Friday, July 27, 2007

Re-union la kot..

Expressed by Noorita Yusof at 2:02 PM 1 thoughs.. Links to this post
Oh amatlah basi cerita ini.

Oleh kerana minggu ini aku menyamar perdana menteri serta bizi tahap naga jadi lambatla nak mengutarakan kisah gembira ini.

Last Sunday (adalah sangat terkebelakang sekali cerita ini) aku telah mengorganizekan satu janjitemu dengan 2 sahabat baikku di waktu bujang trang tang tang dahulu.

Hubby adalah out station dan dengan keizinannya dapatlah aku menyepend masa itu dengan menjadi muda remaja kembali (adalah perasan muda walhal sudah agak bangka).

Tapi sekalung kemaafan buat liana sebab aku telah berjanji melayu dengannya. Terlambat selama sejam stengah itu adalah akibat daripada drebar hubbyku yang kelembapan serta mengorek hidung gamaknya di dalam perjalanan.

Dan tidak kusangka bahawa the sibukest girl in the world iaitu Ira juga dapat menghadirkan diri di dalam acara ini. Thanks ira!

So acara perjumpaan ini disusuli ala dengan slot wajib iaitu MAKAN.

Ira adalah seperti biasa makan seperti sepertiga daripada piring cawan, liana juga telah mengurangkan sukatan, tatapi aku tetap seperti dulu. Pinggan adalah perlu penuh dibukiti dengan pelbagai aneka ragam.

Adalah terasa masa berlalu begitu pantas kerana masing masing harus bergegas ke arah tujuan lain pula. Dan aku juga mulai merindui my little girl yang ditinggal sepi di rumah.

Well guys, it's the best moment I had since we haven't meet for like a years! I mean spend time together like this. Patut kita tengok muvi kan. Well maybe next time.

Really miss u guys and all the kenangan terindah di 17th dulu.


- From Left: Ira, yours truly and Liana -

Well done, my big girl!

Expressed by Noorita Yusof at 1:57 PM 1 thoughs.. Links to this post

My first effort...

Wednesday, July 18, 2007

Pls be a good girl, baby.

Expressed by Noorita Yusof at 4:01 PM 4 thoughs.. Links to this post
Last nite went to GMC for final checkup of mine.

What I wanna bebel here is not about the checkup matter but the attitude of the budak budak yang bergentayangan di sini.

Okla. Biasa la mak bapak nenek atuk yang datang klinik ni akan mem-bring along-kan anak cucu sekelian.

Tapi haruslah dengan pengawasan dan pemantauan secara berkala oleh mereka di ketika melepaskan anak anak bermain girang di kawasan sekitar.

Selaku kanak kanak yang belum akhir baligh tu memang la tak tau menahu apa apa dan juga tidak kuasa hendak menyopan santunkan diri ketika bermain.

Menjadi tugasan sang mak bapak la untuk jaga dan kawal perlakuan budak budak sekelian tu.

Tapi yang aku geramkan smalam, adalah segerombolan cik kiah ni datang klinik.

Hinggakan semua terwonder wonder siapakah gerangan pesakit kerana kelihatan sihat walafiat belaka.

Kemudian nampakla seorang wanita memangku bayi dan ketahuilah oleh kami bahawa bayi itu bakalan di injek dan nyata sekali dialah pesakitnya.

Yang menjadi kemusykilan agama tu apa kejadah nye mak bapak (bukan sepasang mak bapak, dua pasang okay) dan juga anak anak disertai oleh nenek jua datang memeriahkan majlis ni.

Ok la. Bukan ada limit harusla mengunjungi klinik ini dengan suami, anak serta orang gaji sahaja, namun kalo dah bawak satu bas tu datang tu reti reti la nak jaga pe'el.

Seawal mereka meng-entering pintu sudah kami tahu dari mana asal usul mereka ini melalui loghat hebat yang dipersembahkan. Tak perlu la mention sini karang kata bias ke pulak.

Yang buat orang ramai terasa seperti SHADAAAPPPPP! adalah berkenaan anak lelaki nya yg aku rasa cam umur tiga pat tahun gitu aa..

Perangai astaga raga aspalela abdullah chik la amatnyaaa......

Hinggakan aku rasa budak ni baru kluar hutan lipur ke baru balik sarkas nih!
(Nauzubillah.. Jauhilah anak anakku dari perlakuan dont do at home seperti ini).

Dari permainan kuda plastic yg seharusnya ditunggang seperti naik kuda itu, telah menjadi seperti monyet menunggang motor pula.
(sayugia dimentionkan bahawasanya di klinik ini ada disediakan 2-3 buah mainan utk budak budak berperangai normal main. bukan berperangai nomad).

Boley digasaknya kuda itu hingga melantun ke pintu, menerjah pintu bilik doktor, menggelecek segala kaki manusia yang ada dan yang paling hebat suria perkasa hitam adalah percubaan memanjat papan gelongsor dengan kuda yang tersebut itu!!

Very the syabas bete...

Dan mak bapak budak tu tengah buat apa time tu?

Mengangkang kat kerusi sambil berborak macam la klinik tu umah atok sedara dia!

Anak yarrabal alamin dia tu sangatlah seperti dah takde ayat aku nak mention. Kalo tak kerana appointment, memang dah lama aku berambus.

Fine. Perangai budak budak memang la seperti itu.

Ada yang nakal, ada yang separa nakal, ada yang ala ala nakal dan ada yang very the pelesit seperti ini.

Namun mak bapak tu tolong tolong la jaga anak boley..??

Buat anak reti, jaga nak suruh tukang jaga kaunter tu tengokkan ke?

Kalo nak suruh aku cubit memang dah lama biru peha budak bertuah tu.

Sampai la satu tahap di mana mencabar tahap keimanan adalah mutiara aku.

Ketika Sofiya my baby dengan penuh kemesraannya nak menjoin budak tuutttttt tu utk bermain kuda kuda.
(Eh memang biasa dia datang dia main kuda ni share share ngan budak lain. Ok je. Budak ni je cam tut tutt.. sikit. Geram dah aku nih).

Dengan penuh gayanya dia menolak anak aku hingga jatuh terduduk!!

KO INGAT APA...!!!!!!!!??????

Aku cuit dia pon tak pernah. Ko tolak dia pulak..????????????

Ko nak aku pulas leher ko ke nak aku patahkan tangan ko yang berani sentuh anak aku tu ha..????????
(Aku tengah marah gile ni).

Mak dia yang dok mengangkang dari tadi tu baru la terhegeh hegeh mengeluarkan ayat standard takut kena lempang ngan laki aku kan "eh 'nama-kejadah-apa-ntah-budak-nakal-ni', nape budak camtu kat adikk..? dia nak main jugak.. kalo tolak camtu lagi mama (**)!!"

** merujuk kepada tangan yang diangkat kunun kunun nak babap la.. patut ko tumbuk je anak ko tu. memang deserved!

Hubby aku time tu dan telinga merah dah. takut je aku diangkatnya budak tu pahtu buat smackdown kat lantai. (kalo ye pun, aku memang suka).

Namun dia mengatasi perasaan itu dengan membawa my baby keluar gi jalan jalan sementara tunggu aku jumpa doktor.


Moral of this emo story is..

- memang la tabii budak budak memang nakal. tak nakal bendul pulak. tapi boleh berpada tak. tak perlu la jadi b***k sarkas kan.

- anak memang la nakal. bukan salah dia (ayat surat khabar). tapi mak bapak tu apa ke tujuanny.. jaga la anak tu wei. lentur la dari awal. apa nak dia jadi samseng sarip dol ke..?

- ok la orang lain ada jugak anak. tapi takde la seperti aku sampai orang takleh cuit. eh ko suka ke anak ko kena blasah ngan budak lain..? berasa gembira eh..?

- lenkali nak gi spital ke, klinik ke, gi melabur kat jamban ke, di samping bawak seluruh sanak saudara bawak la sekali jiran sebelah dan juga tukang mesin rumput rumah tu kay. baru meriah sket.



cukup.

aku kalo ingat balik secara slow motion ketika anak aku jatuh tu memang hangin. kalo aku jumpa budak tu lagi kat mana mana memang aku piat je telinga.
(sangat emo pabila mengenang kembali). heh.

Friday, July 13, 2007

I am just not the right person to talk about cheating..

Expressed by Noorita Yusof at 2:31 PM 2 thoughs.. Links to this post
Conversation kosong lagi..


She : Kita skang pening la.. Kita rasa cam tak happy dah skang..

Me : Y? Apsal?

She : Kita la.. Asyik gaduh je ngan tunang kita. Sket sket gaduh.. Ada je menda tak kena.

Me : Ala alam tunang camtu la.. Darah tengah manis.

She : Mmm.. Ieta, kita skang tengah admire someone la.

Me : Sapa lak?

She : Ada la.. ehe..

Me : ....

She : Tapi dia tak tau kita dah tunang. Ye la.. Kalo dia tau nanti dia tanak kawan ngan kita pulak.

Me : Kenapa pulak. Takkan dah tunang, kawin, takde orang nak kawan?

She :
Takdela... Hmm.. Dia salu ajak kita kuar. Kita cam nak je cakap "nak" "nak". Tapi cam tak baik pulak rasa.

Me : Kalo tak ready, apsal tunang cepatnye?

She : Ntahla.. Maybe sebab kenal dah lama gila kan. Ntahla..

Me : (Whateva..)Kalo tak suka, putus je. Dah kawin sok takkan nak buat camni.

She : Ek...?





Aku cakap benarla.

Kalo teringin rasa diri rentung terbakar, cubala bermain dengan api.

Kalo rasa tamak haloba mencengkam jiwa, buat buat la pinjam buku anak sedara dan baca bab Anjing dan Bayang Bayang.

Kalo tak paham, pegi baca buku Anjing Dungu Tak Pegi Sekolah.

Ceh. Emo plak.

Sapa tak emo bila ada wanita sendiri takut mendedahkan status diri risau tak laku dah..?

Nak tunggu laku tak payah nak kena available.

Kalo memang dah marveles spectacular mind blowing, perut membuncit sambil dukung anak pon orang peewiit jugak.

Aku marah la kalo suka bagi orang harapan, lepas tu lepaskan bodoy gitu je.

Eh tak takut orang tu sumpah ko nanti jadik siamang ke..?

Tak pon nanti sumpah anak cucu cicit ko tak laku melepek takde orang nak..?

Emo lagi.

I need chocolate now!

Thursday, July 12, 2007

Birthday Alert berdering lagi..

Expressed by Noorita Yusof at 3:36 PM 5 thoughs.. Links to this post
Esok adalah birthday mama yang ke err adalah kurang pasti plak ke berapa. 50 samting kot. Takdela cam Tok Pah yang balik balik mengaku umo 36 pada setiap hari jadinya.

Aku mula la seperti tahun tahun sebelumnya cam agak agak mati akal serta mati kutu kucing (sebab aku takde kutu) jugak mengenangkan akan pemberian yang harus disampaikan nanti.

Memang la dia tak menrequest sebarang hadiah seperti diperlakukan oleh Ismet Ulam Raja (betul ke ni, ke orang kaya saudagar penipu. balun je lah.) dalam pilem Ahmad Albab tu.
cam tak perlu la intan permata apatah lagi buat buat poyo kasik garam gula ajinomoto bagai tu.

Just aku nak jugak la kasik sepatah dua benda buat kenang kenangan kan. nanti dok dok saja tgk barang tu ingat.. gak kat menantu dia yg hina dina ni..
(Sebarang objek berbentuk makanan adalah dikecualikan kerana adalah tidak boleh disimpan hingga berkulat hanya utk mengenangkan aku bila menatapnya. Apatah lagi jika makanan tersebut sudah bertukar rupa di dalam mangkuk jamban.)

adui.. pening la..

Teringat lak zaman bujang bujangan dulu. My mum's birthday is somewhere on august. (tengok, dok ingat tarikh. aiyo).

So on august memang aku kat kampung punya sebab maser itu adalah cuti semester. Cuti semester bermaksud tinggal di rumah di kampung nan menghijau di samping membuncitkan perut dengan penuh kegigihan.

So memang best ah ma sebab aku ada ni memang sah sah birthday dia akan disambut secara hebatnya.

Tell you, my abah is the most romantic hubby in the world. Kalo gi mana mana kepala dia mesti nak ingat beli itu ini utk wifey dia.

Gi pasar, "eh ma nok dok buah limau aa.." Gi kedai, "eh ma ada pesan beli pencuci muka dok?" Hatta gi beli paper pon, "eh ma nok dok majalah ni aa?"

Tu belum bab dia gi outstation. Toksah ceritalah.

So kaitannya dengan kejadian ini adalah memang la tetiap tahun dia akan arrange kan surprise party kat ma aku. Dah tetiap tahun dah tak suprise nye bah..

Jadi aku selaku anak yang penyayang ni berganding bahu la ngan abah buat persiapan di kala ma masih di opis. Oh dulu dia selalu cuti ok di hari jadi ma. sangat berkorban apa saja! skang takyah cuti cuti dah sebab dia dah memencenkan diri.

Jadi setat je antar ma balik gi opis lepas balik lunch, kitaorang pon gi beli kek, dan terus menghias rumah dengan hebat syabas bete nye. Pezen dah lama dah beli. Biasanya aku tak share ngan abah sebab dia ada taste dia dalam menghadiahkan sesuatu utk isteri kesayangannya. cukup la aku katakan dia penah kasik baju tido jarang cam penapis tu, cermin muka berlace lawa nak mampus, handbag, dll.. tak perlu la jom heboh sangat kan.

Aku plak sebagai student lagi time tu, dan duek pon pinjam PTPTipu, mampu la beli cam tudung ke, brooch ke dan hadiah hadiah suam suam kuku yang lain la.

So bila amik ma balik keje petang tu, aku ngan Aid (my only brother) konon konon tak ikut la sebab malas kan. (cheh, macam la mak aku dungu sangat tak tau kan).

so dia menjengah pintu je kita konon tabur la kertas kaler kaler ke, ataupun tabur beras kunyit ke ataupun lebih pedajal lagi sembur air kat dia ekekeke... sambil menjerit SUPRISEEEE!!!

Then seperti tahun tahun sebelumnya jugak dia akan peluk kami dengan erat dan mengkiss manja abah dan terus menjalankn upacara meniup lilin dan memotong kek.
Disudahi upacara makan makan kek yang tak termakan sangat tu.

Agenda penting adalah di malam hari di mana abah akan belanja satu family makan besar dan best best gitu. Sayanggg aboh!

Tapi bila time abah cian la plak sebab dia birthday blan July dan aku biasanya tak balik. Hanya kiriman hadiah dah kad pengganti diri.. Hopefully abah pon hepi di harijadi kay bah.

Dan skang dah lama tak buat suprise suprise party sebab dah kawen branak pinak kan. balik sesekali je.. cam ala sedih la plak. tinggal derang 3 ketul je kat umah. birthday pon cam sambut gi makan makan je..

So, berbalik kepada tujuan asal. apa nak kasik nih kat mama? takkan kasik baju tido jugak. kang ada dia buat bungkus pulut kuning takpon tapis santan.

Ha aku tau..

Bak kata orang, DOA adalah hadiah yang terbaik kan..

Poyor la pulak..

Tuesday, July 10, 2007

Do I need to memanjakan diri di Spa or what..

Expressed by Noorita Yusof at 4:25 PM 8 thoughs.. Links to this post
Well.. Lamanya tak meng-update blog.

Story ada.

But due to some reason, I am not able to jot down any single word here.

Just to inform for those yang dah tau, or ada rasa macam tau, mahupun agak agak tau tu,

It is already gone..

Correct or not aaa I'm using the word 'It'. Coz still dunno whether he or she.

Whateva.

Kalo seperti kurang pemahaman dengan apa aku tulis ni, abaikan je.

Tak penting pun.

Penting lagi untuk merencana nak makan apa malam ni.

Makan lagi..


Just to tanya lah pada anyone yang agak agak hebat di dalam dunia ke-petua-orang tua-an ni kan, please let me know on how to make your face like fresh and not like orang-sakit-hempedu-lookalike.

Sejak dua menjak ni aku salu ditegur oleh rakan rakan seangkatan yang mukaku adalah seperti ayam berak kapur yakni kepucatan yang ketara seperti berlaku pertumpahan darah.

My mum pon men-suggest telan telur every morning utk kasik itu muka sugar bugar.

Tak leh jadi nih ini macam! Aku mana penah muka muka tak bermaya nih!

Dulu salu gak la tempek muka ngan tomato lenyek. Tapi skang kurang masa la plak nak buat keje keje penuh beauty from the east seperti ini.

Mampu tempek muka ngan mask mahupun menyental ngan scrub 3 hari skali pon tak alhamdulillah syukur nikmat malaysia maju rakyat selamat.

So selain menempek muka dengan tomatok segar itu apa lagi yang boleh dicuba try test ah..?

Tanak aa bergantung harap semata mata pada gincu, blusher je.. tak natural lah itu maciam.


Any idea..???
 

You know what.... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal