Thursday, August 23, 2007

Tidakk!!!!!!!!

Expressed by Noorita Yusof at 3:14 PM 0 thoughs.. Links to this post
Semalam adalah tidak dapat mengupdate blog kerana jatuh pada hari ketar tangan serta lutut sedunia.

Aku rasa smalam memang hari sialan dan kesuweyan karna banyak sekali kejadian tidak diingini lagi meranapkan kegembiraan terjadi.

Dimulai di pagi hari ada terjadi sedikit persengketaan kechil aku dengan hubby. Sebab musabab adalah sangat bodoh sekali di mana aku merajuk kerana dia lupa untuk menyinggah di gerai nasik lemak kegemaran ok (walhal aku pon skali lupa). Sangat mencari pasal di ketika pertengahan Jalan Kuching adalah meroyan nak patah balik. Adalah sangat dekat lagi lapang kan Jalan Kuching itu.

Setelah berlakunya penarikan dan pemasaman muka selama 10 minit, wajah adalah kembali cheria kerana di radio berputarnya lagu kegemaran disusuli lawak lawak bodoh yang tidak berkesudahan oleh DJ² yang sorang botak lagi hitam dan sorang lagi berpeha besar itu.

Dan lagi kejadian dasyat sedasyat disaster terjadi pada waktu tengahari di mana ketika aku memandu dengan tabah ke tengah bandaraya kl yang terkenal dengan 'kelapangan' dan 'keselesaan' di ketika waktu lunch hour itu kan. Harus ke sana karna ada hal untuk diusai dan tiada pilihan selain meredah sahaja.

Klu klu kejadian tidak diingini telah dipaparkan seawal aku di depan Dataran Merdeka kerana secara tiba tiba tersalah jalan menuju ke pudu walhal destinasi adalah ke Jln Sultan Ismail. Adalah sangat 'tidak' hari-hari kan lalu jalan itu sewaktu kerja berhampiran KLCC dahulu.

Bila tersalah haluan itu hati sudah berdetik eh, kenapakah amat pelik sekali kerana berlaku perkara yang julung julung kalinya ini. Namun pemanduan diteruskan jua.

Tiba di Jalan Sultan Ismail aku boleh terlajakkan diri ke Kampung Baru pula. Amat apa kejadah secara tiba tiba terpaksa membuat u-turn.

Hati mulai tidak tenteram bagaikan ada sesuatu ketidak-best-an akan berlaku. Dan walllahh!

Akhirnya persoalan terungkai jua. Tepat di depan Menara Standard Chatered adalah seekor kereta yang secara zass!! harus membrek mengejut hinggakan aku yg tidak berapa laju ini mebrek emergency sehingga ingin terkeluar isi perut dan akhirnya...

Kcehs..!! Pranggg!!!!!

Adalah seolah cium cium manja sahaja kereta aku pada kereta itu namun itu sudah mampu membuatkan lampunya itu berderaian ke bumi.

Aku seperti cam Erkkk.... Apakah yang terjadi ini..?? Bolehkan aku Ctrl+Z dan terus pulang ke ofis sebaik sesat ke arah pudu tadi?

Dan begitulah kisahnya, maka melayanglah duit untuk membayarin dia dan harus berpikir bilakah harus ku betulkan bumper depan yg agak cacat ini.

Adalah sangat tin milo kereta mesia ini (tidak mengutuk, cuma mengata. eheh).
Ciuman bulu kucing sudah memecah dan membelahkan, apatah lagi jika ciuman secara paksarela dan penuh kerakusan!

Maka di ketika ini, *pipi my boo telah senget dan *matanya adalah tidak seperti tajam bak seludang lagi karna agak retak di situ.

Harus la kecacatan itu kekal buat seketika karna aku adalah belum mampu lagi utk mengapply plastic surgery buatnya until further notice.

So, telah rasmi dan declarenye semalam adalah hari tak best, suwey, malang, hampeh dan ngoks sedunia. Titik!!








*pipi= ala bumper depan tu..
*mata= lampu depan da..

Friday, August 17, 2007

Movie

Expressed by Noorita Yusof at 2:53 PM 1 thoughs.. Links to this post
This morning dalam Hot chat (post asyik² berkisar pasal topik radio je. nampak sgt takde idea, heh)derang cakap pasal movie yang meninggalkan kesan dalam hidup kita. dan jugak quota² yg terngiang² di telinga cam lalat hurung najis mughalazah.

I just luvvv this topic sebab mmg banyak gilers muvi muvi yg kalo tgk balik akan semerta menerjah nerjah je kenangan atau kisah kisah dan eksektra eksektra..

Dengan ini aku terimalah movie movienya dengan kenangan yang tersebut itu...
(sapa baru nikah tu familiar la kan dengan tatabahasa di atas. eheh)


GILA GILA REMAJA

haha.. sker sker cite ni.. skrip yang pasti membuatkan aku terbahak bahak ketawa cam pondan adalah "Nah, pakai ini, supaya kita tidak bertumbuk sesama sendiri", sambil menghulurkan kain merah kepada rakan rakan sepermotoran sebelum berfighting dengan group gagak hitam.

CINTA METROPOLITAN

- Keji tak keji cite ni pon ada kenangan. Actually seumur hidup tak penah tengok cite ni. Sebab tak jadi tengok karena takut abah marah gi tengok wayang lepas tuisyen. Tapi yg jadik kenangan tu sebab watak budak budak KRU tu ada nama Irwan dan Rizal - my ex boifren and my best fren's ex boifren pada ketika itu.

GEMILANG
Call me geli sebab gi tengok this film. Cam tak caya aku boleh tengok Erra ala ala bercinta ngan Hans yg tegak yang kayu jati lam cite ni. Aku adalah tidak dapat konsentret sebab my ex masa ni baru lepas chicken pox. sangat ketakutan duduk bersebelahan karna takut virus tu jalan kaki masuk lam kulit aku. huh.

ARMAGEDDON
Agak tuttt untuk diceritakan di sini. Tapi this is the most berkenangan movie penah aku lalui. Acece...

STORM RIDER
Tengok secara berjemaah hingga suku panggung tu penuh ngan group kami. Sangat menjerit histeria pabila Aaron Kwok kluar. Lek aa.. Baru tunjuk kuku dah menggulupur.. Hok aloh....!

CITE INDUSTAN APA NTAH TAJUK DIA
Tak tau cemane aku ngan bf aku (time ni bf gi) boleh tersesat ke lembah hina tengok cite ni. Sebab hero dia Salman Khan kot. Tergesa gesa meninggalkan panggung bilamana si Salman ngan Rani start main kejar kejar sambil naik basikal dalam longkang blakang rumah.

THE EYE
Cite antu pertama yang kami tonton yang mana isi panggung akan menjadi separuh di babak antu apek tua terapung dalam lif tu. Dua kali tgk cite ni, dua kali jugak ramai orang kluar time scene ni. Syabas bete la pakcik...

SHREK
Menonton dalam keadaan air mata berlinangan dan hati patah sebab baru gaduh ngan si dia padahal orang lain berlinangan air mata sambil gelak macam nak keluar isi perut!

LORD OF THE RING 2
Aku tertido di babak kemuncak sewaktu Gandalf datang dari arah timur membala bala' tentera mengambush Uruk Hai. what do u expect... Pukul 2 pagi ma... mau tak nganga aku tido...

HELL BOY
This movie is very imported from the hell la. Boley lagi 5 minit cite nak abih filem tersebut adalah menjadi terbakar! Burnedd! Terbakar okay dan tidak membuat lawak di sini. Tiba tiba sahaja tali filem tu cam wooshhh!!! brasap hangit dan wallah! bunyik alarm dengan merdunya!



hmm.. stakat stakat ingat ingat lupa ni tu jelah kot pilem pilem yg ada cite di sebalik tabirnya. Tapi pepehal cite bodoh yang paling aku suka tahap jatuh cinta nak kawin adalah 'WHITE CHICKS'. Campur kelmarin, dah pat ratus ke depalan puluh kali dah aku putar dvd tu. Kalo tayar beskal bukan stakat haus dah, dahaga kering tekak sampai rentung dah!



(actually baru masuk ke 38 kali tengok. heh tak cukup gi nak buat rekod rakyat mesia, "menonton filem sebanyak 50 kali sempena ulang tahun merdeka ke 50". best gak nih!)

Thursday, August 16, 2007

Me & My Ride

Expressed by Noorita Yusof at 10:47 AM 2 thoughs.. Links to this post
Sedutan minggu lalu...
(semalam sebenarnya, kunun nak sama cam cite sembilu. heh)

someone telah susah payah tagging aku suh cite psl kisah cinta nan lalu. Actually kena cerita kisah cinta pasal sume yg penah bertandang di hati la. tapi boleh tak aku tukar. Boleh tak tukar jadi tag pasal my 1st love saja. Malas aa wei cite yg lepas² tu.. tak koser dah rasa.

so dengan main ngelatnya aku tag lah balik orang lain dengan tajuk baru aku "Your first love".
Sila sila la buang masa ye orang orang di bawah:

1) Kak Zura - Now u know the whole story pasal dia kan. it's ur turn now. ngeh ngeh.
2) Ira
3) Liana
4) Farah - eh tak jadikla. sebab farah baru kawin. tak perlu nak kacau mood pengantin baru ni ;)

hmm cukupla tu. tak tau lagi sapa dah.



Today I'm in a mood to talk about my little angle. Here you goes..


Me & My Ride


1st ride. Harus berjalan dengan enjin tangan mama atau papa.

Boleh bawak kete sendiri woi!! Nyet nyet..! (Bunyik hon Miney Mouse).
Wooo Hooo!

My 1st kenderaan bermotor.
Saya menang moto... Terima kasih Pawarruttt (bak kata mak usu. kehkeh).

Up up to the sky...Wooshhhh!!

Awas mat rempit! Apa kejadah mak bapak ko menghalangi laluan. kasik aku lima posen cepat moto ni nak stop dah nih!

Prruuhhrrhh.... (bunyik kuder). Zorrora's cominggg....

My latest ride so far. Bila boleh naik Harley nih! Asyik kapcai je..

Tuesday, August 14, 2007

Amah, bukan Siti Hasmah

Expressed by Noorita Yusof at 10:51 AM 2 thoughs.. Links to this post
Sebagai pembuka mukkadimah kata I just wanna say that AC Mizal Zaini bin Dato' apende tu really made my day!

Mereka di radio Era rentak muzik terkini suka ulang lagu sama itu membicarakan mengenai amah. Bukan Siti Amah binti Zainudin atau amah tamah ataupun mari beramah tapi adalah amah merangkap orang gaji, ataupun orang diberi gaji, makan gaji dan bukan gergaji.

Mmbicarakan mengenai orang gaji ini adalah satu topik yang tidak berkesudahan seperti jugak makan. Makan adalah suatu agenda yang tidak berkesudahan juga. Pagi tadi makan, tghari makan, malam karang sudah pasti makan lagi, kelmarin makan, minggu lepas makan.. Kalo tidak makan adalah mati dan apabila mati siapa mau bayar gaji amah tadi.

Apa aku melalut ni.

Ok.

Amah aku yang didatangkan khas darik Jawa Tengah inik adalah currently berstatus baik. Baik maksud di sini adalah tekun, amanah, rajin, fatanah, baligh dan berakal.

Sungguhpun di mula mula hari dia tiba adalah memanaskan perasaan juga kerna agak keslow-an membuat kerja lagi agak agak seperti tukul dan pahat lagaknya. Setelah di brain wash dengan penuh berhemah olehku maka nampaknya otak dia cam kena tune sket. Baru la boleh dikategorikan sebagai amah. Jikalau tidak layak tercalon sebagai baju berkedut seribu yakni nak kena seterika macam nirmala bonat.

Ha lagi satunya, si amah aku ini adalah juara kepala pusing peringkat daerah kerana selalu akan pening pening di mana mana sahaja dia diangkut. Ok la, kalo balik trg tu layak la ko nak pening penin cam orang mabuk mengandung kan tapi kalo stakat gi kedai runcit depan pon nak melepek apa kejadah..!!???

Bau minyak angin toksah cerita la. Macam perfurm Cap Kapak Hilfiger je ok. Aku ok je lagi sebab ok la ok la, ko adalah tidak biasa kan. Tetapi ada ketika tu aku pon sama sama penat (dan layak mabuk sebab pegnen ok time tu), dan sepatutnya baring di katil berehatan, eh eh dia boleh sampai sampai je rumah, trus masuk bilik tido kerana pening.

Oh hebatnya amah aku yang tiada tandingan ini.....

Dan ya, dengan perilaku itu sudah cukup membuatkan hati di dalam ini panas ye puan puan. And I tell you aku adalah baik dan sangat tidak suka marah marah lagi mencipta pergaduhan. Namun jikalau andainya aku di dalam emosi marak membakar memang hampun maaf la dipinta.

Aku cakap slow je. Tak perlu menengking seolah orang itu adalah pekak lagi tuli kan. Just "Oh Eni penat ek.. pening ek.. kalo camtu saya lah jaga Eni lepas ni. nak saya picitkan kepala ke. takpe takpe. sofiya biar saya je lah jaga. beg pon biar saya je lah kemas. Eni gi la tido ek. tido bangun malam karang pon takpe. nanti nak makan apa meh saya masak meh."

Ohohohoh... I tell uols, dia adalah sangat secara tiba tiba tidak lagi pening ketika menaiki kereta dan pandai la pulak buat apa yg patut yg mana hati aku baru cam nak terdetik suruh. Trus pling dah siap.
heh.. bagus bagus.. pendekatan pysco ini..

Dan sekarang ok la. Kerja adalah memuaskan kerana buat menda rutin tanpa gagal. Tapi aku rasa dia ini di kampung ulu bunut dia tu adalah budak pemalas la. (Agak geram di sini). Aku adalah tidak suka sapu sampah yang mana sampah di depan mata sahaja. Bawah² kusi meja tu sapu la jugak wei! bawah karpet tu bawak keluar seme! nak debu tu berkumpul jadi gunung tahan ke??

Lagi satu kalo basuh bilik air tu sila sila lah berus sekali bawah sink. Ingat aku tak jenguk ke kat bawah tu. Lubang jamban jua harus berciut ok. Tell me that I am a cerewet mak encik! I pay u so what!?

Oh kasut selipar kat luar tu harus la tindan sahaja macam ko tindan spender ko dalam laci kan. Sila sila susun dengan tertib ye. Serabut pala otak akulah!

Perihal rumah aku malas la nak pikir sgt. Tapi kalo bab my baby, jemputlah jangan malas ye. Tidak sekali kali berkompromi.

Harus mula mula dia mendarat kat sini tu, secara tiba tiba leher anak aku mengelupas la.. tumbuh bijik² noda lah dan sebagainya. Oh sangat hebat bila mandikan anak aku tanpa bilas celah celah leher dan ketiak dia kan. Eh ada aku suruh mandikan dia pakai air satu baldi je..?? satu kolah pon lebih tau! jangan main main.. aku check in each and single part ok..!

cewah.. cerewet gila kan aku. hehe.. hey sapa yg tak macam ni come and tell me.
tapi skang setelah berkursus selama beberapa bulan dah ok la. tau apa aku suka dan tidak. heh bagus bagus. tapi tahap kerajinan harus digilap sket. tak tau nak kasik sumbat apa dalam anak tekak dia nak kasik rajin susun barang dalam fridge dan lap debu kat pc. aku jugak kena buat. lembab ke apa tang ni!

Tapi so far (bukan sofa) ok la. As long jaga anak aku ok, anak aku takde cacat cela, happy dan sihat, then takde masalah. lain lain hal tu boleh ditimbang tara.

One thing la dia ni semangat patriotik Indon tu menebal cam debu kat atas almari yang dia tak lap. Boleh skang kan byk iklan merdeka kat tv kan, boley dia ramah tamah bgtau hari merdeka indon adalah minggu hadapan (who cares duh!) dan disudahi dengan menyanyikan lagu negaraku indon dengan penuh akademi fantasianya! wallauwey...

Pulak kalo aku lepa je, takpun balik kerja ke, TV tu tak lain tak bukan adalah di channel ARUNA yakni rangkaian untuk bapak bapak ibuk ibuk dan orang taruk kain batik kat kepala. Aku rasa lama lama nanti anak aku bisak cakap Jawak nih!

Yang aku tak tahan dia ni cam Zubir Indon la. Segala macam pasal artis Indon seme dalam kocek dia. Ini dah kawen lah, anak brapa lah, cerai pahtu kawin dengan sapa lah, dah mati lah macam macam lah serba tau okeh. paling hebat dengan je lagu kita dia akan cakap "eh inik lagu indonesiak ni kak.. diambil dari indon ni.. iya betul.." aku senang je, "ngko memang seme indon. saya rasa paklah dulu orang indon gak. kalo nak tau kereta saya ni memang beli kat sulawesi selatan."

ha tu la serba sedikit (serba sebanyak sebenarnya) pasal amah aku yg sorang ni. still naif. tak kenal lagi chow kit pon (kalo kenal ada je la kang mintak cuti nak gi shopping tempe). so far hubungan Ok then aku bleh tido lena.

Huh, kalo aku tepon Era pagi tadi cite seme ni mau habis sepagi. Orang lain takde can tepon dah ni. Si Kiran mau tido kuar air liur dan si AC mau boleh gi makan nasik dulu ke.. Si Hani bleh sempat buat rambut wa cakap lu.

Monday, August 13, 2007

Demi ibu pertiwi...

Expressed by Noorita Yusof at 3:54 PM 1 thoughs.. Links to this post


Ok just take a look at this picture.

This picture was send to my mobile with very nice title entered- "Merenung jauh kat anak bini".
Oh very the meruntun perasaan kewanitaan aku okay.

Now you know la kalo aku mengepos blog ala ala sedih kasim selamat ni adalah berhakikat bahawa hubby tiada di persekitaran. Ye tak lain tak bukan selaku pekerja gomen, kursus je la kejenye..

Kali ini sangat hebat lagi latihan PKLN sebab dia mengursus diri di hutanan. Sangat pengakap kerana harus berkhemah serta menyamar renjer hutan pula. Sila rujuk gambarajah di bawah.




Sangat tidak gembira melihat dia di gambar sahaja yang mana api kerinduan mulai menjulang tinggi. Lambat lagi ok dia nak balik. (Barangsiapa menyampah membaca quota ini sila skip ke perenggan seterusnya).

Oleh kerana hujung minggu lepas aku menghabiskan masa dengan sofiya sahaja, maka tak lain tak bukan ghejanya makan la kan.


Ubat sedih 1: Kepala ikan siakap goreng berhalia.


Ubat sedih 2: Ketam masak lemak cili api. - Adalah tinggal seketul sahaja kerana lepas acara makan baru sedar cam ehh..! aku kan nak amik gambo lauk nih!

Nah dengan kaedah ini maka dapatlah memujuk hati sendiri yang nestapa. Baru skejap hubby call cakap dia baru balik hutan dan masih termengah mengah di biliknya. Nanti ada kelas lagi sebelah petang.

Ok dengan suara separa tidak cukup nafas dan penuh kesayuan itu membuatkan aku mengenangi air di bibir kelopak mata ini.. <-- Oh kenapa harus terus mengutara ayat sepoyor ini setiap kali. Macam la baru 1st time hubby outstation wei. Ni kali ke pat ratus ke sratus tiga puluh lapan dah wei!! Cukup Fendi, cukup!!

Thursday, August 9, 2007

Al kisah la gitu la nama dia....

Expressed by Noorita Yusof at 7:10 PM 0 thoughs.. Links to this post
I've been tagged by Kuman and Nad. So kat bawah ini minelah pulak.

My shweet little girl name is Ainin Sofiya Binti Ahmad Ariff. Below is the meaning of our beautiful baby girl.



Ainin : Cahayamataku
Sofiya : Yang Jernih & Bersih


How did we come out with this name?
Cemane ek.. It is just di satu hari yang indah tu, tengah tengah we all menyelakkan buku nama nama baby tu, terpandanglah akan nama ini dan serta merta jatuh cinta dan suka padanya.

Padahal konon konon time tu nak survey nama boy. Tatau kenapa semua nama boys yg ada tak memikat jiwa. Nama Ainin Sofiya tu jugak terus melekat di hati, both of us. So we all cam reserved la nama tu kan kalo kluar girl memang takde komprominye. Kasik nama ni trus.

So my baby is a girl. So that's her name, definitely..
Itulah kisahnya..


So referring to peraturan dan tatasusila tagging, berdirinya saya disini juga adalah untuk mengetag mama, ibu, umi, mak, mummy, papa, abah, ayah, daddy dan lain lain lah yang seangkatan.

- Munirah & Sutan.
- Joe & Zura.
- Zana.
- Tippie & Mandorm.
- Kerb.


Jadi sila silalah..

Thursday, August 2, 2007

Uje batu di negaro sebere, lebih baek di negaro sdiri..

Expressed by Noorita Yusof at 4:06 PM 1 thoughs.. Links to this post
Adalah very the biziest in the world aku sminggu dua ni. Bukan sahaja tidak dapat mengupdate blog, malahan segala galanya tidak sempat dilakukan hatta mengata 'hai' kepada friendster jua. Begitulah gerangan sibuknya hamba ini.

Actually banyak gile nak update. Hinggakan hilang dibawa angin masa.

Hmm.. Aku still cam kesian kat my hubby kerana mesti dia adalah very the kepenatan hari ini di opis kerana semalam adalah meeting dan pulang ke rumah hanya pada jam 11.30 malam.

Ye, jam 11.30 malam di mana aku sudah sedang tido sambil menonton tv.
Kononnya sangat mithali ingin menunggu suami, tetapi mata sudah mampu bertolak ansur lagi. Aku kan bz di opis. Penat okes..

Dan jua pada 2 hari lepas di mana dia jua bz yang amat di opis dan harus pula menghadiri kelas master pada selepas waktu kerjanya.

Dengan penuh semangat kebelajaran aku menghantar dia ke campus, dan dia dengan penuh gaya student tua-nya lengkap dengan beg galas penuh buku di belakang.

Namun taktala menjengah ke pintu kelas, dengan bangganya notis di situ bertulis

"Kelas Perhubungan Antarabangsa hari ini dibatalkan".

Adalah sangat WALLAH!


Sudahnya aku mematahkan diri kembali ke sana mengambil dia pulang. Nasib la aku masih bersenang lenang membuang uwang di KFC berdekatan, so kira dekatla lagi kan.

Kalo dah terlepas ke Jalan Kuching sana, memang la patah balik lepas maghrib la jawabnya ye yang...


Itu adalah kisah benar Neracha TV3 pasal hubby aku di minggu ini.

Aku?

Aku cam ntahla.

Kisah aku adalah kisah menyelesai report dan melunas request jua mereply email US users yang aku rasa cam wah! korang ni memang sangat pandai kan... Ingat aku castemer service ker..? Takkan nak pasang telepon pon tanya aku wei..!!

Ok sudah sudah!

Aku dah tringin lama nak mengongsi menda alah ni bersama semua.

Suatu penemuan yg aku rasa amatla very the wow lagi melazatkan!





Suara mat kelate ni adalah 430% lagi sedap dari Irwansyah. Dan lagi hebatnya aku ada kaset dia wei! Presh dari kelate mung!

Minak ko ore tino......
 

You know what.... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal