Tuesday, August 14, 2007

Amah, bukan Siti Hasmah

Expressed by Noorita Yusof at 10:51 AM
Sebagai pembuka mukkadimah kata I just wanna say that AC Mizal Zaini bin Dato' apende tu really made my day!

Mereka di radio Era rentak muzik terkini suka ulang lagu sama itu membicarakan mengenai amah. Bukan Siti Amah binti Zainudin atau amah tamah ataupun mari beramah tapi adalah amah merangkap orang gaji, ataupun orang diberi gaji, makan gaji dan bukan gergaji.

Mmbicarakan mengenai orang gaji ini adalah satu topik yang tidak berkesudahan seperti jugak makan. Makan adalah suatu agenda yang tidak berkesudahan juga. Pagi tadi makan, tghari makan, malam karang sudah pasti makan lagi, kelmarin makan, minggu lepas makan.. Kalo tidak makan adalah mati dan apabila mati siapa mau bayar gaji amah tadi.

Apa aku melalut ni.

Ok.

Amah aku yang didatangkan khas darik Jawa Tengah inik adalah currently berstatus baik. Baik maksud di sini adalah tekun, amanah, rajin, fatanah, baligh dan berakal.

Sungguhpun di mula mula hari dia tiba adalah memanaskan perasaan juga kerna agak keslow-an membuat kerja lagi agak agak seperti tukul dan pahat lagaknya. Setelah di brain wash dengan penuh berhemah olehku maka nampaknya otak dia cam kena tune sket. Baru la boleh dikategorikan sebagai amah. Jikalau tidak layak tercalon sebagai baju berkedut seribu yakni nak kena seterika macam nirmala bonat.

Ha lagi satunya, si amah aku ini adalah juara kepala pusing peringkat daerah kerana selalu akan pening pening di mana mana sahaja dia diangkut. Ok la, kalo balik trg tu layak la ko nak pening penin cam orang mabuk mengandung kan tapi kalo stakat gi kedai runcit depan pon nak melepek apa kejadah..!!???

Bau minyak angin toksah cerita la. Macam perfurm Cap Kapak Hilfiger je ok. Aku ok je lagi sebab ok la ok la, ko adalah tidak biasa kan. Tetapi ada ketika tu aku pon sama sama penat (dan layak mabuk sebab pegnen ok time tu), dan sepatutnya baring di katil berehatan, eh eh dia boleh sampai sampai je rumah, trus masuk bilik tido kerana pening.

Oh hebatnya amah aku yang tiada tandingan ini.....

Dan ya, dengan perilaku itu sudah cukup membuatkan hati di dalam ini panas ye puan puan. And I tell you aku adalah baik dan sangat tidak suka marah marah lagi mencipta pergaduhan. Namun jikalau andainya aku di dalam emosi marak membakar memang hampun maaf la dipinta.

Aku cakap slow je. Tak perlu menengking seolah orang itu adalah pekak lagi tuli kan. Just "Oh Eni penat ek.. pening ek.. kalo camtu saya lah jaga Eni lepas ni. nak saya picitkan kepala ke. takpe takpe. sofiya biar saya je lah jaga. beg pon biar saya je lah kemas. Eni gi la tido ek. tido bangun malam karang pon takpe. nanti nak makan apa meh saya masak meh."

Ohohohoh... I tell uols, dia adalah sangat secara tiba tiba tidak lagi pening ketika menaiki kereta dan pandai la pulak buat apa yg patut yg mana hati aku baru cam nak terdetik suruh. Trus pling dah siap.
heh.. bagus bagus.. pendekatan pysco ini..

Dan sekarang ok la. Kerja adalah memuaskan kerana buat menda rutin tanpa gagal. Tapi aku rasa dia ini di kampung ulu bunut dia tu adalah budak pemalas la. (Agak geram di sini). Aku adalah tidak suka sapu sampah yang mana sampah di depan mata sahaja. Bawah² kusi meja tu sapu la jugak wei! bawah karpet tu bawak keluar seme! nak debu tu berkumpul jadi gunung tahan ke??

Lagi satu kalo basuh bilik air tu sila sila lah berus sekali bawah sink. Ingat aku tak jenguk ke kat bawah tu. Lubang jamban jua harus berciut ok. Tell me that I am a cerewet mak encik! I pay u so what!?

Oh kasut selipar kat luar tu harus la tindan sahaja macam ko tindan spender ko dalam laci kan. Sila sila susun dengan tertib ye. Serabut pala otak akulah!

Perihal rumah aku malas la nak pikir sgt. Tapi kalo bab my baby, jemputlah jangan malas ye. Tidak sekali kali berkompromi.

Harus mula mula dia mendarat kat sini tu, secara tiba tiba leher anak aku mengelupas la.. tumbuh bijik² noda lah dan sebagainya. Oh sangat hebat bila mandikan anak aku tanpa bilas celah celah leher dan ketiak dia kan. Eh ada aku suruh mandikan dia pakai air satu baldi je..?? satu kolah pon lebih tau! jangan main main.. aku check in each and single part ok..!

cewah.. cerewet gila kan aku. hehe.. hey sapa yg tak macam ni come and tell me.
tapi skang setelah berkursus selama beberapa bulan dah ok la. tau apa aku suka dan tidak. heh bagus bagus. tapi tahap kerajinan harus digilap sket. tak tau nak kasik sumbat apa dalam anak tekak dia nak kasik rajin susun barang dalam fridge dan lap debu kat pc. aku jugak kena buat. lembab ke apa tang ni!

Tapi so far (bukan sofa) ok la. As long jaga anak aku ok, anak aku takde cacat cela, happy dan sihat, then takde masalah. lain lain hal tu boleh ditimbang tara.

One thing la dia ni semangat patriotik Indon tu menebal cam debu kat atas almari yang dia tak lap. Boleh skang kan byk iklan merdeka kat tv kan, boley dia ramah tamah bgtau hari merdeka indon adalah minggu hadapan (who cares duh!) dan disudahi dengan menyanyikan lagu negaraku indon dengan penuh akademi fantasianya! wallauwey...

Pulak kalo aku lepa je, takpun balik kerja ke, TV tu tak lain tak bukan adalah di channel ARUNA yakni rangkaian untuk bapak bapak ibuk ibuk dan orang taruk kain batik kat kepala. Aku rasa lama lama nanti anak aku bisak cakap Jawak nih!

Yang aku tak tahan dia ni cam Zubir Indon la. Segala macam pasal artis Indon seme dalam kocek dia. Ini dah kawen lah, anak brapa lah, cerai pahtu kawin dengan sapa lah, dah mati lah macam macam lah serba tau okeh. paling hebat dengan je lagu kita dia akan cakap "eh inik lagu indonesiak ni kak.. diambil dari indon ni.. iya betul.." aku senang je, "ngko memang seme indon. saya rasa paklah dulu orang indon gak. kalo nak tau kereta saya ni memang beli kat sulawesi selatan."

ha tu la serba sedikit (serba sebanyak sebenarnya) pasal amah aku yg sorang ni. still naif. tak kenal lagi chow kit pon (kalo kenal ada je la kang mintak cuti nak gi shopping tempe). so far hubungan Ok then aku bleh tido lena.

Huh, kalo aku tepon Era pagi tadi cite seme ni mau habis sepagi. Orang lain takde can tepon dah ni. Si Kiran mau tido kuar air liur dan si AC mau boleh gi makan nasik dulu ke.. Si Hani bleh sempat buat rambut wa cakap lu.

2 thoughs.. on "Amah, bukan Siti Hasmah"

Anonymous said...

haha... juling mata aku baca blog ko kali ni.
wah aku rasa ko adalah majikan baik hati la. ko ingat nirmala bonat berani nak bukak mulut. apatah lagi menyanyi riang..?! huh.

Azura on August 15, 2007 at 10:28:00 PM GMT+8 said...

eita... but u still have to be careful..sebab kak zura dah ade pengalaman dengan bibik indon nin.. padahal kak zura bukannye garang pun... abih tinggi die buat salah kak zura tarik muka jer...alih2 bile die berenti (tupun die offer diri nak berenti)..die mandremkan kak zura sekeluarga... hu hu hu ....

 

You know what.... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal