Friday, February 16, 2007

Gong Xi Gong Xi!

Expressed by Noorita Yusof at 3:52 PM
Everyone is like in Chinese New Year HOLIDAY mood.

Yang menyambutnya berwajah berseri-seri.

Yang tidak menyambutnya juga bergirang hati.

sebab cuti kan. sapa tak eppi..

cam aku, bertambah tambah melebar senyum di sisi.

sebab hari ni tidak begitu bizi.


ekeke...

wah wah. cam sajak moden rekaan pyan ieta lak kan. its just spontaneous.
ehe.


berbuka topik pasal chinese new year ni ingat aku masa kenangan kechek kechek dulu.

aku tak ingat la kan umur brapa.
yang pastinya aku sangat kecik yakni belom baligh la. ehe.

satu hari di hari raya cina tu.
aku bangun pagi dengan semangat berkobar. (i dunno y. tapi cam epi je)
dari sayup kedengaran bunyi mercun mercun cam buluh kecik merah tu berdentam dentum. (saat ini kemercunan masih halal kay).
lepas mandi aku menyarung baju baru. (cam aku sambut lak kan).
baju aku tu bukan calang calangan tau.
baju skirt (pendek ok. seksi gitu) yang berekaan cheong sam gitu ala ala.
ingat gi. kaler dia the elegant black + white.
chek abang saufi okay jahitkan (check is my dearie nenek). ekeke.

lepas bersarapan tu, kami sekeluarga kuar gi round round.
kuala terengganu is like a small town kay.
tak perlu memikir jam dan kesesakan kalo kuar di hari cuti dan perayaan ni.
no sweat!

(hmm tapi skang kalo cuti cam jam je. dah bizi la plak my lovely small town ni).

apa tadi.

kuar round-round kat china town.
bukan apa, aku la wish to nak tengok derang pasang mercun yg digantung panjang kat setiap depan rumah masing2.
makin panjang cam orang tu makin makmur la kot.
lepas berpong pang pong pang, habuk habuk serdak hasilan dari mercun melotop mak ai sangat bingit tinga tadi tu, akan dibiarkan bertaburan begitu sahaja.
apa yang aku dengar, derang takleh sapu (sapu sampah lam umah pon takley) sebab nanti cam meyapu rezeki. he.

so its like very the satu pandangan baru di mana setiap rumah cam ada dedaunan merah bergelimpangan di setiap balkoni. :)

pahtu plak, cam malam nanti kan, nanti abah ngan ma aku (adik belum ada okay time ni. sangat tunggal) akan bawak aku gi pusat membeli belah hock kee seng sebab nanti derang ada upacara membakar mercun di depan pasaraya itu.
yang menariknya adalah mercun yang digantung itu amattttlaa panjang yg mana dari puncak berjuntaian ke jalan.
nah. sudah pasti para hadirin harus menutup telinga dengan gigih dalam masa yang lama kan. buat buat pekak gitu.

then bila tiba saatnya, akan bergemalah dengan bunyi mercun meletup yang tersebut itu.

tell yeuw. the best part is the last one, which is bilamana mercun itu membakar hingga dah nak abih whic is dah sampai atas, nanti kat atas skali tu ada mercun paling besar bergelar bapak mercun yang mana bunyi cam WALLAH!

then bila sampai giliran WALLAH itu melotop, segenap alam seperti .. melotop sama lah!

best ok.

aku sangat sangat enjoy.
(bebudak skang sori kay. tak dan nak menyaksikan perkara seperti ini lagi. tu la. sapa soh gatal tangan wat mercun sendiri pahtu tak terer sampai jari putus?)

dan. tak abih lagi ni.

bila time apa tu chap goh meh ke menatang apa nama dia tu.
abah aku akan bawak aku naik moto, gi folo geng geng tarian singa wat show depan umah mahupun kedai kedai yang panggil derang.

ghairah okay tengok singa kaler kaler berusaha gigih nak amik itu ang pow dan meratah (padahal koyak koyak) salad yang bergantungan di depan rumah/kedai tu.

(ada tuan rumah cam tak ikhlas ok kasik ang pow kat dema ni. gantung sikit punya cam nak soh amik tangga bomba. heh)


hmm..

tulah kenangan kenangan yang tak mungkin terluput dari ingatanku.

setiap kali tahun baru cina datang, aku akan ingat ni.

tahun demi tahun..


alangkah indahnya saat saat itu..

happy chinese new year apples...

0 thoughs.. on "Gong Xi Gong Xi!"

 

You know what.... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal