Thursday, January 25, 2007

Kenapa harus masak seperti tidak ingin orang makan..?!

Expressed by Noorita Yusof at 2:43 PM
Today I have decided to go lunch with my dear hubby. (Sudah pulang ok. smalam. yay!)

Sebenarnya this is like my seken time aku lunch ngan dia walaupun ketika aku mengintai di cermin aku boleh melihat akan opisnya itu.
Bcoz y coz everyday every nite kan aku dah ngan dia. berbual bualan bergurau sendaan ngan dia.
so time kat opis ni bergilaan la pula dengan rakan rakan sekerja kan. baru dapat update untuk gossip gossip terkini.

but today since my rakan rakan makan pegi lunch ngan swedish trainer derang, and since aku harus meng-duplicate-kan kunci locker ku (which is aku lupa kay smalam), jadi ok la. bersambil la dengan lunch ngan hubby sambil duplicate kunci. (apa ayat ulangan nih!)

so ok la, kitaorang gi makan dulu before looking for the kedai membuat kunci after that.

so we have decided to makan kat food court blakang sebab restoran limau purut kesayangan aku penuh dengan umat manusia yang lapar tahap somalia itu.

I tell yew, dulu food court ni penuh dengan makanan lazat ok. tapi skrang kenapa cam gerai makan yg nak roboh lagi 2 3 bulan nih! since we all dah sampai dan ok la we're like malas nak memilih sangat, we all carry on je la.

we have memilih to makan nasik campur makcik mulut ramah kat tepi tu yang mana lauk lauk dia cam ok la. (berdasarkan penglihatan)

aku telah menceduk itu ayam masak merah bersama sayur kangkung together itu penambah perisa, sambal belacan (I tell yew ayam dia cam sebesar stengah suku tapak tangan je kay).
and my dah-lama-tak-makan-kat kl-hubby was memilih itu ayam goreng (2 ketul sebab kan dah cakap tadi ayam dia cam amat besar kan) and the kuah kuahan.

setelah mencekik kitaorang sembilan hengget, the mimpi buruk bermula.

aku yang sedang berkobar ni terus semangat kemakanan itu lesap entah kemana sebaik sahaja acara suap ke mulut bermula.

the taste of the ayam masak merah was like so yiueewwwwwwww... (aku ni jarang mengomen masakan k since aku amat suka makan dan selalu tidak mengambil port sangat). dahla tiada taste langsung ok. aku masak lagi sedap eh (kalo tak puji siapa lagi).
and setelah mengkerobek dengan tangan baru aku sadari bahawa aku telah memilih the geliest part of ayam which is the BUNTUT!

I mean i tot itu adalah bahagian atas peha ke, tepi sisi of the ayam ke..
okla. buntut pon ok la. as long ada la isi2 untuk aku cubit kan.
tapi amat hampa ok kerana sangat tiada! apakah aku harus mengonggong punggung ayam ini untuk mengisi perut?

nasib la ada honey baby aku kat depan. dengan penuh kasih sayangnya dia menghulurkan seketul ayam di pingganan padaku. ewah... cam winter sonata lak. ehe.

but ok la. bukan la ingin berperangai tidak bersyukur ke apa. tapi the ayam goreng itu sangat berkelayakan untuk dilontar ke dinding ataupun untuk acara trek melontar seketul ayam instead of melontar peluru!

sudahnya kami hanya mampu menghabiskan setengah pinggan nasik sahaja (rekod ok. aku mana penah tak abih nasik!) dengan penuh kekecewaan di dada dan ketidakkenyangan di perut.

so balik ni aku harus la ajak hubby aku singgah mana mana stall pekena char kuey tiow ke, soto ke, kfc ke. ngengenge...

0 thoughs.. on "Kenapa harus masak seperti tidak ingin orang makan..?!"

 

You know what.... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal