Tuesday, April 17, 2007

Audit lagi..

Expressed by Noorita Yusof at 1:42 PM
This week adalah minggu audit.

Banyak perkara perkara luar biasa akan muncul di mana-mana.


** Moslty staff kelihatan menelaah kertas bagi menghafal information security statement la kejadah.


** Meja yang selama ini seperti mampu membuatkan lipas tersesat tiba tiba pling! licin saujana mata memandang.


** kertas-kertas mengarut ngarutan seperti gambor itik belakang umah posing ataupun daun pandan atuk berbunga dihapuskan dari dinding cubicle.


** screensaver sin chan mahupun lubang hidung besar laki berganti dengan HP nye screensaver yang sanggggatttttt ceria itu.


** Ramai yang apply cuti jengok mak sedara sakit untut ke, pegi training cara-cara mengerinting rambut ke, kursus kawin dan sebagainya dalam minggu ini.


** Headset senantiasa standby atas kapla yang mana nampak je kelibat auditor trus dial la sapa2 spupu ke, atau tokwan bleh gak.


** Tiba-tiba ramai yang mengalami sindrom sembelit atau cirit birit yang berlarutan dimana toilet sentiasa dikunjungi.


dan macam2 lagila kaedah kaedah bagi mengelak diri dari disoal siasat oleh pengaudit2 berkenaan.

Termasuk la aku skang.

Tulis blog sambil buat muka kedut pat blas lapis seperti sedang menyelesai masalah server user America yang bercase urgent gile!


Heh.

0 thoughs.. on "Audit lagi.."

 

You know what.... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal