Thursday, May 24, 2007

Tolongla.. Release me from this hell!

Expressed by Noorita Yusof at 1:37 PM
Aku cukup tak faham kenapa dalam dunia ni ada orang yang sangat suka lagi gemar nak sakitkan hati orang lain.

Setiap butir kata tu penuh sarat dengan hateness. Hate to everyone.. Hate to everything.. Hate this.. Hate that..

Stiap kali melontar kata kenapa mesti berbau kritikan dan ketidakpuasan hati. Adakah rasa gembira, rasa diri hebat, rasa diri megah setiap kali dapat mengkritik orang?


Paling aku tak gemar adalah ketika menonton tv ke, bersiar siar ke, atau ketika di apa saja kegiatan yang sepatutnya mereleasekan penat, menenangkan fikiran, tapi time tu jugak nak komen itu ini la pulak.

Sampai ke tahap muka Najib kluar kat berita, boleh dengan muka muncung pat depa tukar channel lain beserta ucapan "Menyampah!"

I mean come on la.. Aku pon bukan suka sangat Najib ke, Samy Vellu ke sapa² ke. Tapi tak payah la buat fikiran lagi runsing boleh tak? Tau tak stiap kali kita menyebut satu word negatif ni akan bertambah satu kedut kat muka? Tambah lagi satu 'dot' sakit jiwa di hati??


Aku pon tak tau apa aku bebelkan ni. Tapi aku dah tahap pening lagi serabut jiwa dah kalo selalu bersama dengan orang yang berjiwa kacau dan tak tenang hati. Pendek kata hati tak cukup bersih. Bukan aku nak cakap hati aku ni clean la sangat. Tapi boleh tak just mind your own business other than others?


Ops! Sebelum ada yang salah faham baik aku cakap awal². Ini takde kena mengena dengan my hubby. He's definitely not like this! Kalo tak cemane aku nak hidup ngan dia. Ni pasal adala makhluk Allah yg lain.


Cuma just nak luah perasaan je. Kadang-kadang aku pon tak tau nak macamana nak menghadapi ujian² mcm ni.
Aku sebolehnya tanak my little baby dibiasakan dengar rungutan rungutan, kutukan kutukan, pahtu selalu didedahkan dengan percakapan kasar dan suara suara kuat yang macamla orang sekeliling pekak kan.
Aku memang tak faham kenapa just nak cakap "Karang nak masak gulai la". Tapi intonasi tu mcm pariya nak bertumbuk. Aku memang tak faham.
Tau tak kalo lagi kuat suara dikeluarkan, lagi la seperti keldai bunyinya. - Ni hadis dari mana aku pon tak ingat. Dr. Fadhilah Kamsah tolong ingatkan.


Dan aku, memang tak suka kalo bertempik tempik ni. Nak jadi pekak satu, sakit kepala satu. Perabih tenaga satu.
Tapi bila aku cakap slow seperti biasa, pendapat aku tak berapa nak dikisahkan orang la pulak kan. Siap disangkal² lagi walaupun alasan menyangkal tu sangat pandir lagi mak andeh! ni la orang panggil bodoy sombong.


Biasala.. Kalo disenaraikan memang jadi buku teks sejarah tingkatan tiga la jawabnya. Just aku nak utarakan la kat sini. Boleh tak respek orang sikit. Dan tolong la jangan mengata orang kalo diri sendiri penuh kekurangan.
Tolong la cakap pelan pelan selagi bukan sedang bercakaran.
Tolong la cakap penuh kelembutan lagi bernafsu ketika berbicara dengan laki ke, bini ke. Jangan macam borak ngan macha kat Kedai mamak Taqwa.


Tolong la ma, abah.. Apa yang ma, abah ajar kat anak ma ngan abah ni tak terdaya nak dipraktikkan di sini. Kat sini harus jadi hati kering. Kejam. Jahat. Tak peduli perasaan orang. Selfish. Selchicken. Selmeat.

Abah.. Ieta tak mampu nak jaga hati orang sebagaimana abah lakukan. Ieta tak mampu merangka ayat tersusun indah untuk tidak mengguris hati sesiapa. Di sini tidak ada itu semua.. Tidak wajar dipraktikkan. Jika tidak, kita dianggap lemah bah..


Ma. Di sini kita harus kuat. Kita harus cekal. Kita harus jadi jahat. Kita tak boleh terasa hati dengan kata kata kasar yang mewarnani hari hari kita. Kita harus mengikut rentak. Menjadi orang yang tidak bermotivasi. Orang yang seperti tiada nilai diri..

0 thoughs.. on "Tolongla.. Release me from this hell!"

 

You know what.... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal