Wednesday, July 18, 2007

Pls be a good girl, baby.

Expressed by Noorita Yusof at 4:01 PM
Last nite went to GMC for final checkup of mine.

What I wanna bebel here is not about the checkup matter but the attitude of the budak budak yang bergentayangan di sini.

Okla. Biasa la mak bapak nenek atuk yang datang klinik ni akan mem-bring along-kan anak cucu sekelian.

Tapi haruslah dengan pengawasan dan pemantauan secara berkala oleh mereka di ketika melepaskan anak anak bermain girang di kawasan sekitar.

Selaku kanak kanak yang belum akhir baligh tu memang la tak tau menahu apa apa dan juga tidak kuasa hendak menyopan santunkan diri ketika bermain.

Menjadi tugasan sang mak bapak la untuk jaga dan kawal perlakuan budak budak sekelian tu.

Tapi yang aku geramkan smalam, adalah segerombolan cik kiah ni datang klinik.

Hinggakan semua terwonder wonder siapakah gerangan pesakit kerana kelihatan sihat walafiat belaka.

Kemudian nampakla seorang wanita memangku bayi dan ketahuilah oleh kami bahawa bayi itu bakalan di injek dan nyata sekali dialah pesakitnya.

Yang menjadi kemusykilan agama tu apa kejadah nye mak bapak (bukan sepasang mak bapak, dua pasang okay) dan juga anak anak disertai oleh nenek jua datang memeriahkan majlis ni.

Ok la. Bukan ada limit harusla mengunjungi klinik ini dengan suami, anak serta orang gaji sahaja, namun kalo dah bawak satu bas tu datang tu reti reti la nak jaga pe'el.

Seawal mereka meng-entering pintu sudah kami tahu dari mana asal usul mereka ini melalui loghat hebat yang dipersembahkan. Tak perlu la mention sini karang kata bias ke pulak.

Yang buat orang ramai terasa seperti SHADAAAPPPPP! adalah berkenaan anak lelaki nya yg aku rasa cam umur tiga pat tahun gitu aa..

Perangai astaga raga aspalela abdullah chik la amatnyaaa......

Hinggakan aku rasa budak ni baru kluar hutan lipur ke baru balik sarkas nih!
(Nauzubillah.. Jauhilah anak anakku dari perlakuan dont do at home seperti ini).

Dari permainan kuda plastic yg seharusnya ditunggang seperti naik kuda itu, telah menjadi seperti monyet menunggang motor pula.
(sayugia dimentionkan bahawasanya di klinik ini ada disediakan 2-3 buah mainan utk budak budak berperangai normal main. bukan berperangai nomad).

Boley digasaknya kuda itu hingga melantun ke pintu, menerjah pintu bilik doktor, menggelecek segala kaki manusia yang ada dan yang paling hebat suria perkasa hitam adalah percubaan memanjat papan gelongsor dengan kuda yang tersebut itu!!

Very the syabas bete...

Dan mak bapak budak tu tengah buat apa time tu?

Mengangkang kat kerusi sambil berborak macam la klinik tu umah atok sedara dia!

Anak yarrabal alamin dia tu sangatlah seperti dah takde ayat aku nak mention. Kalo tak kerana appointment, memang dah lama aku berambus.

Fine. Perangai budak budak memang la seperti itu.

Ada yang nakal, ada yang separa nakal, ada yang ala ala nakal dan ada yang very the pelesit seperti ini.

Namun mak bapak tu tolong tolong la jaga anak boley..??

Buat anak reti, jaga nak suruh tukang jaga kaunter tu tengokkan ke?

Kalo nak suruh aku cubit memang dah lama biru peha budak bertuah tu.

Sampai la satu tahap di mana mencabar tahap keimanan adalah mutiara aku.

Ketika Sofiya my baby dengan penuh kemesraannya nak menjoin budak tuutttttt tu utk bermain kuda kuda.
(Eh memang biasa dia datang dia main kuda ni share share ngan budak lain. Ok je. Budak ni je cam tut tutt.. sikit. Geram dah aku nih).

Dengan penuh gayanya dia menolak anak aku hingga jatuh terduduk!!

KO INGAT APA...!!!!!!!!??????

Aku cuit dia pon tak pernah. Ko tolak dia pulak..????????????

Ko nak aku pulas leher ko ke nak aku patahkan tangan ko yang berani sentuh anak aku tu ha..????????
(Aku tengah marah gile ni).

Mak dia yang dok mengangkang dari tadi tu baru la terhegeh hegeh mengeluarkan ayat standard takut kena lempang ngan laki aku kan "eh 'nama-kejadah-apa-ntah-budak-nakal-ni', nape budak camtu kat adikk..? dia nak main jugak.. kalo tolak camtu lagi mama (**)!!"

** merujuk kepada tangan yang diangkat kunun kunun nak babap la.. patut ko tumbuk je anak ko tu. memang deserved!

Hubby aku time tu dan telinga merah dah. takut je aku diangkatnya budak tu pahtu buat smackdown kat lantai. (kalo ye pun, aku memang suka).

Namun dia mengatasi perasaan itu dengan membawa my baby keluar gi jalan jalan sementara tunggu aku jumpa doktor.


Moral of this emo story is..

- memang la tabii budak budak memang nakal. tak nakal bendul pulak. tapi boleh berpada tak. tak perlu la jadi b***k sarkas kan.

- anak memang la nakal. bukan salah dia (ayat surat khabar). tapi mak bapak tu apa ke tujuanny.. jaga la anak tu wei. lentur la dari awal. apa nak dia jadi samseng sarip dol ke..?

- ok la orang lain ada jugak anak. tapi takde la seperti aku sampai orang takleh cuit. eh ko suka ke anak ko kena blasah ngan budak lain..? berasa gembira eh..?

- lenkali nak gi spital ke, klinik ke, gi melabur kat jamban ke, di samping bawak seluruh sanak saudara bawak la sekali jiran sebelah dan juga tukang mesin rumput rumah tu kay. baru meriah sket.



cukup.

aku kalo ingat balik secara slow motion ketika anak aku jatuh tu memang hangin. kalo aku jumpa budak tu lagi kat mana mana memang aku piat je telinga.
(sangat emo pabila mengenang kembali). heh.

4 thoughs.. on "Pls be a good girl, baby."

Anonymous said...

huh. budak nakal. kalo aku dah lama dah pulas peha dia tanpa dilihat oleh ibu bapanya itu. biar kasik dia jerit sedas. muahahaha...

Anonymous said...

memang...aku pun geram bebudak perangai hantu mcm tu...nasib baik u all kuat iman...kalu x kes naya laa...eh, btw, u ckp u yg kena check up...apasal tu?...sakit ke pregnant lagi?... :)

Anonymous said...

lastik kan aje budak kecik tu..ngan nenek die skali..sbb nenek die dulu tak ajar mak/bapak die camna nak ajar anak duk diam..err klu moyang die masih idup..mintak alamat..lastik kan jugak..sbb nenek kpada ayah budak tu tak ajar nenek kepada budak kecik tu camna nak ajar duk diam..hehe

elevenapples on July 19, 2007 at 4:24:00 PM GMT+8 said...

Anonymous 1: ee kalo tak kerana mak rempit dia dok sebelah, lama dah biru dua belah peha.

Anonymous 2: memang sabar je time tu. genggam penumbuk je.. (cheh, cam farouk gagak hitam lak). nway gi checkup neither sebab sakit nor pegnen. tapi miscarriage. cedih..

Anonymous 3: memang tok nenek dia harus disekeh oleh moyang dia dan moyang dia harus disula oleh tok nyet dia dan tok nyet dia harus harus harus..

 

You know what.... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal