Thursday, September 13, 2007

Selamat Berpuasa!!

Expressed by Noorita Yusof at 12:51 PM
Happy Ramadhan to all...

Alhamdulillah, kita bersua lagi dengan bulan yang mulia ini. Bersama sama menjalani ibadah puasa, beribadat kepada Allah yang Esa.
Bersempena dengan bulan ramadhan ini, marilah sama sama kita merenung dan menyaksikan kehidupan mereka2 yang kurang bernasib baik dalam sama sama menjalani rukun islam ini. Bersama A-Kulliyah, kita berjumpa lagi selepas ini ..(Iklan DIGI ada mamat hensem).


Wahahaha.... Ada gaya gaya Fara Diba TV9 takpun Mahzan apa ntah kat TV3 tghari Jumaat tu. Camtula lebey kurang rancangan² kat tv kan bulan bulan posa ni.

Apa yang saya ingin utarakan (sambil tangan buat cam gaya mengutara utara gitu) di sini adalah akan kisah dan teladan yang saya sendiri mengalami pada bulan ramadahan yang lalu.

Sama sama kita saksikan.

(penat ok cakap ala ala Azrinar Mazhar Hakim ni. Untung untung boleh kawin ngan anak raja Brunei).


Ingat gi masa life kampus di Unibersiti Malaya dulu. Sangat gembira ok berpuasa bersama sama rakan rakan seangkatan walaupun tak mampu nak angkat rakan sebab aku cam agak agak kerempeng kan suatu ketika dulu.

Paling tidak dilupa (apsal aku rasa cam aku dah tulis aa pasal menda ni. Blasah la!), di waktu persahuran atau kata yang ada di dalam Kamus Dewan yakni sahur. Di awal awal kemunculan bulan posa adalah sangat bukan main sekali juadah sahur itu. Hingga sanggup bangun seawalnya dan memasak sardin (sardin pada ketika ini adalah suatu lauk yang amat wallah sekali ye), menggoreng telur dadar, jua kadang kadang tersesat masak lemak pucuk ubi. haha.. blah! mana nak carik santan kol tiga pat pagi wei! paling paling potato sambal ngan bilis je.

Then selepas menjuadahkan lauk lauk tak seberapa ni, secara tiba tiba akan bangunla budak budak yang tadi tido cam amat nyenyak cam orang mati kan. Sebaik tiba time menyenduk nasik ke periuk, sekonyong konyong pula bersimpuh erat di tepian sambil menghulur pinggan.

Jikalau perilaku ini berlangsung 4 ke 5 hari di awal puasa adalah tidak mengapa. Namun andaikata tiap tiap hari adalah begitu, adalah harus kami menuntut pampasan memasak dan gantirugi membeli bahan mentah daripada mereka bukan? adakah kami ini ibunda mahupun nenekanda mereka utk masak masak dan korang adalah tukang makan dan telan sahaja? sangat cantik bulu betis korang kan...

Jadi disusuli pula dengan kemalasan pada hujung hujung bulan posa kan, juadah sahur hanyalah seteguk air masak sahaja yg berada di dalam botol di tepi bantal. Then krohhh tdo balik. sekadar amik berkat kata orang.

Dan how about waktu berbuka? Berbuka di sini adalah merujuk kepada berbuka puasa bukan berbuka baju atau berbuka kasut, ataupun dalam bahasa omputihnya break fast ye. Bukan cepat patah atau patah cepat.

Masak memasak adalah di hujung minggu sahaja. (Ini pun jikalau tidak memenuhi tuntutan jemputan buka puasa oleh bakal mak mertua). Hari hari biasa adalah hanya memasak di pasar ramadhan berhampiran. sangat mudah. hanya perlu berkata, nasik ayam satu, atau nasi putih satu disusuli tindakan kaut kaut lauk 2-3 jenis, nah dah siap juadah berbuka itu..

Aku kira perkara perkara di atas adalah di atas normal la bagi budak budak stadi kan. biasa aa tu.. aku pon gitu gak...- kata budak budak itu.

tapi yang kurang normal adalah jikalau berbuka dengan gula gula mentos masak lemak di depan kain putih.

Huh apakah maksud??

Maksudnnya bukan berbuka depan orang mati ke apa. gile apo ko nak gi melawat orang mati time time buka posa. Bukak la dulu pepehal. Trawikh dulu ke beyak beyak dulu ke..

Apa yang aku maksudkan adalah berbuka puasa di dalam panggung wayang gambar ataupun pawagam la kata budak budak skang. Adalah kenapa sangat sanggup sehingga begitu sekali..??? Adakah menonton cerita Maria Mariana nak tengok Erra tendang orang sambil berkata "lepaskan dia atau aku tembak keting kau!".

Adakah korang kenal pada Karan?? Kenal pada Sameer jua Vicky? Tak pon Raj A. Malhotra, Ishika, Sanjana ngan Kiran? Ok la tak pon penah dengar ungakapan "Parampara"?

Ekeke... Nama sapa la plak aku tulis ni.. berbilang bangsanye kawan kawan ieta.. ekeke...

tapi itulah dia makhluk2 yang membawa kami seisi rumah berbreak fast (bukan breakfast ye. itu namanya puasa yang yok)di dalam panggung sehingga 2 hari berturut turut ye. syabas inspector sahab...!

ala... takkan korang tak tau cite Mohabbatein! Kalo tak tau sila rujuk buku sejarah wayang wayang sedunia tahun 2000 jilid ke pat puluh nam atau nak senang lagi gi google dengan menaip mohabbatein. taip betul betul ye. kalo salah eja ada gi website tamil padayapa plak kang.

Jadi itulah perlakuan tak bermoral kami di mana jika diketahui oleh ibu bapa nak nak atuk nenek adalah menyerah diri utk kena pelangkong dan jua pelekeh kepala jua oleh mereka. Paling busuk kena tadah telinga ngan nada dering mari membebel oleh ibu bapa di talian enpon.
(eh korang tolong aa tengok iklan DIGI. jari jariku kebas semua.. sms tak kira masa.... kita berbeza tapi sama... lalala...).

So itu lah kenangan indah yang paling diingati(yg latest la). Stiap kalo posa je, ingat mohabbatein dan gula gulanya. Kini rakan rakan persubahatan itu sudah ada life life sendiri dah. dah lost contact pon ada. rindu gile kat korang!!


Happy Selamat Berpuasa uolls!!

4 thoughs.. on "Selamat Berpuasa!!"

Liana on September 13, 2007 at 1:18:00 PM GMT+8 said...
This comment has been removed by the author.
Liana on September 13, 2007 at 1:22:00 PM GMT+8 said...

hahahahaha
mmg tak dpt dilupakan saat kenangan nan indah itu...
ada gak yg krup krap mkn twisties laa, pastu di hujung ceruk belakang lak dgr "tisss" bukak tin air laa...
'sigh'
miss the ol' days...
happy fasting kak...
miss ya

日月神教-任我行 on May 11, 2010 at 12:20:00 AM GMT+8 said...

走光,色遊戲,情色自拍,kk俱樂部,好玩遊戲,免費遊戲,貼圖區,好玩遊戲區,中部人聊天室,情色視訊聊天室,聊天室ut,成人遊戲,免費成人影片,成人光碟,情色遊戲,情色a片,情色網,性愛自拍,美女寫真,亂倫,戀愛ING,免費視訊聊天,視訊聊天,成人短片,美女交友,美女遊戲,18禁,三級片,自拍,後宮電影院,85cc,免費影片,線上遊戲,色情遊戲,日本a片,美女,成人圖片區,avdvd,色情遊戲,情色貼圖,女優,偷拍,情色視訊,愛情小說,85cc成人片,成人貼圖站,成人論壇,080聊天室,080苗栗人聊天室,免費a片,視訊美女,視訊做愛,免費視訊,伊莉討論區,sogo論壇,台灣論壇,plus論壇,維克斯論壇,聊天室

玉米蛋餅Stanly on May 12, 2010 at 11:05:00 AM GMT+8 said...

徵信社,尋人,偵探,偵探社,徵才,私家偵探,徵信,徵信社,徵信公司,抓猴,出軌,婚姻,劈腿,感情,第三者,婚外情,一夜情,小老婆,外遇,商標,市場調查,公平交易法,抓姦,債務,債務協商,應收帳款,詐欺,離婚,監護權,法律諮詢,法律常識,離婚諮詢,錄音,找人,追蹤器,GPS,徵信,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信社

 

You know what.... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal