Tuesday, April 24, 2007

This is too much beb

Expressed by Noorita Yusof at 2:58 PM 1 thoughs.. Links to this post
Just now I had a fight with my colleague. It's all about leave!

Remember my last entry whereby I need to re-scheduled by plan as the day I wish to take leave is no more available. Taking by someone else which re-act more faster than me.

Then, it's ok.

First come, first served.


But, not this time.

I already applied for my leave like a week ago, planning ahead to take leave somewhere in June.

But somehow, this fuller who was ruined my long holiday before, suddenly claimed that he also told our Team Lead that he will taking leave on the exact day I was planning!!


What a very s**t co-incident!!


But not this time.


Why?


--> Because I already applied for my leave, in black and white, fulfilled the form all together.


--> I already have my Team Lead's approval.


--> You have no oral approval nor fulfilled any official leave form yet.


--> You are not be able to consider with me before so this time I will not let you to have my consideration at all.


--> I don't give a damned on what the purpose you want to take leave.
It's your sister's wedding or your grandpa's wedding or your bloody dog's wedding, I JUST DON'T CARE!!


--> What I know that I will at my home in my lovely Kampung Bukit Besar on that day without facing your bloody turban all my day.


--> Beside, you have no more leave to take as it's all already gone. See how 'hardworking' you are!


--> It's an unpaid leave and you still dare to ask me on how urgent my leave is and I need to consider on your head important leave! Wallauwey...



Now listen.



I just don't bother about you and you can find your own way to the darkest hell of your path!!

Friday, April 20, 2007

I have lost in the jungle of darkness with no way out..

Expressed by Noorita Yusof at 12:01 PM 0 thoughs.. Links to this post

Tuesday, April 17, 2007

Audit lagi..

Expressed by Noorita Yusof at 1:42 PM 0 thoughs.. Links to this post
This week adalah minggu audit.

Banyak perkara perkara luar biasa akan muncul di mana-mana.


** Moslty staff kelihatan menelaah kertas bagi menghafal information security statement la kejadah.


** Meja yang selama ini seperti mampu membuatkan lipas tersesat tiba tiba pling! licin saujana mata memandang.


** kertas-kertas mengarut ngarutan seperti gambor itik belakang umah posing ataupun daun pandan atuk berbunga dihapuskan dari dinding cubicle.


** screensaver sin chan mahupun lubang hidung besar laki berganti dengan HP nye screensaver yang sanggggatttttt ceria itu.


** Ramai yang apply cuti jengok mak sedara sakit untut ke, pegi training cara-cara mengerinting rambut ke, kursus kawin dan sebagainya dalam minggu ini.


** Headset senantiasa standby atas kapla yang mana nampak je kelibat auditor trus dial la sapa2 spupu ke, atau tokwan bleh gak.


** Tiba-tiba ramai yang mengalami sindrom sembelit atau cirit birit yang berlarutan dimana toilet sentiasa dikunjungi.


dan macam2 lagila kaedah kaedah bagi mengelak diri dari disoal siasat oleh pengaudit2 berkenaan.

Termasuk la aku skang.

Tulis blog sambil buat muka kedut pat blas lapis seperti sedang menyelesai masalah server user America yang bercase urgent gile!


Heh.

Wednesday, April 11, 2007

P. Ramlee & Yusof Haslam

Expressed by Noorita Yusof at 11:49 AM 0 thoughs.. Links to this post
Ari tu (bukan ari tu la. minggu lepas actually) aku ada tertengok cite pendekar bujang lapok. sungguhpun itu adalah menjangkau kali ke nam blas ratus aku tonton, tapi tetap gelak gelak jugak dekat scene yang semacam boleh dihafal itu.

Korang perasan tak wording zaman dulu ngan zaman skang sangat seperti langit biru mawi dan lautan bara? aku agak kalo tiba-tiba orang skang cakap berskrip cam orang skrin itam putih ni memang la gelak berguling.


Skrin Hitam Putih : "Apa khabar wahai tuan hamba?"

Skrin Kaler : "Wei! Apa cite ko?" atau lebih dasyat, "Woit. Lahabau kau hidup lagi rupanya!"



Skrin Hitam Putih : "Apa kata kita jamah dulu hidangan ini"

Skrin Kaler : "Makan jom!"



Skrin Hitam Putih : "Baiklah kalo begitu dikata"

Skrin Kaler : "OK!"



Skrin Hitam Putih : "Maafkan hamba. Bolehkan hamba ingin bertanya. Tuan hamba boleh tunjukkan hamba yang mana satukan rumah si Leman anaknya Pak Din haji berketayap putih?".

Skrin Kaler : "Scuse me. Rumah Leman kat ne?"



Skrin Hitam Putih : "Rupa adinda sungguh indah bak purnama bersilau dikerdipan bintang yang memagari awan.."

Skrin Kaler : "You cun la!"


Skrin Hitam Putih
: "Tak ingin anakanda bersahahat dengan dia. Hidung tak mancung,pipi pula tersorong-sorong"

Skrin Kaler : "Boleh blah!"



dan banyak gi ah.. korang tak caya cuba korang tgk cite P Ramlee tu sambil translate sendiri ke bahasa pasar kita. pasti mengujakan!

Monday, April 9, 2007

Brani? Tengok belakang.

Expressed by Noorita Yusof at 4:05 PM 3 thoughs.. Links to this post
Aku nak sangat tgk cite Jangan Pandang Belakang.



Yes. I think this movie bakalan membuatkan aku sedikit seram.

You know that almost apa yang dibabakkan dalam cite ini sangat realiti di mana ada diantaranya aku telah lalui.


Taruk hantu dalam botol yang mana ditarik dari celahan ibu jari kaki aku penah tonton secara live lagi. taruk antu dalam botol Nescafe lagi ye mak enchik.

ustaz yang melakukan kerja mengurung-hantu-dibotol itu siap tanya lagi. ha nampak tak? nampak? sangat tidak kelaka sama sekali okay.



bukak atap sebab susah nak mati.

heh. orang rumah sebelah aku kat kg dulu, sangat mak aji ok. tapi sangatlah cargas lagi muka tidak berkedut sungguhpun usia sangat menginjak yang mana sudah layak berbongkokkan.
tapi mak aji ini sangat membuatkan aku berdecap kagum.

namun di ambang sarikatul maut itu arwah mak aji ini sangat sukar untuk meninggalkan dunia fana.
sungguhpun hanya tinggal kulit dan tulang sahaja. tapi selera makan itu sangatla dasyat seperti anak jin.
aku masih ingat akan pandangan matanya yang sangat meliar ketika kami datang melawat sambil dibacakan Yassin. Mata hanya nampak mata hitam saja k. sangat tidak mengigau kan aku malam tu.

dan akhirnya mak aji telah pulang ke Penciptanya setelah atap rumah sudah dikorek sehingga menjengah sang mentari.


dan scene nenek makan dengan rakus. ye nenek yang disangka nenek tapi bukan nenek itu.
itu namanya enche hantu raya rayi.

dulu time aku stadi stadi pukul 4 nan tabah masa skolah dulu, selalu ok tiang tempat letak kete umahku digoyang dan bergoncangan dengan hebat.
aku pon tak tau dari mana datang ketabahan aku yang maha kuat itu sehingga aku boleh menyapa dengan ucapan "Janganla. Nak stadi ni. Nanti tak cemerlang ko nak tolong aku masuk U ke..?"

Boley?

Sangat banyak ok cerita mistik yang aku simpan di dalam memori namun tidak kuceritakan kepada sesiapa.

Tahankan anda jika tiba2 datang ustaz kat umah singgah singgah, dan setelah dihidangkan minuman dia boleh bertanya, "nampak tak pompuan yang dok belakang tu tengah tengok kita?" sambil menunjuk di tepi dinding tepat dibelakangku.
sangat cemerlang ustaz itu.


dan lagi bila babak ada orang melintas kat belakang cam ala2 nak bagi nampak tak nampak itu.
heh. dulu sewaktu kitaorang tengah tengok tv sangatla terasa tiba2 ada orang melintas laju dari dapur ke bilikku dan dari bilikku ke bilik ibu bapaku.
Ya. Itu adalah ilusi optik barangkali.

Tapi dikala ustaz yang sama cakap pompuan itu suka melintas2 ketika orang tgh asyik membuat kerja, nah tidak lagi berilusi kami semua...


banyak lagi la wei. aku tak mampu nak tulis lagi kerana aku tulis di sini berarti aku bukak balik lipatan memori lalu yang erat kugulung di sudut dunia supaya tidak lagi terungkai. ewah bahasa.
dan aku harus tabah kerana kalo dibuatnya laki aku outstation lagi lepas ni sapa nak teman ye tak..?

dan oh ya.

scene piere drive dan antu mengerling dari tepi tu. ya. ada encik pon juga telah mengehai aku dan drebar dari tingkap bas suatu ketika dulu di kala malam gelap di tengah highway.


sangat tabah kan aku ini.

Thursday, April 5, 2007

boleh tak cancel cuti ko tu..??!

Expressed by Noorita Yusof at 2:16 PM 0 thoughs.. Links to this post
Okay...

Inilah bahananya jadi pekerja yang sangat tekun sehingga tidak memperdulikan hari hari cuti umum yang perlu dialerti.


Kalo dulu (masa keje tak best) aku la kalendar public holiday bergerak di mana sesiapa nak tahun cuti umum apa yang terdekat, tarikh dan sebagainya akan hanya perlu tanya saja pada aku.

Tapi kini aku boleh tak sedar nanti akan cuti Hari Buruh dan aku patut planning my holiday untuk menjengah ibu bapa di kampung.

Sudahnya bila tiba tiba hubby tanya eh kita amik cuti hari sekian sekian ni nak..? balik ganu.

i was like hahhhh..!??

amat terlambat lagi ketinggalan kalo aku nak apply cuti skang.

cuti dah tidak diapprove oleh kerana ada lebih alert dari aku yang telah memohon cuti selama seminggu semenjak 2 minggu lepas!


amik je la cuti...


sapa yang cakap camtu memang la nak kena sekeh.


aku keje bukan cam orang lain. This is team work. Not individuallity!


so ok.


tak tau apa plan ni.


nak balik la wei!

Wednesday, April 4, 2007

Aku mak orang okay..

Expressed by Noorita Yusof at 4:22 PM 1 thoughs.. Links to this post
Sementara tunggu my hubby nyam nyam datang amik kat lobi opis..


The Driver : Hi. Tunggu drebar ke.

Me : Tak ah. Tunggu laki.

The Driver : Hek hek. Ala.. ni mesti tunggu boipren kan..

Me : Tak ah. Tunggu laki.

The Driver : Bukan boipren tunggu abang ker..

Me : Tunggu LAKI.

The Driver : Nanti boipren datang kem salam yek..

Me : -



Dah pat minggu dah drebar shuttle ni tanya soklan ni kat aku. Kenapa mesti tak percaya? Adakah aku kelihatan seperti remaja hingusan sambil mengada tunggu boipren amik dan kadang2 call sebab boipren lambat 5 saat?

Apa kata kalo aku kata aku tunggu laki amik sebab lepas ni nak gi beli susu anak?


Agak percaya tak..?

Tuesday, April 3, 2007

Happy 2nd Anniversary to me and hubby...~

Expressed by Noorita Yusof at 10:11 AM 1 thoughs.. Links to this post
Adapun pada tanggal 13 Rabul Awal 1428H lepas adalah ulangtahun yang ke-2nya akan pernikahan daku dengan suamiku.




Tahun lepas kitaorang selebret bergandingan dengan perut boyotku, dan kali ini perut boyot itu sudah mengempis menandakan hadirnya seorang puteri di tengah-tengah pautan tangan kami..

cewah.



Disini kusenaraikan 10 perkara believe it or not yang telah terjadi on my BIG day, BELIEVE IT!:~



1) Baju sanding telah diambil SEHARI sebelum hari sanding sebab baju sedia ada kotor. Boley..? Sampai kiamat aku takkan maafkan butik yg sewakan baju kotor itu.


2) Baju bidan terjun bangunan itu didatangkan khas TANPA kasut dan tudung. Nasib la ada bidan bidan penyelamat alam semesta yang carikkan dengan pantas dan cekap mesra dan betul. Thanks!


3) Tukang make up LUPA bawak pisau cukur nak trim kening. Nasib ada pencukur bulu ketiak mak aku.


4) Laki aku (bakal laki dengan kata lain) masih mampu buat lawak Din Beramboi ngan tok kadi kat atas tikar nikah.
Adakah tiba-tiba meminta izin utk amik air semayang bila ketika tok kadi sedang ingin menghulurkan tangan beliau itu..? Selepas tok kadi mengizinkan, bleh membalas balik dengan ucapan, GURAU JE...!!??


5) Ada makcik esah mana telah mengangkat doa ke langit dengan tingginya sebab laki aku kena lafaz nikah kali kedua? melihatkan perilaku itu cukup membuat peluh dingin mengalir deras di celahan bulu hidung ini.


6) Cincin kahwin boleh TAK MUAT bila disarungkan ke jari manis ini. Dan harus ditukar ke jari kiri. Adakah aku gemok sebelum masanya atau apa ini..???



7) Abang ipar aku telah menunjuk kemahiran merenjis pengantin dengan memegang bekas air mawar secara menyongsang di mana telah merenjis pada diri sendiri.



8) Tukang pengapit lelaki hanya menjalankan tugas mengipas dengan penuh dedikasi tanpa memperdulikan peluh berjejeran memercik di muka suamiku sehinggakan dilap oleh makcik mana yang sedang menonton kami?!


9) Terkunci di dalam bilik pengantin di mana sudah 25 tahun bilik itu tidak pernah aku pakai kuncinya. Bagaimanakah harus berlaku jikalau kunci tersebut boleh patah dua?


10) Separuh malam pengantin telah dihabiskan bagi mengetuk dan memahat pintu tersebut dan sudahnya menjadi perbualan hot fm makcik makcik kepoci pada keesokan harinya.



jadinya itulah perkara yang berlaku pada hari kawin di trg. blom senaraikan hari sanding kat kl lagi ni! tak perlu la kot.



jadinya itulah.



Selamat Heppi Anniversarylah kat kami yang ke-2 ini! Semoga ikatan terus berpanjangan dan kekal selamanya... Insya-Allah.
 

You know what.... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal