Wednesday, September 19, 2007

Silaunyee lah..

Expressed by Noorita Yusof at 2:55 PM 70 thoughs.. Links to this post
Today is the sangapest day in the world dalam diari kamus hidup aku. Kalo dah bz, bz sangat pulak sampai tak sempat nak garu leher, apatah lagi nak garu blakang. Lagi la tak dan. Sebab kalo garu blakang tangan kena piut ke belakang sikit, pahtu badan kena wat tegak pahtu.. (merapik!)

Free. Tapi seres takde idea.

Dengan ketiadaan idea ini maka aku mengepas lah sedikit sebanyak perhiasan di hari raya kelak bagi wanita wanita anggun dan cik mek molek.

Cik awang molek buleh gak order untuk yang tersayang. Begitu juga cik 'akkak' juga boleh order untuk diri sendiri. Namun dinasihati utk tidak mengorder gelang kaki. bukan apa, kelak takut tersembunyi gelang tersebut di dalam rimbunan bulu betis tersebut.

Nak inilah dia emasnya cik Mah oii... Akak kasik murah murah je ni ha.. Mas tulen bukan tipu oii.....









Derad derah la ooii....

Tuesday, September 18, 2007

Babai.....

Expressed by Noorita Yusof at 12:44 PM 0 thoughs.. Links to this post
Tonite Kak Elly, Iman, Hariz and Aunty Tie be will leaving (Abg Ray dah berangkat secara mendahulu). Leaving to somewhere far far away. Duno when they will come back 'ere again (estimated time is 2 years. tapi mana tau extend ke?).

They will share the same land together with Price William, Christiano Ronaldo and nenek David Beckham. Yes they will menapakkan diri di London, England (harus pronounce dengan slaga British okaaiiyy). Dan seterusnya memastautinkan diri diri Leeds. Oh alangkah oreng puteynyee..

I was very close to those kids. Especially Hariz. Dulu masa zaman zaman ketika bekerja shift, Hariz selalu datang umah tokma dia (as I oso staying with my inlaws, so I pun ada la skali). And everytime his mama amik petang petang, dia akan meraungkan diri dengan dasyatnya karna tidak mau balik dan karna ingin bermain dengan aunty Tita (yes it's me! dun ask why Tita. He created by himself!).

And now, they're growing. And no more berAunty Tita sangat dah ngan aku. But now they're very very close with my lil one. Terasa adalah kesayuan melihat mereka berkejaran buat kali terakhir, meronda ronda kereta mainan sehingga bergulingan, merebut bola yang ada cam 7-8 bijik, namun mengamuk nak bola yang sama dan macam macam lah.

Bcoz what you know, kalo depa takde, weekend weekend Sofiya adalah tiada geng lagi. Tu jelah sepupu sepapat (bukan sepepet k. baca betul betul) yang dia ada. So adakah tidak bosan itu?? Kesian anak mama...

So for you guys, good luck in your new environment of life. Selamat makan secara tidak sesuka hati dan berjumpa lagi di dalam surat khabar utusan-salam dari perantauan.

Will miss uollss!!

Sampai ketemu lagi....

Abg Ray yang sudah bergentayangan di Kota London.

Our Family!!

Thursday, September 13, 2007

Selamat Berpuasa!!

Expressed by Noorita Yusof at 12:51 PM 4 thoughs.. Links to this post
Happy Ramadhan to all...

Alhamdulillah, kita bersua lagi dengan bulan yang mulia ini. Bersama sama menjalani ibadah puasa, beribadat kepada Allah yang Esa.
Bersempena dengan bulan ramadhan ini, marilah sama sama kita merenung dan menyaksikan kehidupan mereka2 yang kurang bernasib baik dalam sama sama menjalani rukun islam ini. Bersama A-Kulliyah, kita berjumpa lagi selepas ini ..(Iklan DIGI ada mamat hensem).


Wahahaha.... Ada gaya gaya Fara Diba TV9 takpun Mahzan apa ntah kat TV3 tghari Jumaat tu. Camtula lebey kurang rancangan² kat tv kan bulan bulan posa ni.

Apa yang saya ingin utarakan (sambil tangan buat cam gaya mengutara utara gitu) di sini adalah akan kisah dan teladan yang saya sendiri mengalami pada bulan ramadahan yang lalu.

Sama sama kita saksikan.

(penat ok cakap ala ala Azrinar Mazhar Hakim ni. Untung untung boleh kawin ngan anak raja Brunei).


Ingat gi masa life kampus di Unibersiti Malaya dulu. Sangat gembira ok berpuasa bersama sama rakan rakan seangkatan walaupun tak mampu nak angkat rakan sebab aku cam agak agak kerempeng kan suatu ketika dulu.

Paling tidak dilupa (apsal aku rasa cam aku dah tulis aa pasal menda ni. Blasah la!), di waktu persahuran atau kata yang ada di dalam Kamus Dewan yakni sahur. Di awal awal kemunculan bulan posa adalah sangat bukan main sekali juadah sahur itu. Hingga sanggup bangun seawalnya dan memasak sardin (sardin pada ketika ini adalah suatu lauk yang amat wallah sekali ye), menggoreng telur dadar, jua kadang kadang tersesat masak lemak pucuk ubi. haha.. blah! mana nak carik santan kol tiga pat pagi wei! paling paling potato sambal ngan bilis je.

Then selepas menjuadahkan lauk lauk tak seberapa ni, secara tiba tiba akan bangunla budak budak yang tadi tido cam amat nyenyak cam orang mati kan. Sebaik tiba time menyenduk nasik ke periuk, sekonyong konyong pula bersimpuh erat di tepian sambil menghulur pinggan.

Jikalau perilaku ini berlangsung 4 ke 5 hari di awal puasa adalah tidak mengapa. Namun andaikata tiap tiap hari adalah begitu, adalah harus kami menuntut pampasan memasak dan gantirugi membeli bahan mentah daripada mereka bukan? adakah kami ini ibunda mahupun nenekanda mereka utk masak masak dan korang adalah tukang makan dan telan sahaja? sangat cantik bulu betis korang kan...

Jadi disusuli pula dengan kemalasan pada hujung hujung bulan posa kan, juadah sahur hanyalah seteguk air masak sahaja yg berada di dalam botol di tepi bantal. Then krohhh tdo balik. sekadar amik berkat kata orang.

Dan how about waktu berbuka? Berbuka di sini adalah merujuk kepada berbuka puasa bukan berbuka baju atau berbuka kasut, ataupun dalam bahasa omputihnya break fast ye. Bukan cepat patah atau patah cepat.

Masak memasak adalah di hujung minggu sahaja. (Ini pun jikalau tidak memenuhi tuntutan jemputan buka puasa oleh bakal mak mertua). Hari hari biasa adalah hanya memasak di pasar ramadhan berhampiran. sangat mudah. hanya perlu berkata, nasik ayam satu, atau nasi putih satu disusuli tindakan kaut kaut lauk 2-3 jenis, nah dah siap juadah berbuka itu..

Aku kira perkara perkara di atas adalah di atas normal la bagi budak budak stadi kan. biasa aa tu.. aku pon gitu gak...- kata budak budak itu.

tapi yang kurang normal adalah jikalau berbuka dengan gula gula mentos masak lemak di depan kain putih.

Huh apakah maksud??

Maksudnnya bukan berbuka depan orang mati ke apa. gile apo ko nak gi melawat orang mati time time buka posa. Bukak la dulu pepehal. Trawikh dulu ke beyak beyak dulu ke..

Apa yang aku maksudkan adalah berbuka puasa di dalam panggung wayang gambar ataupun pawagam la kata budak budak skang. Adalah kenapa sangat sanggup sehingga begitu sekali..??? Adakah menonton cerita Maria Mariana nak tengok Erra tendang orang sambil berkata "lepaskan dia atau aku tembak keting kau!".

Adakah korang kenal pada Karan?? Kenal pada Sameer jua Vicky? Tak pon Raj A. Malhotra, Ishika, Sanjana ngan Kiran? Ok la tak pon penah dengar ungakapan "Parampara"?

Ekeke... Nama sapa la plak aku tulis ni.. berbilang bangsanye kawan kawan ieta.. ekeke...

tapi itulah dia makhluk2 yang membawa kami seisi rumah berbreak fast (bukan breakfast ye. itu namanya puasa yang yok)di dalam panggung sehingga 2 hari berturut turut ye. syabas inspector sahab...!

ala... takkan korang tak tau cite Mohabbatein! Kalo tak tau sila rujuk buku sejarah wayang wayang sedunia tahun 2000 jilid ke pat puluh nam atau nak senang lagi gi google dengan menaip mohabbatein. taip betul betul ye. kalo salah eja ada gi website tamil padayapa plak kang.

Jadi itulah perlakuan tak bermoral kami di mana jika diketahui oleh ibu bapa nak nak atuk nenek adalah menyerah diri utk kena pelangkong dan jua pelekeh kepala jua oleh mereka. Paling busuk kena tadah telinga ngan nada dering mari membebel oleh ibu bapa di talian enpon.
(eh korang tolong aa tengok iklan DIGI. jari jariku kebas semua.. sms tak kira masa.... kita berbeza tapi sama... lalala...).

So itu lah kenangan indah yang paling diingati(yg latest la). Stiap kalo posa je, ingat mohabbatein dan gula gulanya. Kini rakan rakan persubahatan itu sudah ada life life sendiri dah. dah lost contact pon ada. rindu gile kat korang!!


Happy Selamat Berpuasa uolls!!

Wednesday, September 12, 2007

Relax paler jap!

Expressed by Noorita Yusof at 2:11 PM 0 thoughs.. Links to this post
Wah..................

Indahnya dapat menulis blog setelah sekian lama bergelumang dengan tulisan tulisan dan request request yang menyakitkan otak dan impulse saraf tunjang.

This entry takde cite sangat (walaupun berjutaan cerita ada sebenarnya). just nak mengeshare kegembiraan yang endless masa balik ganu last week.

Nak balik lagi la....... bila nihhhh!


Jalan menuju kebahagiaan di susuli kabus kabusan menebal di persekitaran.


Sofiya bermain chak chak dengan bibiknya sambil berkata di dalam hati "boringnya aku dok lam kete ni tak sampai sampai.."


Boringnya..la la la.....


Sofiya: Papa, apa kata kita singgah singgahan ke pantai ke. tepi gigi pantai pon jadik la!
Mama: Jap, nak kontrol cun sat.

Sayugia dimaklumkan bahawa tarikh di dalam gambar adalah auta (ni kes tak set date masa on). Faktanya adalah on Aug 07.


p/s: malas dah nak upload gambar. letak pilem aa snang. Tajuk wayang: Bersiar siar di pantai indah di bawah terik mentari nan membakar kulit (sketnye panjang tajuk. mau penuh satu poster di samping gambar2 pelakon termasuk tukang bancuh air bandung jua).

video
 

You know what.... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal