Wednesday, June 27, 2007

Nak coping... nak nak...

Expressed by Noorita Yusof at 2:27 PM 3 thoughs.. Links to this post
Pengumuman!

Semalam telah memakan-ed (past tense) masak lemak ketam yang sangat gedabak bersama isi putih memenuhi segenap kerangka bersama lelehan telurnya..
Adalah sangat settap sehingga aku bisa menghabiskan berpinggan pinggan nasik sehingga nasik harus dimasak lain untuk si Eni.

Sekian info ringkas hari ini.


Itu adalah intro sahaja. Saja nak show off kat orang mahupun nak rewind balik kenangan indah makan makan malam tadi supaya dapat menelan air liur sendiri.

So about today tadi cam biasa la. Gi lunch tugede gede disertai oleh gadis yang daku telah mentioned di dalam halaman lepas.

Ala.. budak cam siakap senohong gelama ikan duri tu...

Heh. Malas nak taip pasal cite hauta dia ari ni. Yang bersama sama menjoin santapan tadi adalah juga sama sama tersentap dengan penglipur lara ini..

Bila nak berubah ntah. Bak kata Fadz, kena panah petir barulah seperti anak gadis Malin Kundang kan. Harusla masuk wad tingkat 8 atau saja masuk kubur tingkat 1 itu.

Ok pinis pinis. (bukan penis ye. jangan buat buat rabun mata.)


Ala... my mum datang KL la ari ni.... Semata mata turun ke gelanggang untuk bershopping ye..

Harusla datang di tengah tengah minggu ini.. Cemane aku nak join dirinya..

Ala... Nak cuti half day ke nak MC aa...

MC kang tengah sihat walafiat.

Lagi pulak aku sangat berdedikasi.

Sangat sayang jikalau MC secara pura pura sudahnya nanti jikalau sakit betul betul karang adalah padan muka.

Half day karang adalah tidak cukup untuk menawaf SOGO, Mid Valley juga beberapa lokasi pengering duit gaji yang lain.

Kalo nak cuti, dah terlalu lambat untuk di-apply. Kejadian adalah esok. Aiya.

Dah la cuti aku cam sekangkang kera sahaja kerana sudah direservekan untuk hari raya yang mulia nanti.

Ala........... Nak shopping........................

Wednesday, June 20, 2007

Pretending..? Not tired aa..

Expressed by Noorita Yusof at 4:33 PM 2 thoughs.. Links to this post
Had lunch with my frens and joining us was their colleague.


Colleague: See see my shiny ring.. (Sambil mengacukan jari bersalut cincin berliannya).

Me: Oh, Yea.. U dah tunang ari tu kan. Where's the pic?

Colleague: Ala gambar tadek la.. My dad tak kasik amik gambar.. Gambar sume dalam camera my fren.. Tak cuci lagi..

Me: Tak kasik amik gambar? Pelik ek. Cuci? Ingat skang sume pakai digicam.

Colleague: Haha.. Takdela.. ntahnye..

My fren: So cemane ari tu. Banyak la khemah pasang?

Colleague: Yarabbi.. Iye... My dad nak buat besar besaran.. cam kenduri kawen.. nanti kawen pon dia nak buat besar besar..

My fren: Izit? Barang hantaran brapa?

Colleague: 9-11. Sampai tak tau nak kasik apa..

My fren: Banyak ek. Apa barang hantaran ek.

Colleague:
Jam, perfume seme tu...

My fren: Eh dah kasik skang ek. Biasanya tunang kan tak kasik lagi brg² tu. Time kawen nanti baru kasik. Tunang mostly orang kasik kuih gitu kan. Cam kain utk kawin ke..

My fren2: A'ah la. Best la dapat dua nanti. hehek.

Colleague: ehe.

Me: So sarung cincin kat ne.

Colleague: Dalam bilik je.. Ala bilik pon tak hias meriah sgt. Buat sederhana kan..
(Tadi kata buat besar besaran. Khemah byk cam JomHeboh. Okay..)

My fren: Nanti kawin buat kat ne?

Colleague:
Hmm rumah kot.. Ntah la my dad tu byk sedare.. kena meriah la sikit.

My fren: Cam I, I buat kat dewan. Cam Ieta pon dulu wat kat dewan kan Ieta.

Colleague: (Dengan tanak kalahnya) Oh yek? Ingat nak wat kat Hotel la.. Hillton ke..

Me:
(Cuba cucuk jarum) Oh mahal tu hotel. Takpe u kan kaya.

Colleague: :)
(adalah gembira)

My fren2: So kawen nanti pakai tudung tak. Tunang ari tu pakai tudung?

Colleague: Masa tunang pakai dan tak pakai. Hehe..
(We was like hhmmm..??)

Colleague: Masa kawen kena la pakai..

My fren2: Aik kenapa masa kawen kena pakai lak?

Colleague:
Eh tak baik la dosa!
(Heheh.. Tak perlu la cakap alasan itu melainkan sekarang ini anda mmg bertudung. Very de Mr Bean jawapan itu).

Me, My fren & My fren2: Oh sangat betul itu.

Colleague:
Takde sebenarnya my dad marah nanti. Lagipun belah dia dari Kelantan tu ramai cam alim alim kan.. nanti mengata lak diaorang.

Me, My fren & My fren2:
(Oh adalah orang Kelantan.. hehe.. tak perlu la mengaku orang Shah Alam tegar sebelum ini).



Ok.. Kalo disenaraipenuhkan perbualan ala ala Mazidul Akmal kami itu memang la akan amat terserlah keputaralaman minah ni.

I mean can you just be like yourself and stop pretending like others? Kenapa harus perlu memulas cerita hanya utk meraih kekaguman orang yet mengantoikan diri sendiri dengan jayanya?

So funny..

Monday, June 18, 2007

Dok tau tajuk apa hok sesuai. Ayuh makan kot.

Expressed by Noorita Yusof at 1:47 PM 2 thoughs.. Links to this post
Gosh!

Really miss my lil baby now!

Last weekend kitaorang adalah tidak kemana mana kerana ingin menebus masa dengan menyepend dengan sepenuhnya pada Sofiya.

Satunya sebab papa dia baru sahaja pulang dari outstationnya yang panjang itu.

So di samping baby, harus melayan karenah bini pula. heh. <-- apa tujuan maklumat ni pon tak tau.

So untuk meraikan akan suamiku pulang, aku decided nak masak kaw kaw punya.
Yang sebenarnya yang tukang masak tu memang adalah tekak puaka.

So lagi, Saturday punya menu adalah:
- Ayam masak merah cili hidup pedas meleleh hingus
- Udang galah goreng butter ditaburi cili padi melata
- Kobis goreng with oyster sauce nyam nyam
- Telur dadar pelengkap selera
- Drinks~ Fresh mango juice.

And Sunday's:
- Masak lemak cili padi ikan keli
- Terung goreng berlado pedas menikam
- Goreng tempe berkicap bercili padian
- Ikan kembung berjintanketumbar goreng
- Drinks~ Orange juice


Oh tidak dapat disertakan gambar sebagai perisa tambahan kerana sewaktu memasak adalah tidak ingat pada kemera dan waktu lauk terhidang juga apatah lagi. Hanya menunggu detik dihabisin sahaja.

Sejurus selepas kejadian, disusuli dengan adegan menonton tv secara beramai ramai yang mana diakhiri dengan babak bertiduran dengan ditonton oleh tv.

Memandangkan habis idea ku kerah untuk memasak dengan penuh Chef Wan-nya dua hari lepas, jadinya hari ini sudah tiada idea.

Perlu la masak hari ni dan esok esok sebab mama balik JB for a week.

Tapi best best. Bleh aku masak apa aku soka.... Amad Albab yang ponya... Hahahaha...

Hmm... Masak apa aaa...




-

Friday, June 15, 2007

Heh.. Ingat gak aku hukum hakam agama..

Expressed by Noorita Yusof at 1:07 PM 0 thoughs.. Links to this post
Ye. Inilah jawapan pada kemuyskilanku...

Petikan dari Metro 15 June 2007.

Tuntutan lakonan bukan alasan

KLANG: Tindakan pelakon filem Muallaf, Sharifah Amani Syed Zainal Rashid yang sanggup membotakkan kepala demi filem itu, tidak seharusnya dibanggakan.


Ini kerana, tindakan itu hukumnya haram di sisi Islam kerana menyamai lelaki dan pada masa sama, ia boleh memberi kesan buruk kepada wanita Islam.

Exco Hal Ehwal Agama dan Mesra Rakyat Selangor, Datuk Abdul Rahman Palil, berkata tindakan Sharifah Amani itu tidak wajar dilakukan kerana walaupun untuk memenuhi tuntutan lakonan, ia bertentangan dengan perlakuan wanita Islam sebenar.

“Semua tindakan yang tidak bersesuaian atau bertentangan dengan ajaran Islam tidak sepatutnya dibanggakan walaupun sekadar mahu memenuhi tuntutan watak dalam filem.

“Saya tidak layak dan tidak boleh menghukumnya, tetapi saya bimbang perlakuan ini akan menjadi ikutan wanita Islam lain,” katanya selepas merasmikan Majlis Tilawah Al-Quran Pendidikan Khas peringkat negeri di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Klang Utama, di sini, semalam.

Menurut Rahman, yang haram tetap haram dan perkara itu tidak boleh dikompromi atau bertolak ansur.

Dalam masa sama, beliau turut meminta pelakon lain berhati-hati selain sentiasa mengambil berat pelbagai faktor, terutama membabitkan agama bagi mengelakkan berlaku perkara tidak diingini.

“Jangan jadikan tuntutan lakonan atau apa saja sebagai alasan untuk melakukan sesuatu yang bertentangan dengan agama. Tidak kira artis atau sesiapapun, kita perlu tegas jika ia membabitkan hal agama,” katanya.

Kelmarin, Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyis Abdul Majid, dipetik berkata artis beragama Islam tidak sepatutnya membelakangkan hukum agama selain merendahkan diri sendiri dengan melakukan perkara bertentangan dengan agama semata-mata untuk popular.

Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Idris pula mengingatkan artis beragama Islam supaya tidak terpengaruh dengan artis Barat yang sanggup mengorbankan agama semata-mata mahu menjadi popular dan dikenali ramai.

Thursday, June 14, 2007

Sshhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!

Expressed by Noorita Yusof at 10:21 AM 1 thoughs.. Links to this post
Wa cakap lu..

Untuk menidurkan seorang bayi adalah sangat amat susah ok.

Apatah lagi ketika bayi itu sedang di dalam fasa ingin bermain setiap 24 jam.

Lagi apatah bayi itu baru pandai berjalan dan berlarian.

Makanya waktu tidur itu akan menjadi waktu yang teramat boring dan tidak mencabar minda bagi mereka.

Habis segala jadah lagu dodoi lagi britney spears mahupun ayat ayat Quran berlagu didendangkan bagi halwa telinga si bayi.

Untuk tidak berayat belit, untuk menidurkan bayi yang sedang aktif adalah sangat SUKAR sekali.



Jadinya aku seperti ingin mengisi peluru emas di dalam senapang patah dan menghala dengan tepat ke arah bunyi bunyian seperti di bawah ketika bayiku mulai lena.


** Lori "Tilam Tilam To Pong Tilam.. Tilam baru tukkar lama... Tilam Tilam..."

** Motosikal dengan lagu "Paddle Pop Yeah! Paddle Pop Yumm! Supper Dupper Yummy..."

** Motosikal dengan lagu "Mat Kool Mat Kool kawanku..."

** Lori "Surat khabar lama... Bateri Lama... Peng peng peng.. peng peng peng...."

** Anjing rumah sebelah Aunty Shikin yang akan menyalak secara sukarela secara tiba-tiba.

** Kereta Kia Spectra india depan rumah yang selalu setiap hari bunyi alarm. Dey.. Pakai kereta lembu boleh tak..?

** Mat rempit yang nak mati cepat bila mereka mempress minyak moto cam satu jajahan gombak boleh dengar kan.

** Bas sekolah yang memekak bising dengan mengehon (dah la hon tu cam suara kak engku) budak padahal budak tu dah tercongok dah depan pintu pagar. Hon wat apa wei!



Ha inilah dia antara anasir anasir yang bisa menggangu gugat keamanan jiwa aku dan mengocak keimanan aku setiap kali.

Ok Ok ada antara mereka yang mencari rezeki dan sebagainya dan kalo nak sunyi dudukla di atas puncak bukit, tapi aku tetap tak kira.

Aku tetap geram jugak dengan bunyi bunyi ini. Kenapa perlu masa my baby tidur baru nak lalu dan membising..?

Kenapa masa dia tengah bising bising bermain tak ada pulak bunyi bingit berkumandang..???

Ok ok.. sabar... dugaan ibu ibu semua ni... Wooshh.....

Wednesday, June 13, 2007

Are u sure..?

Expressed by Noorita Yusof at 1:51 PM 5 thoughs.. Links to this post
Hoh..

Syarifah Amani telah mencukuri kepalanya..? Atau dengan kata lainnya menjadi botak chin?

Eh aku tiba tiba rasa muskil..
Bukankah wanita Islam adalah haram membotakkan kepala?

Kecualilah atas sebab sebab kesihatan ataupun kemudaratan.
Aku tak berapa pasti, tapi sapa tau sila betulkan.

Pepehal cam sayangnya..
Untuk babak bertempoh 2 minit itu (mengikut kata di akhbar), sanggup menggondolkan diri..?

Ish.. Ish.. Ish...


Kisahnya aku nak kaitkan dengan diri aku plak.

Bukan kata aku pernah botak la sebelum ini.

Jauh sekali suka suki bercukur ke apa lainla cukur bulu ketiak tu kan..

Tapi ingat lagi masa aku darjah 3.

Actually aku dari kecik cam rambut ala ala panjang la jugak walaupun kalo hantar proposal jadik anak sedare pontianak tu adalah belum layak.

Takat melepasi bahu tu kira panjang aa gak kan.

Baik kata panjang. Sapa cakap tak panjang, aku cantas bulu keting korang!

So kaedahnya aku ni bukanlah rajin nak menyisir rambut setiap pagi sebelum ke sekolah sebab nama pon budak kecik kan.

Kejadah nak berdandan depan cermin pagi pagi tu.

So ma la yang bertungkus lumus menocang, mengikat, mengekor kuda dah pelbagai jenis ikatan la kat rambut aku setiap pagi.

Aku plak cam lantak la ma. Asalkan masa aku tengah menulis rambut tak masuk mata mahupun mulut sudah.

Nak jadi ceritera nya aku ni kan seperti sedia maklum adalah sangat aktif di sekolah. Time time darjah 3 dah masuk gimrama ke apa yg mana hanya aku je budak kecik yg join manakala yang lain seme adalah budak budak darjah 5 dan 6.

So cikgu yang bertanggungjawab mengheret aku ke lembah kesenian ni adalah Cikgu Sazali, cikgu muzik merangkap gak cikgu drama drama.

Disebabkan admirer dan berdecap kagum nya dengan bakat terpendam aku sebab kecik kecik dah cam terer kan berjogetan serta bermain drum, so aku ni jadik kesayangan dia la ezejeretnya..

Sikit sikit dia panggil aku jadik model main muzik kat depan kelas. Sikit sikit aku kena nyanyi nyanyi lagu ikut buku.

Ala lagu cam "Ada seorang budak, Namanya Ah Meng... Dia juga ada kawan, Namanya Muthu..."

Tak pon lagu "Berkelah di pantai yang indah.. Bermacam acara digubah.. Bermain la beramai ramai..."

Ha betapa berjuta kalinye aku kena nyanyi lagu lagu kanak kanak ni sampai dah tua bangka pun boleh ingat lagi.

Intisari cerita bukan ini isi dia.

Apa yang aku nak share adalah ada la sehari tu aku cam gatal kepala lutut la plak nak potong pendek rambut aku.

Ni seme abah la nye pasal. Gi salon sebab nak potong rambut ma. Sekali dia berkenan ngan gambo Puteri Diana kat dinding tu.

Yela. Rambut dia kan lawa kan. Sebab dia lawa kan. So abah nak aku potong camtu sebab dia kata budak² rambut pendek senang diurus..

Jadi aku selaku anak yang taat dan setia cam betul gak tu. Sian ma pagi pagi nak spend masa ikat rambut aku kan. Baik dia gi bermakeup ke kan. So alkisahnya rambut aku pon dipotong la pendek.....

So esok aku berwajah baru la ke sekolah..

Belum masuk waktu rehat aku dah kena panggil ngan Cikgu apa ntah ke bilik guru. I mean ke bilik guru ok??

Sesiapa yang dipanggil ke bilik guru mesti dikaitkan dengan ketakutan sebab cam keje sekolah tak siap ke.. Kena buat balik keje ke.. dan pelbagai igauan ngeri lagi.

So aku memang ketakutan ini gi la bilik guru sambil membaca ayat kursi. heh.
Skali ada 2-3 orang cikgu termasuk Cikgu Sazali tengah tunggu aku kat satu sudut tu. Wa cakap lu, Cikgu Sazali siap tongkat dagu ok.

Soalan pertama yg diajukan kepada aku adalah

"Bakpe awok gi kerat rambut nii..??! Bakpe kerat pendek sangat ni..??!"

Aku cam apehalla plak ko sebok ni. Apa kaitan rambut aku dengan profesion perguruan anda semua?

Aku still ingat sampai sekarang eh. Cikgu Sazali siap nak baling pemadam kat aku ok. Dengan muka mencuka. Aku lagi la bingung tengok perangai seko seko ni.

Rupanya mereka telah berangan untuk menjadikan 'Ratu' dalam hari sukan sekolah sekolah peringkat negeri.

Aku cam 'Ratu'?? Ratu cam ratu cantik ke apa?

Rupanya tukang pegang sepanduk sekolah je masa perbarisan. Hek eleh. Tak perlu la panggil ratu kan. Geli ketiak ayam.

So cikgu apentah tak ingat cakap, nanti dia nak dandan la rambut camgini camgitu nak sesuaikan dengan baju.

Kaedahnya kalo rambut kontot sangat tak ayu la kan. Takkan nak pakai wig. Drag queen ke apa plak.

So aku cam agak terkilan campur cam ala kenapa tak cakap siang siang cikgu cikgu ku..??

So derang mintak pendapat aku cari orang gantikan. Aku dengan tak pikir panjang suggest nama best pren aku iaitu namanya Farini Malinna atau aku panggil Efa je.

Dia ni pon comey gak la. Bulehla jadi ratu.

Aku pon jadikla standby je. Kot kot si Efa pengsan ke di hari kejadian.

Tapi yang aku geram tu. Boleh si Efa ni belagak ngan aku plak!
Siap tunjuk gambar masa hari kejohanan tu gambar make up tebal rambut bergulung tu la.. Cam bangga la dapat jadi 'Ratu' kan.

Eh nak je aku cakap. Heh. Ko adalah pilihan kedua selepas aku ok.
Kalo aku tak rekemen ko jangan harap la cikgu sedar akan kewujudan ko.

Cewah...

Tapi aku senyum je la kan. Sampai sekarang dia tak tau aku yg sebenarnya rekomen dia tu. Sampai skarang dia ingat dia dipilih dengan hebatnya oleh cikgu la tu..

Ahaha.. Cam industan la plak rasa. Hero heroin mana boleh cerita perkara baik dia buat kat orang kan. Chewah!







** Wah panjangnya entry ini. -

Tuesday, June 12, 2007

Cepat la hari Jumaat...

Expressed by Noorita Yusof at 11:26 AM 3 thoughs.. Links to this post
When he's not around..

- Wake up alone early in the morning.. Tiada sekujur tubuh yang perlu dikejutkan selepas aku selesai mandi..

- Lonely while driving to work. Listening to silly jokes in Panggilan Hangit slot but no person to laugh with..

- Like to tell about my last nite dream, but no one will listen..

- Park, walk and waiting for HP shuttle.. It's all quite and bored..

- No person untuk dikacau ketika boring berhadapan dengan keje yang melambak..

- No spirit and mood to quickly finish daily job just to go back sharp.

- Just forget about bermalasan di tempat duduk sebelah pemandu ketika kepenatan balik kerja because I need to drive by myself!

- No one to sharing the silly, funny or any story that happened in office.

- Alone menyinggah di gerai air tebu and just mengerling lesu di tepi gerai minum sebelah because he's not here to go minum minum with after work.

- Lying in bed alone sebelum mandi and nobody willingly picit my kaki or bahu or just mengada cakap letih tapi tak letih sangat pon..

- Having dinner in front of TV instead of joining my inlaws at the dining table because one of the chair is empty.

- Go to bed only with my daughter and nobody will helping me mendodoi the little angle sambil membaca ayat kursi dan doa doa sebelum tidur..






I MISS HIM VERY BADLYYYYYYYYYYY......................

Monday, June 11, 2007

Bersyukur kepada-Nya kerana...

Expressed by Noorita Yusof at 3:28 PM 2 thoughs.. Links to this post
** Looking outside, I can clearly see two Indon workers were hardly struggling pull off the rope to ensure that their position remain stable while washing up the huge glass windows.
While singing the dangdut songs, I think it will help them to fight the feeling of ngeri to fall down disebabkan oleh the hard and wooshy wind out there.

~ While I'm in here, with cold air, nice comfy chair, the MP3s.. All I need is just to move my fingers up and down, sometimes move the small shining mouse left and right to get my job settled.

--------------------------------------------------------------------------------------

** Looking from inside of the car, everyday I can see the already-dark-skin-apek lying on his old-like to-blow bike di tepi jalan wishing for any pancit bike tyre that he can help to change the tube off. I mean 60 mins per waiting just will get like RM3 per tube? Itupun kalo ada la..
Sometimes I guess when he become too bored, he will melambai tangan to all the drivers that turn the head over to him and sometimes helping the trafficman in swinging the hand just like the police did.


~ While I'm in the car, lazily lying beside hubby that struggling merempuh jam and stupid drivers all the way home. I mean, what do I need to hardly think after 6 pm? Just thinking of my little baby and the dishes rather than waiting for tayar pancit sampai malam??

--------------------------------------------------------------------------------------

** Looking at people who patiently waiting for the stupid-always-late bus coming, or waiting for tin sardine-lookalike-lrt, nothing that they can do. Just waiting and waiting.. and keep looking and looking at the watch...

~ While I am in my air-conditioning-owned car, no need to wait for any stupid-lazy-no-manners driver coming over to fetch me. I can just straight away drive to my office or home or oh I would like to berenti at 7-11 la kejap. To buy drinks..?!

--------------------------------------------------------------------------------------

** While all the surirumah back from kerja, rushing to kitchen preparing dishes for dinner, while the sisa kepenatan masih bersarang di kepala lutut. Don't ever dream to lying the bontot down on the comfy sofa, or take a nap or take a little laying down on the heavenly bed. What you need to to is to cook dear. Hubby and baby need to be feeded!

~ But I still can balik rumah then kiss kiss my dear little angle dulu, then can laying on carpet beleking paper or mags maybe. Or if I feel like too smelly I can just rush over to mandi manda..
While all the dished was already prepared by my in-law. I always like want to cook the dish who said I dowan, but she always like ala.. penat takpela.. mama dah masak pun.. Err.. what else to say..?
Alhamdulillah...

--------------------------------------------------------------------------------------

** I have received the mum-most-wonderful-dreaming-wish in only after 4 months after we get married. A year after, the little angle coming in our life.. And now heading for another..?

~ While there is a lot of couples out there still hoping for this..

--------------------------------------------------------------------------------------



What else can I complain..?

My life is just nice and perfect..

Syukur Alhamdulillah kepada-Nya..

Friday, June 8, 2007

Panggilan nasik minyak

Expressed by Noorita Yusof at 2:05 PM 3 thoughs.. Links to this post
Tadi baru lepas tepon umah.
Biasa la aku hari Jumaat je mesti tepon umah.

My mum kan tak keje ari ni. So saja tepon kot kot boleh tau ma masak apa ari ni.
Ataupun abah kait kelapa muda tak.

Hmm.. Boleh gak brangan brangan tumpang telan air liur...

So tadi call ma tengah sibuk baru lepas menggaul nasi minyak kawin anak orang sebelah.

Itulah orang kampung.

Sembelih lembu, sama sama lapah, then sama sama masak.

Ingat gi masa aku kecik kecik dulu.

Seawal umo 5 tahun aku dah kena ikut ma gi umah orang kawin sehari before majlis kawin.

Ini adalah kerana kami harus menolong tuan rumah melunaskan pekerjaan pekerjaan seperti memotong bawang, mengupas timun, mengerat carrot, memotong kacang panjang, mengelar nenas dan pelbagai kaedah gadis gadis di dapuran that need to attend.

Dah abis kisah, esok pepagi buta kena datang lagi untuk membantu upacara masak masak, menumis dan merasa rasa lauk mahupun mencilok ayam goreng yg selesai digoreng sebelum dihumban pula di dalam kuah untuk dijadikan masak merah.

Best ok walaupun penat. Sebab dapat makan nasik minyak sebaik sahaja nasik telah masak ditanak dan lauk gulai masih berasap di dalam kawah.

Tapi sayugia diingatkan bahawa perkara ini hanya dipraktik jika yang kawen tu jiran tetangga terdekat mahupun sedara mara yang maha rapat.

Orang jauh jauh tu tak usah la.. Tak perlu la rajin sangat.

Tapi tu dulu dulu la.

Ketika Tok Nab ngan Toki ku masih ada di alam fana ini.

Skang ni mostly kat mana mana orang kawen tak perlu dah nak mewujudkan suasana muafakat membawa berkat ni.

Tepon je katering ha datang siap la juadah sekali ngan orang tukang basuh pinggan lagi.

Tak perlu susah payah buat buat lari mahupun buat buat sibuk nak kemas gelas lepas kenduri semata mata nak mengelak dari tugas mari membasahkan baju kenduri dengan membasuh pinggan mangkuk itu.

Pulak tu sekarang mostly kat kenduri kawen mesti kasik orang makan nasik beriani.. ala.. kata makan nasik minyak.. apsal nasik beriani pulak... tak ori aa ini macam...

Rasanya dalam sploh tempat kenduri, 2 je nasik minyak. Sangatlah macam kenapa tak buat nasik minyak makcik?

Kat kampung aku dulu ada jugak yang ingin mencipta kelainan dengan menyediakan jamuan nasik putih sahaja instead of nasik berminyak sapi ini.

Sangatla manusia merakus seperti berebut nasik kat kedai makanan pukul 1 tengahari kerana sangatlah nikmat dapat memakan nasik putih dengan lauk seperti masak lemak nangka, ikan keli goreng, paru berlada, terung masak kari, ulam ulam, sambal belacan, telur masin dan sebagainya. Sangat la sampai kiamat akan ingat kenduri kat rumah ni kasik juadah yang sangat seperti menyesal aku tak bawak tupperware!

Dan sekarang setiap kali attend kenduri kendara kat kl aku mesti cam ok.. makan sebab lapar ok.. sudah jemu lagi cam adoila masa ceduk dalca, ayam masak merah, jeruk buah dan kadang kadang rojak itu. Sudahnya balik nanti mesti singgah kedai arshad beli char kuey tiow.

Nak nak kalo wedding kat hotel mahupun dewan perdana ke dewan merak ke. Lagi la sangat apakah lauk ini.... Memang la hebat dengan udang harimau masak lemak tak pun ikan siakap masak stim gitu kan. Tapi perlu ke nak cover dengan tiba tiba alegik kat udang sebab karang korek isik ngan garpu kang ada udang melayang pulak!

So gi kenduri kat kampung aku baru baru ni, aku cam seolah sangat tidak malu menambah nasik di tempat kenduri orang sebab dah lama tak bersua dengan gulai daging lembu kawah, ayam masak merah taruk kacang hijau, acar timun + nenas, sambal belacan dan ikan kering. Juga air sirap merah yang tulen itu rather than air mango la, air ribena la dan pelbagai air meraban yang lain.

So kaedahnya, jangan la tak jemput plak aku gi kenduri korang lepas ni. Aku tak kisah la makan apa pon actually. Demanding je biasa aa manusia. Kalo boleh nak ayam kfc takpon bihun sup taruk telor ke ngan air carrot susu ye tak kawan kawan. Tapi Aiman tak kisah..
Orang hidang sandwich pon makan je kite...

Wednesday, June 6, 2007

Wee Wei Wei

Expressed by Noorita Yusof at 10:56 AM 0 thoughs.. Links to this post
This morning I received call from my dear brother.

Which is currently in Seremban. Represent Terengganu in MSSM olaharaga event di dalam acara 4x200m.

And bravo to him to bring the shining gold medal back home.

A big hand to Terengganu team kerana telah berada di tempat ke-3 keseluruhan after Sarawak and Sabah. Ala diaorang menang ni sebab makan sup sirip penyu.. tak pun keting biawak panggang. heh.


Hmm... Jatuh ke arena runner plak adik aku ni.

Ingat plak aku dulu-dulu.

Dulu aku kat sekolah suka gak lari lari ni.

Ini adalah kerana abahku dulu suka mengajak aku berlawan berlari di tepi pantai mahupun di track jogging.

Ya, aku kalah la. Abah dulu memang runner kat sekolah. Pulak aku kan kanak kanak perempuan. Mesti la kurang (kurang eh, bukan tidak) menang.

So hasilnya kat skolah kuat la blari.

I just cant forget masa aku darjah 4 dulu. Di hari sukan sekolah yang mana aku wakil rumah kuning.

Satu sekolah memang dah tau kehandalan aku dalam 100 meter ni (blagak ok). So medal 100 meter tak yah nak mimpi la ekekeke.

tapi ada la sorang budak cina ni. wakil umah merah. (ok umah merah memang suka blagak sebab salu menang). dia ni baru masuk sekolah aku dalam sbulan aa.. sangat famous budak ini secara tiba tiba kerana sgt lincah dah comel pula. nama dia mmg aku ingat sampai tahun 2020 la.. Wee Wei Wei.

So dia masuk gak 100m ni. then bila pom pistol meletup then seperti biasa aku la yg mencecah riben merah kat garisan penamat tu.

eh eh wa cakap lu. Si Wei Wei ni tak puas hati ok.

Gamaknya dia tak pernah mengalami kekalahan sepanjang career dia kot. dengan pantasnya dia trus pegi memeluk mamanya yg semangat waja sorak dia dekat garisan penamat tu sambil menangis hebat.

HAHAHHAHAA...

Baru ko tau jangan nak blagak kat tempat baru. Otai sini jgn ko buat main...

So lepas pada kejadian itu dia agak bengkek la ngan aku. Pulak geng geng aku ni jahat. Dema ni dok gelar budak ni "Wee Wei Wei.. Taik kuei kuei.." boley..?

Gitula berlangsungnya permusuhan dingin kami ngan dia. Siap kena pulau seme minah ni. Sian plak.

Tibalah satu ketika tu di mana cikgu carik budak utk masuk persembahan gimrama sempena apa ntah tak ingat.

Aku masuk, skali kuei kuei ni masuk jugak.. Ok la fine.. aku tak ingat la kaedah dingin cemane kitaorang amalkan sepanjang latihan tu. hinggalah tiba hari persembahan.

Mak aku telah makeupkan aku dengan hebat beserta bulu ayam kuning di selit di kedua dua tocang ku. Dan kuei kuei jugak tocang dua cam aku just bulu ayam dia kaler merah.

Buat julung kalinya aku ngan dia sama² tergelak sebab cam klaka la plak. Dah la kitaorang nye position sebelah² di line depan sekali.

Then masa perform tu kitaorang pakai topi tau. Masa masuk² padang kena berlari-lari gitu. Masa tengah lari lari ni boleh topi aku tercabut. Maka terserlah aku dengan tocang kuning ni aku sorang je. di kala seme budak² lain bertopi putih.

Masa tengah lari setempat carik position tu aku sibuk mintak orang blakang aku pas pas message soh amik topi aku. Sempat ok. Sapa nak layan aku. Dengan tangan pegang kayu menda ntah.

Tengah aku sibuk-sibuk suruh orang belakang cari topi si Kuei Kuei ni cakap "Eh tak payahla cari topi. Biar je."

Aku cakap la aku malu sebab aku sorang je kan pelik. Skali Kuei Kuei kata "Ok Ok. Saya pun buang topi ok. Kita berdua je nampak kepala ok?"

Then trus dia campak topi dia kemana ntah. So aku ngan dia je tak bertopi, sorang balung ayam kuning, sorang balung merah, dan posisi di line depan tengah tengah. Memang kitaorang nampak macam leaders of the team.

Sudahnya performance kitaorang marveles gile dengan perencah tambahan aku ngan Wei Wei.
Aku memang terharu gila dengan apa dia buat tu. Balik umah aku sebak sebab aku rasa tiba-tiba sayang sangat kat dia. Wee Wei Wei adalah baik wei!

Lepas pada kejadian tu aku ngan Wei Wei jadik rapat. Makan sama, tunggu parents masa balik sama. Apa apa even kat sekolah seme kitorang masuk. Koir, Gimrama, Sports, Tarian, Syair, Kuiz, Drama, nasyid je dia tak boleh masuk. Kalo ustazah bagi memang dah lama dia join.

So masa darjah 5 dia tukar sekolah lagi. Aku memang sedih gila serius. For me, she's the best Chinese fren I've ever had. If you do read this, please contact me coz I really miss you beb..

Tuesday, June 5, 2007

Jangan kench bleh tak

Expressed by Noorita Yusof at 3:01 PM 1 thoughs.. Links to this post
Tatau la apesal orang harus berlidah berbelit untuk hidup di muka bumi ini..


Smalam kat pasar malam..

-------------------------------------------------------------------------------------
Saya : Makcik, tudung cam kaler ni ada tak?
-Sambil mempointing ke arah bunga kecik di bajuku.

Tukang jual tudung 1:
Ada satu je ni ha.
- Tarik tudung dari tempat sangkut.

Saya : (Hmm.. corak tak lawa ok) Brapa ni makcik?

Tukang jual tudung 1: Yang tu RM20.

Saya: Dua ploh hengget? Mak ai! Apsal yang ni sploh?
- Sambil tunjuk kat tudung berlipat di bawah yang saling tak tumpah seperti tudung bergantungan itu.

Saya: Apa beza tudung ni ngan tudung ni?

Tukang jual tudung 1: Tudung ni kain lain sket.
- Kain tersebut adalah sama sahaja ok. Bukan satu sutera satu batik jawa.

Saya: ...........

Tukang jual tudung 1: Kaler ni susah nak dapat dik. Memang kadang² je.

Saya: Nanti saya datang balik.

-------------------------------------------------------------------------------------

Saya: Kak, tudung kaler camni ada?
- Pointing again.

Tukang jual tudung 2: Takde dik. Memang ramai dah orang cari.

Saya: Ni brapa inggit ni?
- Sambil menarik the exactly colour wanted tudung dari lipatan.

Tukang jual tudung 2:
RM10.

-------------------------------------------------------------------------------------

Tukang jual toy/brg plastik: Ha mari mari beli beskal.

Saya: Brapa ni uncle?
- Tuding kat kid's toy car.

Tukang jual toy/brg plastik: Ampat puluh engget. Itu sudah diskaun.

Saya: Huh! Apa ke mahalnya?

Tukang jual toy/brg plastik: Ini barang baik ni. Ada telefon lagi.

Saya: Telefon nanti lusa dah tercabut.

Tukang jual toy/brg plastik: Tercabut nanti pasang balik. Stereng dia boleh pusing punya.

Saya: Stereng ni cam nak patah je.

Tukang jual toy/brg plastik: Haiya.. Mana ada patah. Ini keras punya.
- sambil menekan stereng tersebut yang mana bergoyang² macam seolah olah mari la tunjal aku lagi kasik patah dua...

Saya: Brapa kasik ni uncle? Saya nak RM25

Tukang jual toy/brg plastik:
Haiya mana boleh.. Tadi I jual kat orang tu RM30.. Itu sudah diskaun.
- Hoh! Tadi ko cakap RM40 after diskaun! (Sila rujuk di atas). Nak kencing kuning la ni..

Saya: Takde. Plastic lembik ni kat kedai RM20 je tau..

Tukang jual toy/brg plastik: RM28.50 la amoi..

Saya: Stengah tu nak beli kangkung ke?

Tukang jual toy/brg plastik: he.....

Saya: Nak amik RM28.
- Lagi aku argue ngan apek ni lagi terencat aku.

-------------------------------------------------------------------------------------

Saya: Nasi kerabu satu.
- Julung kali aku makan nasik kerabu.

Saya: Brapa?

The penjual: Tigo stengoh.

Saya: - telah mengeluarkan not RM10. Tetapi dihalang oleh hubby dengan menyuruh tukar duit not RM50 dia.

The penjual: Oh takdok tukar.
- Dan dan la takde tukar kan. Duit bersembor kat kotak tu apa. Ni malas kalo dah tgk kita pegang duit kecik nih!

-------------------------------------------------------------------------------------

So ini baru a few situasi di satu tempat yang mana bergulungnya lidah manusia di alam fana ini. Kalo nak tulih keadaan dlam sehari memang la macam pyan habib kan.
catatan gelagat manusia..


Cuba jangan menipu yang mana akan terkantoi dua saat lepas tu. Pro pro la sikit kot ye pon.. Mualla.....

Monday, June 4, 2007

Back to Land of Heaven....

Expressed by Noorita Yusof at 3:42 PM 3 thoughs.. Links to this post
Last Friday me and my family sudah pulang ke kampung halaman saya yang tercinta iaitu Kampung Bukit Besar, Kuala Terengganu, poskod 21100.

Kami bertolak dari rumah dengan penuh semangatnya pada jam 4.30 pagi subuh subuh buta setelah mandi pada jam 3.30 pagi di kala embun jantan baharu hendak bertelur.

Perjalanan yang hebat itu telah kami susuli dengan nyanyian lagu balik kampung dan lagu dangdut dangdut singkong dan keju dalam usaha mengalihkan pikiran orang gaji aku daripada mabuk pening kepada perasaan ceria.

Perjalanan kali ini sangat tidak smooth lagi tersangkut sangkut macam orang menyanyi sambil batuk kering kerana kami telah berkonvoi bersama sama ibu dan bapa mertuaku juga.

Jika pulang ke kampung sebelum ini, kami yang muda mudi ini (muda lagi la kan) hanya berhenti sebanyak dua kali sahaja iaitu sekali untuk semayang subuh dan skali lagi untuk pembuangan air/pepejal yang berlebihan.
Namun setelah berangkai bersama warga emas akan terjadilah peristiwa brenti kencing, brenti kentut, brenti basuh muka, brenti makan pagi, brenti makan tengahari dan pelbagai kaedah perberhentian lagi.

Namun tidak kisah hendaknya. Kerana perjalanan berkonvoi ini amatlah menyeronokkan. Lagipun laksa penang air tangan ibuku tidak akan lari dikejar.

Sebaik tiba di muka tangga rumahku syurgaku, aku dengan tidak melengahkan masa terus menyambar pinggan, eh tangan orang tua ku serta adik kesayanganku dan selepas itu lantas mencedok laksa penang yang telah aku order cam 2 minggu lepas dari ibuku.

Setelah melahap dengan penuh cam tak makan seminggu, barulah bleh rilek² sambil bercerita mengenai ayam kampung yang makin gemuk mahupun kelapa muda yang sedang dikeruk isinya.

Seterusnya aktivitiku di sini adalah penuh dengan makan kenduri, makan tghari lauk ma yang berakena ragam dan juga keropok lekor, nasi dagang dan sebagainya lagi.

Tak lupa juga kudap kudapan seperti bihun goreng ma, jejemput pisang ma, nasik goreng ma, sambal udang ma, kerapu goreng ma, dan lain lain.

Apa yang dapat aku rumuskan adalah aku TIDAK SEMPAT untuk berasa lapar di sini kerana perut sentiasa penuh dan mulut ada ada sahaja ingin mengunyah itu ini.

Tapi aku frust satu menda.

Nasi Putih + Ikan aya singgang + Budu + Cili padi + bawang merah mayang + Ulam raja = makanan seperti di syurga.

Tak sempat ingin makan menu wallah ini kerana takkan nak hidangkan orang KL yang datang ni ngan lauk sebegini?

Satu hari nanti akan aku usahakan untuk melahap menu ini pula!


IETA BOLEH!!!!





p/s: Peringatan- Post ini sangat tiada arah tujuan dan perkara yang harus diambil pengajaran. Hanya menonjolkan sifat pelahap dan nafsu makan yang menggila dariku semata mata. Harap maklum.
 

You know what.... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal