Friday, August 17, 2007

Movie

Expressed by Noorita Yusof at 2:53 PM
This morning dalam Hot chat (post asyik² berkisar pasal topik radio je. nampak sgt takde idea, heh)derang cakap pasal movie yang meninggalkan kesan dalam hidup kita. dan jugak quota² yg terngiang² di telinga cam lalat hurung najis mughalazah.

I just luvvv this topic sebab mmg banyak gilers muvi muvi yg kalo tgk balik akan semerta menerjah nerjah je kenangan atau kisah kisah dan eksektra eksektra..

Dengan ini aku terimalah movie movienya dengan kenangan yang tersebut itu...
(sapa baru nikah tu familiar la kan dengan tatabahasa di atas. eheh)


GILA GILA REMAJA

haha.. sker sker cite ni.. skrip yang pasti membuatkan aku terbahak bahak ketawa cam pondan adalah "Nah, pakai ini, supaya kita tidak bertumbuk sesama sendiri", sambil menghulurkan kain merah kepada rakan rakan sepermotoran sebelum berfighting dengan group gagak hitam.

CINTA METROPOLITAN

- Keji tak keji cite ni pon ada kenangan. Actually seumur hidup tak penah tengok cite ni. Sebab tak jadi tengok karena takut abah marah gi tengok wayang lepas tuisyen. Tapi yg jadik kenangan tu sebab watak budak budak KRU tu ada nama Irwan dan Rizal - my ex boifren and my best fren's ex boifren pada ketika itu.

GEMILANG
Call me geli sebab gi tengok this film. Cam tak caya aku boleh tengok Erra ala ala bercinta ngan Hans yg tegak yang kayu jati lam cite ni. Aku adalah tidak dapat konsentret sebab my ex masa ni baru lepas chicken pox. sangat ketakutan duduk bersebelahan karna takut virus tu jalan kaki masuk lam kulit aku. huh.

ARMAGEDDON
Agak tuttt untuk diceritakan di sini. Tapi this is the most berkenangan movie penah aku lalui. Acece...

STORM RIDER
Tengok secara berjemaah hingga suku panggung tu penuh ngan group kami. Sangat menjerit histeria pabila Aaron Kwok kluar. Lek aa.. Baru tunjuk kuku dah menggulupur.. Hok aloh....!

CITE INDUSTAN APA NTAH TAJUK DIA
Tak tau cemane aku ngan bf aku (time ni bf gi) boleh tersesat ke lembah hina tengok cite ni. Sebab hero dia Salman Khan kot. Tergesa gesa meninggalkan panggung bilamana si Salman ngan Rani start main kejar kejar sambil naik basikal dalam longkang blakang rumah.

THE EYE
Cite antu pertama yang kami tonton yang mana isi panggung akan menjadi separuh di babak antu apek tua terapung dalam lif tu. Dua kali tgk cite ni, dua kali jugak ramai orang kluar time scene ni. Syabas bete la pakcik...

SHREK
Menonton dalam keadaan air mata berlinangan dan hati patah sebab baru gaduh ngan si dia padahal orang lain berlinangan air mata sambil gelak macam nak keluar isi perut!

LORD OF THE RING 2
Aku tertido di babak kemuncak sewaktu Gandalf datang dari arah timur membala bala' tentera mengambush Uruk Hai. what do u expect... Pukul 2 pagi ma... mau tak nganga aku tido...

HELL BOY
This movie is very imported from the hell la. Boley lagi 5 minit cite nak abih filem tersebut adalah menjadi terbakar! Burnedd! Terbakar okay dan tidak membuat lawak di sini. Tiba tiba sahaja tali filem tu cam wooshhh!!! brasap hangit dan wallah! bunyik alarm dengan merdunya!



hmm.. stakat stakat ingat ingat lupa ni tu jelah kot pilem pilem yg ada cite di sebalik tabirnya. Tapi pepehal cite bodoh yang paling aku suka tahap jatuh cinta nak kawin adalah 'WHITE CHICKS'. Campur kelmarin, dah pat ratus ke depalan puluh kali dah aku putar dvd tu. Kalo tayar beskal bukan stakat haus dah, dahaga kering tekak sampai rentung dah!



(actually baru masuk ke 38 kali tengok. heh tak cukup gi nak buat rekod rakyat mesia, "menonton filem sebanyak 50 kali sempena ulang tahun merdeka ke 50". best gak nih!)

1 thoughs.. on "Movie"

Liana on September 12, 2007 at 5:16:00 PM GMT+8 said...

hehehe...
tapi dlm byk2 drama melayu ni laa...
yg paling kite suke tak lain dan tak bukan...
"Pengantin Popular"
bestnye kalo ada vcd citer tu... kalo dvd pun takpe, sanggup i beli i story u...
sampai sekarang ni dok teringat pergaduhan antara pelakon majalah dgn pelakon overacting itu...

 

You know what.... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal