Wednesday, March 28, 2007

henjet henjet semot....~

Expressed by Noorita Yusof at 3:54 PM 2 thoughs.. Links to this post
Sangat lama nya tidak berbloggan - bizi.

memandangkan hari ni agak free, bukan sangat free, so apa nak cite hari ni.

ok.

tadi pagi era ada bukak baju eh bukak topik pasal mainan masa kecik2 dulu. terimbas gak nostalgia sposen.

bila ingat ingat balik kan, bebudak dulu sangat kreatif lagi inovatif dalam mengiburkan diri.



Pondok-pondok
permainan paling popular lagi menduduki carta masa kecik kecik dimana watak yang harus ada samada suami/isteri, anak2, pekedai runcit, penjual ikan dan pelbagai lagi watak bergantung kepada jalan cerita berkenaan.

dulu aku penah keluar dari kepompong normal budak main pondok pondok instead of goreng daun bunga raya dalam pasu bunga, aku telah merebus betik di dalam periuk buruk bersama api lilin dibawahnya. sekampung aku kena kejar ngan chek (my nenek kesayangan).

pernah budak blakang umah cuba mencabuli aku di mana cuba untuk mengekiss bibir ini. wah! ko ingat ko jadi laki aku harus la ada babak babak sebegini bagi menghidupkan watak..??



Lompat getah

anda kiut? anda riang gembira? anda popular di sekolah?
none of this ciri-ciri, maka anda adalah tukang tengok je.

pernahkan kita terfikir kini yang amatlah tidak mudah untuk melintasi getah yang dibentang di celah telinga dan the final part which is di atas kepala?

dan adalah amat berskill sekali sewaktu harus menggulung kaki pada getah lantas menghentak2 kaki berirama bagi menghidupkan ahli yang sudah mati..?

dan cara memasang getah yang panjang supaya berseni lagi utuh kukuh itu memerlukan kemahiran dan semangat kesabaran yang tinggi..??

pernahkah kita terpikirkan ini..?



Galah Panjang
Sungguhpun permainan ini adalah permainan pilihan ketika waktu rehat di sekolah rendah dulu, namun aku lebih suka menjadi penanda markah dalam erti kata tukang tengok, gelak dan sorak sahaja. sebab aku rasa game ni cam extrem sket. duno.


Main pijak2 kaki
aku tak ingat apa menatang nama game ni tapi cara mainnya dimana dalam 5-6 orang pegang tangan wat bulatan, pahtu cam lompat dan kemudiannya menjatuhkan kaki dan bergerak mengikut giliran. kaki kita akan cuba dipijak oleh orang lain dan kita harus lompat pula untuk mengelak.

permainan ini sangat berkebolehan untuk menukar kaler kasut skolah dalam sekelip mata sahaja.


Main kejar-kejar duduk
game yang sangattt seronok di main ketika waktu pendidikan jasmani. tapi kadangkala berpotensi menimbulkan persengketaan kerana ada yang mendakwa mangsa sudah dicuit sebelum duduk namun dinafikan dan sebagainya. lantak la korang!


Main lompat-lompat sebelah kaki kat petak dilukis kat tanah
kena ada satu batu ke atau apa saja yg digunakan sebagai penanda. baling penanda, lompat sebelah kaki gi kutip, balik smula ke garisan mula. bila habis satu pusingan, dapat balingan untuk buat rumah yang mana bila lompat kat situ kita bleh taruk 2 kaki.
lalai dari makan ok main game ni!


main enjet-enjet semut dan permainan tutup tutup jari
antara permainan permainan jari yang femes.

enjet enjet semut adalah permainan yang tiada hala tuju dan matlamat di mana naik la tangan ke tangan kerna dicubit yang tak sudah sudah..!

"mak saya pegi pasar dia beli satu barang,"
"awak teka warna apa..?"

walaupun pantun dua kerat dia tidak relevan, namun tutup tutup jari adalah permainan yang sangat comel kerana aku pernah menjadikan game ini sebagai batu loncatan untuk mengorat budak kiut meja sebelah yang anti perempuan.
nyanyi sambil tutup jari demi jari.. ah alangkah kiutnya...


Main Biji Getah
permainan rasmi anak anak kampung seperti gue. tidak pernah memikirkan sang ular mahupun pacat dan sebagainya meredah semak bawah pokok getah semata mata mendapatkan biji getah yang keras dan power dalam pertarungan!


Main tutup botol
Tutup botol sprite, coke paling femes. permainan ini sangat memerlukan skill dan andaian fizik dan anggaran sudut cakerawala yang tepat bagi memastikan tutup yang dijentik itu mengenai sasaran.

dan harus penuh berkeyakinan ketika melambung tutup dan menangkap kembali dengan penuh gaya.


Main anak-anakan
beli patung kertas kat kedai mak esah pahtu pakaikan dia baju ngan topi ngan kasut dari kertas gak. sangat terasa seperti radzuan radzwill!


Congkak
okla. permainan yang paling ayu di mana sang gadis duduk bersimpuh dan si teruna duduk bersila bagi mengkeletang keletungkan guli lubang demi lubang dan boom dalam rumah!
aku penah menangis kering ok kena goreng ngan makcik aku sampai licin buah guli kena rampas!




macam macam lagila mainan dulu dulu. baling slipar, baling guli dan macam macam baling lagi la yang ada. tak dan nak elaborate sebab nak balik dah.


kesimpulannya, budak sekarang tau ke mana nak carik tutup botol mahupun pintal getah atau paling kacang lukis petak petak kat tanah tu..??


mahir tekan keyboard ngan pulas joystick je kot..!

Monday, March 19, 2007

Monday blues yang best... :)

Expressed by Noorita Yusof at 2:49 PM 3 thoughs.. Links to this post
Hari ni aku asyik senyumm je..

Yew know, last nite dengan tidak tersengaja nye aku telah 'bermadu' ngan angelina berjoli sakan itu.

Ya.

Aku telah berlakikan BRAD PITT!

Gosh gosh gosh!

I was like ehh.. apsal laki aku cam sangatt bermata biru secara tiba tiba ni kan.

Dan aku sangat terkaku otot lutut bila dia panggil aku **** . (ehem. Rahsia suami isteri la kan. heh).

Brad Pitt spekong melayu ok.

demi aku. hahah!

dan time tu yew guys tau wat was i'm thinking..???

selaku mempunyai kepala separa yennow seperti aku kan mesti telah dapat menelah.

Aku nak dia kiss aku ok..!!

sangat getik kan.

tengah tdo masih boleh berpikiran porno.

dan guess wat guys..



tak yah cite panjang aa..

itu dah cukup buat aku cam mengong satu hari. ahaks!



Inilah dia kekasih gelapku yang dimaksudkan itu. apsal cam aku senyum lagi ni..


Jikalau aku merindui akan dirimu, aku hanya perlu menjenguk ke luar tingkap sana. Nah, ko sentiasa gah di situ bersama jam Tag Heuer mu...



ok tutup post pasal budak kacak tu.

skang aku ingin mengeshare cite pagi aku.

di tengah tengah kebungaan perasaan akibat dari mimpi indah yang tersebut tadi, aku secara tidak sengaja telah menekan butang yang mengeluarkan lagu sedap dari radio era.
eh hari ni cam sume lagu aku dengar cam besttt je..
heh!

pahtu aku dengar la kak engku (aku tak sker dia k. sangat tidak karuan kalo wat lawak ngan apek) ngan kiran (dia ni pon aku tak sker sebab tak best) cakap psl topik pagi kan. topiknya adalah chenta monyet.

tiba tiba je aku yang sedang berperasaan tersengih sepanjang jalan ni ambik tepon rasa cam nak call. skali aku call kan, memang la 'tak' masuk line kan..

wah!

I'm the 1st caller kata kiran!

wakakkaak...

aku selaku yang steady ini telah dengan penuh sporting dan getisnya cite psl budak yg aku crush masa darjah 3 dulu.

9 tahun okay! terkejut masak lemak adabi jap kiran ngan kak engku. wakakaka....

lepas aku ngong ngeng ngong ngeng berdongeng ngan derang tu, tiba2 aku cam, aiyo! aku telah mendedahkan kisah peribadi nih! patut kena wat biografi catatan ieta ke kan.

*sori ye chenta monyet masa skolah menengah. i forgot about u. ehe.

lepas je aku dengar suara penuh bercinta monyet kat radio tu, terus parents aku call dengan ucapan, apa kabar monyet monyetan....

ahaha..

sangat CSI ok parents aku meneka suara di corong radio sana.


ish..
tanak aa aku wat lagi keje lagha ni.

baik aku tepon share crite aku ngan abe brad kan.... ;)






** opss.. hubby.. ko tetap bertakhta di hati.. cayang dia..!

Tuesday, March 13, 2007

Sijil Pelajaran Malaysia atau Sijil Pengumpulan Matapelajaran nih!

Expressed by Noorita Yusof at 3:02 PM 2 thoughs.. Links to this post
Aku sangat pelik ok.

Skang budak budak sangat.. pandai lagi mengeniuskan.

Berbelas belas A yang dikutip dalam exam tu sudah bersepahan seperti mengutip buah rambutan yang jatuh dari lori eksiden.

Sehinggakan ada yang sangat kamikaze ingin mengambil 21 subjek! (namun mak tak kasik sebab alasan mau mati atau mau bunuh diri nih!)

Adakah pelajar itu akan dikategori budak sains, budak akaun, budak sastera atau budak tasawur islam?


adakah hilang akal atau apa?!



tapi tengok tengokkan, bebudak skang ni cam amat senang seperti menelan air liur sendiri sahaja bila jawab peksa.

tup tup result cam WAHHH!!

kalo dulu kala kan, masing masing sangat menelan air liur sebab sangat menelas lagi menggelupur nak jawab peksa.

even budak paling terer nak mam kat skolah aku pon dapat 8A1 1A2 je. okay dulu kan orang kira aggregat. sah sah dapat 6 agg la kan. yang penting under 10. dulu sapa aggregat sa ni memang sangat terer di alam maya la kan. lagi plak yg full aggregat 6 tu. lagi la sangat tersohor.

pulak dulu skoloh aku paling byk dapat amik subjek 10 jer. so takkan adanya nak tiba tiba kluar result 63 A1 ke apa kan.

tapi bebudak skang ni aiyo..
makan nasik emas dari jalan sutera ke apa ni.
ataupun adakah karena soalan dia seperti tahap budak tingkatan 3 hinggakan budak yg spatut amik PMR tu bleh skor 17A1 dalam SPM!
Ini dah hilang akal siakap ke apa ni..????

okla.
admit maybe di zaman bercanggihan teknologi ni banyak sources yang derang bleh refer to kan.
selain buku bukuan tu, ada internet la, cikgu tuisyen yang tahap kesatria baja hitam la mahupun beli je berita harian ada mingguan didik la dan apa apa lah.
dan apa2 lah lagi sogokan dari sapa sapalah untuk cemerlang sebegitu rupa kan.

atau skang mmg budak sangatttt pandai dari budak dolu dolu kan.


kalo setakat agg under 10 + best student for 2 papers in SPM kat skolah cam aku ni di zaman skang kira budak bertahap ala tak heran la.. kot. opss! teriak plak di sana!

ehe.

Friday, March 9, 2007

:- |

Expressed by Noorita Yusof at 4:53 PM 0 thoughs.. Links to this post
Okay..

hari ini hari jumaat..

hari yang patutnya untuk bergembira ria..

kerana esok tak yah keje..

hari yang sepatutnya malam ni tido lambat..

menonton dvd mahupun lepak lepak ngan anak laki..

dan esok..

hari cuti cuti..

sepatutnya gi merewang sana sini..

paling tidak bercengkerama bersama suami..

namun..

hubby outstation..

apa nak buat ni wei......!!!!!!!

Wednesday, March 7, 2007

Marila bergoyang....

Expressed by Noorita Yusof at 10:46 AM 1 thoughs.. Links to this post
Kecoh sehari pasal gempa bumi smalam!

Even the gempa bumi itu berlakunya di Sumatera Barat sana (korang perasan tak makin lama gempa tu makin dekat ngan kita. tak lama lagi tenggelam la singapore! ngehngehngeh..) tapi kesan gegaran tersebut turut dirasakan di sini.
- cam buletin utama la plak.


smalam aku ngan a few rakan sepejabat yang memiliki tahap sense yang tinggi juga ada merasakan sket sket la itu marilah bergoyang....
ingat pening kepala secara tiba tiba ke apa. tapi kawan aku punya ada rasa gak kan. disusuli pula dengan panggilan dari ibu mertuaku mengatakan kat johor ramai para pekerja bangunan tinggi sudah bertemperian turun kan. so memang sah la ada earthquake nih!
(tapi ada okay yang tak tahu menahu ada gempa bumi. siap tanya eh, mana ada gempa bumi kat mesia..?? begok tol! dah tertimbus baru nak pasang antena ke bang?!)


tapi Alhamdulillah la earth quake kali ni tidak sedasyat yg 26 december 2004 dulu tu. aku dulu pon ada kenangan bertempiaran gak time tu.


ingat gi.
masa tu vista. kami menghuni kat tingat dua kay. tak tinggi duh.
jam menginjak ke pukul seingat aku dekat2 kol 11 lebey kot.
aku ngan bebudak umah dah berbungkam dalam selimut dah, ready nak tido.
tapi skali aku tengok frame kat dinding marilah bergoyang la plak. kuat okay. beralunlah frame itu ke kiri ke kanan. aku ngan roomate aku siap cakap gi. "lori balak mana lak yang lalu ni, sangat hebat lori itu". (kata kata orang yg tinggal kat bukan lingkaran gempa).

seketika lepas tu aku dengar suara orang ramai bertempiaran lari+turun dari blok memasing. si pak guard plak menambah la suasana cemas tu dengan menempik 'gempa wei gempa! turun turun!' <-- tak perlu okay buat kitaorang rasa cam dunia nak kiamat!


aku ngan bebudak umah yang sedang berpakaian tido ghairah ni apa lagi.
sempat capai sluar fit ngan sarung tudung ala makcik esah jual soto je tau!
pahtu blasah amik apa2 yg patut. aku masa tu ingat tiga menda je - enpon+purse+kunci kete!


tapi apa yg aku nak bukak pekong ni adalah kawan serumah aku tu.
ekekeke...
dah la masa orang kecoh kecoh tu dia bleh nganga tido lagi kan.
nak rasa gegaran apatah lagi mendengar tempikan extra-panic pak guard tadi tu jauh panggang dari api la kan.
kitaorang hogah dia pon seinci tak bergerak okay. jauh skali menutup mulut yang menganga itu kan.
last2 kena wat cara komando sket yakni tampar2 muka dia. hello.. nak selamatkan diri ok. takde masanya nak kejut secara lemah lembut ni.


ok la. berhasilla.. dia bangun dengan tercengang dan lepas kitaorang cakap cepat turun sebab gempa kan, eh dia masih sempat ok tukar baju.
MASIH DAN CARIK BAJU BERSERTA TUDUNG YANG MATCHING OKAYYY!!
apa ko nak mati dalam keanggunan ke apa nih!!


masa tu satu rumah dah cabut dah.
tinggal aku ngan ija yang masih tunggu dia lagi. atas semangat setiakawan yang tinggi kata orang tu.


tapi kalo tiba tiba ko nak lipat selimut dulu la pahtu nak tempek bedak kat muka dan sebagainya tu, mintak hammmmpunn sangat.


kitaorang terus kluar dan meninggalkan dia dengan secebis pesanan "nanti cari kitaorang kat bawah!"


blah!


ekekeke...
I tell yeuw, selang setengah jam selepas itu baru la dia jumpa kitaorang.
sambil menangis cam anak kecil ok. "kenapa korang tinggalkan aku...."
ekeke...


kesian pon ada.. tapi tak cukup kesian untuk aku mati tertimbus bersama sama ko kan..
(nasib tak tertimbus. kalo tertimbus ada yang esok jelmaan datang carik kitaorang dengan ucapan "temankan...!")


tapi tulah.
walaupun building vista tetap masih berdiri utuh, tapi kenangan mari bergoncang itu tetap menjadi satu perkara yg amat mencemaskan.
seme siap tepon kampung mintak maaf seme. ekeke..


dan aku masa tu pikir satu je..
hai.. tak sempat kawinla aku kali ni...


ahahah.. sempat gatal ok!

Tuesday, March 6, 2007

Indahnya saat di KMB....

Expressed by Noorita Yusof at 3:21 PM 4 thoughs.. Links to this post
Bila diingatkan time stadi stadi dulu memang menghasilkan berkuntum kuntum senyuman di bibir.

The best moment in my life is masa kat KMB dulu.
Best gile meroyan ok dok sini.
Walau berada nun di cerukan belukar kelapa sawit nan menghijau, bersama sama irama unggas rimba juga unggas belantara, dan sekali sekali diselang selikan dengan bau misteri (tak tau bau apa ok. selalu je muncul. especially lepas ujan. ada hujah mengatakan tu cam bau kilang papan la. bau batang kelapa sawit la. dan pelbagai andaian lagi).
dan oh tidak ketinggalan juga bunyian kapal terbang yang seperti akan menerjah selang 10 minit.


masa aku mula2 jejak kaki kat sini aku seperti, wah! apa akan ku lakukan di dalam hutan ini..??? terasa ingin meraung pon ada jua. namun demi bekalan ilmu di dada, kutabahkan hati jua..


dan roomate ku, ya.
tak lain tak bukan ialah sharifah najihah syed mohd atau aku panggilkan jieha.
jieha I tell yeuw telah berjaya mentransform aku menjadi gadis ayu (gadis ayu okay) kepada kepala gila seperti dia juga. Dia adalah umat gilaaaaaaaaa yang sangatt gilaaaaa yang aku sayanggggg sangat! dah bercam perkara keji lagi gila yang kita pernah laluli bersama.

ingatkah jieha.
di kala kita melalak di waktu petang mengalunkan lagu untukmu versi KRU disudahi pula dengan versi Feminin?
dan rutin malam merebus mee maggi mahupun PAMA lantas dinikmati bersama sama dengan lapan orang yang lain?
dan juga di saat kita berdua dikenakan denda oleh abang eddy gara gara poster Ricky Martin di dinding mu dan KRU di dinding ku..??
ah alangkah tidak terkiranya kenangan lalu.....


dan juga rakan rakan seperjuangan sebelas gadis jelita..
Openg, Nana, Zanna, Shida, Rina, Ummi, Yun, Nad, Lily, Tika dan aku..
kita bersama sama menempuh alam nan indah di situ..


ingatkah kita di kala ke kelas bersama sama..
jika seorang berkurung hijau, akan sekalianlah berhijau jua..
jika seorang berjubahan, bernasyidlah juga yang lainnya..
demikian amat akrabnya kita..


ingatkah ketika kita berkejaran ke dewan makan.
hanya untuk merebut peha ayam yang melebar.
sekalian penghuni akan memberi jalan,
kerana kita memang tidak boleh dicabar..


dan jua ketika petang.
akan berjogginglah kita kesebelasannya..
namun jogging hanyalah alasan semata.
tetapi menyinggah di tepi padang melihat secret admirer menendang bola pula..


aku juga tidak boleh melupakan.
Tika yang ketika itu adalah ketua blok D yang hebat tetapi tidak garang.
di kala berhujahan di gelanggang.
kenapa harus mengepit kain di kelangkang..


dan oh ya.
pasti semuanya tidak akan pernah lupa.
kepada Encik Pawadi si hensem kita.
yang selalu mengirrirating tidak kira masa.
sangat rimas ok, tak reti reti ke?


jikalau dihitungkan dan dihisabkan di sini.
ku kira sehingga bulan puasa ke tahun ketiga depan juga tidak akan dapat dilunasi.
kenangan lalu akan terus bersemi.
kekal menjadi indahnya memori..


dan kini..
sekalian gadis sebelas tadi.
sudah punya haluan diri.
hidup bahagia sedang dilayari.
tapi tidak saling melupai.


dan di KMB jualah..
aku dan suami saling mengenali.
walaupun dimulakan sekadar suka suki.
lama lama berpaut hati..


Aku dan Zanna kini sudah menjadi mummy.
Nad pula masih rapat mengekori.
Openg, Shida, Yun dan Lily masing masing sudah punya laki.
Nana, Jiha, Tika dan Umi akan tiba saatnya nanti..


Itulah dia kenangan KMB.
skali lagi aku jelasi.
jika ingin diungkai semua skali.
sampai esok pon tak habis weh!



Gadis 11 yang comey di KMB:
Kiri atas- Suria(bukan geng sbelas. namun mengambil berkat kekiutan kami. ehe), Nad, Yun, Openg, Nana & Zanna.
Kiri bawah- Rina, Shida, Aku, Lily, Jieha & Umi.





** Why elevenapples?? 3rd sem story will be coming next! **

Thursday, March 1, 2007

Ada brani..???

Expressed by Noorita Yusof at 4:38 PM 1 thoughs.. Links to this post
Skang ni tengah hangat orang cakap psl cite antu Puaka Tebing Biru.
Aku tak tau la sehanget mana kan, tapi antara kehangetan itu adalah berpunca daripada keberanian semangat waja ibu pertiwi si Fahrin menayang dada berbidangan itu kepada khalayak. (Wujudnya bulu buluan itu tidak pula dapat dipastikan).
Orang cakap antu antu lam cite tu buat lawak!

Teringat plak aku cite cite antu yang pernah menyinggahi kalbuku sejak darik kecil. Aku pasti setiap orang ada kenangan dan cite antu kegemaran sendiri kan.




Cite antu Sutinah
Ni seingat aku masa di waktu amat kecil dahulu. Aku memang tak ingat jalan cite dia tu. Just ingat tu cerita hantu cam pontianak kot. yang bernama Sutinah. Tu je.


Sundel Bolong, Tangkubang Perahu dan cite cite hantu indon yang lain itu
Ye. Di ketika ini ibu dan bapakau amatlah gemar menyewa video hantu hantu seberang ni. Sundel bolong memang amat sundel okay! sehingga kini aku masih terngiang lagi cara dia menelan sup dan bercucuk cucuk satay yang mana berjejeran keluar pula dari belakang! Dan juga ada hantu yang keluar dari tanah perkuburan yang mana tanah itu merekah krghh krghhh dan kuar asap.. wooshhh......
(Ketika menonton amat la struggle untuk menghabiskan okay, sehingga ke tahap sembuyik dalam selimut tapi bukak sket untuk pengintaian.sekadar nampak ala ala gitu je..)


Misteri Mak Lampir
Siri lampiran yang menampilkan adegan terbang bebas kesana sini sambil ketaw wahahahahahhahahaha......


selepas hantu hantu yang berkebolehan ini muncul, agak lama juga untuk cerita cerita baru berusaha keras untuk bagi aku takut sehinggalah munculnya cerita...


The Eye
yah! cerita pertama yang berjaya setelah sekian lama jiwa ketakutan mendambakan hiburan!
Aku TAKUT okay tengok cite ni. Lebih lebih lagi part kat spital yang tiba tiba persetan antu cina tua cakap kat telinga heroin, "Ho tong nga......". TAK KELAKA OKAYY!!!!



The Shuttle
Part yang tiba tiba aku rasa cam, shoooottttttt! adalah di ketika hantu pompuan tu bertenggek kat bahu boipren dia.
Okay... adakah kadang kadang aku lenguh kaki tu adalah karena ada yang berpautan di situ ha...??


Ju-On
Walaupun makcik tu suka buat bunyi erkkkkkkkkggggg..... tu, tak cukup meyeramai aku. Yang buat aku terpejam mata tu tang budak kecik tu. Tak perlu ok tiba2 mencangkung bawah meja mahupun duduk hujung katil kan.???



setakat ni tu jela kot cite cite yang buat aku cam terbayang paling kurang 2 hari kan.
pontianak harum sundalan tu tak cukup ajinomoto aa.. stiap kali aku tengok rupa dia terbayang maya karen posing sambil pegang tepon cakap, 'lebih apa lagi'..

paling TAKUT adalah cite MISTIK. aku memang TAKUT bercampur GEMENTAR dengar rita rudaini meroyan. boleh tuli unggas rimba okay!

cite cite antu korea, jepun, siam dan sebagainya yang lain tu boleh la. usaha yang bagus. walaupun pitching lari. gaya kena jaga tu. keep it up!

yang pasti antu omputih memang tidak pernah mendapat tempat!! tak perlu la darah berjejeran mahupun kepala terbelah otak membuak nak kasik orang takut!


* satu gi yang buat aku cam fine... aku memang akan baca ayat kursi kalo jumpa, adalah antu kat brunei tu. bukan filem jauh sekali samarinda okay. tapi clip dalam internet. ala.. clip yg orang kena rasuk la wei! ala.. si IDRUS tu...


Cih! Ni yang tetiba cam seram la plak ni....!!!!!!
 

You know what.... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal