Wednesday, June 6, 2007

Wee Wei Wei

Expressed by Noorita Yusof at 10:56 AM
This morning I received call from my dear brother.

Which is currently in Seremban. Represent Terengganu in MSSM olaharaga event di dalam acara 4x200m.

And bravo to him to bring the shining gold medal back home.

A big hand to Terengganu team kerana telah berada di tempat ke-3 keseluruhan after Sarawak and Sabah. Ala diaorang menang ni sebab makan sup sirip penyu.. tak pun keting biawak panggang. heh.


Hmm... Jatuh ke arena runner plak adik aku ni.

Ingat plak aku dulu-dulu.

Dulu aku kat sekolah suka gak lari lari ni.

Ini adalah kerana abahku dulu suka mengajak aku berlawan berlari di tepi pantai mahupun di track jogging.

Ya, aku kalah la. Abah dulu memang runner kat sekolah. Pulak aku kan kanak kanak perempuan. Mesti la kurang (kurang eh, bukan tidak) menang.

So hasilnya kat skolah kuat la blari.

I just cant forget masa aku darjah 4 dulu. Di hari sukan sekolah yang mana aku wakil rumah kuning.

Satu sekolah memang dah tau kehandalan aku dalam 100 meter ni (blagak ok). So medal 100 meter tak yah nak mimpi la ekekeke.

tapi ada la sorang budak cina ni. wakil umah merah. (ok umah merah memang suka blagak sebab salu menang). dia ni baru masuk sekolah aku dalam sbulan aa.. sangat famous budak ini secara tiba tiba kerana sgt lincah dah comel pula. nama dia mmg aku ingat sampai tahun 2020 la.. Wee Wei Wei.

So dia masuk gak 100m ni. then bila pom pistol meletup then seperti biasa aku la yg mencecah riben merah kat garisan penamat tu.

eh eh wa cakap lu. Si Wei Wei ni tak puas hati ok.

Gamaknya dia tak pernah mengalami kekalahan sepanjang career dia kot. dengan pantasnya dia trus pegi memeluk mamanya yg semangat waja sorak dia dekat garisan penamat tu sambil menangis hebat.

HAHAHHAHAA...

Baru ko tau jangan nak blagak kat tempat baru. Otai sini jgn ko buat main...

So lepas pada kejadian itu dia agak bengkek la ngan aku. Pulak geng geng aku ni jahat. Dema ni dok gelar budak ni "Wee Wei Wei.. Taik kuei kuei.." boley..?

Gitula berlangsungnya permusuhan dingin kami ngan dia. Siap kena pulau seme minah ni. Sian plak.

Tibalah satu ketika tu di mana cikgu carik budak utk masuk persembahan gimrama sempena apa ntah tak ingat.

Aku masuk, skali kuei kuei ni masuk jugak.. Ok la fine.. aku tak ingat la kaedah dingin cemane kitaorang amalkan sepanjang latihan tu. hinggalah tiba hari persembahan.

Mak aku telah makeupkan aku dengan hebat beserta bulu ayam kuning di selit di kedua dua tocang ku. Dan kuei kuei jugak tocang dua cam aku just bulu ayam dia kaler merah.

Buat julung kalinya aku ngan dia sama² tergelak sebab cam klaka la plak. Dah la kitaorang nye position sebelah² di line depan sekali.

Then masa perform tu kitaorang pakai topi tau. Masa masuk² padang kena berlari-lari gitu. Masa tengah lari lari ni boleh topi aku tercabut. Maka terserlah aku dengan tocang kuning ni aku sorang je. di kala seme budak² lain bertopi putih.

Masa tengah lari setempat carik position tu aku sibuk mintak orang blakang aku pas pas message soh amik topi aku. Sempat ok. Sapa nak layan aku. Dengan tangan pegang kayu menda ntah.

Tengah aku sibuk-sibuk suruh orang belakang cari topi si Kuei Kuei ni cakap "Eh tak payahla cari topi. Biar je."

Aku cakap la aku malu sebab aku sorang je kan pelik. Skali Kuei Kuei kata "Ok Ok. Saya pun buang topi ok. Kita berdua je nampak kepala ok?"

Then trus dia campak topi dia kemana ntah. So aku ngan dia je tak bertopi, sorang balung ayam kuning, sorang balung merah, dan posisi di line depan tengah tengah. Memang kitaorang nampak macam leaders of the team.

Sudahnya performance kitaorang marveles gile dengan perencah tambahan aku ngan Wei Wei.
Aku memang terharu gila dengan apa dia buat tu. Balik umah aku sebak sebab aku rasa tiba-tiba sayang sangat kat dia. Wee Wei Wei adalah baik wei!

Lepas pada kejadian tu aku ngan Wei Wei jadik rapat. Makan sama, tunggu parents masa balik sama. Apa apa even kat sekolah seme kitorang masuk. Koir, Gimrama, Sports, Tarian, Syair, Kuiz, Drama, nasyid je dia tak boleh masuk. Kalo ustazah bagi memang dah lama dia join.

So masa darjah 5 dia tukar sekolah lagi. Aku memang sedih gila serius. For me, she's the best Chinese fren I've ever had. If you do read this, please contact me coz I really miss you beb..

0 thoughs.. on "Wee Wei Wei"

 

You know what.... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal