Monday, January 29, 2007

perlu ke buat bunyi siamang!

Expressed by Noorita Yusof at 5:01 PM 1 thoughs.. Links to this post
aku tak suka ok.

aku masuk pejabat dengan mood yang amat penuh baik dan berpikiran positif yang amat ini.

sambil tekun menyelesai kerja.

orang sebelah muali menyalak suara sumbang.

heh..!

huh..!

hish...!

pssst!

hai..!


dan pelbagai wording keluhan yang brengsek yang secara tiba tiba mematahkan semangat pekerja boleh!

sanggggattttttttt penuh kesibukan okay orang sebelah ni!!



itu baru pekerja am rendah seperti aku.


kalau jadik ketua, mau keluar lendir ijau kot mulut.


kalo jadi manager mau meleleh nanah kuning dari telinga.


would you please shut up..!

Friday, January 26, 2007

apa nak buat ek...

Expressed by Noorita Yusof at 2:48 PM 0 thoughs.. Links to this post
apa nak buat ari ni:-

- balik cepat cepat jumpa baby.
- makan char kuey tiow kat gerai arshad.
- percubaan minum teh ais.
- tengok cd.



esok:-

- menonton kereta berhias. <-- baby nak nengok. ehe.
- makan ikan bakar.
- screen test baby.



lusa:-

- melahap di kenny rogers <-- mid valley perhaps? bleh trus berpeleseran.
- shoppinggg.
- ratah kerang bakar <-- leleh...



tulat:-

- apa yang menarik? keje okay. jam, task yang menimbun, report??!!

Thursday, January 25, 2007

Kenapa harus masak seperti tidak ingin orang makan..?!

Expressed by Noorita Yusof at 2:43 PM 0 thoughs.. Links to this post
Today I have decided to go lunch with my dear hubby. (Sudah pulang ok. smalam. yay!)

Sebenarnya this is like my seken time aku lunch ngan dia walaupun ketika aku mengintai di cermin aku boleh melihat akan opisnya itu.
Bcoz y coz everyday every nite kan aku dah ngan dia. berbual bualan bergurau sendaan ngan dia.
so time kat opis ni bergilaan la pula dengan rakan rakan sekerja kan. baru dapat update untuk gossip gossip terkini.

but today since my rakan rakan makan pegi lunch ngan swedish trainer derang, and since aku harus meng-duplicate-kan kunci locker ku (which is aku lupa kay smalam), jadi ok la. bersambil la dengan lunch ngan hubby sambil duplicate kunci. (apa ayat ulangan nih!)

so ok la, kitaorang gi makan dulu before looking for the kedai membuat kunci after that.

so we have decided to makan kat food court blakang sebab restoran limau purut kesayangan aku penuh dengan umat manusia yang lapar tahap somalia itu.

I tell yew, dulu food court ni penuh dengan makanan lazat ok. tapi skrang kenapa cam gerai makan yg nak roboh lagi 2 3 bulan nih! since we all dah sampai dan ok la we're like malas nak memilih sangat, we all carry on je la.

we have memilih to makan nasik campur makcik mulut ramah kat tepi tu yang mana lauk lauk dia cam ok la. (berdasarkan penglihatan)

aku telah menceduk itu ayam masak merah bersama sayur kangkung together itu penambah perisa, sambal belacan (I tell yew ayam dia cam sebesar stengah suku tapak tangan je kay).
and my dah-lama-tak-makan-kat kl-hubby was memilih itu ayam goreng (2 ketul sebab kan dah cakap tadi ayam dia cam amat besar kan) and the kuah kuahan.

setelah mencekik kitaorang sembilan hengget, the mimpi buruk bermula.

aku yang sedang berkobar ni terus semangat kemakanan itu lesap entah kemana sebaik sahaja acara suap ke mulut bermula.

the taste of the ayam masak merah was like so yiueewwwwwwww... (aku ni jarang mengomen masakan k since aku amat suka makan dan selalu tidak mengambil port sangat). dahla tiada taste langsung ok. aku masak lagi sedap eh (kalo tak puji siapa lagi).
and setelah mengkerobek dengan tangan baru aku sadari bahawa aku telah memilih the geliest part of ayam which is the BUNTUT!

I mean i tot itu adalah bahagian atas peha ke, tepi sisi of the ayam ke..
okla. buntut pon ok la. as long ada la isi2 untuk aku cubit kan.
tapi amat hampa ok kerana sangat tiada! apakah aku harus mengonggong punggung ayam ini untuk mengisi perut?

nasib la ada honey baby aku kat depan. dengan penuh kasih sayangnya dia menghulurkan seketul ayam di pingganan padaku. ewah... cam winter sonata lak. ehe.

but ok la. bukan la ingin berperangai tidak bersyukur ke apa. tapi the ayam goreng itu sangat berkelayakan untuk dilontar ke dinding ataupun untuk acara trek melontar seketul ayam instead of melontar peluru!

sudahnya kami hanya mampu menghabiskan setengah pinggan nasik sahaja (rekod ok. aku mana penah tak abih nasik!) dengan penuh kekecewaan di dada dan ketidakkenyangan di perut.

so balik ni aku harus la ajak hubby aku singgah mana mana stall pekena char kuey tiow ke, soto ke, kfc ke. ngengenge...

Tuesday, January 23, 2007

Tajuk karangan: Tempat keje saya

Expressed by Noorita Yusof at 2:15 PM 0 thoughs.. Links to this post
hari ini aku adalah tiada mood dan nafsu untuk bercakap mengenai perihal perihal lain selain daripada mengimbas kembali kenangan di pekerjaan yang telah lalu.

wat i mean is, kenangan pekerjaan sebelum aku keje skang la.


1) Research Assistant nama rasmi atau nama tak rasminya duduk duduk saja sambil beborak dan keluar suka hati.

- 1st job right after grad.

- RA kat UM the great.

- Aku boring gile ok keje sini.

- Applied for RA specialize in Graphic Designing, sekali dah masuk dia bantai soh aku wat ASP ke MySQL kejadah yg memanggg lar aku pandai dan reti kan. sudahnya satu keje lak si sai kit nak train aku plak.

- rakan rakan seangkatan (yang dlm satu bilik je. nak explain abih sampai maal hijrah depan lar):-
* TP(takde tipi boring ok gi keje.orang lain cam kayu)
* sai kit(dunno y, everytime i stare @ his face apa aku nampak adalah apek versi muda)
* lut (always busy wif her tutoring job)
* 2 3 ekor lagi nama apa ntah aku tak hengat sebab mereka kayu tahap kayu jati.
* ezad yang selalu jadik mangsa pertanyaan aku yang tidak berkesudahan (psl ASP seme tu ler). <-- aku rekemen keje sini wei
* last but not least, sirhan yang suka bertungkus lumus bekerja dengan menonton naruto pagi dan petang. <-- aku rekemen gak!

- apa yg best keje kat sini adalah memang la tersangat suka hati kuman ko nak buat apa asalkan keje siap on time. boring2, gi minum pagi utk kali ketiga. boring2 lagi gi lunch kol 11. boring2 jugak berpeleseran kat mid valley (mid valley 2 jengkal je bang). boring boring lagi balik awal.

- aku salu dating secara tidak langsung ketika ini sebab bila boifren (boifren ok time ni, belum laki) abih kelas (ok dia grad lambat dari aku) je, dia datang melawat aku di sini sambil melayari internet, bercengkerama dan sebagainya.

- aku keje 3 blan je eh kat sini sebab gaji tak dapat shopping baju mahal tetiap bulan.
lagi pulak aku tidak mungkin terus menyeksa otak aku buat programming bosan seme ni wei!!



2) Multimedia Programming kat Vision Shift Sdn Bhd.
apa..?? tak tau kat mana..?? kat jalan Yap Kwan Seng okay..??


- ok ni pon aku applied for graphic designer tapi telah dioffer juga ke title multimedia programming ini. not again..... ok. aku ngan programming mmg allergic dari azali eh??
tapi sebab multimedia merangkap wat programming in flash, ok la. tak la merapu buat programming yg berskrin hitam atau putih kosong sahaja yang tiada kehidupan itu.

- enjoy nak mam keje sini sebab bos baik (baik tahap nak cium tangan).

- kawan kawan (bebudak grafik) seme jantan ok. aku je seorang wanita di dalam bilik grafik itu. maka bilamana dah namanya jantan itu pikiran dan perlakuan penuh semangat kejantanan lar. lagu jantan. lawak jantan. aku yg dahulu kalanya amat blur ini terus mulai mengerti akan kehidupan jantan mereka itu. kadang tension pon ada ok kerana menjelang tengahari je, akan semerbak bau ketiak yg berasal dari beraneka lengan itu. kwuarhgghhhhhhh....

- one thing mereka ini seme amat sangat berbakat ok. pelukis katun, perekabentuk animasi, dan sebagainyalah. amat amat amat berbakatttttttttt.... kagum aaa wei!

- dan amat kelaka yang maha amat sngat. dah pelukis katun otak pon cam katun ok. setiap hari aku akan mengalami sindrom cramp mulut sebab dah tak larat gelak dah.

- bebudak ID (tukang wat isi untuk grafik2 ni) plak semuanya adalah wanita belaka. mereka juga kelaka yg amat yg mana ada salah seorangnya sampai berjaya memikat boss pula (2nd boss ok. bukan boss yg best tadi). tak yah nak berskandal dengan laki orang anak 3 la kay. malu la wei!

- juga suka suki ko nak makan kol brapa dan kekadang sehingga buat buat terlajak ke klcc dan buat buat tak pandang jam sebab sibuk berwindow shopping.

- tapi gaji salu lambat bayar ok sebab accountant dia keling pembelit. tapi kalo gaji dia on time tercatat kat dalam account. ko ingat aku ni bela sugar daddy ke bayar gaji lambat2 nih!

- blah sebab ada keura uraan company dah tak berdaya. <-- sedih okay. but i'm not gonna take the risk to stay.



3) HP (Fasa 1)- OSS

- setelah berpindahan ke HP ini terus kitaran hidup biologiku bertukar dengan dasyatnya. Aku harus keje shift (cam nurse ok) yg mana selama doblas jam dan juga bertukar tukar keje malam dan siang.

keje siang bleh la tahan lagi. tapi keje malam cam WAHHH!!! aku ni sangatlah bukan kutu berahak malam yg selalu stay up. paling lama aku bleh tahan sampai kol 12 je k. pahtu mata dah tak leh bukak eh. jadi melewati je tgh malam akan bernguap nguapan la aku sampai ke esoknya. dah jua oh harus keje wiken ok (aku pilih saturday actually). wah..... hari utk berdatingan...

- harus juga keje on the public holiday (kalo kena time shift aku) juga. memang la triple paid yg mana bleh la nak sambar baju selai dua, tapi meneruskan perjalanan ke tempat keje di kala bebudak rumah dan boifren berehat rehatan, bertv tvian dan berwayang wayangan sangatla terasa cam tabahnyaaaaaaaaaaaaaaaaa....

- yang penting aku tidak mampu lagi keje waktu waktu weird dan tak sama cam orang lain. aku rela melepaskan perjalanan ke tempat keje yg tidak jam (waktu keje adalah 10am-10pm ketika itu), melepaskan lepak lepak di rumah selama ampat hari setelah keje selama tiga hari (pattern shift ni gitu eh) dan melepaskan ganjaran OT yang amaylah FWAHHH! itu. wat to do. i just cannot carry on.

- 7 blan b4 aku branak yakni brenti aku dapat masuk opis hour. tapi no OT no shift allowance yang hebat tu seme anymore lah. duduk la aku buat keje keje check virus dalam pc orang. amatla........ menjana minda kan keje keje ni.


4) branak dan jaga anak kat umah.


5) HP (Fasa 2) - SRA

- yeay! keje aku skang yg best gilah!

- rakan rakan ok. boss amat lemah lembut (so far la) n everything ok la (so far kay).

- hopefully dapat la stay kat sini lelama kalo takde berlakunya kegiatan pilih bulu kening dan ketiak untuk naik pangkat ke, bagi manager award ke apa. jangan nak kiasu dan sebagainya kerana melayu hanya 3 ketul je kat sini (nasib baik ada gak kaum kerabat. kalo tak... mati kutu kepala!)



hmm... kalo ada offer power ranger satria baja hitam lepas ni, cabut ah. wakakakaka.....





p/s: cam resume pon ada plak post aku kali nih. heh.

-

Monday, January 22, 2007

Immediate Vacant: Orang gaji cam Pah Bedah

Expressed by Noorita Yusof at 11:03 AM 2 thoughs.. Links to this post
Huh!

Aku tengah pening ni ok.

Pening campur risau pon ada.

Pagi tadi my mum inlaw baharu sahaja menjadikan orang gaji aku seorang jobless.
Sebijik padan muka kuhadiahkan untuk dia sebab tipu kitaorang selama ni.
Kalo dah ada orang dalam perut tu ngaku je la.
Tak payah nak sumpah sumpah bagai.
Bukan perut ngko tu makin mengecut. Ngko tu pulak bukan jenis kecut.
Kembang setaman.
Sampai bila ngko nak pretending ani ooiii..

Sakit hati ok kalo lidah bercabang lima belas ni!
kalo ko tengah berus jamban, ko tergugur cemane?
Kalo ko tengah jaga anak aku, dibuatnya ko nak terberanak cemane?
Ko nak kitaorang satu hal hantar ko gi spital?
satu hal nak hurus hitu hini untok kau..??

ape le salahnya ko cakap,
"saya mengandung cik ita."

takdela mak aku brentikan ko notis lima belas minit!
takdela gaji ko blan ni sparuh je!
takdela kami semua menyimpan rasa terkilan dan agak benci dengan perangai memutar alam ko tu!

yang menimbulkan bengkek di hati aku bukan tu je.
banyak la acara dan perkara telah dilakukannya sehinggakan stiap kali aku pikir rasa cam nak... eee...
(forgor about her masak lemak yang menggiurkan tu. tak kuase ok. TAK KUASEYYY!!)

ok ok.
malas nak pikir dah.
walau berpuluh kemaafan ko titipkan kan mak aku tadi.
dah takde artinya ok.
yg ko kecewakan hati orang tua tu buat apa?
aku?
aku tak keluar langsung ok tadi.
tengok dari atas je.
bukan apa.
aku ni jenis agak lembut hati.
dibuatnya dia melutut kat aku,
heh.

skang aku risau apa tau.

dia kan indon.
indon yang jawa sejawa jawanya.
(cakap cam orang duduk lima batu okay dari dia. ko nak anak aku terpekik cam tu cakap ngan laki dia esok??)

aku takut la dia buat pedajal apa.
ish.. selisih je.
hanya doa dan pendiding kalimah suci saja yang boleh kami buat.

Now,
satu kehal pulak nak cari ganti!

yang rajin.
yang baik.
yang ok.
yang jujur.
yang solat.
yang tak dera anak aku <--- issh takut ok. byk kes skang ni.





ni yg buat aku nak brenti keje ni..!

Friday, January 19, 2007

Actually for tomorrow lar...

Expressed by Noorita Yusof at 11:26 AM 2 thoughs.. Links to this post
As tomorrow is my lonely-birthday, hari ni aku cam ada itu ala ala berperasaan sayu sket aa..

Ingat kot dapat la celebrate buat pertama kalinya dengan baby ngan hubby, tapi nampaknya hanya ada baby sahaja di sisi. yea yea ini adalah masalah berbangkit yang mana laki aku outstation kan, tapi the perasaan terkilan dan sedih tu masih berbekas di hati. eheh.

memang la dia dah promise nak selebret masa dia balik nanti, tapi itu cam on the 27th or 28th of January wuwuwuwu.... but my sebenar birthday is on 20th. wuwuwu...

tapi takpelah.
no choice. hm.


Somebody has send me all this info. Dapatla jugak sebagai hiburan 2 menet mee meggi buat aku.


Women And Their Zodiac Characteristics- AQUARIUS





Physical Appearance



•Fair, tall, elegant and sturdy <-- elegant. koh koh!
•A charming, oval face <-- charming okay. heh.
•The hair usually has a tinge of brown
•The teeth may be defective
•There may be a mole or scar on the calf muscle <-- a'ah la wei.


Mental Attitude




•Usually intelligent, you can see through the motives of a person. You have the ability to read the character of a person after a few meetings. <-- hmm acceptable!

•Blessed with a very high level of concentration and understanding, you can easily get to the root of any problem. <-- ye la. pandai la einstein ni kaji.


General Nature




•The Aquarian woman can be quite rigid in her views. You make friends with a lot of difficulty (mm tak aa susah sangat dapat kawan. ktap (bunyi jari berpetip) je eh!), but once made, the friendship is sincere and forever (except for the pengambil kesempatan. babai!).

•You are definitely not the kind of person who will back-bite and work against your friends. True to your words and feelings, you are not only sincere in front of a person but also even in his absence. <-- dengar tu rakan rakan...

•Women born under this sign are drawn to meditation. You can be a loner and may lead an almost hermit-like existence at some stage in life.

•As an Aquarian woman, you will also have a lot of interest in the material life (huh!!?). You may be inclined to accumulate a lot during your lifetime. But again, the present day woman may not actually identify in toto with the traits defined by the Zodiac astrology of yore.

•You are a systematic and organised worker. <-- tak baik riak wei!

•The strengths and weaknesses of an Aquarian woman are not read very easily. The world knows and understands only that what you want to make it understand! <-- aku sker writer ni!


Health




•Infectious diseases, skin ailments, tooth troubles, tonsils and problems with leg muscles are some of the common problems women under this sign face. <-- so far tonsils prob jer.

•You also have to protect yourself from excessive heat and cold. Take sufficient rest and exercise for a well-toned existence.



Money



•Slow and steady in earning money(see.. orang tak tamak gini la), you can accumulate a lot of wealth through your talent and ambition. You will not run after wealth, but wealth shall follow you forever. You also have the ability to create organisations and develop innovative systems through which you can earn large incomes.

•Though you will earn a lot, there is also the danger that you may get into the habit of cheating and deceiving those you deal with (ee?). Guard against this tendency or it could well lead to your downfall.


Romance And Sex Life <-- :")



•Aquarians seek refined and intelligent partners. Quite unassuming, you are not likely to boss over your partner. In fact, being a great student of human nature you will be able to exert a lot of control on your partner.

•In romance, you start a bit late but pick up fast. You soon learn very ingenious way of getting to know men and can lead them on to a merry chase! This satisfies your ego. But, when you do make the final choice, it is with great care. Once you get serious with a man you will be totally devoted to him.

•You will very rarely be jealous of other women.You will seldom have time for such thoughts, but if you find him insincere you can leave him without a second thought.

•Not interested in sex for the sake of it, you can be led into it with a lot of patience.

•Gentle rubbing on your calves and ankles makes you ecstatic.


Marriage



•You marry late (opss! tak tua sangat ok), but divorces are very rare with Aquarian women. Your marriage will be considered as a model marriage. One, you have the ability to see through your partner and decide accordingly. Secondly, you are generally very beautiful. You are endowed with a charm which keeps your husband tied down to you for eternity! <-- haha! definitely!

•An Aquarian can handle her home and children in the most unconventional way.You may try strange combinations and arrangements and also make them look good.

•You will be able to handle guests in a most remarkable manner and can hold forth on any subject on earth. You can converse with children as if you are one of them and you can talk to an eighty-year-old as if you are of the same age group. <-- it works sometime.

Ideal Match




•Men born in Leo, Gemini and Taurus signs are the ideal match for you. <-- wat?? where is the Aries??


Caution




•A mood that fluctuates more easily than the weather can be your bane! You can sink from the heights of joy to the pits of depression. When on a high, you think the world is in your pocket and that you are a winner and shall remain a winner always. When in a pensive mood, you tend to think that there is no person more wronged as you have been, that you do not have a future... What you do and say during these irrational phases is what puts you in deep trouble.

•You should control your moods. Keep yourself calm and do regular meditation.


Lucky Day



Thursdays, Fridays and Tuesdays are lucky for you. <-- everyday is a lucky day for me :)

Numbers




•3, 9, 2, 7 are your lucky numbers. <-- 11 mana?

Colours




Yellow, red and white are your lucky colours. <-- green??


Recommended Gemstones




•Diamond (diamond la sayang. diamond adalah habib jewels...ngengenge..), yellow sapphire and ruby are your lucky gemstones. The stones should be of a vibrant Aura and should not have been worn before. The weight of the stone should be decided as per your body weight and age.




hmmmmmmm......


happy 27th birthday to me.....


Thursday, January 18, 2007

Jangan monyet jangan....

Expressed by Noorita Yusof at 2:19 PM 0 thoughs.. Links to this post
kehkehkeh...

belum pepe dah gelak dulu..

takdela gelak tu sebab terbaca blog dari seorang pemondan hebat ni.
macam nak pecah perut semut okay baca blog dia.
tapi 18, 21, 26 SX tau blog dia ni.
sangat begitu bersepah carutan di sini. sabor jelah!
tapi opss aku tak boleh bagi la itu link kerana tidak baik menyebar kata kata tidak sopan tersebut. harap maaf. ehe.


teringat plak cite dari laki aku nan kejauhan tu smalam.
ada juga sehelai dua unsur kaler biru di situ.

cite dia camni.

ok ok sebelum tu nak bagitau pengajaran of the cite ni. (ewah cam kisah sang monyet dan kancil lak ada unsur teladan ni. jangan monyet jangan....)
janganlah sombong dan bongkak sesama manusia ye anak anak...

ok skali gi cite dia camni..

ada la seekor lelaki dan sekeping wanita ni.
dua dua ni telah bertengkar dengan penuh tegang urat merihnya menyatakan akan siapakah yang lebih hebat dan mantap antara mereka itu.
(sangat unsur perkauman lelaki dan wanita adanya).

ok la. bagi membuktikan akan kehebatan dan membuat ujian daya tahan melawan tekanan diri, mereka telah bersetuju untuk bertanding.
maka tiba pada hari dan waktu yang selayaknya itu, mereka pon.. bertanding la. takkan berkucupan plak!


pertandingan purrtama ~ makan makan tak yah cari :-
kedua dua mereka harus menghabiskan seketul pizza yang bersaiz XXL itu sorang satu dalam masa 10 minit.
sang lelaki amat bahagia dengan acara ini kerana selain mereka terkenal sebagai pelahap cak puap antarabangsa apa la sangat menghabiskan pizza dalam sploh minit itu. dalam 2-3 minit jua dapat digapainya.
tapi si wanita tidak calang calangan peserta juga ya.. terkenal sebagai status beperut lebar seperti ieta, wah halangan ini adalah mudah sahaja.

priiittt...
wah! kedua dua pemulut besar ini telah dapat melesapkan pizza dalam masa yg sama ya. sungguh pantas! maka seri.......


pertandingan kedua ~ majula sukan untuk menjadi kaya seperti nicole..:-
acara kedua ini mereka dikehendaki melakukan aksi lompat jauh. kalo boleh sejauh yang mampu diraih oleh cicak man tak cukup makan itu.
jadi si lelaki ini kembali meriakkan diri kerana dia amat yakin sekali dapat melantun dengan hebat as his kaki seperti belalang kateh itu.
tapi si wanita walaupun kaki kurang 3 sentimeter je tapi daya lonjakkan buntut itu boleh memberi saingan.

dan akhirnya... jarak kejauhan hasil lonjakkan pramatang mereka itu telah mencatatkan ukuran yang sama..

woohoo...

pertandingan semakin hangatss hot fm..


pertandingan ketiga ~ mari mengelak penyakit batu karang..
oleh kerana kedua dua peserta hebat mantap, maka pertandingan ketiga ini bakal menjadi penentunya..

kedua mereka harus berlawan kencing kencingan antara mereka. tapi disyratkan tangan tidak boleh mengambil bahagian ya.(sangat tidak senonoh acara ini. apa punya penganjur da..)
barangsiapa yang mempunyai daya kencingan yang paling jauh akan dikira pemenang.
kali ini si kaum adam bukan sahaja tersengih malahan terkinja kegirangan kerana sudah pastinya kaum hawa bukanlah tandingan di dalam kategori ini.

i mean yea... cemane kan.. you all pun tau kan kan..

jadi dengan tidak penuh sabarnya dia terus melondehkan seluar untuk melaksanakan urusan itu.
tapi oppss!! 'alat' itu telah tersangkut di zip yang mana dia telah mengakibatkan pancutan kencing itu berlaku ke belakang!

jarak yg dicatat oleh lelaki itu adalah -5cm!


maka sang wanita telah meraih kemenangan di dalam pertandingan siapa hebat ini...


jadi teladan sang kancilnya adalah...

buat eksyen berpada pada buat bongkak jangan sekali.

ekekekeke....

Untuk baby muah muahs!

Expressed by Noorita Yusof at 2:01 PM 2 thoughs.. Links to this post
2 ari lepas aku telah mengorder satu set persalinan untuk babyku.
Jangan main main okay. Siap order baju imported dari US wa bilang lu.
Somekind on internet bisnis lar. aku surf2 web ni skalik terberkenan plak...
Itu la arakiannya..


terbayang kecomelan anakku~ :)




so dah transfer duek itu jam juga, dah calling calling the owner and everything, so ok dia dah pos dengan jayanya pada hari semalam. so again, sepatut matut nye sampai la hari ni kan.
tapi tadi aku telah menerima panggilan keramat dari mama mengatakan the parcel dan sampai. aku cam yeay! baju anak mama dah sampai ye ye..

but.. yea but the tak best again..

dia salah pos okay. aku mintak saiz 6-9 mth tapi dia telah menyilap pos itu saiz 3-6 mth! wah! mmg la anak aku akan makin mengecik kan. kalo itu saiz buku lali dia je buleh muat!

ini yang aku agak naik hangen ni. lantas tepon the owner menyatakan kesilapan ini. tapi taktala mendengarkan suara dia yg memohon maap cam pat blas kali tu semerta hati aku sejuk dan tenangnya. ha camtula nak meniaga... jaga hati kastemer.. nak marah pon tak jadi.. dia mintak aku pos balik (aku sangat leceh ok pos pos ni), dan aku mengepos kembali baju yg betul dengan delivery free of charged. of coz la free kan, aku tukang pos balik ni takkan pakai bulu keting plak. kalo dia mintak bayar lagi duek pos mmg la nak kena cium ngan tangan.

ewah.

aku sebenarnya tak la dalam emosi marak sangat sekarang ni. just saja je la menyatakan keterkilanan tu. tu je. ekeke..


so, tunggu la lagi labu..





duck duck goose- you're next!!

Wednesday, January 17, 2007

Scary part of the van..

Expressed by Noorita Yusof at 2:08 PM 1 thoughs.. Links to this post
Setiap kali aku naik shuttle which is van, setiap kali orang bukan pintu belakang dia aku mesti terimbas imbas nostalgia zaman skoloh skoloh dulu.

Aku dulu adalah one of the budak skolah yang pegi balik skolah naik van. van sewa la bukan van haram. bedosa wei haram haram ni. eheh.

kejadian pengevanan ni berlaku ketika aku in secondary school. (sekolah menengah sultan sulaiman foreva. skolah Agung skang woohoo!). zaman sekolah rendah dulu aku gi skolah naik beskal kaler merah ekeke.. takpon kalo malas abah antar hee..

ok ok berbalik kepada persoalan kita tadi.

ya. gi skolah naik van kan. ok van aku tu kaler biru(harus detail ok untuk pengimbasan maksima). drebar dia aku panggil Pok Man. Dia bawak van cam perempit okay. sangat seperti kimi raikonen bawak tut tut. abis bumb tak bumb dilantunnya.

yang nak aku utarakan bukanlah cara pembawaan van dia tu, tapi kami kami selaku penumpang ini punya karenah. aku dulu sangat sangat menci ok kalo terpaksa duduk tepi pintu yang mana terus merangkap menjadi jaga buka tutup pintu pula.

aku seboleh boleh nak duduk tengah ke, belakang ke mana mana lah selain tempat azimat di atas. tapi duk depan pon aku tak suka sebab cam kayu je dok tinggi tinggi camtu ekeke..

dalam banyak banyak penumpang ni ada la sorang mamat ni yang aku panggel fadli. dia ni cam ala ala auuww gitu la sket. tapi badan mak ai sebesar tenuk tak jadi diet. kiranya dengan saiz dia tu cam tadey masalah la nak tarik pintu tu (i mean dari dalam) kan. tapi kalo time dia kan, mesti cam salu terjungkit buntut everytime dia nak bukak pintu. pahtu cam hogeh hogeh tarik cam nak terpengsan tapi the pintu is tak jugak bukak bukak. ekekeke... sudahnya mesti ada pembantu pembantu setiakawan yang tolong tarik together gether.

aku plak memang cam agak agak kontrol ayu aa sket time tu. so kalo tarik pintu tak larat dan tak terbukak tu (harus diingat, perempuan adalah kaum yg lemah) muka trus cam merona merah dan aku benci bila keadaan aku menjadi begitu. mak tak steady nyah time tu! tapi akhirnya nah terbukak la jugak pintu gua tu tapi dalam dada aku cam eeee bencinyaaa sebab nanti kalo orang lain nak turun aku rewind lagi menda ni. sampaila turn aku turun baru la fuh!

satu lagi yang aku takleh lupa adalah sorang pompuan awek ni. dia tua stahun la dari aku. nama dia yuswati (siap ingat ok. sangat mekar di dada). dia ni mmg kontrol cun (mmg cun pon tapinya) tapi sekontrol2 dia minah ni sangat kuat ok dalam bab bab menolak pintu van! tak pernah fail okay!! tapi dia ni sangat licik. aku rasa dalam 3 tahun aku naik van ngan dia baru cam 8 kali dia nye turn dok kat pintu. sangat pantas mencari ruangan kerusi lain selain daripada tempat maut tu!
pahtu dia ni kalo time balik skolah kan, (ok lupa plak nak ckp. dulu setiap hari b4 balik kena semayang zuhur berjemaah kat surau. kadang imam tu sangat slow ok. abihkan semayang sangat lambat sampai kadang2 aku kena tinggal ngan van ok. jadi setiap hari aku bergegas gegas kejar van la). tapi si yuswati ni tak pernah fail ok dalam pengejaran van. everytime aku sampai dia dah tencongoh kat dalam van which is kat tmpt best lar. dia ni smayang ke tidak? ke uzur je sepanjang tahun??

itu satu aku cam ee tak puas hati ok ngan minah ni. dah aa sombong, mulut tak pernah bersapa eh ngan kitaorang seme. ha lagi satu, tak abih gi ngumpat pasal dia nih. dia ni kalo pagi2 kan, skali enter je pintu van, semerbak harum ok perfume dia cam nak basuh satu van ngan perfume sebotol! sangatt gi sekolah untuk berlawa-an ke nak belaja nih!

chewah emo la plak. kekeke..

jadi tulah. skang kalo gi keje aku dah tak kisah dok kat tepi van HP shuttle tu. sebab aku dah kuat perkasa ok bukak pintu. never failed so far! ahahaha... pulak aku yg tolong orang lain yg tak berapa bertenaga untuk tarik pintu tu. aahaha.. ada cam riak la plak.

ha lupa nak add. dulu aku suka naik van pok man tu sebab dia suka pasang lagu lagu zaman awie, rahmat mega seme time sarung suar ketat. lagu yg sunggoh tak lekang dek lagu urban, tak lapuk dek artis hip hop. sungguhh membuai.....


hmm pejadi dah ngan van cabuk tu ek...

Tuesday, January 16, 2007

I feel good... :)

Expressed by Noorita Yusof at 10:55 AM 0 thoughs.. Links to this post


Hmmm.. Setelah kejadian yang menguji keimanan di dada semalam, ditukarganti pula dengan perasaan yang sungguh indah hari ini..

I dunno why..

It just feeling good... :)


Arrived kat car park @ 7.50 am.
Then bersengan lenangan menapau brekpes kat restoran limau purut yang bermenu heaven tu.
(ah today aku dapat half price ok di atas mee+kuey tiow goreng aku yang menimbunan itu. sebab aku dah berbaik baikan dengan casher dia. eheh.)

Sudah tu the shuttle was already there is like seolah menanti nanti aku.
Yeap I'm the 1st person who was open the pintu of the van while there is nobody there yet.

Masuk office..

makan brekpes sambil mengechek task.

and the feeling good lagi berterusan di mana hari ni cam ada hanya seketul dua kerja sahaja yang mana sangat mudah dilaksana dan telah disiapin seawal jam 9.30 am.

then meneruskan perasaan indah dengan mengisi borang rekomen fren yang akan menghasilkan pulangan berjumlah rm300 per person serta terus mengsubmitkan ia tanpa tunggu ke HR.

alangkah...

dan skang pukul 11.02 am aku dah boleh membaca online paper, mengupdate frenster, mengchek email bergossipan di msn mahupun ym... ah such a very good day yang dah lama aku tak nikmati..

oh additional thing, hari ni aku menyarung blouse yang sangatttt aku suka... which is a birthday gift (present tense. sebab nanti sabtu ni dia tadek kan) kay yang dihadiahkan oleh suami tersayang. Actually it comes together with the very cute white skirt. and the matching tudung oso, but nantila.. pakai set lengkap untuk tatapan si penaja la kan.. :")

hmmm hopefully till end of the day the good feeling akan terus berterusan. i mean bukan sampai end of the day je la. seterusnya la sampai the next next next day..



(ah karang kalo balik sharp nak singgah lagi butik ni sambar lagi selai dua blose yg aku dah aim ari tu. mmmmmmmmmmmmm :) )

Monday, January 15, 2007

Such a purrrfectt day...

Expressed by Noorita Yusof at 1:59 PM 0 thoughs.. Links to this post
Uhuhuhu...

Today is a really really such a perfect day for me to start my headache!

Aku dah bangun seawal pagi seperti biasa okay this morning.
Tidak ada sebarang sambungan rancangan tido selepas alarm clock enponku berbunyi.
Pergegasan terus berlaku untuk mandi dan seterusnya cam besa ah siap² dan ready to gi keje @ 7am!

Tapi something, bukan something la banyak² thing telah terjadi yang mana telah mendelaykan aku dengan dasyatnya hari ini.

My inlaws terbangun lambat juga I think which is papa yang besa bertolak cam kol 6.45 tu masih lagi dok sebok melilit tie di leher dan mama plak gi toilet la apa kan. Sofiya cam besa dah bangun time ni dan berada di dalam dukungan aku lar.
So untuk gi keje aku harus mengepass the baby dulu kat mama either the maid yang sampai ini jam masih tak nampak batang telinga yang mana cam aku rasa nak pulas jer!

Then mama dah finished her hajat or everything kat toilet but dia harus gi alih kete dulu yang mana untuk membolehkan papa nye kete kuar. (Okay kete umat umah ni cam pat lima bijik kay (tak berlagak. adalah kenyataan). kalu kete dalam sket nak kuar, kete yang dekat ngan gate harus dialih alih gitu. so tunggu mama alih kete n everything is like amik masa 3-5 minit gitu kan. And the maid masih belum kunjung tiba jua.

Then settle everything, pass baby ciom ciom muahs sket then aku nak kuar barulah maid ni sekonyong konyong baru sampai dengan tersengih sengih. dun u ever bagi alasan moto pancit minyak kering ke apa kerana aku agak mendidih dah ni. u better go inside n do ur job!

eh belum abihs lagi.

bilamana mata aku memandang akan meter yg ada handle minyak tu, YESS!!!
memang la the jarum 'tidak' menunjuk ke huruf E kan.... memang 'tidak' berada pada titik merah kan....

Meaning aku harus membelok ke petrol pump di depan sana... yang mana akan lagi men'cepat'kan lagi masa innii....


fine fine aku mesti lagi harus isik minyak la kan.
kalo tidak satu hal kena tolak kete ke hapa nanti satu keje plak.


settle.


it's 7.45 am.


bilamana baru nak lepas the patung emas sebesar alam kat batu caves tu, tiba tiba perutku dengan tak bagi salamnye meragam okay.
dengan tidak boleh sabar sabar lagi ya.

YESS again..!!

membelok lagi kat petrol pump mana ntah dekat2 situ jugak dan melaksanakan apa yang perlu.


damned! it's already 7.55 am.


dannn....

jika anda terlambat hatta sploh minit dari biasa pun, itu jalan kuching memang tada kasik can punya...

hari ni plak memang the jam was like sangattttttttttt gile betik okay.

dan juga kat susur hartamas.

juga kat depan cimb.

juga bila nak masuk parking lot kat damanlela!

gosh gosh gosh!

hari ini sejarah datang lambat bakal dicipta oleh the grat ietaaaa......
woohoo....


pahtu bila dah park kete, yeay!! the shuttle tidak juga datang datang lagi walaupun the penunggu mencecah cam pat blas orang. memang tak muat la van cabok tu..!!
takkan nak menapak! basah ketiak okay!

tapi lepas aku send sms kat team lead menyatakan kelewatan ini, datanglah shuttle itu which is a bus! ok slamat la seme penanti penanti setia ni.

bila perut bas dah penuh, ewah ewah driver tu bleh turun bersapa sapaan dengan drebar mana ntah pulak kat situ. HOI!!! AKU DAH LAMBAT OKAY...!!!!!!!!

sudahnya aku tiba di opis ini pada jam 9.20 am.

wah!!! terasa cam bos besar yang pemalas gi keje awal je!!

nasib la team tead aku baikk... hehe..

then itulah.

kejadian kelambatan pegi kerja pada hari yang sunggoh indah ini.


balik nanti kena la si ani ni!

Friday, January 12, 2007

Berita yang maha tak best!!

Expressed by Noorita Yusof at 2:04 PM 0 thoughs.. Links to this post
Actually I was like can't even wait to reach this day which is today.
Ini adalah oleh kerana setelah sploh hari berjauhan, finally I will bersama kembali dengan suami kesayangan.
Yea untuk makluman dia kursus kat somewhere called LahaBubu. which is kat penang kay bukan afrika.

so setelah dalam 10 hari tu aku struggle mengurus our baby alone and drive to kerja alone, tido alone, then akhirnya seme tu i mean berakhir la kan.


buttttttt............


yea.. there is a but there..

yang mana kalo setiap menda best tapi ada but but kat blakang tu semestinya menjadi tidak best kan.

he called last nite and told me that his kursus telah didragkan sehingga next 10 days.


I was like HAHHHHHHHHHHHHHHHH!!!!!!


meaning until that time aku masih tidak boleh beranganan untuk rilek rilek di tempat duduk sebelah pemandu setiap pagi yet. masih harus tabah mengexercise kaki dan mata jua. aduiila....

dan the next wiken which is my birthday akan aku lalui dengan tanpa suami di sisi..

apakahhh...........

harus aku melalak atau meratap atau menahan dengan penuh tabah setabah semangat juang berkobaran di dada dada para isteri taktala suami di perantauan..??

nak tak nak,

rela tak rela,

mau tak mau,

harussssssssssssss.........



nasib la hari ni dia balik untuk menjengah anak bini.
rindu gak dia kat kitaorang. (cheh! poyor)
so this wiken ada la makna jugak untuk dilalui.

I just hope that I will tabah enuff untuk menghadapi coming weekend ni.

oh hati.
sabarlah..

Thursday, January 11, 2007

Berita Bertangguhan

Expressed by Noorita Yusof at 2:57 PM 0 thoughs.. Links to this post
Wahhai wahhaii...

Lamanya tidak mencoret coretan kat sini..
Sangat busy lately with all the keje yang tidak berkesudahan dan berhabisan ini.
Ketika sekarang barulah agak free dan barulah mampu membelek frenster, mengecheck email yang beratusan dan mengupdate cyber diary ini.
wahhai...

well apa latest update.

i started with last saturday lah.


Kay pada hari sabtu lepas telah diadakan upacara makan makan sambil sembang sembang kosong berbuangan masa di antara ahli ahli pekerja satu team di HP. Senang ayat team-mates lah. Kejadian berlaku di Itallianese OU. Oh sangat sia-sia aku berpuasa tengahari semata mata untuk melahap dengan penuh rakus kat sini namun setelah menelan beberapa ekor sotong goreng, beberapa helai salad dan apa saja like appetizers, perut adalah sudah seperti lebih separuh terisi. then ape kehal jadahnya dengan chicken par..wat eva is tat yang aku order tadi? tidak lupa juga pada strawberry cheesecake selaku dessert? mana mau tuang..??

sudahnya aku makan ayam aku beserta all the pastas ditepiannya dengan penuh rasa ingin terjeluaknya (chicken apajadah nama panjang tu adalah sangat... seperti ayam masak asam jawa bakar.huh!).
dan the desserts adalah tidak jadi untuk di-order.

SANGATTT KENYANGGGGGGGGGG....

heh. adalah cam matahari kluar dari tenggara kan bila aku pronouce word kenyang. ahaha.. tapi itu adalah haqiqatnya.. aku kenyang gile wei. cam tobat nasuha tanak makan sana dah. lalu depan kedai pon dah kemualan.

walau apa pun, kami semua telah mengenjoy dengan riuhnya pada hari itu walaupun seolah berada di beijing. nasib ada budak melayu baru join, kalo tak adalah sangat nganga.

seterusnya setelah berlakunya tempoh bersuka ria itu dibalas pula dengan kerja kerji yang sangat melayakkan aku dinobatkan sebagai ratu OT setiap hari. aku sudah naik muak okay meredah simpang siur kete yang maharaja dasyat setelah melewati pukul 6!


sudeh!


hmmm pelagi tertinggal a...


just as an annoucement here la which is aku telah me-welcome-kan kedatangan cik farah fardiana kita untuk bekerja kembali dengan aku setelah hampir 2 tahun berpisahan..
clap clap clap..

all the cerita cerita gossip kita masa kat vision shift tiba tiba cam mekar kembali kan farah. skang ada geng! besh!

Tuesday, January 2, 2007

Celebrity Looks Alike...?

Expressed by Noorita Yusof at 2:53 PM 0 thoughs.. Links to this post




Kenapakah seperti semua muka yang serupa aku musti kecinaan mahupun kejepunan...?

Santai utaks

Expressed by Noorita Yusof at 2:14 PM 0 thoughs.. Links to this post
Well..

Sesuatu untuk tatapan anda di tahun baru ini...





















- An award winning cartoons -
 

You know what.... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal