Tuesday, March 6, 2007

Indahnya saat di KMB....

Expressed by Noorita Yusof at 3:21 PM
Bila diingatkan time stadi stadi dulu memang menghasilkan berkuntum kuntum senyuman di bibir.

The best moment in my life is masa kat KMB dulu.
Best gile meroyan ok dok sini.
Walau berada nun di cerukan belukar kelapa sawit nan menghijau, bersama sama irama unggas rimba juga unggas belantara, dan sekali sekali diselang selikan dengan bau misteri (tak tau bau apa ok. selalu je muncul. especially lepas ujan. ada hujah mengatakan tu cam bau kilang papan la. bau batang kelapa sawit la. dan pelbagai andaian lagi).
dan oh tidak ketinggalan juga bunyian kapal terbang yang seperti akan menerjah selang 10 minit.


masa aku mula2 jejak kaki kat sini aku seperti, wah! apa akan ku lakukan di dalam hutan ini..??? terasa ingin meraung pon ada jua. namun demi bekalan ilmu di dada, kutabahkan hati jua..


dan roomate ku, ya.
tak lain tak bukan ialah sharifah najihah syed mohd atau aku panggilkan jieha.
jieha I tell yeuw telah berjaya mentransform aku menjadi gadis ayu (gadis ayu okay) kepada kepala gila seperti dia juga. Dia adalah umat gilaaaaaaaaa yang sangatt gilaaaaa yang aku sayanggggg sangat! dah bercam perkara keji lagi gila yang kita pernah laluli bersama.

ingatkah jieha.
di kala kita melalak di waktu petang mengalunkan lagu untukmu versi KRU disudahi pula dengan versi Feminin?
dan rutin malam merebus mee maggi mahupun PAMA lantas dinikmati bersama sama dengan lapan orang yang lain?
dan juga di saat kita berdua dikenakan denda oleh abang eddy gara gara poster Ricky Martin di dinding mu dan KRU di dinding ku..??
ah alangkah tidak terkiranya kenangan lalu.....


dan juga rakan rakan seperjuangan sebelas gadis jelita..
Openg, Nana, Zanna, Shida, Rina, Ummi, Yun, Nad, Lily, Tika dan aku..
kita bersama sama menempuh alam nan indah di situ..


ingatkah kita di kala ke kelas bersama sama..
jika seorang berkurung hijau, akan sekalianlah berhijau jua..
jika seorang berjubahan, bernasyidlah juga yang lainnya..
demikian amat akrabnya kita..


ingatkah ketika kita berkejaran ke dewan makan.
hanya untuk merebut peha ayam yang melebar.
sekalian penghuni akan memberi jalan,
kerana kita memang tidak boleh dicabar..


dan jua ketika petang.
akan berjogginglah kita kesebelasannya..
namun jogging hanyalah alasan semata.
tetapi menyinggah di tepi padang melihat secret admirer menendang bola pula..


aku juga tidak boleh melupakan.
Tika yang ketika itu adalah ketua blok D yang hebat tetapi tidak garang.
di kala berhujahan di gelanggang.
kenapa harus mengepit kain di kelangkang..


dan oh ya.
pasti semuanya tidak akan pernah lupa.
kepada Encik Pawadi si hensem kita.
yang selalu mengirrirating tidak kira masa.
sangat rimas ok, tak reti reti ke?


jikalau dihitungkan dan dihisabkan di sini.
ku kira sehingga bulan puasa ke tahun ketiga depan juga tidak akan dapat dilunasi.
kenangan lalu akan terus bersemi.
kekal menjadi indahnya memori..


dan kini..
sekalian gadis sebelas tadi.
sudah punya haluan diri.
hidup bahagia sedang dilayari.
tapi tidak saling melupai.


dan di KMB jualah..
aku dan suami saling mengenali.
walaupun dimulakan sekadar suka suki.
lama lama berpaut hati..


Aku dan Zanna kini sudah menjadi mummy.
Nad pula masih rapat mengekori.
Openg, Shida, Yun dan Lily masing masing sudah punya laki.
Nana, Jiha, Tika dan Umi akan tiba saatnya nanti..


Itulah dia kenangan KMB.
skali lagi aku jelasi.
jika ingin diungkai semua skali.
sampai esok pon tak habis weh!



Gadis 11 yang comey di KMB:
Kiri atas- Suria(bukan geng sbelas. namun mengambil berkat kekiutan kami. ehe), Nad, Yun, Openg, Nana & Zanna.
Kiri bawah- Rina, Shida, Aku, Lily, Jieha & Umi.





** Why elevenapples?? 3rd sem story will be coming next! **

4 thoughs.. on "Indahnya saat di KMB...."

syidee said...

itu tambah tolak 10 tahun yg dulu..skang semua dah/akan jadi mak mak..haha..sedih+gembira+best+klaka+kecewa=KMB...what an experience..i must agree!!..

aku tak duk KMB said...

alamak! apasal comey comeynye geng korang. geram!!

Anonymous said...

korang kat banting dulu seme cam vouge je. takut nak masuk line beb!

Anonymous said...

hahahahahaa!!!!

miss those times! Ieta i love u too!

Jieha :)
(x-roomate yg gile)

 

You know what.... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal