Tuesday, October 9, 2007

Tajuk Karangan: Hujung Minggu Saya yang Lepas

Expressed by Noorita Yusof at 11:33 AM
Bertemu kita lagi di ruangan blog ini pada kali ini.

Kali ini saya ingin mengutarakan (jgn lupa tangan ala² mengutara tu) pasal percutian singkat saya di kampung Johor Bahru (kampung ke?).

Pada sabtu lepas, saya bersama sama suami dan anak tercinta beserta tukang jaga anak bersama bersama pulang ke kampung halaman suami di Johor Bahru.

Pulangnya kami ke sana adalah kerana raya tahun ini sekali lagi suami telah memutuskan untuk pulang lagi dan lagi ke kampung halaman saya di kola terengganu. Saya adalah tidak memaksa dia jauh lagi mengikat dia lantas menyumbat ke dalam boot kereta. Tetapi ia adalah berdasarkan keinginan dirinya sendiri kerana menurutnya di JB adalah tidak ada kemeriahan lagi.

Tiada kemeriahan di sini adalah bermaksud akan tiadanya atuk nenek utk disalam jua tiada anak anak buah buat dilayangkan ang pow dan diajak membakar wang, yakni bermain mercun dan bunga api. begitulah seadanya.

Jadi seperti telah diutarakan di atas (tangan tu, tangan), pulangnya ke JB adalah bagi berjumpa sanak sedara yang ada sambil bermaaf maafan dan berpeluk pelukan (bagi muhrim sahaja). Dan tidak ketinggalan bermaaf maafan dengan perut kerana secara tidak langsung memberi siksaan padanya kerana disumbat dengan pelbagai aneka ragam makanan arakiannya.

Apabila tiba bab makan, makanan serta pemakanan ini, sangat gembira ria sekali hati untuk berkongsi cerita.

Ingin saya jelaskan di sini, makanan yang wujud di pasar ramadahan di Bandar Baru Uda (harus spesifik lagi tepat) adalah seolah didatangkan dari istana ataupun dari singgahsana kayangan jua. Adalah amat sangat rambang mata, bukan bahang rambang (orang trg tak tau ni sila usaha lagi dengan memakan budu banyak banyak) apabila menatap pada setiap makanan yang ada di setiap gerai yang ada.

Saya tekankan sekali lagi di sini, jikalau di pasar ramadhan kl atau dengan lebih to'maninahnya, pasar ramadhan gombak, adalah harus membuat penawafan sebanyak 2-3 kali dahulu sebelum akhirnya memilih popia 2 bijik ke, murtabak pak din kecik tuet sebijik ke, ayam percik hitam legam lagi kaler merah seketul ke, atau paling paling satay yang kurus kering cam jari osman kering atau roti john yang daging cam ada 5-6 ketul kecik je kat dalam.

sangat cam apa aku nak beli ni weiii!! tak beli kang nak beli jugak!!

oh maaf. terkeluar format pula.

Oleh itu, saya dengan sangat menahan nafsu syaitan yang menebal di jiwa ini, akhirnya memilih utk 'merasa' roti john-sarat-daging-penuh-kat-dalam, (satu utk diri ini, lima belas utk suami. 15?? ye. sebab dia nak derma kat surau), soto ayam semerbak satu, mi baidali pak haji wahid satu(sedap gila!), nasik ambengg dua (satu utk Eni) ngan nasik beriani batu pahat satu (utk sahur da..).

Adakah layak digelar sebagai 'merasa'?? 'Merasa' or 'mentekedarah'??

Itu adalah bukan apa apa. Kerana apa yang aku ingin tekankan (takde ayat lain ke?) di sini adalah kepelbagaian juadah yg ada serta kepelbagaian aneka jus air liur yang terembes di dalam mulut kerana semuanya adalah kelihatan sedap belaka. hatta ke tempe goreng pon nampak heaven!

oh ya! kalo tak juadah berbuka ada tambah lagi satu iaitu ais-kacang-taruk-coklat-pekat-kat-atas tapi malangnya tidak buka pula kedai tersebut.

Sudahnya waktu berbuka itu adalah menjadi waktu berbuka kemudian di sambung dengan waktu moreh, disudahi dengan waktu supper sebelum tido dengan penuh perut kembungnya.

Pada hari esoknya pula, hari Ahad, sebelum menyusur pulang, diri ini adalah gatal mengajak suami ke kedai jamu di Angsana. Adalah aneka ragam jamu yang ada jua. Tapi jamu itu hanyalah sampingan semata mata kerana duit adalah sekali lagi dikikis di kedai kasut & sandal serta kedai baju baby. Sangat murah sekali harga barang barang di sini sehingga terkeluar dari mulut kami "tahun depan nak shopping raya balik je JB. takyah sogo sogo lagidah". lihatla betapa sungguh hebat sekali tempat ini.

Jika ditulis secara detail dan penuhnya akan menjadi berkajang kajang sate kajang la blog ini jawabnya. hatta balik sana baru 2 hari, tapi adalah jadual penuh terisi. Ingin sekali lagi saya tekankan (ok last last!) di sini bahawa saya tidak puas balik JB dalam masa seputet begitu sahaja. Belom lagi round ke sana kemari, makan di sana di sini.

Insya-Allah jika tahun depan suami ingin pulang ke JB (tapi kalo nak balik Trg pun takpe gak. Dinda tak kisah....), akan ku gunakan peluang sebaik mungkin yang ada dan sebaik mungking memanfaat makanan yg ada. (makan makan tak tinggal!).

Dengan ini saya sudahi dulu tajuk syarahan saya ini dengan ucapan salam dan selamat menunaikan ibadah puasa lagi sehari dua je lagi ni. semoga sempat bersua lagi sebelum balik ke kampung halaman heaven on earth, Terengganu Darul Iman...

3 thoughs.. on "Tajuk Karangan: Hujung Minggu Saya yang Lepas"

aez82 on October 9, 2007 at 4:20:00 PM GMT+8 said...

terime kaseh sebab promote JB..
hehe..

just blog-hopping frm taiko's blog. daa..

Azura on October 11, 2007 at 1:04:00 PM GMT+8 said...

wah..wah..berjalan betul..makan sesungguhnyer... he he he bile balik Ganu nin???

elevenapples on October 11, 2007 at 1:34:00 PM GMT+8 said...

aez82: yea... harus promote JB utk ruangan jalan jalan carik makan banyak..

azura: balik malam ni kak zura. meh la dumoh k.

 

You know what.... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal