Wednesday, March 7, 2007

Marila bergoyang....

Expressed by Noorita Yusof at 10:46 AM
Kecoh sehari pasal gempa bumi smalam!

Even the gempa bumi itu berlakunya di Sumatera Barat sana (korang perasan tak makin lama gempa tu makin dekat ngan kita. tak lama lagi tenggelam la singapore! ngehngehngeh..) tapi kesan gegaran tersebut turut dirasakan di sini.
- cam buletin utama la plak.


smalam aku ngan a few rakan sepejabat yang memiliki tahap sense yang tinggi juga ada merasakan sket sket la itu marilah bergoyang....
ingat pening kepala secara tiba tiba ke apa. tapi kawan aku punya ada rasa gak kan. disusuli pula dengan panggilan dari ibu mertuaku mengatakan kat johor ramai para pekerja bangunan tinggi sudah bertemperian turun kan. so memang sah la ada earthquake nih!
(tapi ada okay yang tak tahu menahu ada gempa bumi. siap tanya eh, mana ada gempa bumi kat mesia..?? begok tol! dah tertimbus baru nak pasang antena ke bang?!)


tapi Alhamdulillah la earth quake kali ni tidak sedasyat yg 26 december 2004 dulu tu. aku dulu pon ada kenangan bertempiaran gak time tu.


ingat gi.
masa tu vista. kami menghuni kat tingat dua kay. tak tinggi duh.
jam menginjak ke pukul seingat aku dekat2 kol 11 lebey kot.
aku ngan bebudak umah dah berbungkam dalam selimut dah, ready nak tido.
tapi skali aku tengok frame kat dinding marilah bergoyang la plak. kuat okay. beralunlah frame itu ke kiri ke kanan. aku ngan roomate aku siap cakap gi. "lori balak mana lak yang lalu ni, sangat hebat lori itu". (kata kata orang yg tinggal kat bukan lingkaran gempa).

seketika lepas tu aku dengar suara orang ramai bertempiaran lari+turun dari blok memasing. si pak guard plak menambah la suasana cemas tu dengan menempik 'gempa wei gempa! turun turun!' <-- tak perlu okay buat kitaorang rasa cam dunia nak kiamat!


aku ngan bebudak umah yang sedang berpakaian tido ghairah ni apa lagi.
sempat capai sluar fit ngan sarung tudung ala makcik esah jual soto je tau!
pahtu blasah amik apa2 yg patut. aku masa tu ingat tiga menda je - enpon+purse+kunci kete!


tapi apa yg aku nak bukak pekong ni adalah kawan serumah aku tu.
ekekeke...
dah la masa orang kecoh kecoh tu dia bleh nganga tido lagi kan.
nak rasa gegaran apatah lagi mendengar tempikan extra-panic pak guard tadi tu jauh panggang dari api la kan.
kitaorang hogah dia pon seinci tak bergerak okay. jauh skali menutup mulut yang menganga itu kan.
last2 kena wat cara komando sket yakni tampar2 muka dia. hello.. nak selamatkan diri ok. takde masanya nak kejut secara lemah lembut ni.


ok la. berhasilla.. dia bangun dengan tercengang dan lepas kitaorang cakap cepat turun sebab gempa kan, eh dia masih sempat ok tukar baju.
MASIH DAN CARIK BAJU BERSERTA TUDUNG YANG MATCHING OKAYYY!!
apa ko nak mati dalam keanggunan ke apa nih!!


masa tu satu rumah dah cabut dah.
tinggal aku ngan ija yang masih tunggu dia lagi. atas semangat setiakawan yang tinggi kata orang tu.


tapi kalo tiba tiba ko nak lipat selimut dulu la pahtu nak tempek bedak kat muka dan sebagainya tu, mintak hammmmpunn sangat.


kitaorang terus kluar dan meninggalkan dia dengan secebis pesanan "nanti cari kitaorang kat bawah!"


blah!


ekekeke...
I tell yeuw, selang setengah jam selepas itu baru la dia jumpa kitaorang.
sambil menangis cam anak kecil ok. "kenapa korang tinggalkan aku...."
ekeke...


kesian pon ada.. tapi tak cukup kesian untuk aku mati tertimbus bersama sama ko kan..
(nasib tak tertimbus. kalo tertimbus ada yang esok jelmaan datang carik kitaorang dengan ucapan "temankan...!")


tapi tulah.
walaupun building vista tetap masih berdiri utuh, tapi kenangan mari bergoncang itu tetap menjadi satu perkara yg amat mencemaskan.
seme siap tepon kampung mintak maaf seme. ekeke..


dan aku masa tu pikir satu je..
hai.. tak sempat kawinla aku kali ni...


ahahah.. sempat gatal ok!

1 thoughs.. on "Marila bergoyang...."

syidee said...

kelakar giler post ni..berjaya menceriakan hari Jumaat ni..hahaha (still tgh gelak...)

 

You know what.... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal