Friday, May 11, 2007

Habis la rahsia besar kali ni... mmm.....

Expressed by Noorita Yusof at 10:50 AM
Entah mana datang hangin nak cite pasal ni. Takde sangkut pautan dengan tarikh hari ini jauh sekali kerna buah apple yang tersangkut kat kedai buah kat Greenwood.

Dalam entry lepas aku penah mempromisekan diri untuk memecah rahsia mana datangnya atau apakah maksud tersiratnya di sebalik
ELEVENAPPLES.


Sapa nak tau, go on hingga ke bottom, namun barangsiapa ingin menyelamatkan masanya dari terbazir sia-sia, sila bukak blog bertajuk Tazkirah Hari Ini ataupun Politik Kotor Semasa atau juga Mari Belajar Tajwid.


Actually ni seme start start masa kat Banting la ni. Yakni Kolej Mara Banting, bukan Banting depan rumah Datuk Haji Misbun Sidek.

Masa itu adalah semester ketiga yang mana aku hanya mengambil dua sabjek je. Sangat la maharaja free seperti makan angin plak aku kat situ. Kawan-kawan aku yang lain pun paling banyak amik sabjek cam 3 gitu je. Juga free seperti kumpulan Freedom.


So kitaorang ni seme (girl power) ni cam dah mati kutu juga mati pijat tak tau nak buat apa bagi mengisi masa lapang yang tidak terhingga ini. Takkan nak menelaah je keje cam Professor Maritius kan. Harus la ada kegiatan riadah sampingan ye tak.


So kawan aku ni (idea sapa aa??) dengan bergeliganya telah mengusul kami untuk membuang masa sambil membuang duit dengan memulakan permainan SA SA yakni Secret Admirer.


Nah. Caranya mudah saja. Stiap dari kami harus mengecop dan memilih sorang dari jejaka jejaka yang bergentayangan dia kolej ini untuk dijadikan gigolo eh! Secret Admirer. So sorang satu je la. Nak ramai-ramai amik pak guard aa..


So aku yang ketika itu sudah berteman lelaki ini, amatlah tidak berminat untuk menyertai permainan berbahaya ini kerana aku seorang yang amat setia dan tiada tara galang gantinya. Tetapi kawan kawan syaitan nirrojimku telah memaksa juga aku merandomly pick seorang teruna utk diperkotak katikkan. Jahat la ko Afi!


Dan setelah melilau sket dan secara purata kasarnya aku telah mengepick seorang lelaki ini yang dari kacamataku (bila plak aku berkaca mata ni!) yang kira ok la. Aku bukan nak main sangat pon. Sekadar memeriahkan majlis je.
Hensem gak mamat ni. Apsal aku tak pernah perasan dari semester 1? Ishh.. sangat menjaga penglihatannye la aku ni..


So setelah geng geng ini dah cukup korem seme, maka bermulalah sesi note note, surat menyurat dan kem kem salam. Cam gatal plak main approach approach lelaki. Tau dek mak aku ni memang la kena pulas.


Di kala diorang seme nak start melayangkan ucapan perkenalan dan upacara pembukaan seperti "Hi, you look blue today!" ataupun "Eh, tadi I nampak U pegi tandas. Gottcha!" dan sewaktu dengannya.


Tapi aku still tak buat apa2 sebab aku takde idea siot! Aku mana reti! Chewah, cam naif je..


Oh lupa. This is the most important part. Time reka reka nama samaran. Ish cam FBI pon ada. Ada yang pakai BabyKiut la, ada pakai apa-apa lagi la. Lupa ok. So aku yang memang kekontangan idea ni mmg sangat lembab dan slow dalam mereka2 nama ni. Pakai Noorita je boleh tak?


Tapi last last aku dapat idea spontanly bila aku tunduk amik kertas bawah meja, dan itu dia rantai aku terhayun-hayun di leher. Rantai bersama seketul loket Apple bertatahkan sebelas biji little diamonds on it. So lahirlah
ELEVENAPPLES...


so sekian....





Apa..?? Nak tau lagi? Kata nak tau apa elevenapples. Dah tau cukup la tu.
Tapi utk tidak menghampakan peminat peminat semua juga dari Singapura Brunei pon ada (cam AF la pulak), so aku continue. - This gonna be such a long post liao!


Jadi, mana tadi. Ha ok la. last last ada la layangan salam pekenalan dari aku iaitu aku telah mengirim gegula POLO kat dia melalui posmen tak bergaji aku. Why Polo? Cam sangat kedekut ok. Tapi itu gula2 kegemaran aku. Blasah la.


Actually aku bagi menda2 kat dia tu seme bersangkutan ngan klu klu supaya cepat2 la aku kantoi dan cepat² la tamattok game ni. Malas ok. Tapi cam slow la plak mamat ni. Tengok ID aku pon kalo jenis mata CSI mmg boleh tangkap punya. Hello... Can u see my rantai ni..?? Adoii..


So gitula berlangsungnya permainan SA ni sampai seme geng2 aku dah terkantoi ngan SA masing2. Tapi aku je masih ulung tak kantoi2 gak. Apa punya tuuurrr da...


Lagi lama lagi byk duit abis ok. Tak rela tapi redho gak. Paling best masa friendship day. Aku bagi hamper 11 bijik apple merah segar kat dia + sebiji kaset Hindustan lagu2 yang best la kot (sebab melalui sumber sumber yang boleh dipercayai dia ni antu Industan!). Sangat best kan aku.. Merah ok muka dia dapat hamper tu tengah² orang tgh bratur makan kat DS. Aku mmg saja soh posmen aku antar time tu! Har har har...


Lama-lama aku dah naik bosan sebab aku pon bukan nak main sangat kan, pulak orang lain seme dah kantoi. Paling bagus kawan kawan dia buat spekulasi teka orang ni orang tu sebagai elevenapples. eh eh!! buta apa korang ni..?!


Pahtu satu malam nan indah aku telah mengaturkan pertemuan elevenapples ngan dia kat DS. Untuk pengetahuan DS tu Dewan Selera yakni tempat melantak sehingga buncit sebab lauk sangat settap... untuk mendeclare! Malas dan muak ok. Aku ajak la Nana skali.


Boleh masa jumpa tu terang² la aku ngan Nana je kan, dia bleh lagi teka Nana la orangnya. Ok ok. Ko memang sangat ninja turtle. Kena aku cakap, dengan ini saya isytiharkan bahawasanya elevenapples itu tak lain tak bukan adalah diriku yang anggun ini!


Haha..!! Come to this part u guys shud see his face. Really turned to RED! ekekeke... dia kata dia ngan aku sangat malu dan segan. tak sangka dan pelbagai lagi ayat2 tergamam. Ok ok adakah aku terlalu bangsawan untuk tidak main permainan ini?


Then aku dengan takde perasaannya cakap aku nak elevenapples ni sampai sini je. Habis crite. Buat buat lupa lepas ni kay. - Masa ni seriyes takde perasaan.


Tapi lain pulak ceritanya. Dia ajak kitaorang declare SA secara rasminya dengan harus keluar dating. Dan the nearest nicest place to us is the one and only KLIA airport. So okla. Kuar la kami berempat. Ajak geng aa. Kalo berdua, yang ketiganya adalah syaitan. Heh.


Then habis acara dating2tu dia telah menghadiahkan aku jam meja yang amatttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt aku suka (ntah bila dia beli ni. beli kat klia memang la 'murah' kan). Dengan kata-kata offrecord, dan telah membuka hati aku secara automatik. Aku sker............................


Start dari hari tu we all menjadi amat amat close and closer and closest sampai last² terdeclare sebagai pakwe makwe la pula.


So dipendekkan cerita, dari awalnya aku yang just pencukup korem dalam permainan tu, last2 aku ngan dia plak yang kekal dan even sehingga kini. Tu la dia, encik suamiku.. :)



Panjangnya buku teks ini.

2 thoughs.. on "Habis la rahsia besar kali ni... mmm....."

Anonymous said...

wah wah.. itu citenye.. shwettt...

Blogger on November 14, 2016 at 12:13:00 AM GMT+8 said...

Looking for the Ultimate Dating Website? Join to find your perfect match.

 

You know what.... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal