Friday, December 29, 2006

Hiburan untuk perut anda

Expressed by Noorita Yusof at 11:47 AM



Apakah makanan kegemaran anda..??

Kalo bosan bosan apa anda suka lahap??

Kalo dah kenyang pun apa anda suka kunyah..??


Eheh.

Tentu korang dapat agak apsal tetiba je aku mencalit kembali masalah berbangkit ini.
Mesti kalau aku tak tengah lapar, mahupun aku tengah bosan.
Jadi takde menda ni kan, apa kata kita berbicara soal yang amat best lagi bernafsu untuk diperkatakan ini.



Makan bila lapar tahap perut naga:
Jikalau aku berada di dalam situasi ini tak lain dan tidak bukan diburu haruslah nasi kan. Di ketika ini aku boleh menghabiskan sepinggan (penuh ok. half, separuh apalagi suku sangat tidak dialukan) itu dalam kiraan 10 minit sahaja.
Keji tak.

Kalo tak pon KFC pon boley la. Aku akan bedal itu Set No 3, disampingan pula dengan cheezy wedges.
Jikalau McD pula aku akan balun itu porridge (Saiz L juga kay) dan sampingannya adalah set ayam goreng (Juga saiz L for ieta). Big fries, big drink. wahh!



Makan bila lapar tahap makan nasik tak puas:
Kalo cam lepas belasah nasik tapi perut still cam ala ala ada space lagi tu aku akan meliarkan mata mencari supplement food yang lain.
Antara yang biasa menjadi mangsa perut serakah aku cam cheezy wedges (again?), mash potato, pengat pengatan, bubur buburan, kepok lekor, goreng pisang, donut atau paling cam maha keji lagi laksa. eh laksa tu cam adalah makanan tengahari okay untuk sesetengah tali perut orang. tapi kalo aku, adalah sangat kebulur jika menjamah itu sahaja (fine. boley la makan ni. tapi harus aku bungkus set nasik ayam pulak bawak balik).



Makan tahap manja manja:
Walaupun kadang perut dah kenyang. Makan dah puas. Tapi cam untuk ala ala mengisi waktu terluang daripada membiarkan mulut tidak exercise tu aku lebih suka memilih buah buahan cam jambu ke, betiks ke, temikai ke (menu sihat kan?) atau menghisap dan menjilati asam asam (asam aku adalah masam juga masin ok. bukan manis atau bergula atau apa. sangat Raw!). Atau tidak lupa juga kacang kacangan ataupun biskut biskutan atau cekelat cekeletan..


Makan tahap saja saja buang duit:
Adapun kadang kadang nak makan adalah kenyang. Nak menguyah adalah malas. Tapi nafsu setan makan itu masih di dada, aku akan merakus beli cam m&m ke, Mentos ke atau paling tidak keropok keping. itu paling paling la tu. makananan tidak mengenyangkan namun untuk kepuasan mulut semata.


Hebat proton tak aku.

Dan dari kecik sampai skang aku paling takleh tinggal 3 menda ni la. Ingat 3 menda ni, ingat Ieta:

1) Ayam goreng.

oh kenapalah rupamu sangat indah..?


Tak kira la KFC ke, McD ke, Shakeys ke, kat Giant ke, kat Carrefour ke, kat Jusco ke, kat pasar malam ke.. (Ayam goreng kat hentian Yong Peng sedap tahap ketagih okay).

2) Mee Maggi (perisa kari & ayam).

sedapnye........

k la. k la. ada monosodium glutamat. tapi tak selalu kay. tiap tiap minggu je kay. ehe.



3) Asam masin aka asam boi (bulat bulat yang masin tu. tak semestinya hamil sahaja ok ambik vitamin ni).


uuuuu............



4) Laksa Penang/Kedah/Perlis


harusla carik kat pasar malam ari ni!


cedapppppp.... tabur sama itu cili padi. fuh, marrveless!



Aduh.... Sangatlah heaven makanan makanan berkhasiat ini. (air liur haruslah agak berkumpul kat mulut ketika ini).


Jadinya itulah sikit sebanyak, sebenarnya banyak korang dah tau pasal tabiat pemakanan dan rahsia aku tampil menawan dengan bentuk badan ini kan?
sangat 'menjaga makan' kan..?

takpe.. selagi kita sihat boleh makan, kita makan..
jangan dah terbaring lesu di katil dan hanya layak telan kapsul beraneka warna dan cucuk tiub kat lubang hidung baru nak ingat chicken chops sudah tiada artinya lagi...










p/s: makan, makan juga. harus pandai cari makanan bersih. ingat, perut adalah hospital anda.

2 thoughs.. on "Hiburan untuk perut anda"

aznirul said...

3 perkara? az tgk dh 4 perkara (menu yg sebenarnya ehhehe).. siap ada gmbr lagi.. mmg gigih sungguh si ieta ni ;)

m&m said...

mm ieta best jadik ko.. makan banyak pon x pe.. ekekeekek tp klaka siot ade kategori makan tuh...

 

You know what.... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal