on lelaki lelaki kacaks and barang bersinar)


Kuarge Nobita :-

papa : err papa! (the gemuk man yang asyik keje je)
mama : mama..? (kemas umah.. masak.. jemur kain.. very the bosan.)
anak lelakinye : Nobita (dungu duh!)
anak angkat the robot : Dora-e-monnn (I wish to have the pocket!)


Kuarge Arip? :-

papa : kashikilulu (lulu lulu cayang..)
mama : tomomoshikichia (tomomo cam bunyi cam pipi gembo je kan)
anak pompuan : arimolukifuka (alala kiutnye nama anak mama....)



ekeke..... sumber nama in japanese dipetik dari sumber-sumber (mesti mrapu nih) yang agak boleh dipercayai.

Thursday, December 7, 2006

kawan sayer...

Expressed by Noorita Yusof at 4:12 PM 1 thoughs.. Links to this post
Saya ada kawan..

Nama dia Ira...

Tapi dia kecik je eh, comey je...

Duduk saja-saja... ieta selalu buli ira..

Ira tak kisah...





Ekeke.... Sekadar lawaks lawaks pembuka kata... jangan mare ee Ira...

K la. Ira ini nama penuhnya adalah Nor Syahira binti Bohari.
Anak pertama (tapi seperti anak last ok) daripada ampat beradik.
Why I'm writing a special entry 'bout her is because she is my best fren ever.


Tak knal? Tak kenal maka tak cinta.... yang kenal pasti akan cinta...
Ira ni I tell yew, adalah seorang manusia yang amat sangat terlalu tidak reti marah di dalam hidupnya. Ok dia memang pernah marah orang la seingat aku, hmmm sekali. tapi dengan senyuman beserta sengihan di bibir. oh! alangkah marahnya ira....


Makan?

kalo bab makan gosh gosh. Adalah seperti budak lima tahun makan (sekadar hiasan: aku lima tahun sudah kuat makan ok). wat I mean is bukanla makan sepah sepah kepal makanan jari terbuka ke apa. tapi the amount lagi the jumlah makanan yang diambil adalah sangat tidak setimpal dengan saiz badan mahupun umur yang sepatut makan 3 pinggan seperti aku (hiasan lagi).

kalo gi KFC pulak (sian Ira. dulu mesti dalam sminggu cam 5 kali kena folo aku gi tempat ni. i'm the kuat makan remember), dia memang order set no 3 - ayam 2 ketul+ mash potato+coslow(eja cemane menatang ni eh!)+roti bun(aku tidak pernah makan roti ini kerana mata terpaku pada ayam sahaja). ok satu set yang bisa mengenyangkan rite. tapi tau si ira akan makan apa?... ayam? neow neow neow...

dia akan belah bun. taruk mash potato.. coslow (apsal cam cacat je eja ni?) n sikit sos kot kat dalam bun tu. then ...... makan lar. takkan buat topi plak. pahtu lain, dia akan kutis kutis kulit ayam ngan serdak serdak tepung tu makan. n the rest of the meal???? haha.. selamat..... dalam perut kawan dia (guess who??).

kalo makan nasik, (nasik??? aku rasa selama aku berdampingan dgn dia ada la dalam pat kali kot dia makan nasik) dia akan amik lauk-lauk yang amat la bersampingan bagi orang lain. tempe ke.. telur ke.. kentang ke.. aiya..!
n the nasik amik la hatta suku senduk pun, mesti still berbaki dalam pinggan.
(heh u guys mesti wondering kenapa aku boleh berkawan dengan orang yang sangat kontra dengan aku rite..? itu segi makan saja ok. makan bukanlah ukuran. echeh!)


stadi?

ira adalah the kuat membaca. sekalipun di dalam bilik yang suram kekurangan cahaya, namun bukanlah halangan. juga terer dalam peksa. tapi salu tak ngaku terer. mesti kalo stiap kali abih exam cakap paper cam celake. tapi skali result....!

and very the rajin buat nota ok. and tulisan very the comey (noted tat there's must be like katun katun kecik or lovely quote for he yayang in some of the helaian everytime she jot down the notes).

and very the rajin bangun pagi buta buta to stadi.



koku?
she's really good in tarian tradisional. in fact she's a kereografer (satu lagi ejaan cam cacats). very the liuk lentuk with her pretty make up face :)
tapi salu tak ngaku. ngader je!



kindness?

nobody akan ada hati dan perasaan macam ira ni.
dia tidak akan pernah memikirkan diri dia sebelum dia pikirkan orang lain dulu.
i always marah her on this. kadang cam dah sampai limit pon still tape ieta.. tape ieta... aiya!
sebab tu la orang suka amik kesempatan kat ira. jahat la diaorang ni.



love life?

I just cannot and not supposed to put anything under this. it's her private.
but what can I say, she deserved to be happy. :)


oh and she likes baby a lot!



me?

I dunno why. walaupun kadang aku jahat kat dia. salu usik dia. salu susahkan dia (ekeke halal ek ira). salu macam-macam la, tapi dia still macam dulu kat aku. still dengan tenang melayan kerenah aku yg noti.

Zaman nakal muda muda dulu? kat banting? just woohooo..!

And my hardest time before, you are always besides me.



and now...

walaupun dan tak selalu bercontact contactan dengan dia.
hanya sms atau ym penghubung cerita.
tapi aku nak dia tau la,



that you are always my best fren.... thanks for everything ira.
 

You know what.... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal