Tuesday, May 15, 2007

Guru.. Cikgu.. Engkaulah Penyuluh Hidupku........

Expressed by Noorita Yusof at 1:41 PM
Kami guru Malaysia..
Berikrar dan berjanji..
Apa yang kami ajar..
Kena ikut la besar nanti..


Heh. Ni lagu Hari Guru rekaan aku sebab aku tidak ingat akan liriknya. Blasah la.
Yang pentingnya hari ni adalah Hari Guru seMalaysia. Hari yang bagi aku adalah penting untuk diingat kerna tanpa guru anda adalah penghuni bawah jambatan mahupun di dalam longkang.



Antara kenangan yang terindah Samson masa Hari Guru kat sekolah aku dulu...



** Hari yang dinantikan kerana tak payah dan tak perlu belajar di mana bawak beg ringan yang comel sahaja. Pulak boleh balik awal.


** Hari di mana bakat terpendam cikgu cikgi akan tercongkil kerana di dalam perhimpunan mereka akan mengalunkan lagu Hari Guru dengan penuhhhh kemerduan dan kesemangatan..


** Hari untuk membuktikan cikgu mana yang paling glemer dan femes sekali kat sekolah berdasarkan kiraan kuntuman bunga yang diperolehi dan cekelat ke, hadiah ke, ciuman ke... Kalo cikgu yang garang dan tak best nak mam tu hah time ni memang padan la muka anda sebab balik bodoy je.


** Juga hari untuk mengukur sejauh mana hebat dan popularnya diri sendiri sebab time nilah secret admirer ke, kawan ikhlas tapi jauh ke, atau peminat misteri akan kirim bunga atau cekelat gak.

Biasanya yang banyak dpt bunga adalah budak budak berbanding cikgu cikgu. ceh, apala korang-- macam la aku bagi bunga kat cikgu.


** Juga hari untuk student tunjuk bakat dengan menyertai persembahan kat dewan. Yang menyanyi akan melalak, yang bersyair akan bergurindam tak pula juga yang menari akan berdendangan. chewah.

Banyak budak asrama akan masuk tarian sebab time ni aa nak menari takyah pakai tudung -- aku dok umah ok.


** Di kala seme orang sibuk dengan hal masing masing seperti makan secara berentetan di kantin ataupun melakukan ulang tayang ke toilet, yang couple couple pulak sibuk berdating kat meja stadi kat kaki lima mahupun kat taman bunga. Tengah panas pon takpe. sejuk dan nyaman seme tu..

Aku masuk bahagian mana aa..? err... stadi kat library kot. heh.



** Kalo anda insan terpilih dan dibuka hijabnya, akan dapatlah menyaksikan cikgu cikgu juga berdatingan sesama mereka. Oh time ni cuba la juga jual minyak urat cap Gatal Bergetis yek.



** Hari Guru juga diklasifikasikan sebagai hari makan makan sedunia kerana di samping meraikan majlis, harus ada makan makan untuk keberkatan. Ye tak.

Aku suker.....




Dan macam macam lagi la. Terpulang la sejauh mana havoc atau sangapnya sekolah anda dalam meraikan hari yang penting ini.



Dan di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Guru buat cikgu sekolah rendah,
cikgu Jayanthi- ada ajar sukan lain tak selain netball
Cikgu Baby Fauziah- ala baby baby comey la cikgu..
Cikgu Sazali - sebab cikgu saya pandai main drum!
Cikgu Bahrain - sebab cikgu gak saya suka kesenian!
Cikgu Salmah - anak cikgu tu kerempeng lagi ke?
Cikgu Khatijah - saya tak malas tau hari tu cikgu. ngantuk je
Cikgu Usop- Tak perlu la cubit ketiak orang lagi ye cikgu
Cikgu Zaidi- lenkali amik la pengawas lawa lawa lagi ye...

dan seme semelah.



Tak lupa juga cikgu sekolah menengah iaitu
Cikgu Zawiyah - dah kawin dah ke..
Cikgu Aizan - suara ada cam speaker lagi tak
Cikgu Zabedah - ajaran add math cikgu sampai mati saya ingat. Thanks!
Cikgu Azmi - math cikgu saya ingat gak
Cikgu Mat Noor - cikgu ajar sejarah memang marveles walaupun saya mengatuk macam amik ganja

dan ramai ah. tak ingat aa wei. tapi pura pura je tak ingat. ingat sebenarnya..




HAPPY GURU DAY!

2 thoughs.. on "Guru.. Cikgu.. Engkaulah Penyuluh Hidupku........"

Anonymous said...

saya ingat cikgu zawiyah! selalu melucah dalam kelas sains. har har har...

Blogger on November 12, 2016 at 1:19:00 PM GMT+8 said...

Trying to find the Best Dating Website? Join and find your perfect date.

 

You know what.... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal