Monday, June 4, 2007

Back to Land of Heaven....

Expressed by Noorita Yusof at 3:42 PM
Last Friday me and my family sudah pulang ke kampung halaman saya yang tercinta iaitu Kampung Bukit Besar, Kuala Terengganu, poskod 21100.

Kami bertolak dari rumah dengan penuh semangatnya pada jam 4.30 pagi subuh subuh buta setelah mandi pada jam 3.30 pagi di kala embun jantan baharu hendak bertelur.

Perjalanan yang hebat itu telah kami susuli dengan nyanyian lagu balik kampung dan lagu dangdut dangdut singkong dan keju dalam usaha mengalihkan pikiran orang gaji aku daripada mabuk pening kepada perasaan ceria.

Perjalanan kali ini sangat tidak smooth lagi tersangkut sangkut macam orang menyanyi sambil batuk kering kerana kami telah berkonvoi bersama sama ibu dan bapa mertuaku juga.

Jika pulang ke kampung sebelum ini, kami yang muda mudi ini (muda lagi la kan) hanya berhenti sebanyak dua kali sahaja iaitu sekali untuk semayang subuh dan skali lagi untuk pembuangan air/pepejal yang berlebihan.
Namun setelah berangkai bersama warga emas akan terjadilah peristiwa brenti kencing, brenti kentut, brenti basuh muka, brenti makan pagi, brenti makan tengahari dan pelbagai kaedah perberhentian lagi.

Namun tidak kisah hendaknya. Kerana perjalanan berkonvoi ini amatlah menyeronokkan. Lagipun laksa penang air tangan ibuku tidak akan lari dikejar.

Sebaik tiba di muka tangga rumahku syurgaku, aku dengan tidak melengahkan masa terus menyambar pinggan, eh tangan orang tua ku serta adik kesayanganku dan selepas itu lantas mencedok laksa penang yang telah aku order cam 2 minggu lepas dari ibuku.

Setelah melahap dengan penuh cam tak makan seminggu, barulah bleh rilek² sambil bercerita mengenai ayam kampung yang makin gemuk mahupun kelapa muda yang sedang dikeruk isinya.

Seterusnya aktivitiku di sini adalah penuh dengan makan kenduri, makan tghari lauk ma yang berakena ragam dan juga keropok lekor, nasi dagang dan sebagainya lagi.

Tak lupa juga kudap kudapan seperti bihun goreng ma, jejemput pisang ma, nasik goreng ma, sambal udang ma, kerapu goreng ma, dan lain lain.

Apa yang dapat aku rumuskan adalah aku TIDAK SEMPAT untuk berasa lapar di sini kerana perut sentiasa penuh dan mulut ada ada sahaja ingin mengunyah itu ini.

Tapi aku frust satu menda.

Nasi Putih + Ikan aya singgang + Budu + Cili padi + bawang merah mayang + Ulam raja = makanan seperti di syurga.

Tak sempat ingin makan menu wallah ini kerana takkan nak hidangkan orang KL yang datang ni ngan lauk sebegini?

Satu hari nanti akan aku usahakan untuk melahap menu ini pula!


IETA BOLEH!!!!





p/s: Peringatan- Post ini sangat tiada arah tujuan dan perkara yang harus diambil pengajaran. Hanya menonjolkan sifat pelahap dan nafsu makan yang menggila dariku semata mata. Harap maklum.

3 thoughs.. on "Back to Land of Heaven...."

Anonymous said...

amboi ietaaaa.... standard la balik kg wajib la mkn ibarat tak cukup mulut hehe...saya pong sama :) -jieha-

Anonymous said...

emm..agaknya perempuan2 terengganu ni mmg kuat makang ye..sama mcm tunang aku..bila tanya.."apsal makan lg?kan td baru je makan?"..dia leh jawab.."boring tak tau nak wat ape"..ada ke patut?

elevenapples on June 6, 2007 at 10:54:00 AM GMT+8 said...

ahahah..

Jieha- memang jieha.. kalo bleh time tido pon aku nak melantak.

anonymous- Yeke.. haha nasib la tu.. tapi orang ganu kuruh kuruh. makan banyok pon keding situ gak..
hihi..

 

You know what.... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal