Wednesday, April 11, 2007

P. Ramlee & Yusof Haslam

Expressed by Noorita Yusof at 11:49 AM
Ari tu (bukan ari tu la. minggu lepas actually) aku ada tertengok cite pendekar bujang lapok. sungguhpun itu adalah menjangkau kali ke nam blas ratus aku tonton, tapi tetap gelak gelak jugak dekat scene yang semacam boleh dihafal itu.

Korang perasan tak wording zaman dulu ngan zaman skang sangat seperti langit biru mawi dan lautan bara? aku agak kalo tiba-tiba orang skang cakap berskrip cam orang skrin itam putih ni memang la gelak berguling.


Skrin Hitam Putih : "Apa khabar wahai tuan hamba?"

Skrin Kaler : "Wei! Apa cite ko?" atau lebih dasyat, "Woit. Lahabau kau hidup lagi rupanya!"



Skrin Hitam Putih : "Apa kata kita jamah dulu hidangan ini"

Skrin Kaler : "Makan jom!"



Skrin Hitam Putih : "Baiklah kalo begitu dikata"

Skrin Kaler : "OK!"



Skrin Hitam Putih : "Maafkan hamba. Bolehkan hamba ingin bertanya. Tuan hamba boleh tunjukkan hamba yang mana satukan rumah si Leman anaknya Pak Din haji berketayap putih?".

Skrin Kaler : "Scuse me. Rumah Leman kat ne?"



Skrin Hitam Putih : "Rupa adinda sungguh indah bak purnama bersilau dikerdipan bintang yang memagari awan.."

Skrin Kaler : "You cun la!"


Skrin Hitam Putih
: "Tak ingin anakanda bersahahat dengan dia. Hidung tak mancung,pipi pula tersorong-sorong"

Skrin Kaler : "Boleh blah!"



dan banyak gi ah.. korang tak caya cuba korang tgk cite P Ramlee tu sambil translate sendiri ke bahasa pasar kita. pasti mengujakan!

0 thoughs.. on "P. Ramlee & Yusof Haslam"

 

You know what.... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal