Tuesday, February 27, 2007

okay, exceeded limit oredi...!

Expressed by Noorita Yusof at 2:48 PM 0 thoughs.. Links to this post
Eh! Kesabaran aku ada batas sempadannya okay!!?

Kata mintak orang bayar utang.

Sampai menjaja cerita sana sini, masuk surat kabar la,iklan tv la, taruk senarai nama yang kena bayar la seme kan.

sangatt berusaha gigih kan nak mencetikan diri.

tapi bila si peminjam dan terbuka hati nak bayar, kenapa cam sangattttttttttt la amattt susah nak menghubungi pihak berkenaan..???????

oh! kunun ada HOTLINE NO dalam website (update kay. tapi sarap!).
tapi call cam nam juta kali kay! takde sapa teringin nak jawab.
nak kasik jari aku ni haus dulu gamaknya kan dok keep re-dialing kan??

and the marveles website tu.
macam wah!! kan.
sangat berinformasi sana sini.
boleh check penyata la dan sebagainya.
antar email nak no pin (bagi membolehkan nak tgk penyata online tu. derang gak soh email!), macam 6 juta minggu kan takyah balas kan email kan..??

sangatttt produktif kan pekerja2 cemerlang jaya kita ni kan...


and the website tadi tu.
dengan macam2 info dan pautan di situ sana sini kan,
tapi memang la satu pon tak clickable.
hanya untuk tontonan umum je eee...??

oh ya...
yang paling best skali, tetiba je nama takde dalam senarai kan..?
dah penah dapat penyata pon tiba2 takde dalam senarai eh..?
wah wah...!!
sesedap rasa ajinomoto ko je ekh..??
apa jadi ngan duit2 yang aku dah bayar dulu tu..??
buat makan gulai nangka ke..???

kalo macam ni la sifat rajin usaha jaya pekerja dan sapa2 la kat ptptn tu, sampai bila la orang malas nak bayar ok.??

bukan semua yg ada dekat2 mahupun available nak gi mencokoh kat pintu wisma chase perdana tu, pahtu beratur la apende kan.. lapok kay kejadian tu seme!

oleh itu, pleaseeeeeeeeee la memanfaatkan segala jadah kemudahan yang diwara warakan tu.. i mean pleaseee la menjadikan segala kemudahan itu suatu realiti!!

PTPTN ooiiiiiiiiii...!

Friday, February 23, 2007

Johorean...

Expressed by Noorita Yusof at 3:33 PM 0 thoughs.. Links to this post
Ekekeke..

Ini apa yang aku jumpa kat email ari ni.

Didedikasikan buat suami tersayang dan juga orang orang johor sekalian alam..



10 Things You Should Know About A True Blue Johorean




1. They end 9 out of 10 sentences with Ekkk...

Ekk ialah trademark orang Johor. Digunakan di hujung SETIAP ayat menggantikan tanda soal (question mark).

Contoh :-

Ni awak punyer ekk?
Nama awak saper ekk ?
Kenapa kite kaler tak cantik ekk ?

Dan macam-macam ekk lagi.

Aku teringat semasa aku sekolah dulu, aku dan member sebelah aku boring yang amat di dalam kelas, so to keep us awake, kami dok mengira berapa kali Cikgu sebut ekk. In a period of 40 minutes, dekat 100 kali! Lepas tu kami gelarkan Cikgu tu as Cikgu Fadzillah* Ekk. (*bukan nama sebenar).


2. They refer to Johor Bahru as Johor and not JB.

Kalau orang di negeri Johor sebut Johor, it meant Johor Bahru (JB), the city dan bukan Johor, the state. Biasa digunakan oleh mereka yang tinggal di luar bandar Johor Baru seperti di Masai- chusettes umpamanya.

Contoh : Beb, gua nak turun Johor laa. Lu mahu ikut gua tak?

So, if you ARE already in Johor, tak kira di daerah mana - if the locals kata nak pergi Johor, it means nak ke Johor Bahru. Jangan pulak buat lawak bongok** berkata, " Eh, lu kan dah ada kat Johor?" Or worse, jangan memandai nak tambah ekk with that question.


3. They pronounce Muar as MUOR. (kena juih bibir sikit)

In fact you pronounce everything that ends with "AR" as "OR".

Contoh : Aku kena pakai seluor besor untuk main bola kat Bandor Muor besok. (Aku kena pakai seluar besar nak main bola di Bandar Muar besok).

Aku teringat Kakak tegur aku bila aku cakap macam tu. Kenapa Mama sebut besar, BESOR ? Slipper , SLIPPOR ? Aku tergelak. Aku cuma speak like that bila berjumpa dengan true blue Johorean aje.

Lapo (lapar), penampor (penampar), ulor (ular), pagor (pagar) dan lain-lain.


4. They are brash with a CRAZY sense of humour.

Honestly, I belum pernah jumpa orang Johor yang serious or square to a T. Or cannot take a joke. Walaupun pendiam atau pemalu , but their sense of humour boleh tahan gak. Almost all of them (yang aku jumpa dan kenal lah) are either loyar buruk or bigor **.

Baik di kampung mahu di Bandar. The sense of humour is unique that I find kadang-kadang orang luar (non-Johorean) agak takut with the brashness of budak-budak Johor.

(Did you see Majalah 3 the other night - see how Tunku Yem (nama manja Tunku Mahkota Johor) bercerita pasal anakanda dia Tunku Ismail ? Haha.... that is exactly my point!)


5. Diorang ada ENDUT **.

Kalau tak pernah berendut, sure pernah ada endut or busuk-busuk pun teringin nak ada endut.

Contoh ayat :

Haa...kau dah ada endut yer ?
Kau pergi berendut kat mana ?
Orang berendut dia pun nak berendut.


6. Diorang Makan Gula Tarik, Sagun, Gula Kandy, Bobotok....

Dah lama aku tak tengok atau makan gula tarik, sagun or kandy. Ada lagi ke bebenda ni kat Johor ? Aku tak boleh nak describe dengan teliti these things cos it has been 30 years since I last tasted them.

Seperti Kak P cakap - makanan seperti botok-botok. Kalau out of Johor, botok-botok dikenali dengan nama PAIS IKAN. Jangan tanya aku how to describe the ingredients cos aku tak berapa gemar makan sebab guna banyak sangat daun ( aku tak suka makan sayur - especially ulam). Yang aku tahu - pakai daun segala daun, termasuk daun betik dan gunakan kari ikan and balut dengan daun-daun tu dan kukus.

Aku pernah tanya my Dad dulu - kenapa buruk benor nama dia bebotok. Then my Dad cerita :

Di zaman dulu ada seorang nenek yang tinggal seorang diri. Everyday cucu dia akan datang bawak makanan. Nenek ini suka sangat pais ikan dengan bubur so dia suruh cucu ni bawak tetiap hari. Bila cucu tu bawak makanan lain, Nenek akan tanya " Mana Bubur Tok? ". Lama-lama Bubur Tok jadilah Bebotok - kesan dari cakap cepat-cepat.

Itulah ceritanya. Aku kecik lagi masa my Dad cerita tu. So, kalau dia kelentong aku - maka kelentonglah cerita bebotok tu. Sekian adanya.


7. Pernah (or berangan nak) jadi Mat Rock .

Aku rasa sebab kedudukan Johor dekat dengan Singapore, sebab itulah pengaruh Barat di Malaysia masuk melalui Johor dulu. Itu teori aku lah. But kalau ikutkan sejarah Johor, Sultan yang mula-mula kawin dengan Mat Salleh pun Sultan Johor (Almarhum). So, tak heranlah kalau kumpulan Rock kat Malaysia ini semua ada susur galur dari Johor. Amy, Zainal Abidin, Nash etc.

Boleh pakai ke teori aku ni? Jangan aku kena pancung dengan Sultan, dah ler.

Ampun Tuanku !



8. Kenduri Kawin Ada Telur Pindang

Telur pindang ialah telur ayam yang direbus dengan segala macam rempah dan dedaun untuk mendapatkan that special taste. Lepas rebus, telur akan berwarna cokelat. Both kulit dan isi. I don't like to eat telur pindang, so I cannot to describe the taste. Normally orang buat telur pindang ni for special occasion, seperti majlis perkahwinan. Zaman dulu-dulu, you can tell the social class of the tuan rumah - normally orang kaya-kaya jer buat telur pindang ni sebab ianya rumit dan makan masa berjam-jam therefore menggunakan kos yang tinggi.


9. Tidur atas LECA** (rhyme with letak and baca, the non-baku way). Baju simpan dalam GEROBOK **.



10. They never watch RTM sebab semua cerita dah tengok kat TV Singapore!

When I was growing up, aku cukup suka tengok TV Singapore sebab iklan dia semua dari overseas, very menarik. Besides the cerita yang terkinilah. Yang aku suka ialah iklan jeans Levi's (Let your love flow), iklan lagu Coke ( I'd like to build the world a home), iklan Kodak (Times of Your Life -Paul Anka ). Paling syok ialah masa Christmas, iklan dan lagu semua best-best.

(But itu dulu, sekarang aku rasa semua rancangan sudah semasa.)

Well, TV Singapore cuma dapat ditengok oleh penduduk JB dan kawasan yang sewaktu dengannya. As you go further up north (of Johor), you can see aerial TV semua setinggi pokok kelapa - semata-mata nak dapatkan siaran from Singapore!


Apa lagi EKK?


Kamus Johor :

Bongok - bodoh

Bigor - gila-gila, contoh :- Apek Senario tu macam budak BIGOR ekk ?

Endut - makwe/pakwe. Awek/balak. Boifren/girlfren. Boleh digunakan tanpa mengira jantina.

Berendut - berpasangan.

Pergi berendut - dating.

Botok-botok, bebotok - sejenis makanan menggunakan ikan, ditambah memacam dedaun, letak serbuk kari (don't ask me - aku tak reti buat) dan dibalut dengan daun betik, diikat dengan sebelum dikukus. Alah, macam Pais Ikan tuh.

Leca - tilam. Normally dibuat sendiri menggunakan kekabu (orang zaman dulu-dulu semua DIY - tak ada Vono, Slumberland ).

Gerobok, Gobok - cupboard. Almari. Tak kiralah simpan kain baju ke, simpan pinggan mangkok ke.



kohkohkoh!

Thursday, February 22, 2007

Are u dreaming are u dreaming....

Expressed by Noorita Yusof at 11:47 AM 2 thoughs.. Links to this post
Today I would like to talk about MIMPI.
(Fine. since tadi malam aku mimpi tak best.)




Dari pandangan aku pacar yang hina ni kan, dan dari apa aku tau la, terbahagi kepada bahagian2 tertentu.


Mimpi tak leh caya.
dikatakan bila mimpi dalam mana mana waktu di sepanjang malam itu.


Mimpi yang dikatakan - eh! tu cam jadi je nanti..!
mimpi yang jatuhnya pada waktu subuh. definasi subuh dari segi permimpian ni tak sure la plek kan. sesetengah pendapat tak rasmi cakap start dalam kol 5 stengah gitu kot.


Mimpi berkenaan orang mati- versi setan mengacau.
bila orang yg dah meninggal datang lam mimpi kita dan berbual bualan mahupun meminta dibelikan goreng pisang dan sebagainya.


Mimpi berkenaan orang mati- diam membisu.
orang cakap kalo orang dah meninggal tu hadir dalam mimpi kita tanpa sepatah kata, tengok je ke, senyum ke, apa ke, dikatakan itu memang benar roh dia datang melawat.
dan orang cakap kalo cenggini cam sign la, soh kita wat tahlil ke, sedekat yassin ke apa. lagi orang cakap dia datang tu sebab dia 'kurang' tenang aa kat sana. tu kena wat tahlil tu.


Mimpi basah kain mahupun cadar.
ada dua maksud ni mimpi basah nih.
satu mimpi basah maksudnya waktu baligh bagi jejaka jejaki dan yang sewaktu dengannya. suara garau.. here we goo!!

lagi satu maksud, mimpi yang mana si pelaku mimpi tu kencingla! ekekek..
(sebab kejadian adalah terpulang. samada bermimpi gi toilet kencing, pahtu disedari toilet itu adalah tilam ataupun memang suka kencing malam. nak kena taruk pepatung geget pusat nih!)


Mimpi Hantu Hantu
Yah! kadang kadang dah masuk ala ala ngingau pon ada. sebab si pelaku tu mostly di pengkakhiran persembahan tu akan terjaga samada terjerit ke mahupun terbangun dengan berpeluhan dan sebagainya. (bergantung kepada jenis dan kuantiti hantu yang muncul).


Mimpi bertenaga kinetik
mimpi dimana sampai ternaik kaki tangan mahupun menggeletis dan sebagainya dia ranjang. sampai kadang kadang boleh tendang orang sebelah ke. tertumbuk kepala ke. dan pelbagai pelakuan keji lagi.


Mimpi emosi terlampias
kadang termimpi ada orang kutuk kita ke. ada sundalan ngorat laki kita ke.
ini boleh membawa emosi kemarahan mimpi tersebut sehingga ke luar gelanggang di mana tiba tiba je bangun tido cam moody pahtu marah kat orang terbabit sampai rasa cam nak lempang pon ada. nanti kang terpinga pinga lak kan.





heh. agak agak mana satu mimpi yang bertandangan di lena aku ye malam tadi.

Friday, February 16, 2007

Gong Xi Gong Xi!

Expressed by Noorita Yusof at 3:52 PM 0 thoughs.. Links to this post
Everyone is like in Chinese New Year HOLIDAY mood.

Yang menyambutnya berwajah berseri-seri.

Yang tidak menyambutnya juga bergirang hati.

sebab cuti kan. sapa tak eppi..

cam aku, bertambah tambah melebar senyum di sisi.

sebab hari ni tidak begitu bizi.


ekeke...

wah wah. cam sajak moden rekaan pyan ieta lak kan. its just spontaneous.
ehe.


berbuka topik pasal chinese new year ni ingat aku masa kenangan kechek kechek dulu.

aku tak ingat la kan umur brapa.
yang pastinya aku sangat kecik yakni belom baligh la. ehe.

satu hari di hari raya cina tu.
aku bangun pagi dengan semangat berkobar. (i dunno y. tapi cam epi je)
dari sayup kedengaran bunyi mercun mercun cam buluh kecik merah tu berdentam dentum. (saat ini kemercunan masih halal kay).
lepas mandi aku menyarung baju baru. (cam aku sambut lak kan).
baju aku tu bukan calang calangan tau.
baju skirt (pendek ok. seksi gitu) yang berekaan cheong sam gitu ala ala.
ingat gi. kaler dia the elegant black + white.
chek abang saufi okay jahitkan (check is my dearie nenek). ekeke.

lepas bersarapan tu, kami sekeluarga kuar gi round round.
kuala terengganu is like a small town kay.
tak perlu memikir jam dan kesesakan kalo kuar di hari cuti dan perayaan ni.
no sweat!

(hmm tapi skang kalo cuti cam jam je. dah bizi la plak my lovely small town ni).

apa tadi.

kuar round-round kat china town.
bukan apa, aku la wish to nak tengok derang pasang mercun yg digantung panjang kat setiap depan rumah masing2.
makin panjang cam orang tu makin makmur la kot.
lepas berpong pang pong pang, habuk habuk serdak hasilan dari mercun melotop mak ai sangat bingit tinga tadi tu, akan dibiarkan bertaburan begitu sahaja.
apa yang aku dengar, derang takleh sapu (sapu sampah lam umah pon takley) sebab nanti cam meyapu rezeki. he.

so its like very the satu pandangan baru di mana setiap rumah cam ada dedaunan merah bergelimpangan di setiap balkoni. :)

pahtu plak, cam malam nanti kan, nanti abah ngan ma aku (adik belum ada okay time ni. sangat tunggal) akan bawak aku gi pusat membeli belah hock kee seng sebab nanti derang ada upacara membakar mercun di depan pasaraya itu.
yang menariknya adalah mercun yang digantung itu amattttlaa panjang yg mana dari puncak berjuntaian ke jalan.
nah. sudah pasti para hadirin harus menutup telinga dengan gigih dalam masa yang lama kan. buat buat pekak gitu.

then bila tiba saatnya, akan bergemalah dengan bunyi mercun meletup yang tersebut itu.

tell yeuw. the best part is the last one, which is bilamana mercun itu membakar hingga dah nak abih whic is dah sampai atas, nanti kat atas skali tu ada mercun paling besar bergelar bapak mercun yang mana bunyi cam WALLAH!

then bila sampai giliran WALLAH itu melotop, segenap alam seperti .. melotop sama lah!

best ok.

aku sangat sangat enjoy.
(bebudak skang sori kay. tak dan nak menyaksikan perkara seperti ini lagi. tu la. sapa soh gatal tangan wat mercun sendiri pahtu tak terer sampai jari putus?)

dan. tak abih lagi ni.

bila time apa tu chap goh meh ke menatang apa nama dia tu.
abah aku akan bawak aku naik moto, gi folo geng geng tarian singa wat show depan umah mahupun kedai kedai yang panggil derang.

ghairah okay tengok singa kaler kaler berusaha gigih nak amik itu ang pow dan meratah (padahal koyak koyak) salad yang bergantungan di depan rumah/kedai tu.

(ada tuan rumah cam tak ikhlas ok kasik ang pow kat dema ni. gantung sikit punya cam nak soh amik tangga bomba. heh)


hmm..

tulah kenangan kenangan yang tak mungkin terluput dari ingatanku.

setiap kali tahun baru cina datang, aku akan ingat ni.

tahun demi tahun..


alangkah indahnya saat saat itu..

happy chinese new year apples...

Thursday, February 15, 2007

Kena jalan cepat cepat! Nanti takut lambat lambat!

Expressed by Noorita Yusof at 5:37 PM 0 thoughs.. Links to this post
WOW!!

It's like hampir sebulan aku sudah tidak berkarangan di sini.
Bizi bizi bizi..


Just a quick update here.

Skang dah 5.40 dah aku baru je sudah menyiapkan keje yang maha menimbun itu.

And now I need to rush rush pegi KL central jemput hubby balik dari Langkawi.
(which is bukan naik feri dari sana kay).

And then rush rush go bek jumpa buah hati cutey..

YEAY!

c u on tommorow apple apple sekelian..
 

You know what.... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal