Monday, May 28, 2007

Let's Parrtayyyy!

Expressed by Noorita Yusof at 2:11 PM 1 thoughs.. Links to this post
Post ini adalah sangat terlambat lagi membasikan.

Ni seme sebab tukang amik gambo lambat mengepass cd ni kepada saya.

Maka hari ini baharulah saya berpeluang untuk mengeshare gambar dan menitip sepatah dua kata di ketika majlis sambutan Hari Jadi My little Princess yang ke 1 tahun.

Actually Sofiya nye besday adalah jatuh pada 2 hb May tapi atas sebab sebab tertentu dan juga ata sebab sebab ingin mengadakan acara sambutan secara perkongsian hari jadi, maka carikla satu tarikh yg perfectto dijalanlan besday party ini. <-- ayat jenis apa aku pakai ni pon tak taulah.


So pada 13 May 07 bersamaan dengan hari Ahad nan indah, berlangsung la upacara gilang gemilang sambutan hari jadi dengan para pelakon dia adalah my cute little angle baby Ainin Sofiya (2/5), Kak Elly my sis-in-law (2/5), Abg Ray my bro-in-law (12/5), baby Syahmi Iman (11/4), My Hubby (7/4) and Kak Elly's anak buah kot (22/4).

(p/s: angka² dalam kurungan adalah tarikh hari jadi).


Wah sangat gemilang kan.. Anam orang sekaligus..

Berikut adalah coretan la apende yg berlaku di hari ini...~


** Saya sudah mula memulakan upacara menghias canopy seawal jam 9 pagi walaupun upacara hanya akan bermula pada jam 5 petang.


** Belon-belon beraneka warna telah ditiup secara berjemaah oleh saya, hubby dan Eni (my maid) sehingga kesemputan. - kisah benarnya saya hanya meniup sebanyak 2 bijik je. nak muntah ok.


** Menu:-
~ Kari ayam + Roti Jala. - Hm.. Not my peberet.
~ Sup tulang. - Specially prepared by me. Namun tuan dia tak sempat rasa hatta setitik pon ok. Kerna terlalu laku akan sup ini.
~ Roti kosong, French bread - konon nak dicicah bersama sup tulang. Sudahnya roti kosong terbiar kesepian.
~ Mee siam - ntah. Aku panggil bihun goreng ala cina.
~ Mee goreng - Kak Elly's. Settap!
~ Caramel lazat pemberian Aunty Azizah jiran sebelah.
~ Birthday cake yummy.
~ Special booked Cuppakes yang sedap lagi comey - susah ok nak order menda alah ni.
~ Air menda ntah. Aku pon tak prasan air apa.


** Sofiya dari pagi tidak tido ok oleh kerana merasa excited akan perihal ini. Namun menjelang pukul 4 little princess mulai tido. Nasib la before kol 5 dia bangun!


** Tepat pukul 4 petang, hujan telah turun dengan selebat lebatnya beserta ribut petir menyambar. Habis decoration hebat saya kat canopy tadi. Nasib baik la belon gagah perkasa.


** Kol 5 ujan brenti dengan penuh miracle. Orang mula datang berduyun seperti ada kenduri kawin pula.


** Jurugambar asyik menala kamera pada Sofiya sahaja kerana tidak dimaklumkan bahawasanya Birthday Girl and Boy adalah 6 orang.


** Oh ya, baju baby Sofiya ditempah khas dengan tailor, Kak Siti jiran 7 buah rumah berselang.



To all yang datang hari tu, thank you so much. Insya-Allah lain masa ada peluang, ada waktu, ada uwang, kita buat lagi kay.





The birthday cake



My birthday girl



Papajee with tumhara beta hai




p/s: saya adalah malas nak meng-upload gambar kat sini. lembab beserta leceh. jadi nanti untuk gambaran lanjut, silalah ke http://elevenapples.fotopages.com. sekian, terima kasih.

Thursday, May 24, 2007

Tolongla.. Release me from this hell!

Expressed by Noorita Yusof at 1:37 PM 0 thoughs.. Links to this post
Aku cukup tak faham kenapa dalam dunia ni ada orang yang sangat suka lagi gemar nak sakitkan hati orang lain.

Setiap butir kata tu penuh sarat dengan hateness. Hate to everyone.. Hate to everything.. Hate this.. Hate that..

Stiap kali melontar kata kenapa mesti berbau kritikan dan ketidakpuasan hati. Adakah rasa gembira, rasa diri hebat, rasa diri megah setiap kali dapat mengkritik orang?


Paling aku tak gemar adalah ketika menonton tv ke, bersiar siar ke, atau ketika di apa saja kegiatan yang sepatutnya mereleasekan penat, menenangkan fikiran, tapi time tu jugak nak komen itu ini la pulak.

Sampai ke tahap muka Najib kluar kat berita, boleh dengan muka muncung pat depa tukar channel lain beserta ucapan "Menyampah!"

I mean come on la.. Aku pon bukan suka sangat Najib ke, Samy Vellu ke sapa² ke. Tapi tak payah la buat fikiran lagi runsing boleh tak? Tau tak stiap kali kita menyebut satu word negatif ni akan bertambah satu kedut kat muka? Tambah lagi satu 'dot' sakit jiwa di hati??


Aku pon tak tau apa aku bebelkan ni. Tapi aku dah tahap pening lagi serabut jiwa dah kalo selalu bersama dengan orang yang berjiwa kacau dan tak tenang hati. Pendek kata hati tak cukup bersih. Bukan aku nak cakap hati aku ni clean la sangat. Tapi boleh tak just mind your own business other than others?


Ops! Sebelum ada yang salah faham baik aku cakap awal². Ini takde kena mengena dengan my hubby. He's definitely not like this! Kalo tak cemane aku nak hidup ngan dia. Ni pasal adala makhluk Allah yg lain.


Cuma just nak luah perasaan je. Kadang-kadang aku pon tak tau nak macamana nak menghadapi ujian² mcm ni.
Aku sebolehnya tanak my little baby dibiasakan dengar rungutan rungutan, kutukan kutukan, pahtu selalu didedahkan dengan percakapan kasar dan suara suara kuat yang macamla orang sekeliling pekak kan.
Aku memang tak faham kenapa just nak cakap "Karang nak masak gulai la". Tapi intonasi tu mcm pariya nak bertumbuk. Aku memang tak faham.
Tau tak kalo lagi kuat suara dikeluarkan, lagi la seperti keldai bunyinya. - Ni hadis dari mana aku pon tak ingat. Dr. Fadhilah Kamsah tolong ingatkan.


Dan aku, memang tak suka kalo bertempik tempik ni. Nak jadi pekak satu, sakit kepala satu. Perabih tenaga satu.
Tapi bila aku cakap slow seperti biasa, pendapat aku tak berapa nak dikisahkan orang la pulak kan. Siap disangkal² lagi walaupun alasan menyangkal tu sangat pandir lagi mak andeh! ni la orang panggil bodoy sombong.


Biasala.. Kalo disenaraikan memang jadi buku teks sejarah tingkatan tiga la jawabnya. Just aku nak utarakan la kat sini. Boleh tak respek orang sikit. Dan tolong la jangan mengata orang kalo diri sendiri penuh kekurangan.
Tolong la cakap pelan pelan selagi bukan sedang bercakaran.
Tolong la cakap penuh kelembutan lagi bernafsu ketika berbicara dengan laki ke, bini ke. Jangan macam borak ngan macha kat Kedai mamak Taqwa.


Tolong la ma, abah.. Apa yang ma, abah ajar kat anak ma ngan abah ni tak terdaya nak dipraktikkan di sini. Kat sini harus jadi hati kering. Kejam. Jahat. Tak peduli perasaan orang. Selfish. Selchicken. Selmeat.

Abah.. Ieta tak mampu nak jaga hati orang sebagaimana abah lakukan. Ieta tak mampu merangka ayat tersusun indah untuk tidak mengguris hati sesiapa. Di sini tidak ada itu semua.. Tidak wajar dipraktikkan. Jika tidak, kita dianggap lemah bah..


Ma. Di sini kita harus kuat. Kita harus cekal. Kita harus jadi jahat. Kita tak boleh terasa hati dengan kata kata kasar yang mewarnani hari hari kita. Kita harus mengikut rentak. Menjadi orang yang tidak bermotivasi. Orang yang seperti tiada nilai diri..

Wednesday, May 23, 2007

Tyra Banks nampak mesti kejar ni

Expressed by Noorita Yusof at 7:41 AM 1 thoughs.. Links to this post






Heh. Sangat passion for customernye rasa....

At least tak perlu la sampai gedabak camni skali kan. Habis nampak seme kadar skala kekuningan gigi. :p

Tetapi, kenapa mesti ditampalkan poster ini tepat di bahagian kawasan jajahan teamku ini. Kenapa tak sangkut je kat bahagian lain selain dari tempat sang model bermastautin?

Sangat malu lagi aib di mana leaderku harus memandang wajah ini like every second..??

Lagi la di ketika aku tengah berkerutan muka membuat kerja akan tetapi mukaku di blakang sana tersengih seperti ini..?

Bahang bahang malu tersipu dan menular ni.

Tuesday, May 22, 2007

Routine

Expressed by Noorita Yusof at 1:25 PM 4 thoughs.. Links to this post
Seres kekontangan idea tiga pat hari ni.

Sebab tu la post aku hanyalah berbau gambar, video dan perkara perkara useless yang lain.

So hari ni pon gitulah. Idealess juga. Tapi cam ada la sipi sipi menda ni yang ingin kukongsikan bersama readers tercinta.


Kalo you guys pegi satu satu tempat kan, routinely apa yang korang akan buat kat situ?
Mine adalah...



Pasar Malam
- Menerpa laksa penang tak habis-habis.
- Sometimes, mee sup berempah penang yang sangat tidak sihat itu sebab banyak lemak lembu terapung dalam kuah.
- Ayam perciksss.


Mid Valley
- Craving for ayam goreng Carrefour.
- Asam boi bijiless kat kedai asam serbaneka next to Nandos.
- Mags @ kedai magazine next to Kenny Rogers. (Seme ingat nama kedai sebelah je).

MPH
- Home Decor and handcrafts section!

Giant
- Susu baby.
- Pampers baby.


KFC
- Snack Plate Spicy. Satu drumstick is a must!
- Cheezy Wedges.


Mc D.
- Tak lain tak bukan set ayam jugak. Ayam oh ayam..


Kedai makan Zaki Tomyam
- Sup tulang yang very the marveles in the world!


Balik Ganu

- Kepok lekor losong.
- Kuih hasidah kat Pasar Bukit Besar.


Kat umah

- SOFIYA!






Aku pon tak tau apa hala tuju post ni. Sangat bercampur aduk seperti rojak keling (sini panggil pasembor). <-- see, conclusion ni pon takde arah tujuan dan matlamat.

Monday, May 21, 2007

Expressed by Noorita Yusof at 10:36 AM 2 thoughs.. Links to this post
Hi apple sekelian..

How's your weekend..?

Mine was so so so amazing....!
We all telah di-surprise-kan oleh a very very surprising news that we have not expect to received at least around this first 2 years..? But since it is a very good good news and we are so so happy about it, then just Thank God!

Berita amende la plak.. Smula smula la deh..


So smalam we all telah menghabiskan masa bermandi kaki dia kolam terbuka Taman KLCC.
Kalo tak kerana budak budak je berendam situ, mau ngan mak mak budak skali berguling dalam air tu.


- Tengah girang bermain air dengan bibiknya -

Friday, May 18, 2007

NEW RELEASE- $100 US DOLLAR!

Expressed by Noorita Yusof at 2:12 PM 0 thoughs.. Links to this post




oh.. oh.. Kalo kuar duit camni kat US, memang simpan dalam wallet je aa gamaknya... Sayang nak pakai.. Koff koff krofff!!...










-- Another motiveless post untuk minggu ini.

Thursday, May 17, 2007

Mende la pulak ni..??

Expressed by Noorita Yusof at 3:10 PM 3 thoughs.. Links to this post
Pagi ni aku telah mendengar pada satu berita dari corong Hot FM yang mana very the stupid ridiculous news in the world!

Those tiada-kerja-putera2UMNO tu dah meroyan nak buat penerjunan bebas kat Mekah la pulak..

I mean, it's MEKAH ok..??

Apa kejadah mak bapaknya ko nak gi terjun terjun kat sana ni..??

Dah cukup ko buat keje pak kaduk gi terjun kat kutub utara sana, yang mana hanya melompat dari helikopter, then bentang bendera hitu hini kat situ, then chow!
(even aku pon tak boleh buat ni, tapi aku nak buat seme tu buat apa duh!??)

Apa ko ingat buat keje keje tak berpaedah tu mak sedara ko sponsor?

Pakai duit cukai mak bapak aku jugak......

Then balik Mesia apa dapat dengan kaedah penerjunan tu..?
Apa jasa jasa yang boleh ditabur bagi kesejahteraan rakyat sejagat..??

Lain la kalo tiba-tiba budak budak ni balik jadi sukarelawan Bomba dengan menerjun selamatkan orang bunuh diri atau gi terjun laut selamatkan orang lemas ke..

Ataupun terjun sungai Klang kutip sampah yang bertabur tak pon melakukan terjun bangunan sambil mencuci tingkap.

Adala la jugak hasilnya...........


Skang nak terjun kat Mekah..?

Eh baikla gi buat haji ke, umrah ke kurang-kurang..

Takpun tolong kakitangan Jejak Rasul melakukan penerjunan sambil mencari tapak sejarah ke..

Apa la kaedahnya ni...



** Apsal plak post aku emo semacam ari ni. Berbau politik pulak tu..! Ish....

Wednesday, May 16, 2007

Teman tidur saya..

Expressed by Noorita Yusof at 2:31 PM 4 thoughs.. Links to this post
Ini bantal busyuk Sofiya..



Nama timang timangan = Teddy..


Ini kaedah penggunaan..




-----------------------------------------***----------------------------------------------------


Ini bantal busyuk papa...




Nama timang timangan = Yayai...


Kaedah penggunaan..



-----------------------------------------***----------------------------------------------------


Ini bantal-bantal busyuk mama...




Nama timang timangan = cayang cayang mama...


Kaedah penggunaan..

Adalah terpulang mengikut waktu, tempat, tahap kegeraman dan tahap kegomolan.

Tuesday, May 15, 2007

Guru.. Cikgu.. Engkaulah Penyuluh Hidupku........

Expressed by Noorita Yusof at 1:41 PM 2 thoughs.. Links to this post
Kami guru Malaysia..
Berikrar dan berjanji..
Apa yang kami ajar..
Kena ikut la besar nanti..


Heh. Ni lagu Hari Guru rekaan aku sebab aku tidak ingat akan liriknya. Blasah la.
Yang pentingnya hari ni adalah Hari Guru seMalaysia. Hari yang bagi aku adalah penting untuk diingat kerna tanpa guru anda adalah penghuni bawah jambatan mahupun di dalam longkang.



Antara kenangan yang terindah Samson masa Hari Guru kat sekolah aku dulu...



** Hari yang dinantikan kerana tak payah dan tak perlu belajar di mana bawak beg ringan yang comel sahaja. Pulak boleh balik awal.


** Hari di mana bakat terpendam cikgu cikgi akan tercongkil kerana di dalam perhimpunan mereka akan mengalunkan lagu Hari Guru dengan penuhhhh kemerduan dan kesemangatan..


** Hari untuk membuktikan cikgu mana yang paling glemer dan femes sekali kat sekolah berdasarkan kiraan kuntuman bunga yang diperolehi dan cekelat ke, hadiah ke, ciuman ke... Kalo cikgu yang garang dan tak best nak mam tu hah time ni memang padan la muka anda sebab balik bodoy je.


** Juga hari untuk mengukur sejauh mana hebat dan popularnya diri sendiri sebab time nilah secret admirer ke, kawan ikhlas tapi jauh ke, atau peminat misteri akan kirim bunga atau cekelat gak.

Biasanya yang banyak dpt bunga adalah budak budak berbanding cikgu cikgu. ceh, apala korang-- macam la aku bagi bunga kat cikgu.


** Juga hari untuk student tunjuk bakat dengan menyertai persembahan kat dewan. Yang menyanyi akan melalak, yang bersyair akan bergurindam tak pula juga yang menari akan berdendangan. chewah.

Banyak budak asrama akan masuk tarian sebab time ni aa nak menari takyah pakai tudung -- aku dok umah ok.


** Di kala seme orang sibuk dengan hal masing masing seperti makan secara berentetan di kantin ataupun melakukan ulang tayang ke toilet, yang couple couple pulak sibuk berdating kat meja stadi kat kaki lima mahupun kat taman bunga. Tengah panas pon takpe. sejuk dan nyaman seme tu..

Aku masuk bahagian mana aa..? err... stadi kat library kot. heh.



** Kalo anda insan terpilih dan dibuka hijabnya, akan dapatlah menyaksikan cikgu cikgu juga berdatingan sesama mereka. Oh time ni cuba la juga jual minyak urat cap Gatal Bergetis yek.



** Hari Guru juga diklasifikasikan sebagai hari makan makan sedunia kerana di samping meraikan majlis, harus ada makan makan untuk keberkatan. Ye tak.

Aku suker.....




Dan macam macam lagi la. Terpulang la sejauh mana havoc atau sangapnya sekolah anda dalam meraikan hari yang penting ini.



Dan di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Guru buat cikgu sekolah rendah,
cikgu Jayanthi- ada ajar sukan lain tak selain netball
Cikgu Baby Fauziah- ala baby baby comey la cikgu..
Cikgu Sazali - sebab cikgu saya pandai main drum!
Cikgu Bahrain - sebab cikgu gak saya suka kesenian!
Cikgu Salmah - anak cikgu tu kerempeng lagi ke?
Cikgu Khatijah - saya tak malas tau hari tu cikgu. ngantuk je
Cikgu Usop- Tak perlu la cubit ketiak orang lagi ye cikgu
Cikgu Zaidi- lenkali amik la pengawas lawa lawa lagi ye...

dan seme semelah.



Tak lupa juga cikgu sekolah menengah iaitu
Cikgu Zawiyah - dah kawin dah ke..
Cikgu Aizan - suara ada cam speaker lagi tak
Cikgu Zabedah - ajaran add math cikgu sampai mati saya ingat. Thanks!
Cikgu Azmi - math cikgu saya ingat gak
Cikgu Mat Noor - cikgu ajar sejarah memang marveles walaupun saya mengatuk macam amik ganja

dan ramai ah. tak ingat aa wei. tapi pura pura je tak ingat. ingat sebenarnya..




HAPPY GURU DAY!

Friday, May 11, 2007

Habis la rahsia besar kali ni... mmm.....

Expressed by Noorita Yusof at 10:50 AM 2 thoughs.. Links to this post
Entah mana datang hangin nak cite pasal ni. Takde sangkut pautan dengan tarikh hari ini jauh sekali kerna buah apple yang tersangkut kat kedai buah kat Greenwood.

Dalam entry lepas aku penah mempromisekan diri untuk memecah rahsia mana datangnya atau apakah maksud tersiratnya di sebalik
ELEVENAPPLES.


Sapa nak tau, go on hingga ke bottom, namun barangsiapa ingin menyelamatkan masanya dari terbazir sia-sia, sila bukak blog bertajuk Tazkirah Hari Ini ataupun Politik Kotor Semasa atau juga Mari Belajar Tajwid.


Actually ni seme start start masa kat Banting la ni. Yakni Kolej Mara Banting, bukan Banting depan rumah Datuk Haji Misbun Sidek.

Masa itu adalah semester ketiga yang mana aku hanya mengambil dua sabjek je. Sangat la maharaja free seperti makan angin plak aku kat situ. Kawan-kawan aku yang lain pun paling banyak amik sabjek cam 3 gitu je. Juga free seperti kumpulan Freedom.


So kitaorang ni seme (girl power) ni cam dah mati kutu juga mati pijat tak tau nak buat apa bagi mengisi masa lapang yang tidak terhingga ini. Takkan nak menelaah je keje cam Professor Maritius kan. Harus la ada kegiatan riadah sampingan ye tak.


So kawan aku ni (idea sapa aa??) dengan bergeliganya telah mengusul kami untuk membuang masa sambil membuang duit dengan memulakan permainan SA SA yakni Secret Admirer.


Nah. Caranya mudah saja. Stiap dari kami harus mengecop dan memilih sorang dari jejaka jejaka yang bergentayangan dia kolej ini untuk dijadikan gigolo eh! Secret Admirer. So sorang satu je la. Nak ramai-ramai amik pak guard aa..


So aku yang ketika itu sudah berteman lelaki ini, amatlah tidak berminat untuk menyertai permainan berbahaya ini kerana aku seorang yang amat setia dan tiada tara galang gantinya. Tetapi kawan kawan syaitan nirrojimku telah memaksa juga aku merandomly pick seorang teruna utk diperkotak katikkan. Jahat la ko Afi!


Dan setelah melilau sket dan secara purata kasarnya aku telah mengepick seorang lelaki ini yang dari kacamataku (bila plak aku berkaca mata ni!) yang kira ok la. Aku bukan nak main sangat pon. Sekadar memeriahkan majlis je.
Hensem gak mamat ni. Apsal aku tak pernah perasan dari semester 1? Ishh.. sangat menjaga penglihatannye la aku ni..


So setelah geng geng ini dah cukup korem seme, maka bermulalah sesi note note, surat menyurat dan kem kem salam. Cam gatal plak main approach approach lelaki. Tau dek mak aku ni memang la kena pulas.


Di kala diorang seme nak start melayangkan ucapan perkenalan dan upacara pembukaan seperti "Hi, you look blue today!" ataupun "Eh, tadi I nampak U pegi tandas. Gottcha!" dan sewaktu dengannya.


Tapi aku still tak buat apa2 sebab aku takde idea siot! Aku mana reti! Chewah, cam naif je..


Oh lupa. This is the most important part. Time reka reka nama samaran. Ish cam FBI pon ada. Ada yang pakai BabyKiut la, ada pakai apa-apa lagi la. Lupa ok. So aku yang memang kekontangan idea ni mmg sangat lembab dan slow dalam mereka2 nama ni. Pakai Noorita je boleh tak?


Tapi last last aku dapat idea spontanly bila aku tunduk amik kertas bawah meja, dan itu dia rantai aku terhayun-hayun di leher. Rantai bersama seketul loket Apple bertatahkan sebelas biji little diamonds on it. So lahirlah
ELEVENAPPLES...


so sekian....





Apa..?? Nak tau lagi? Kata nak tau apa elevenapples. Dah tau cukup la tu.
Tapi utk tidak menghampakan peminat peminat semua juga dari Singapura Brunei pon ada (cam AF la pulak), so aku continue. - This gonna be such a long post liao!


Jadi, mana tadi. Ha ok la. last last ada la layangan salam pekenalan dari aku iaitu aku telah mengirim gegula POLO kat dia melalui posmen tak bergaji aku. Why Polo? Cam sangat kedekut ok. Tapi itu gula2 kegemaran aku. Blasah la.


Actually aku bagi menda2 kat dia tu seme bersangkutan ngan klu klu supaya cepat2 la aku kantoi dan cepat² la tamattok game ni. Malas ok. Tapi cam slow la plak mamat ni. Tengok ID aku pon kalo jenis mata CSI mmg boleh tangkap punya. Hello... Can u see my rantai ni..?? Adoii..


So gitula berlangsungnya permainan SA ni sampai seme geng2 aku dah terkantoi ngan SA masing2. Tapi aku je masih ulung tak kantoi2 gak. Apa punya tuuurrr da...


Lagi lama lagi byk duit abis ok. Tak rela tapi redho gak. Paling best masa friendship day. Aku bagi hamper 11 bijik apple merah segar kat dia + sebiji kaset Hindustan lagu2 yang best la kot (sebab melalui sumber sumber yang boleh dipercayai dia ni antu Industan!). Sangat best kan aku.. Merah ok muka dia dapat hamper tu tengah² orang tgh bratur makan kat DS. Aku mmg saja soh posmen aku antar time tu! Har har har...


Lama-lama aku dah naik bosan sebab aku pon bukan nak main sangat kan, pulak orang lain seme dah kantoi. Paling bagus kawan kawan dia buat spekulasi teka orang ni orang tu sebagai elevenapples. eh eh!! buta apa korang ni..?!


Pahtu satu malam nan indah aku telah mengaturkan pertemuan elevenapples ngan dia kat DS. Untuk pengetahuan DS tu Dewan Selera yakni tempat melantak sehingga buncit sebab lauk sangat settap... untuk mendeclare! Malas dan muak ok. Aku ajak la Nana skali.


Boleh masa jumpa tu terang² la aku ngan Nana je kan, dia bleh lagi teka Nana la orangnya. Ok ok. Ko memang sangat ninja turtle. Kena aku cakap, dengan ini saya isytiharkan bahawasanya elevenapples itu tak lain tak bukan adalah diriku yang anggun ini!


Haha..!! Come to this part u guys shud see his face. Really turned to RED! ekekeke... dia kata dia ngan aku sangat malu dan segan. tak sangka dan pelbagai lagi ayat2 tergamam. Ok ok adakah aku terlalu bangsawan untuk tidak main permainan ini?


Then aku dengan takde perasaannya cakap aku nak elevenapples ni sampai sini je. Habis crite. Buat buat lupa lepas ni kay. - Masa ni seriyes takde perasaan.


Tapi lain pulak ceritanya. Dia ajak kitaorang declare SA secara rasminya dengan harus keluar dating. Dan the nearest nicest place to us is the one and only KLIA airport. So okla. Kuar la kami berempat. Ajak geng aa. Kalo berdua, yang ketiganya adalah syaitan. Heh.


Then habis acara dating2tu dia telah menghadiahkan aku jam meja yang amatttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt aku suka (ntah bila dia beli ni. beli kat klia memang la 'murah' kan). Dengan kata-kata offrecord, dan telah membuka hati aku secara automatik. Aku sker............................


Start dari hari tu we all menjadi amat amat close and closer and closest sampai last² terdeclare sebagai pakwe makwe la pula.


So dipendekkan cerita, dari awalnya aku yang just pencukup korem dalam permainan tu, last2 aku ngan dia plak yang kekal dan even sehingga kini. Tu la dia, encik suamiku.. :)



Panjangnya buku teks ini.

Thursday, May 10, 2007

Dream Team aren't we..??

Expressed by Noorita Yusof at 10:40 AM 5 thoughs.. Links to this post
Hehe..

Smalam aku terjumpa fotopages kawan skoloh rendah dulu. Sangat cun ok dia ini.
(Atas sebab sebab keselamatan identiti harus dirahsiakan).


Kawan aku ni dulu adalah antara geng geng sepasukan bola jaring kami masa derjah 4-6 dulu. Wa cakap lu. Derjah ampat dah masuk team bola jaring. Derjah 3 dah masuk gimrama. sangat bersemangat kesukanan.


Zaman puncak kegemilangan kami dulu adalah dari darjah 5 dan 6. Sebagai gadis gadis melecun yang terkenal di sekolah, budak-budak juga bukan budak semenye respek pada kami.


Juga menjawat jawatan sebagai pengawas sekolah (kain kaler maroon), lagi lagilah bertambah populariti kami.


Dulu seingat aku team kitaorang kira cam beauty team pon ada. aku pon dah tak ingat kriteria yg dipilih oleh cikgu Jayanthi dulu dalam menganggotai skuad ini, tapi mostly bebudak ni seme berjenis ayu penggoda semuanya. Namun di padang, bergarangan pula.


C ataupun Center ataupun Captain ataupun cayuk! cayuk! kat tengah tu aku panggil Lina je. Orang dia pendek ops rendah tapi sangat tangkas seperti bulu tangkis dalam menggelecek eh mengepass bola. dia ni minah kl dan suka panggil orang dengan nama singkatan. Alia jadi Ali, Salina jadi Sal, Ieta jadi It. It!!! perlu le lagi pendek nama aku..??


GD adalah hmm tak ingat lak sapa. Ko pengawas ke dulu?


GA(position yang amat popular ini) adalah disandang oleh aku yang comell....


WA dan WD punya geng tak ingat nama. Tapi tugas mereka adalah juga mustahak dengan bertempelan dalam mengaburi pihak lawan dengan wajah dan tingkah manja mereka itu.


GK adalah orang yang seharusnya tinggi seperti galah yang mana perlu mengulur tangan dan badan bagi menghalangi bola ke jaringan.


GS yeah this person la yang menjadi senjata sulit pasukan ini. dengan ketinggian seperti Tyra Banks dan wajah seperti Maya Karin amatla gementar pasukan lawan untuk mendepakan tangan didepannya. Apatah lagi ketika dia melakukan aksi lompatan lincah ke jaring, akan tergamamlah akan seteru kaku di situ.


Ah sungguh hebat dan terasa sungguh indah memuji pasukan sendiri.


Dan setiap kali berombongan ke sekolah lawan, sebelum memulakan pertarungan, kami diharuskan untuk tidak berkuku panjang, bergelang, bercincin dan beraksesori bagai. Namun tidak menghalang kami untuk bercutex kilat2 yang didapati dari toy'r'us.


dan juga rambut setiap ahli harus didandan hebat samada bertocang riben, berpony tail atau berklip mickey mouse saja bagi yang berambut kontot.


Sport shoes pula harus bewarna pink atau purple pon buleh la. tetapi harus melambangkan ciri ciri kecomelan dan kekiutan. Kalo la baju pon buleh pakai kaler pink corak mickey alangkah jelitanya. tapi harus mengenakan jersi yang berkaler biru seingat aku.


Dan barangsiapa yang bertarung dengan kami secara permainan suci bersih, maka akan smooth la pertandingan itu. Kalah dan menang akan diterima secara saksama.


Namun andainya pihak lawan memulakan teknik permainan kotor seperti Rob & Amber, memang buat baik dibalas baik, buat jahat akan dibalas jahatla jawabnya.
Pernah kami memulas bahu Captain dan GA musuh sebab main tahan tahan kaki supaya orang kuat pasukan kami termasuk aku (orang kuat ok) terjatuh kan. Rasakan la bisa kena pulas bahu yang lepas kena BCG itu. Bwahahahaha.....


Dan pernah kami menarik rambut GD sebab melampau2kan batas dalam mengkandangkan aku dan Captain. Tarik bukan lemah lembut kak. Kasik putus pat lima urat baru namanya budak Sekolah Rendah Tengku Bariah!


Dan itulah cite team bola jaring hebat, perkasa dan chomey ini. Bukan sekadar cerita sahaja, pernah juga menjuarai peringkat skolah. Tapi peringkat daerah aku dah tak join sebab ma aku tak kasik. Dengan alasan nanti hitam tak cantik.


Sekian terima kasih.

Wednesday, May 9, 2007

Hmmm. weird ke..?

Expressed by Noorita Yusof at 11:57 AM 0 thoughs.. Links to this post
I've been tagged by Liyana.

Before ni orang tag aku, aku buat dekk je.
Tapi sebab Liyana, ok la aku pikir la 6 menda weirdest pasal aku yg aku dpt pikir.

Hmm apa yek..


1) Aku paling paling paling tak boleh tengok cili (I mean itu kepingan cili halus tu) di mana-mana. Kepingan ini biasanya akan bertenggek di tempat paling femes yaitu di celah celah gigi bilamana lepas melantak sambal atau apa2 la yang membabitkan penggunaan cili.

Lagi kalo cili itu di lantai, di meja, di pinggan yg telah digunakan, mahupun di misai tebal, atau mana-mana saja tempat yang cili itu tidak berada pada tempat yg sepatutnya.

Aku hanya boleh menerima kalo cili itu masih di dalam kuah, di ayam atau di mana mana saja makanan yg belom ditransfer keluar dari mulut manusia.

GELIIIIIIIIIIIIIIIIII.....................



2) Aku boleh mengadap, meratah, memakan, melahap LAKSA PENANG tiap tiap hari!


3) Perut aku akan memulas secara automatik di ketika situasi:
- Pagi pagi buta di ketika van sekolah aku masa tingkatan 3 tiba.
- Jawab peksa.
- Naik bas balik kampung.


4) Aku paling tidak suka berdebat kosong mahupun menangkis pendapat orang lantas membentang pendapat sendiri. Walaupun dalam hati aku SANGAT SANGAT tidak bersetuju dengan apa yg orang/kawan/famili aku sedang cakap, tapi aku hanya mengiayakan.

Perabih air lior je!



5) Aku sangat susah untuk tidak menyukai orang. But once aku benci orang, sampai kiamat aku takkan maafkan.

So, don't mess with me!



6) Last but not least, aku boleh melahap 2 ketul ayam KFC, mee goreng atau apa saja makanan 'sampingan' yang lain stengah jam selepas makan nasik!





Hmm.. That's what I can think lar.. So as usual in tagging, I tagged whoever yang baca my blog ni kay.

Thursday, May 3, 2007

~~ * Happy 1st Birthday Sayang... * ~~

Expressed by Noorita Yusof at 4:26 PM 2 thoughs.. Links to this post
How's work apple apple sekelian..?

How you feel back to office after such a very long holiday..?

Today is my 3rd of keje for this week.

Yeah. Started on Monday, cuti aa sehari on Tues, then back to normal. Don't ask me why I haven't continue my long holiday like many others. Remember the shitty with kain melilit kat kepala tebal tu? Yes, that's all I can say. Titik!


So what's the update I wanna share with you guys.
Oh ya! Yesterday was my beloved dearie sayang sayang muah baby 1st Birthday! Happy Birtday sayang mama....

Dan setahun dan anak mama.. Kejap je.. Rasa baru je masuk spital, then labour room, then branak, then pantang ect ect tu..

Pling! Dah setahun masa berlalu..

Kat bawah ni gambar Sofiya masa baru 1st few days after diberanakkan dan now when she is 12 months old.


Hello World!


Hi Babe!
 

You know what.... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal