Friday, June 8, 2007

Panggilan nasik minyak

Expressed by Noorita Yusof at 2:05 PM
Tadi baru lepas tepon umah.
Biasa la aku hari Jumaat je mesti tepon umah.

My mum kan tak keje ari ni. So saja tepon kot kot boleh tau ma masak apa ari ni.
Ataupun abah kait kelapa muda tak.

Hmm.. Boleh gak brangan brangan tumpang telan air liur...

So tadi call ma tengah sibuk baru lepas menggaul nasi minyak kawin anak orang sebelah.

Itulah orang kampung.

Sembelih lembu, sama sama lapah, then sama sama masak.

Ingat gi masa aku kecik kecik dulu.

Seawal umo 5 tahun aku dah kena ikut ma gi umah orang kawin sehari before majlis kawin.

Ini adalah kerana kami harus menolong tuan rumah melunaskan pekerjaan pekerjaan seperti memotong bawang, mengupas timun, mengerat carrot, memotong kacang panjang, mengelar nenas dan pelbagai kaedah gadis gadis di dapuran that need to attend.

Dah abis kisah, esok pepagi buta kena datang lagi untuk membantu upacara masak masak, menumis dan merasa rasa lauk mahupun mencilok ayam goreng yg selesai digoreng sebelum dihumban pula di dalam kuah untuk dijadikan masak merah.

Best ok walaupun penat. Sebab dapat makan nasik minyak sebaik sahaja nasik telah masak ditanak dan lauk gulai masih berasap di dalam kawah.

Tapi sayugia diingatkan bahawa perkara ini hanya dipraktik jika yang kawen tu jiran tetangga terdekat mahupun sedara mara yang maha rapat.

Orang jauh jauh tu tak usah la.. Tak perlu la rajin sangat.

Tapi tu dulu dulu la.

Ketika Tok Nab ngan Toki ku masih ada di alam fana ini.

Skang ni mostly kat mana mana orang kawen tak perlu dah nak mewujudkan suasana muafakat membawa berkat ni.

Tepon je katering ha datang siap la juadah sekali ngan orang tukang basuh pinggan lagi.

Tak perlu susah payah buat buat lari mahupun buat buat sibuk nak kemas gelas lepas kenduri semata mata nak mengelak dari tugas mari membasahkan baju kenduri dengan membasuh pinggan mangkuk itu.

Pulak tu sekarang mostly kat kenduri kawen mesti kasik orang makan nasik beriani.. ala.. kata makan nasik minyak.. apsal nasik beriani pulak... tak ori aa ini macam...

Rasanya dalam sploh tempat kenduri, 2 je nasik minyak. Sangatlah macam kenapa tak buat nasik minyak makcik?

Kat kampung aku dulu ada jugak yang ingin mencipta kelainan dengan menyediakan jamuan nasik putih sahaja instead of nasik berminyak sapi ini.

Sangatla manusia merakus seperti berebut nasik kat kedai makanan pukul 1 tengahari kerana sangatlah nikmat dapat memakan nasik putih dengan lauk seperti masak lemak nangka, ikan keli goreng, paru berlada, terung masak kari, ulam ulam, sambal belacan, telur masin dan sebagainya. Sangat la sampai kiamat akan ingat kenduri kat rumah ni kasik juadah yang sangat seperti menyesal aku tak bawak tupperware!

Dan sekarang setiap kali attend kenduri kendara kat kl aku mesti cam ok.. makan sebab lapar ok.. sudah jemu lagi cam adoila masa ceduk dalca, ayam masak merah, jeruk buah dan kadang kadang rojak itu. Sudahnya balik nanti mesti singgah kedai arshad beli char kuey tiow.

Nak nak kalo wedding kat hotel mahupun dewan perdana ke dewan merak ke. Lagi la sangat apakah lauk ini.... Memang la hebat dengan udang harimau masak lemak tak pun ikan siakap masak stim gitu kan. Tapi perlu ke nak cover dengan tiba tiba alegik kat udang sebab karang korek isik ngan garpu kang ada udang melayang pulak!

So gi kenduri kat kampung aku baru baru ni, aku cam seolah sangat tidak malu menambah nasik di tempat kenduri orang sebab dah lama tak bersua dengan gulai daging lembu kawah, ayam masak merah taruk kacang hijau, acar timun + nenas, sambal belacan dan ikan kering. Juga air sirap merah yang tulen itu rather than air mango la, air ribena la dan pelbagai air meraban yang lain.

So kaedahnya, jangan la tak jemput plak aku gi kenduri korang lepas ni. Aku tak kisah la makan apa pon actually. Demanding je biasa aa manusia. Kalo boleh nak ayam kfc takpon bihun sup taruk telor ke ngan air carrot susu ye tak kawan kawan. Tapi Aiman tak kisah..
Orang hidang sandwich pon makan je kite...

3 thoughs.. on "Panggilan nasik minyak"

Anonymous said...

bestnye... teringat ingat zaman kenduri dulu dulu.. betulla.. skang ni kenduri dah ke arah meraban dah..

Anonymous said...

minggu lps aku gi kenduri spupu aku..lauk gulai lemak nangka, ayam goreng garing, rendang daging tuk yg sgtla lembut..fuh..syok oo..

elevenapples on June 11, 2007 at 3:22:00 PM GMT+8 said...

wah bestnye.. itu la juadah yang dicari cari.. baru ada ummpph!

 

You know what.... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal