Monday, April 9, 2007

Brani? Tengok belakang.

Expressed by Noorita Yusof at 4:05 PM
Aku nak sangat tgk cite Jangan Pandang Belakang.



Yes. I think this movie bakalan membuatkan aku sedikit seram.

You know that almost apa yang dibabakkan dalam cite ini sangat realiti di mana ada diantaranya aku telah lalui.


Taruk hantu dalam botol yang mana ditarik dari celahan ibu jari kaki aku penah tonton secara live lagi. taruk antu dalam botol Nescafe lagi ye mak enchik.

ustaz yang melakukan kerja mengurung-hantu-dibotol itu siap tanya lagi. ha nampak tak? nampak? sangat tidak kelaka sama sekali okay.



bukak atap sebab susah nak mati.

heh. orang rumah sebelah aku kat kg dulu, sangat mak aji ok. tapi sangatlah cargas lagi muka tidak berkedut sungguhpun usia sangat menginjak yang mana sudah layak berbongkokkan.
tapi mak aji ini sangat membuatkan aku berdecap kagum.

namun di ambang sarikatul maut itu arwah mak aji ini sangat sukar untuk meninggalkan dunia fana.
sungguhpun hanya tinggal kulit dan tulang sahaja. tapi selera makan itu sangatla dasyat seperti anak jin.
aku masih ingat akan pandangan matanya yang sangat meliar ketika kami datang melawat sambil dibacakan Yassin. Mata hanya nampak mata hitam saja k. sangat tidak mengigau kan aku malam tu.

dan akhirnya mak aji telah pulang ke Penciptanya setelah atap rumah sudah dikorek sehingga menjengah sang mentari.


dan scene nenek makan dengan rakus. ye nenek yang disangka nenek tapi bukan nenek itu.
itu namanya enche hantu raya rayi.

dulu time aku stadi stadi pukul 4 nan tabah masa skolah dulu, selalu ok tiang tempat letak kete umahku digoyang dan bergoncangan dengan hebat.
aku pon tak tau dari mana datang ketabahan aku yang maha kuat itu sehingga aku boleh menyapa dengan ucapan "Janganla. Nak stadi ni. Nanti tak cemerlang ko nak tolong aku masuk U ke..?"

Boley?

Sangat banyak ok cerita mistik yang aku simpan di dalam memori namun tidak kuceritakan kepada sesiapa.

Tahankan anda jika tiba2 datang ustaz kat umah singgah singgah, dan setelah dihidangkan minuman dia boleh bertanya, "nampak tak pompuan yang dok belakang tu tengah tengok kita?" sambil menunjuk di tepi dinding tepat dibelakangku.
sangat cemerlang ustaz itu.


dan lagi bila babak ada orang melintas kat belakang cam ala2 nak bagi nampak tak nampak itu.
heh. dulu sewaktu kitaorang tengah tengok tv sangatla terasa tiba2 ada orang melintas laju dari dapur ke bilikku dan dari bilikku ke bilik ibu bapaku.
Ya. Itu adalah ilusi optik barangkali.

Tapi dikala ustaz yang sama cakap pompuan itu suka melintas2 ketika orang tgh asyik membuat kerja, nah tidak lagi berilusi kami semua...


banyak lagi la wei. aku tak mampu nak tulis lagi kerana aku tulis di sini berarti aku bukak balik lipatan memori lalu yang erat kugulung di sudut dunia supaya tidak lagi terungkai. ewah bahasa.
dan aku harus tabah kerana kalo dibuatnya laki aku outstation lagi lepas ni sapa nak teman ye tak..?

dan oh ya.

scene piere drive dan antu mengerling dari tepi tu. ya. ada encik pon juga telah mengehai aku dan drebar dari tingkap bas suatu ketika dulu di kala malam gelap di tengah highway.


sangat tabah kan aku ini.

3 thoughs.. on "Brani? Tengok belakang."

mar said...

siot ok post ni. aku memang la tak takut kan skang...

Anonymous said...

haha...
tingat time study dulu2..
especially kt bilik kite yang ehem... itu...
yang sy tak leh lupe masa awk citer time awk terjaga kul 3 pg then tgk ada makhluk Allah tgh ngadap sy yg sedang tido dengan nyenyaknye... elok aje muka ngadap muka... apa yg diteleknye muka ni pun tatau laaa... still musykil smpi skang...
jgnkan tgk blkg, tgk tepi pun ade gak... ekor2 mata gitu...

elevenapples on April 11, 2007 at 4:46:00 PM GMT+8 said...

hehehe.. a'ah la liana. perkara yang tak dapat dilupa. mesti dia cakap "nyenayaknya budak ini menidurkan diri..". ahahaha..

 

You know what.... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal