Monday, December 11, 2006

buat baik berpada-pada.. buat jahat jangan sekali...

Expressed by Noorita Yusof at 12:05 PM
Apa khabar kawan-kawan...

Hari ini saya akan menceritakan satu kisah yang bertajuk

" Pergaduhan di tempat letak kereta".

Semoga ia menjadi suatu panduan dan pedoman untuk kawan-kawan semua..



Ekeke.. Ok ok. Adalah sangat tidak penat untuk menulis dalam bahasa budak budakan ni kan. Aku tidaklah begitu tabah untuk itu. Maka aku membuat keputusan untuk memroceedkan diri untuk bercerita di dalam bahasa 'indah'ku sahaja.


Smalam yakni hari Ahad aku, suami dan anak comelku bersama-sama dengan keluargaku yang didatangkan khas dari kuala terengganu telah beramai-ramai pergi ke pasaraya yang terbesar yang paling gah di key ell ini iaitu Mid Valley Megamall.

Jadinya kami telah bertolak dari rumah adalah agak lambat kerana adanya sesi singgah menyinggah di rumah sedare dahulu. Arakiannya jikalau terlambatlah menapak di mid valley walaupun baru pukul 10.30, akan penuhla tempat parkir itu seperti ada suatu perayaan pula yang mana seme umat manusia harus berkumpul di sini.

Oleh sebab tersangat penuh tempat letak kereta itu, maka kami semua berpusing pusing melakukan tawaf sehinggakan menimbulkan ketensenan pula di hati (kalo kitaorang je memang bawak kelisa je. tenggek je kelisa tu kat mana-mana memang lepasss). namun dengan waja TAD 7**7 ini maka adalah susah untuk menyelit di mana-mana. terlebih ekor la.. apa la.. sangatlah tidak selamat ya..

pusing punya pusing... adala membuang waktu dan minyak dalam 45 minit, kami semua sudah berputus asa.. sudah membuat keputusan untuk pulang sahaja (mid valley akan dapat rm3 free sahaja) dan berjalan-jalan di Giant pula cadangnya. Namun ketika ingin melakukan pusingan terakhir, akan ternampakla sebuah kereta ingin keluar. maka kami dengan pantas gerak khasnya pegi la nak chop kan.
okay kitaorang dah nampak la sekor kete ni tengah dok kat situ. but NO SIGNAL ke apa okay..? so assumed dia saja je nak wat hiasan kat situ kan. bukan bersungguh-singguh ingin memarkir ke apa. skali cam ramai okay malaun malaun nak chop parking nan sebutir tu. agak panas ok memandangkan kitaorang dah nampak dulu dari jauh.

so untuk malas lagi nak pusing beserta hati ingin jugak naik mid instead of kuar bodo je, then dengan bersungguhya abah aku turun then mengecop parking itu secara manual yakni dia berdiri kat parking tu dengan penuh gangster dan dengan chop alif lam lam ha nye.

then nak buat apo lagi kan yang lain tu. blah la wei! dan sah sah memang bukan ko nye kan...???

tapi....

ada la sekor manusia ni (cha ya nun alif kay!) adalah sangat berasa ketidak puasan hati di atas usaha gigih kami mengecop parking dengan cara begitu. sangat mencari gaduh dengan orang yang dah tension okay! sangat seswai sekali okay..??

dia boleh turun kete dan datang kat kitaorang dengan muka merah gile marah ah!
marah tu bley terima. tapi kalo dah start bukak soal kenegerian nih, memang nak carik pasal!!

dia bleh mengeluarkan ayat provok yg berbunyi begini:
"i dah tunggu sejam sini tau. tiba-tiba u all datang parking. cheh! setahu I orang terengganu ni baik-baik (berdasarkan plat kereta ok). tapi kalau u all buat camni, heh malu la saya..." <-- pelat okay.

actually kitaorang takdelah menyinga sangat pun (we all tidaklah senang naik marah. pulak layan orang bodoy camni).
tapi laki aku (bukan terengganu definitely) telah terasa hati dan amat lah marah sekali (oh my hero..!). His face really turned to red (ok, dia tak main-main..)
dan he started to boom the apek back in loghat trg okay. (very the tak sangka ilmu yang kucurah itu dimanfaatin).

okay...

aku sangat takut jikalau suamiku naik marah seperti itu. he is a pesilat universiti malaya suatu ketika dulu. dan ada belt ok? karang ada apek yang patah tulang pulak kang.

jadi aku tanak terjadinya pergaduhan mahupun kematian ke, aku pegi la merayau menangkap sapa2 je yg nak keluar parking. mengekori dengan dasyat ok. sehinggakan ada 3 big bro ni seakan lari bila aku pegi 'approach' parking deme ni. ingat aku nak jual sabun kot. (cheh! sket nye lawa dressing skirt bagai takkan cam salesgirl okay?!)
last last aku geram aku cakap kat depa ni yang ada apek nak cari gaduh ngan kitaorang berebut parking, barula derang memberanikan diri menunjuk kat aku kete derang yg mana satu. (heh, terasa cam along laks. ekekeke).

then aku melambai kat pencarik gaduh tu soh datang amik parking yang aku tempah khas utk dia. oh wa cakap lu.. masih ego ok.. cakap tak payah. hotak hang! tadi cam nak berbunuhan nak parking. bila bagi, eksyen ek. ko nak eksyen ke ko nak dengan bodoynya tunggu kat situ sampai malam?

last-last dia datang gak kat tempat parking chop tu.
muka adalah sangat merah menahan malu ok.

kitaorang blah je malas nak layan. sikit terima kasih takde diahulurkan ok. tak mengenang budi langsung!

rupanya sebab apa dia bermuka merah malu. masa aku tengah ke hulu hilir carik parking utk depa ni, (aku melakukan dengan ikhlas untuk mengelakkan perkara tidak diingini berlaku ok. bukan nak tolong sgt! PEHLIS.....) laki aku cakap la kat dia.
"ok, u cakap orang trg buat u mcm ni kan. ok, kita tengok sapa tolong sapa skang. u tengok bini i jugak tengah carik parking utk u".


huh spatah ayat tu cukup buat dia malu seumur hidup okay.

cukup untuk membuatkan dia ingat hari tu sehingga dia tidur pada malam hari.

cukup untuk membelasah muka dia tanpa perlu menumbuk.

0 thoughs.. on "buat baik berpada-pada.. buat jahat jangan sekali..."

 

You know what.... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal