Wednesday, December 27, 2006

Jodoh...???

Expressed by Noorita Yusof at 2:12 PM
walaupun seperti adalah agak lambat dan seperti penghampiran basi cerita ini, tapi haruslah cam tiba tiba je melintas di kepala utaks aku, then aku rasa aku agak bernafsu untuk mencatat sepatah dua kata perkara sia sia di sini untuk tatapan hadirin sekalian..



apa pandangan anda mengenai jodoh?

adakah ketentuan Tuhan semata mata?

atau haruskah kita juga mempunyai peranan dan watak bagi memperolehi jodoh?


aku sendiri masih juga belum ada jawapan yang agung bagi soklan soklan ini.
tidak tepat untuk kata ya mahupun tidak mahupun maybe dan sebagainya.
kerana ia adalah suatu perkara yang sukar dimengertikan dan selalu disalahartikan.

aku pernah suatu ketika dulu adalah agak seperti tersentak dan tersentap.
ketika berusaha melepaskan diri dari genggaman sangap bekas boyfren aku. (amat banyak songeh okay dia sebelum lepaskan aku. sangat bosan).
adalah kata kata akhir aku pada dia "kalau ada jodoh, adalah." (ayat lazim ok untuk menitik hubungan).
tapi apa yang dijawab oleh mulut mungilnya harusla kan masih terngiang di cuping telinga sehingga kini. "kalau ada jodoh tapi tak berusaha pun, tak guna".

VASSS!!

aku seperti, nak ditelan kenyang, diluah membazir la kan.

sangat mendalam lagi bernada pasrah okay kata katanya.

membuatkan aku terkedu seketika. (tapi tidak bermakna aku tidak meneruskan niat untuk meninggalin dia).

walapun ayat itu mungkin rekaan dia (yang sedang desperado mintak aku stay. nevah!!) semata mata, namun sikit sedikit ada jugak betul di situ.

dan di ketika dan mulai dari saat dan detik itu aku selalu terfikir. adakah jodoh boleh diubah ubah mengikut kadar usaha dan kehendak serakah kita? adakah mampu melawan takdir qada dan qadar yg sudah ditetapkan di Loh Mahfuz?

tapi untuk diri dan situasi aku kata kata orang itu 7 tahun dulu sudah tiada artinya lagi. aku kini bahagia (Alhamdulillah) di samping suami aku yang tersayang dan anak aku yang tercinta (Alhamdulillah lagi).

Cuma aku kembali terheret hati untuk diskusi pasal ni lepas terjadinya perkahwinan perkahwinan gempak melampaui batas minda dan kemanusiaan yang berlangsung di sana sini.


kalu dulu masa aku kecik (kecik harusla kan masih tidak begitu mengerti apa itu tujuan sampingan perkahwinan selain cinta), aku cam amat geli dan amat tertanya tanya bila Mazuin sanggup berkongsi hidup nya yang indah itu dengan Pengiran Sufri (walaupun sangat kaya raya maya namun rupa amatlah WAH!!!!!!!)
aku cam kalo aku lah amat akan menutup mata serapatnya jika ingin berciuman mahupun berpelukan dengan orang seperti itu.


Pengiran Bini Mazuin


tapi.... kata mazuin, sudah jodoh saya.. pengiran sufri sangat baik.. baginda sangat caring.. sangat bersifat kesuamian yang terserlah.. sangat itu dan sangat ini.. (tertinggal: sangat menabur berlian di tangan saya).


dan aku juga agak cam WHAT??? bila tiba tiba Mas Anizan tergamak hati meninggalkan teman lelakinya yang sudah dicanang, si Ijoy yang manis menawan itu untuk jatuh ke riba Datuk Ali Bapoo yang berpeha tembam itu??
"Sudah jodoh tersurat.. Datuk calon yang amat sesuai untuk saya" (amat sesuai sebagai atuk sebenarnya).


Mas Anizan


adakah sudah jodoh ketentuan Tuhan ataupun dengan sengaja menjodohkan diri dengan uwang uwang si dia itu yang berlimpahan..??


Juga ketika Permaisuri Aishah sanggup bertaruh nyawa untuk 'hidup bahagia' di samping Sultan Salahuddin yang 'amat muda remaja' itu kan..?
Atau di dalam kepala tersemat agenda, ala... aku kurang kurang dok ngan dia ni paling lama 2 tahun je dan bleh aa jadik permaisuri agung hatta sekejap cuma... pahtu bleh aa aku balun seme duek dia lepas dia goal! (Astaghfirullah.. Daulat Tuanku...)
dan nah, amat berjaya sekali dia mengapai cita cita sebagai balu kaya dan bernama yang bahagia..


Permaisuri Aishah


ini suratan takdir dan jodoh jua...


masa silih berganti.
adalah amat bersepah sekali kejadian jodoh jodoh seumpama ini.


Hinggalah yang paling letes dan sensasi da boom.


Dato' K dan the wallah of all Siti opps Datuk Siti Nurhaliza.


Siti and Dato'K


"Dato' adalah manusia yang amat memahami saya. Dato' adalah chenta yang saya cari selama ini. Saya jatuh cinta pada sifat tanggungjawab Dato' pada anak-anaknya (sangat!). Syukur dengan jodoh ini"..

Harusla seperti membina mahligai di atas tanah becak dibasahi air mata seorang wanita lain? Harus juga mengambil alih tugas dan nama seorang ibu pada anak-anak yang hampir sebaya?

Oh.. Jodoh ketentuan...


Dan paling menggelupurkan pikiran masyarakat ketika perkahwinan Dato hapa ke benda nama dengan Puteri Shahanaz yang amat seswai sekali digelar anak itu? (haruslah sebaya umurnya dengan anak dia kan. jangan pula anak bersyahwat dengan ibu sendiri pula). apakah sangat bangga dan tiada rasa geleman bila bersandingan di atas pelamin dengan 'bapa'? dan bergandingan tangan memotong kek perkahwinan seperti memotong kek ulangtahun atuk yang ke 60?

oh.. Dato adalah anugerah Tuhan buat saya.
(Ya... anugerah wang dan harta menimbun sebenarnya)..



Adakah ini semua betul ketentuan jodoh, kerja Tuhan..??

Dan kenapa setiap kali jodoh itu haruslah manusia yang kaya raya berharta melata walaupun tua bangka tiada rupa pula????
adalah tidak kisah dan tidak mengapa semua itu kerana itu semua adalah JODOH...????


aku pelik.

di akhir zaman ini banyak sekali jodoh kententuan yang ditetapkan si gadis dengan si tua tapi yang paling penting tidak harus ketinggalan adalah musti mau kaya.

aku cam masih pelik.

Perkara jodoh selalu dijadikan alasan.
Selalu dipersalahkan.


namun..


ada jugak kejadian yang mengingatkan aku bahawa kekuatan jodoh dan cinta sejati itu masih ada.
masih wujud.



Sri Bayu dan Erema.



Nasib baik cinta sejati masih punyai ruang di dunia ini.

dan ini haruslah layak digelarkan sebagai


Sudah jodoh.

8 thoughs.. on "Jodoh...???"

Anonymous said...

interesting... topik jodoh ni memang tak abis kalo nak dibincangkan...
lawak gak biler istilah jodoh dikaitkan dgn pasangan2 yg hebat2 belaka tu.. *ahaks*
tapi tak semua artis atau org terkenal tu gitu2, ada gak yang aku respek mcm M Nasir dgn Marlia Musa, maintain aje diorg ni...

tapi biler dh cerai, jawapannye pun same... dah takde jodoh...
aku pun rase pelik gak, manusia ni seolah2 tak nak tanggung sendiri keputusan yang dah dibuat, semuanya "kerana takdir", sikit2 "dah takdir jodoh sampai sini aje nak wat camana..."
walhal tak sedar masa nak kawin mcm nak rak, wedding of the year laa, of the millenium laa, mcm2 ada...
pelik2...
tapi kan...
cinta sejati... masih wujudkah???
berbaloikah kita menanti seseorang atas itu nama cinta?
teringin gak nak tau...

aznirul said...

em.. maybe gak biler dah bercerai berai tu, dan bila orang dok menyebok tanya knp cerai, dan oleh kerana malas nk layan soklan2 camtu, atau oleh kerana kalau diberi alasan yg sebenar benar alasan akan menyebabkan panjang ceritanya, maka jalan paling mudah a.k.a malas nk layan, jawab jer laa takder jodoh.. so gerenti orang tak tanya lebih2..

btw.. off topic sikit yer puan ieta ;) aku rasa ejaan yg tepat utk Datuk Siti adalah Dato' Siti Nurhaliza.. darjah yg dia terima adalah Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yg membawa gelaran Dato'.. gelaran Datuk kebanyakannya adalah utk darjah persekutuan iaitu Panglima Jasa Negara (PJN) dan Panglima Setia DiRaja (PSD).. sekadar berkongsi ;)

elevenapples on December 29, 2006 at 8:51:00 AM GMT+8 said...

anoynymous: yeap betul. mostly yang masih kekal rumahtangga itu adalah mereka yang berpijak di bumi nyata. terima pasangan seadanya. Insya-Allah..

Az: ekeke yek? sori la tak berapa reti menda² tu. main balun je. ekeke...

Anonymous said...

out of topic lah ieta... kz nok tanye pasal craft utk wedding tuh.. but i'll pimp u later.. sebab wedding day cousin kz tuh dalam tahung ning tapi dok tentu lagik datenya.. but i'm sure i've to donate a 'things' to her.. he he he

-AzurA-

nolly on January 10, 2007 at 5:40:00 PM GMT+8 said...

jodoh2 ni, bg lyana, amat menakutkan jugak.lagi2 bile org kate," baik ko smayang istikharah, mane tau ko nye jodoh org lain ke." huhu. kdg2 mmg takdir kite kawin 5-6 kali, baru jumpe yg sbenar benarnye jodoh. bagi lyana yg xkawin lg ni (hehe) lglaa takut huhu. soalan2 yg ending with -kah slalu bermain2 di kepale. kalo bleh, nk cepat2 kan jek huhu, xdelah rase srabut gini. :) maaanyakk sungguh kadang2 nih.hehe. xsmestinye kapel lame2 bertahun tahun ade jodoh, ye tak? mak ai, gerun sungguh...

elevenapples on January 12, 2007 at 4:52:00 PM GMT+8 said...

yeap liyana. exactly. kadang kadang couple puluhan tahun, tapi kalu jodoh takde, tak jadik gak kan. tapi kalo dah jodoh tu, jumpa ari ni lusa kawin mmg tak heran kan. ;)

日月神教-任我行 on May 11, 2010 at 12:20:00 AM GMT+8 said...

AV,無碼,a片免費看,自拍貼圖,伊莉,微風論壇,成人聊天室,成人電影,成人文學,成人貼圖區,成人網站,一葉情貼圖片區,色情漫畫,言情小說,情色論壇,臺灣情色網,色情影片,色情,成人影城,080視訊聊天室,a片,A漫,h漫,麗的色遊戲,同志色教館,AV女優,SEX,咆哮小老鼠,85cc免費影片,正妹牆,ut聊天室,豆豆聊天室,聊天室,情色小說,aio,成人,微風成人,做愛,成人貼圖,18成人,嘟嘟成人網,aio交友愛情館,情色文學,色情小說,色情網站,情色,A片下載,嘟嘟情人色網,成人影片,成人圖片,成人文章,成人小說,成人漫畫,視訊聊天室,性愛,性感影片,正妹,聊天室,
情色論壇

玉米蛋餅Stanly on May 12, 2010 at 11:06:00 AM GMT+8 said...

徵信社,尋人,偵探,偵探社,徵才,私家偵探,徵信,徵信社,徵信公司,抓猴,出軌,背叛,婚姻,劈腿,感情,第三者,婚外情,一夜情,小老婆,外遇,商標,市場調查,公平交易法,抓姦,債務,債務協商,應收帳款,詐欺,離婚,監護權,法律諮詢,法律常識,離婚諮詢,找人,追蹤器,GPS,徵信,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信社

 

You know what.... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal