Friday, December 29, 2006

* * -- Welcome 2007 -- * *

Expressed by Noorita Yusof at 3:37 PM
Today was my last day in this office.

Yah, for this year.

Tahun 2006 akan berlalu. 2007 yang gemilang (hopefully) will taking place.

So macam kelaziman kita akan mengimbas la kejadian mahupun perkara perkara yang sudah berlaku dalam hidup kita dalam setahun ini.

How about the azam?

I do not believe in azam tahun baru such that.
(sebab cam selalu tak terbuat je. ehe).

So kalo nak buat tu cuba je buat. tak perlu nak menunggu nunggu tahun baru then baru nak set up. sangat lapuks.

So sedikit cebisan kisah yang menjadi sejarah dalam hidupku yang telah dilalui dalam tahun 2006:




JANUARY 06
1st time celebrate birthday as a wife.
Tidak lagi berpeluang berkeji kejian menyambut hari ulangtahun bersama rakan rakan gila kat vista. (korang memang gile okay).
takde lagi cam ala ala suprise party (padahal dah tahu) dari kawan kawan sehuha huha.
Bersama suami mengerjakan solat sunat kesyukuran kerana masih dipanjangkan umur dan dapat mencapai usia 26 tahun. (kejalan benar ok).
dapat pezen baju pegnen (ketika ini sedang boncits) dari hubby.
oh ya. birthday kali ini tidak sangat bernafsu untuk menelan kek dan sebagainya. cuma merengek nak laksa sahaja (mithali tak aku).

p/s: BTW, lagi 22 hari aku mencecah 27 thn. yay! smakin muda!



FEBRUARY 06
masih meneruskan sisa sisa penantian pada bayi di rumah.



MAC 06
sementara membongkang di rumah, ku gagahi diri yang mempunyai insan di dalam perut ini untuk berniaga doorgift orang kawin.
juga sangat gigih menyiapin tempahan dekorasi orang orang yang sudah bersedia untuk berboncits seperti aku.
oh ya. juga sangat bertenaga mengambil upah membangunkan laman web.
dapat la belanja untuk branak kelak.



APRIL 06
Sudah tiba di kampung halaman bagi mempersiapkan diri sebelum berjuang di labour room.
setiap pagi membekalkan udara bersih untuk bayi dengan berjalan jalan di tepian pantai bersama abah.
walaupun damai pandangan mata dan damai perut kerana dapat makan sepuas aneka ragam hasil sumbangan ma tersayang dan sedara mara, namun hati meronta kesedihan dan kerinduan kerana suami jauh di mata. (syahdu la pulak ayat ini).

Dan menyambut harijadi suami dari kejauhan sahaja. Hanya mampu menitip kata dan mengirim bingkisan beserta bungkusan jua. Terima kasih posmen kerana memastikan hadiah itu sampai on time pada si empunya. :)



MEI 06
Saat melahirkan bayi comel tanda cinta kami.
Hari yang tidak mungkin akan kulupakan seumur hayat ini.
Mama dan papa sangat bahagia dengan kehadiran mu sayang.



JUN 06
Masih di kampung menjaga baby dan meneruskan pantangan yang sungguh 'best'.
Selaku pemakan bebas seperti aku adalah tiba tiba kurus merudum kerana menu harian hanyalah sup ayam black paper with ginger, air ibu kunyit dan jamu jamuan.
Setiap pagi dan malam adalah waktu paling 'indah' kerana harus menjerut perut dengan kain panjang berlilitan sehingga mengalami kesukaran bernafas.
tapi harus lah tabah ok kerana harus mempersembahkan diri yang semantapnya untuk suami.

oh ya. ketika ini seluruh drama bersiri TV1, TV2, TV3, Ria, Prima dan segala jadah movie habis ku khatam kerana tugas harian hanyalah berbaring riang di tilam.



JULAI 06
Habis waktu bercuti cuti malaysia di kampung. balik kl dan meneruskan hidup yang berhakikat di alam nyata tanpa lagi bantuan dari ma ngan abah.
:(
saat paling sukar untuk menyesuaikan diri dan kehidupan berbaby yang sungguh mencabarkan.



OGOS 06
Ya. masih gagah dan terus cekap menjawat jawatan mama.



NOVEMBER 06
Mula bekerja kembali dan menghadapi saat paling sukar kerana terpaksa berpisah di siang hari dengan bayiku sayang dan menyerahkan dirinya untuk dijaga orang lain ketika permegian ku ketempat kerja.
(sangat harus memupuk kepercayaan kepada orang lain).
adalah setiap hari aku pulang dan memeriksa segenap inci badannya dan memastikan segala galanya sempurna dan bersih sepertimana aku mengurusnya.
(nasib baik anak mama kekal comel. kalo tidak..)



DISEMBER 06
kehidupan ku sebagai isteri dan ibu serasa semakin indah lagi bermakna.
Semoga tahun baru lebih membawa sinar buat kami sekeluarga di dalam hidup, kerjaya, dunia dan akhirat...







Selamat tinggal 2006 penuh kenangan..

Selamat datang 2007 penuh harapan....


1 thoughs.. on "* * -- Welcome 2007 -- * *"

BUJANG SUSAH on November 14, 2010 at 2:54:00 PM GMT+8 said...

blog walking

 

You know what.... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal