Wednesday, March 28, 2007

henjet henjet semot....~

Expressed by Noorita Yusof at 3:54 PM
Sangat lama nya tidak berbloggan - bizi.

memandangkan hari ni agak free, bukan sangat free, so apa nak cite hari ni.

ok.

tadi pagi era ada bukak baju eh bukak topik pasal mainan masa kecik2 dulu. terimbas gak nostalgia sposen.

bila ingat ingat balik kan, bebudak dulu sangat kreatif lagi inovatif dalam mengiburkan diri.



Pondok-pondok
permainan paling popular lagi menduduki carta masa kecik kecik dimana watak yang harus ada samada suami/isteri, anak2, pekedai runcit, penjual ikan dan pelbagai lagi watak bergantung kepada jalan cerita berkenaan.

dulu aku penah keluar dari kepompong normal budak main pondok pondok instead of goreng daun bunga raya dalam pasu bunga, aku telah merebus betik di dalam periuk buruk bersama api lilin dibawahnya. sekampung aku kena kejar ngan chek (my nenek kesayangan).

pernah budak blakang umah cuba mencabuli aku di mana cuba untuk mengekiss bibir ini. wah! ko ingat ko jadi laki aku harus la ada babak babak sebegini bagi menghidupkan watak..??



Lompat getah

anda kiut? anda riang gembira? anda popular di sekolah?
none of this ciri-ciri, maka anda adalah tukang tengok je.

pernahkan kita terfikir kini yang amatlah tidak mudah untuk melintasi getah yang dibentang di celah telinga dan the final part which is di atas kepala?

dan adalah amat berskill sekali sewaktu harus menggulung kaki pada getah lantas menghentak2 kaki berirama bagi menghidupkan ahli yang sudah mati..?

dan cara memasang getah yang panjang supaya berseni lagi utuh kukuh itu memerlukan kemahiran dan semangat kesabaran yang tinggi..??

pernahkah kita terpikirkan ini..?



Galah Panjang
Sungguhpun permainan ini adalah permainan pilihan ketika waktu rehat di sekolah rendah dulu, namun aku lebih suka menjadi penanda markah dalam erti kata tukang tengok, gelak dan sorak sahaja. sebab aku rasa game ni cam extrem sket. duno.


Main pijak2 kaki
aku tak ingat apa menatang nama game ni tapi cara mainnya dimana dalam 5-6 orang pegang tangan wat bulatan, pahtu cam lompat dan kemudiannya menjatuhkan kaki dan bergerak mengikut giliran. kaki kita akan cuba dipijak oleh orang lain dan kita harus lompat pula untuk mengelak.

permainan ini sangat berkebolehan untuk menukar kaler kasut skolah dalam sekelip mata sahaja.


Main kejar-kejar duduk
game yang sangattt seronok di main ketika waktu pendidikan jasmani. tapi kadangkala berpotensi menimbulkan persengketaan kerana ada yang mendakwa mangsa sudah dicuit sebelum duduk namun dinafikan dan sebagainya. lantak la korang!


Main lompat-lompat sebelah kaki kat petak dilukis kat tanah
kena ada satu batu ke atau apa saja yg digunakan sebagai penanda. baling penanda, lompat sebelah kaki gi kutip, balik smula ke garisan mula. bila habis satu pusingan, dapat balingan untuk buat rumah yang mana bila lompat kat situ kita bleh taruk 2 kaki.
lalai dari makan ok main game ni!


main enjet-enjet semut dan permainan tutup tutup jari
antara permainan permainan jari yang femes.

enjet enjet semut adalah permainan yang tiada hala tuju dan matlamat di mana naik la tangan ke tangan kerna dicubit yang tak sudah sudah..!

"mak saya pegi pasar dia beli satu barang,"
"awak teka warna apa..?"

walaupun pantun dua kerat dia tidak relevan, namun tutup tutup jari adalah permainan yang sangat comel kerana aku pernah menjadikan game ini sebagai batu loncatan untuk mengorat budak kiut meja sebelah yang anti perempuan.
nyanyi sambil tutup jari demi jari.. ah alangkah kiutnya...


Main Biji Getah
permainan rasmi anak anak kampung seperti gue. tidak pernah memikirkan sang ular mahupun pacat dan sebagainya meredah semak bawah pokok getah semata mata mendapatkan biji getah yang keras dan power dalam pertarungan!


Main tutup botol
Tutup botol sprite, coke paling femes. permainan ini sangat memerlukan skill dan andaian fizik dan anggaran sudut cakerawala yang tepat bagi memastikan tutup yang dijentik itu mengenai sasaran.

dan harus penuh berkeyakinan ketika melambung tutup dan menangkap kembali dengan penuh gaya.


Main anak-anakan
beli patung kertas kat kedai mak esah pahtu pakaikan dia baju ngan topi ngan kasut dari kertas gak. sangat terasa seperti radzuan radzwill!


Congkak
okla. permainan yang paling ayu di mana sang gadis duduk bersimpuh dan si teruna duduk bersila bagi mengkeletang keletungkan guli lubang demi lubang dan boom dalam rumah!
aku penah menangis kering ok kena goreng ngan makcik aku sampai licin buah guli kena rampas!




macam macam lagila mainan dulu dulu. baling slipar, baling guli dan macam macam baling lagi la yang ada. tak dan nak elaborate sebab nak balik dah.


kesimpulannya, budak sekarang tau ke mana nak carik tutup botol mahupun pintal getah atau paling kacang lukis petak petak kat tanah tu..??


mahir tekan keyboard ngan pulas joystick je kot..!

2 thoughs.. on "henjet henjet semot....~"

Anonymous said...

sker post nii.. teringat zaman kekanak ribena dulu.. bestnye...

Anonymous said...

main pijak2 kaki tu kitorang panggil dulu main 'aiskem-soda' pasal nyanyi lagu 'aiskem soda koka kola buatan malaysia tak laku balik india!!' pastu baru start meloncat-loncat nak ngelak kene pijak huhuhu...

 

You know what.... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal