Tuesday, April 3, 2007

Happy 2nd Anniversary to me and hubby...~

Expressed by Noorita Yusof at 10:11 AM
Adapun pada tanggal 13 Rabul Awal 1428H lepas adalah ulangtahun yang ke-2nya akan pernikahan daku dengan suamiku.




Tahun lepas kitaorang selebret bergandingan dengan perut boyotku, dan kali ini perut boyot itu sudah mengempis menandakan hadirnya seorang puteri di tengah-tengah pautan tangan kami..

cewah.



Disini kusenaraikan 10 perkara believe it or not yang telah terjadi on my BIG day, BELIEVE IT!:~



1) Baju sanding telah diambil SEHARI sebelum hari sanding sebab baju sedia ada kotor. Boley..? Sampai kiamat aku takkan maafkan butik yg sewakan baju kotor itu.


2) Baju bidan terjun bangunan itu didatangkan khas TANPA kasut dan tudung. Nasib la ada bidan bidan penyelamat alam semesta yang carikkan dengan pantas dan cekap mesra dan betul. Thanks!


3) Tukang make up LUPA bawak pisau cukur nak trim kening. Nasib ada pencukur bulu ketiak mak aku.


4) Laki aku (bakal laki dengan kata lain) masih mampu buat lawak Din Beramboi ngan tok kadi kat atas tikar nikah.
Adakah tiba-tiba meminta izin utk amik air semayang bila ketika tok kadi sedang ingin menghulurkan tangan beliau itu..? Selepas tok kadi mengizinkan, bleh membalas balik dengan ucapan, GURAU JE...!!??


5) Ada makcik esah mana telah mengangkat doa ke langit dengan tingginya sebab laki aku kena lafaz nikah kali kedua? melihatkan perilaku itu cukup membuat peluh dingin mengalir deras di celahan bulu hidung ini.


6) Cincin kahwin boleh TAK MUAT bila disarungkan ke jari manis ini. Dan harus ditukar ke jari kiri. Adakah aku gemok sebelum masanya atau apa ini..???



7) Abang ipar aku telah menunjuk kemahiran merenjis pengantin dengan memegang bekas air mawar secara menyongsang di mana telah merenjis pada diri sendiri.



8) Tukang pengapit lelaki hanya menjalankan tugas mengipas dengan penuh dedikasi tanpa memperdulikan peluh berjejeran memercik di muka suamiku sehinggakan dilap oleh makcik mana yang sedang menonton kami?!


9) Terkunci di dalam bilik pengantin di mana sudah 25 tahun bilik itu tidak pernah aku pakai kuncinya. Bagaimanakah harus berlaku jikalau kunci tersebut boleh patah dua?


10) Separuh malam pengantin telah dihabiskan bagi mengetuk dan memahat pintu tersebut dan sudahnya menjadi perbualan hot fm makcik makcik kepoci pada keesokan harinya.



jadinya itulah perkara yang berlaku pada hari kawin di trg. blom senaraikan hari sanding kat kl lagi ni! tak perlu la kot.



jadinya itulah.



Selamat Heppi Anniversarylah kat kami yang ke-2 ini! Semoga ikatan terus berpanjangan dan kekal selamanya... Insya-Allah.

1 thoughs.. on "Happy 2nd Anniversary to me and hubby...~"

Anonymous said...

happy anniversary korang... sker tengok korang.. skali ngan baby sofiya bestnye... such a happy family....

 

You know what.... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal