Monday, June 18, 2007

Dok tau tajuk apa hok sesuai. Ayuh makan kot.

Expressed by Noorita Yusof at 1:47 PM
Gosh!

Really miss my lil baby now!

Last weekend kitaorang adalah tidak kemana mana kerana ingin menebus masa dengan menyepend dengan sepenuhnya pada Sofiya.

Satunya sebab papa dia baru sahaja pulang dari outstationnya yang panjang itu.

So di samping baby, harus melayan karenah bini pula. heh. <-- apa tujuan maklumat ni pon tak tau.

So untuk meraikan akan suamiku pulang, aku decided nak masak kaw kaw punya.
Yang sebenarnya yang tukang masak tu memang adalah tekak puaka.

So lagi, Saturday punya menu adalah:
- Ayam masak merah cili hidup pedas meleleh hingus
- Udang galah goreng butter ditaburi cili padi melata
- Kobis goreng with oyster sauce nyam nyam
- Telur dadar pelengkap selera
- Drinks~ Fresh mango juice.

And Sunday's:
- Masak lemak cili padi ikan keli
- Terung goreng berlado pedas menikam
- Goreng tempe berkicap bercili padian
- Ikan kembung berjintanketumbar goreng
- Drinks~ Orange juice


Oh tidak dapat disertakan gambar sebagai perisa tambahan kerana sewaktu memasak adalah tidak ingat pada kemera dan waktu lauk terhidang juga apatah lagi. Hanya menunggu detik dihabisin sahaja.

Sejurus selepas kejadian, disusuli dengan adegan menonton tv secara beramai ramai yang mana diakhiri dengan babak bertiduran dengan ditonton oleh tv.

Memandangkan habis idea ku kerah untuk memasak dengan penuh Chef Wan-nya dua hari lepas, jadinya hari ini sudah tiada idea.

Perlu la masak hari ni dan esok esok sebab mama balik JB for a week.

Tapi best best. Bleh aku masak apa aku soka.... Amad Albab yang ponya... Hahahaha...

Hmm... Masak apa aaa...




-

2 thoughs.. on "Dok tau tajuk apa hok sesuai. Ayuh makan kot."

Mak Su on June 18, 2007 at 2:48:00 PM GMT+8 said...

wah... sedapnyer baca menu... teruja plaks nak masak

elevenapples on June 18, 2007 at 3:42:00 PM GMT+8 said...

hehe.. kalo masak disusuli dengan nafsu makan menggunung tinggi memang la hasilnya beraneka lauk hehe...

 

You know what.... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal