Thursday, July 12, 2007

Birthday Alert berdering lagi..

Expressed by Noorita Yusof at 3:36 PM
Esok adalah birthday mama yang ke err adalah kurang pasti plak ke berapa. 50 samting kot. Takdela cam Tok Pah yang balik balik mengaku umo 36 pada setiap hari jadinya.

Aku mula la seperti tahun tahun sebelumnya cam agak agak mati akal serta mati kutu kucing (sebab aku takde kutu) jugak mengenangkan akan pemberian yang harus disampaikan nanti.

Memang la dia tak menrequest sebarang hadiah seperti diperlakukan oleh Ismet Ulam Raja (betul ke ni, ke orang kaya saudagar penipu. balun je lah.) dalam pilem Ahmad Albab tu.
cam tak perlu la intan permata apatah lagi buat buat poyo kasik garam gula ajinomoto bagai tu.

Just aku nak jugak la kasik sepatah dua benda buat kenang kenangan kan. nanti dok dok saja tgk barang tu ingat.. gak kat menantu dia yg hina dina ni..
(Sebarang objek berbentuk makanan adalah dikecualikan kerana adalah tidak boleh disimpan hingga berkulat hanya utk mengenangkan aku bila menatapnya. Apatah lagi jika makanan tersebut sudah bertukar rupa di dalam mangkuk jamban.)

adui.. pening la..

Teringat lak zaman bujang bujangan dulu. My mum's birthday is somewhere on august. (tengok, dok ingat tarikh. aiyo).

So on august memang aku kat kampung punya sebab maser itu adalah cuti semester. Cuti semester bermaksud tinggal di rumah di kampung nan menghijau di samping membuncitkan perut dengan penuh kegigihan.

So memang best ah ma sebab aku ada ni memang sah sah birthday dia akan disambut secara hebatnya.

Tell you, my abah is the most romantic hubby in the world. Kalo gi mana mana kepala dia mesti nak ingat beli itu ini utk wifey dia.

Gi pasar, "eh ma nok dok buah limau aa.." Gi kedai, "eh ma ada pesan beli pencuci muka dok?" Hatta gi beli paper pon, "eh ma nok dok majalah ni aa?"

Tu belum bab dia gi outstation. Toksah ceritalah.

So kaitannya dengan kejadian ini adalah memang la tetiap tahun dia akan arrange kan surprise party kat ma aku. Dah tetiap tahun dah tak suprise nye bah..

Jadi aku selaku anak yang penyayang ni berganding bahu la ngan abah buat persiapan di kala ma masih di opis. Oh dulu dia selalu cuti ok di hari jadi ma. sangat berkorban apa saja! skang takyah cuti cuti dah sebab dia dah memencenkan diri.

Jadi setat je antar ma balik gi opis lepas balik lunch, kitaorang pon gi beli kek, dan terus menghias rumah dengan hebat syabas bete nye. Pezen dah lama dah beli. Biasanya aku tak share ngan abah sebab dia ada taste dia dalam menghadiahkan sesuatu utk isteri kesayangannya. cukup la aku katakan dia penah kasik baju tido jarang cam penapis tu, cermin muka berlace lawa nak mampus, handbag, dll.. tak perlu la jom heboh sangat kan.

Aku plak sebagai student lagi time tu, dan duek pon pinjam PTPTipu, mampu la beli cam tudung ke, brooch ke dan hadiah hadiah suam suam kuku yang lain la.

So bila amik ma balik keje petang tu, aku ngan Aid (my only brother) konon konon tak ikut la sebab malas kan. (cheh, macam la mak aku dungu sangat tak tau kan).

so dia menjengah pintu je kita konon tabur la kertas kaler kaler ke, ataupun tabur beras kunyit ke ataupun lebih pedajal lagi sembur air kat dia ekekeke... sambil menjerit SUPRISEEEE!!!

Then seperti tahun tahun sebelumnya jugak dia akan peluk kami dengan erat dan mengkiss manja abah dan terus menjalankn upacara meniup lilin dan memotong kek.
Disudahi upacara makan makan kek yang tak termakan sangat tu.

Agenda penting adalah di malam hari di mana abah akan belanja satu family makan besar dan best best gitu. Sayanggg aboh!

Tapi bila time abah cian la plak sebab dia birthday blan July dan aku biasanya tak balik. Hanya kiriman hadiah dah kad pengganti diri.. Hopefully abah pon hepi di harijadi kay bah.

Dan skang dah lama tak buat suprise suprise party sebab dah kawen branak pinak kan. balik sesekali je.. cam ala sedih la plak. tinggal derang 3 ketul je kat umah. birthday pon cam sambut gi makan makan je..

So, berbalik kepada tujuan asal. apa nak kasik nih kat mama? takkan kasik baju tido jugak. kang ada dia buat bungkus pulut kuning takpon tapis santan.

Ha aku tau..

Bak kata orang, DOA adalah hadiah yang terbaik kan..

Poyor la pulak..

5 thoughs.. on "Birthday Alert berdering lagi.."

syidee said...

err..saddiq segaraga->saudagar penipu...filem->tiga abdul...hehe jgn marah...

Anonymous said...

err..hadiahkan kacip fatimah ke?hehe

elevenapples on July 13, 2007 at 2:18:00 PM GMT+8 said...

syidee : a'ah la.. kompius dah nama. hehe.. ingat ulam raja je sebab ada kaitan ngan makanan. ahaha..

anonymous : kacip fatimah..? err ubat melambatkan menopause ada..? hikhik

Mak Su on July 13, 2007 at 2:58:00 PM GMT+8 said...

masak kan ler apa2 yg spesel utk dia

elevenapples on July 13, 2007 at 3:10:00 PM GMT+8 said...

mak su : cadangnya gitu.. tapi hari ni dia takde. seminggu lak tu. takpelah, nway good idea. nanti dia balik bleh masak spesel. *wink* *wink*

 

You know what.... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal