Thursday, August 23, 2007

Tidakk!!!!!!!!

Expressed by Noorita Yusof at 3:14 PM
Semalam adalah tidak dapat mengupdate blog kerana jatuh pada hari ketar tangan serta lutut sedunia.

Aku rasa smalam memang hari sialan dan kesuweyan karna banyak sekali kejadian tidak diingini lagi meranapkan kegembiraan terjadi.

Dimulai di pagi hari ada terjadi sedikit persengketaan kechil aku dengan hubby. Sebab musabab adalah sangat bodoh sekali di mana aku merajuk kerana dia lupa untuk menyinggah di gerai nasik lemak kegemaran ok (walhal aku pon skali lupa). Sangat mencari pasal di ketika pertengahan Jalan Kuching adalah meroyan nak patah balik. Adalah sangat dekat lagi lapang kan Jalan Kuching itu.

Setelah berlakunya penarikan dan pemasaman muka selama 10 minit, wajah adalah kembali cheria kerana di radio berputarnya lagu kegemaran disusuli lawak lawak bodoh yang tidak berkesudahan oleh DJ² yang sorang botak lagi hitam dan sorang lagi berpeha besar itu.

Dan lagi kejadian dasyat sedasyat disaster terjadi pada waktu tengahari di mana ketika aku memandu dengan tabah ke tengah bandaraya kl yang terkenal dengan 'kelapangan' dan 'keselesaan' di ketika waktu lunch hour itu kan. Harus ke sana karna ada hal untuk diusai dan tiada pilihan selain meredah sahaja.

Klu klu kejadian tidak diingini telah dipaparkan seawal aku di depan Dataran Merdeka kerana secara tiba tiba tersalah jalan menuju ke pudu walhal destinasi adalah ke Jln Sultan Ismail. Adalah sangat 'tidak' hari-hari kan lalu jalan itu sewaktu kerja berhampiran KLCC dahulu.

Bila tersalah haluan itu hati sudah berdetik eh, kenapakah amat pelik sekali kerana berlaku perkara yang julung julung kalinya ini. Namun pemanduan diteruskan jua.

Tiba di Jalan Sultan Ismail aku boleh terlajakkan diri ke Kampung Baru pula. Amat apa kejadah secara tiba tiba terpaksa membuat u-turn.

Hati mulai tidak tenteram bagaikan ada sesuatu ketidak-best-an akan berlaku. Dan walllahh!

Akhirnya persoalan terungkai jua. Tepat di depan Menara Standard Chatered adalah seekor kereta yang secara zass!! harus membrek mengejut hinggakan aku yg tidak berapa laju ini mebrek emergency sehingga ingin terkeluar isi perut dan akhirnya...

Kcehs..!! Pranggg!!!!!

Adalah seolah cium cium manja sahaja kereta aku pada kereta itu namun itu sudah mampu membuatkan lampunya itu berderaian ke bumi.

Aku seperti cam Erkkk.... Apakah yang terjadi ini..?? Bolehkan aku Ctrl+Z dan terus pulang ke ofis sebaik sesat ke arah pudu tadi?

Dan begitulah kisahnya, maka melayanglah duit untuk membayarin dia dan harus berpikir bilakah harus ku betulkan bumper depan yg agak cacat ini.

Adalah sangat tin milo kereta mesia ini (tidak mengutuk, cuma mengata. eheh).
Ciuman bulu kucing sudah memecah dan membelahkan, apatah lagi jika ciuman secara paksarela dan penuh kerakusan!

Maka di ketika ini, *pipi my boo telah senget dan *matanya adalah tidak seperti tajam bak seludang lagi karna agak retak di situ.

Harus la kecacatan itu kekal buat seketika karna aku adalah belum mampu lagi utk mengapply plastic surgery buatnya until further notice.

So, telah rasmi dan declarenye semalam adalah hari tak best, suwey, malang, hampeh dan ngoks sedunia. Titik!!








*pipi= ala bumper depan tu..
*mata= lampu depan da..

0 thoughs.. on "Tidakk!!!!!!!!"

 

You know what.... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal