Tuesday, June 5, 2007

Jangan kench bleh tak

Expressed by Noorita Yusof at 3:01 PM
Tatau la apesal orang harus berlidah berbelit untuk hidup di muka bumi ini..


Smalam kat pasar malam..

-------------------------------------------------------------------------------------
Saya : Makcik, tudung cam kaler ni ada tak?
-Sambil mempointing ke arah bunga kecik di bajuku.

Tukang jual tudung 1:
Ada satu je ni ha.
- Tarik tudung dari tempat sangkut.

Saya : (Hmm.. corak tak lawa ok) Brapa ni makcik?

Tukang jual tudung 1: Yang tu RM20.

Saya: Dua ploh hengget? Mak ai! Apsal yang ni sploh?
- Sambil tunjuk kat tudung berlipat di bawah yang saling tak tumpah seperti tudung bergantungan itu.

Saya: Apa beza tudung ni ngan tudung ni?

Tukang jual tudung 1: Tudung ni kain lain sket.
- Kain tersebut adalah sama sahaja ok. Bukan satu sutera satu batik jawa.

Saya: ...........

Tukang jual tudung 1: Kaler ni susah nak dapat dik. Memang kadang² je.

Saya: Nanti saya datang balik.

-------------------------------------------------------------------------------------

Saya: Kak, tudung kaler camni ada?
- Pointing again.

Tukang jual tudung 2: Takde dik. Memang ramai dah orang cari.

Saya: Ni brapa inggit ni?
- Sambil menarik the exactly colour wanted tudung dari lipatan.

Tukang jual tudung 2:
RM10.

-------------------------------------------------------------------------------------

Tukang jual toy/brg plastik: Ha mari mari beli beskal.

Saya: Brapa ni uncle?
- Tuding kat kid's toy car.

Tukang jual toy/brg plastik: Ampat puluh engget. Itu sudah diskaun.

Saya: Huh! Apa ke mahalnya?

Tukang jual toy/brg plastik: Ini barang baik ni. Ada telefon lagi.

Saya: Telefon nanti lusa dah tercabut.

Tukang jual toy/brg plastik: Tercabut nanti pasang balik. Stereng dia boleh pusing punya.

Saya: Stereng ni cam nak patah je.

Tukang jual toy/brg plastik: Haiya.. Mana ada patah. Ini keras punya.
- sambil menekan stereng tersebut yang mana bergoyang² macam seolah olah mari la tunjal aku lagi kasik patah dua...

Saya: Brapa kasik ni uncle? Saya nak RM25

Tukang jual toy/brg plastik:
Haiya mana boleh.. Tadi I jual kat orang tu RM30.. Itu sudah diskaun.
- Hoh! Tadi ko cakap RM40 after diskaun! (Sila rujuk di atas). Nak kencing kuning la ni..

Saya: Takde. Plastic lembik ni kat kedai RM20 je tau..

Tukang jual toy/brg plastik: RM28.50 la amoi..

Saya: Stengah tu nak beli kangkung ke?

Tukang jual toy/brg plastik: he.....

Saya: Nak amik RM28.
- Lagi aku argue ngan apek ni lagi terencat aku.

-------------------------------------------------------------------------------------

Saya: Nasi kerabu satu.
- Julung kali aku makan nasik kerabu.

Saya: Brapa?

The penjual: Tigo stengoh.

Saya: - telah mengeluarkan not RM10. Tetapi dihalang oleh hubby dengan menyuruh tukar duit not RM50 dia.

The penjual: Oh takdok tukar.
- Dan dan la takde tukar kan. Duit bersembor kat kotak tu apa. Ni malas kalo dah tgk kita pegang duit kecik nih!

-------------------------------------------------------------------------------------

So ini baru a few situasi di satu tempat yang mana bergulungnya lidah manusia di alam fana ini. Kalo nak tulih keadaan dlam sehari memang la macam pyan habib kan.
catatan gelagat manusia..


Cuba jangan menipu yang mana akan terkantoi dua saat lepas tu. Pro pro la sikit kot ye pon.. Mualla.....

1 thoughs.. on "Jangan kench bleh tak"

Yours Truly ... XOXO on June 6, 2007 at 11:02:00 AM GMT+8 said...

LOL!! tensen tensen masuk ofis pepagi bute nih tergelak jugak i bace entry u nih... ;P

 

You know what.... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal