Friday, November 30, 2007

Tak suka? Who cares!

Expressed by Noorita Yusof at 4:41 PM 2 thoughs.. Links to this post
Aku paling benci bila...

- Orang bodoh yang tidak berakal tapi perasan cool bila membelok tak reti reti nak bagi signal. Adakah tangan ko akan patah ataupon kepala lutut ko boleh tercabut bila menekan batang signal tersebut? Hanya bersebelahan tapak tangan lagi pulak. Lain la ko kena bukak bonet ke, nak kena terbalik kereta atau kena ketuk ketampi dulu kalo nak bagi signal tuh! Ketuk kepala baru tau!!

- Orang yang bawak kereta-nampak-cam-laju seperti BMW ke, Merc ke, Honda ke paling koman pon apa apa kete lagi yang lagi besar dari kete aku. Pahtu memotong macam la ko la sorang nak balik rumah. Dah potong pahtu boleh bawak kete yang mengalahkan kura kura sakit kencing manis. Kalo macam ni memang aku potong balik dengan asap ekzos (buat buat ada la walaupun takde. sila guna petrol tanpa plumbum) berucapan "sila simpan kereta anda di bawah katil jika Kelisa pon mampu meninggalkan anda pat ratus meter dibelakang".

- Orang yang tak reti reti nak senyum bila berselisihan atau terserempak secara langsung di mana mana. Macamla aku suka sangat tengok muka ko yang buruk tu! Tak senyum lagi buruk!!

- Orang yang biadap takde budi bahasa cakap terima kasih atau paling busuk pun "thanks" bila kita tolong dia buat sesuatu. Seperti tolong pegang pintu sementara dia terhegeh² nak punch ID card ke, tolong tekan butang 'Open' sementara dia terkejar kejar nak masuk lift, tolong bagi jalan kalo dah tak sabar sabar sgt nak meloncat dari shuttle, tolong ini tolong itu. Macam bagus sangat!

- Orang siamang yang tak flush jamban lepas tinggal taik selonggok. Tak pun flush tapi ada najis najis yang masih bergentanyang di sana sini, melekat sana sini. Hey, buta ke atau cacat otak!

- Orang yang suka buat bunyi Erkk!! Burrp!! ntah hapa hapa bunyi kasik kluar angin di tempat awam terutama di surau. Kalo ko dah banyak sangat angin satu badan, sila kentut di luar atau di rumah ko. Ingat aku suka dengar bunyi bunyi terkutuk ni?!

- Orang yang perasan lawa memandang aku dengan pandangan neraka dan penuh hasad dengki di dada. Aku tau la aku lagi lawa dari ko? Ada masalah..??

- Orang yang suka korek taik gigi pahtu boleh jentik bahan kumuh gigi bertebaran merata. Hey ko ni bangsa pengotor atau memang jenis gigi suka berak??

- Orang yang suka korek taik hidung pastu buat perkara yang sama pon tergolong dalam bangsa puaka di atas. Juga taik mata. Taik telinga. Taik kucing ko..

- Orang yang buat kerja terhegeh hegeh pahtu ada hati nak mintak tolong aku siapkan keje dia sebab nak balik sharp. Eh kalo ko nak balik sharp cam aku, sila buat keje laju dan efisyen cam aku boleh? Kalo dah kerja banyak dan lemb*b sila jangan malu malu untuk stayback.

- Orang buta huruf yang memang dah nampak status MSN/YM adalah BUSY dan masih lagi bertanya soalan berani nak mati - "ARE YOU BUSY??".

- Orang yang dah tau akan bahana dan akibat kalo buat satu menda tu. Pahtu boleh mintak pendapat aku pulak. Dah kata jangan monyet pon, buat jugak. Bila dah kena, baru nak menangis meratap kat aku, patut tak aku cakap "Ko memang monyet"!? atau "Dah dasar monyet"?! atau "Memang padan dengan muka ko monyet".

- Orang yang suka bertanya soalan yang jawapan adalah depan mata kepala otak ko seperti,

"Baru balik..?" Sambil memandang aku yang baru bukak kasut.

Ataupun "Had your lunch?" Sambil menegur aku yg baru pulang dari cafe.

Atau lagi "Is this your baby/hubby?" Sambil menatap gambar aku memeluk mesra seorang budak/lelaki.

Atau jugak, "Are you busy?" di kala aku mengadap pc sampai tak sempat nak gi toilet.

Kalo ko rasa penah dengar jawapan aku cam ni, sila tutup muka sekarang:

"Baru balik..?"
"Tak la, baru nak gi keje..".

"Had your lunch?"
"Tak la. Tadi gi kedai basikal betulkan bonet kereta".

"Is this your baby/hubby?"
"Mana ada. Ni la anak jiran sebelah/laki kakak ko".

"Are you busy?"
"Nope. I'm digging my nose".



Kalo nak senaraikan jenis jenis manusia annoying buat semak muka bumi memangla ramai. Nak senaraikan sampai raya Deepavali tahun depan pon tak abis.

Sebab apa aku emo ari ni?

Sebab hari ni paling banyak manusia tak berakhlak aku jumpa.

Sekian, terima kasih.

Tuesday, November 27, 2007

Tidak sesuai utk bacaan semua orang (terover sensitif, dont u dare!)

Expressed by Noorita Yusof at 2:59 PM 0 thoughs.. Links to this post
Okay....

Buat julung julung kalinya di dalam kehidupan ini aku mulai bimbang dan gusar dengan perkaaan GEMUK.

Suatu ketika dulu, semenjak sebelum baligh lagi pulak, diri ini adalah sangat tidak pernah berdepan dengan kata kata gemuk, berisi, tembam, chubby jauh sekali debab.

Sila abaikan kata kata ini jika menyentuh perasaan. aku adalah hanya cuba meluah rasa terpendam. jika ianya agak sensitif, sila halakan cursor ke sebelah kanan, atas, kira-kira 45 darjah dari sudut pukul 12 mengikut arah jam, dah klik sekali pada kotak berisi huruf X itu. Mudah sahaja.


Sambung.

Sedari kecik apa yg aku dengar hanyalah "kurusnya ieta..." ( cam namblas juta pat ratus bilion kali dah dengar ayat ni), "kerempeng sangat la ieta.." "eh tulang nampak la ieta..." "tajamnya siku ieta..." "ieta nye baju size xxxxxs ke..?"

So cam ala.. apesalla aku kurus sangat... tak cantik ok. sangat tidak bershape dan kurang jelita rasanya.

Ketidak-best-an ini berlarutan sehinggalah aku ke sekolah menengah. still slim melim. sekurus kurus diri, ada jugak yg berkenan. heh.

Then seterusnya ke alam matriks atau kata lainnya pra-u. Masih lagi mengekalkan kekurusan dan kenampak tulangan di mana mana. Namun begitu, pertulangan ini tidaklah lama. Kerana arakian makanan di Kolej Mara Banting (harusla highligh kerana adalah sangat bangga berada di kolej mahakarya hebat ini. nak tau, Dr Faiz angkasawan negara tetakan lengan pon berada di sini ketika itu. sangat mat stadi lagi pejalan kaki laju bak monorel. Tapi awek dia very the nurd kala ini, heh. Ok, iklan sekejap).

Sambung lagi ayat putus.

Namun begitu, pertulangan ini tidaklah lama. Kerana arakian makanan di Kolej Mara Banting ini adalah sangat sedap lagi sangat lazat (kalo cakap bab makan je, mata bersinar-sinar). Ditambah pula dengan baru belajar memakan Bun Sweetie perisa coklat yang amat sangat mendadahganjakan diri aku.

Makanya jikalau rutin harian adalah breakfast nasik lemak (kadang nasik goreng lauk ayam masak merah ditabur kacang kacang hijau, kadang nasik impit kuah kacang), minum pagi (which is aneka kuih muih dan kadang kadang ntah hapa2 bubur), lunch yang tak payah cerita la lauk yang nak posa sunat tiba tiba tukar niat, minum petang yang berpisang goreng, cempedak goreng, keledek goreng dan dinner yang lauk memang tak ingat akhirat punya (all this which is soooooo free of charge!).

Setelah mengulang² kejadian ini,si kurus kering ieta sudah transformers jadik bumblebee iaitu menjadi sangat berisi yang sangat tiba tiba.

Di mana peha peha telah menampakan selulit yg pling! menjelma. Muka sudah bulat bak bulan purnama sehingga senyum pon hilang segala lesung pipit enggang wat eva. Tulang tulang menimbul tenggelam dek lemak lemak di sana sini, bak kata Yusry lam Chenta Kolestrol (eh tapi aku belum tahap memakan ayam panggang seekor tak pandang kiri kanan. still pandang2 gak la).

Memang sangat hepi kerana akhrinya badanku sudah seperti orang lain. Tidak lagi digelar sekeping dan sebagainya.

Namun ketika itu, boifrenku sangat tidak setuju kerana dikatanya aku menjadi lain daripada yg dikenali (oh suka aku kerempeng ye). Jadinya demi menurut kata orang yg tersayang la kononnya, aku pon mulai mengurangkan makan dan makan dan makan, dan akhirnya kembali la aku ke Ieta yang melayang ditiup angin..

Strusnya ketika di waktu alam keuniversitian, aku berjumpa dengan seorang mamat yang hobinya adalah mengangkat besi besi beraneka ragam di gym (aka currently my beloved hubby).

Badan adalah berketul jadi tidaklah seganding dengan badan bak papan luncur. Jadinya dia secara tidak langsung menjadi jurulatih peribadi (cewah!) aku utk menaikkan berat badan. Menaikkan ye, bukan menurunkan seperti orang normal. jangan salah baca. bukan juga typo error.

Bersamamu, eh bersamanya aku juga menjadi minah mengangkat besi. Setiap petang di gym, minum susu (susu lembu of coz, susu badan tidak sekali kali ye), makan daging setiap hari (protein ye, protein) dan hasilnya nah, dalam masa 3 bulan sahaja, badanku mulai naik sedikit demi sedikit dan ada la shape shape yang didambakan tersebut..

I just like THANKS TO YOUUU!!

Dan berat badan ideal ini (cewah lagi!) terus terusan la kekal even ke sudah beranak pinak (even dah lama gila aku tak gi gym karna sibuk dengan urusan seharian).

Cam sangat berkesan amalan diet oleh Mr. Arip kita!

Namun begitu...

Akhir-akhir ini..

Kata kata yang seperi di alam mimpi la kalo aku nak dengar sebelum ini..

Kata kata yang tak mungkin ditujukan padaku..

Kata kata..

"Ieta nampak dah gemok la skang".

"Ieta dah gemok ek?"

"Ieta, are u put some weight..??" (dengan nada nada terkejut).

"Cik Ieta kelihatannya sudah gemuk ya dikit".

"Kita rasa Ieta dah cam gemuk sket la ek".

It was like GEMOOKKKK??

Kenapa perlu tidak menggunakan perkaatan lebih bersantun seperti berisi ke, chubby ke, 'sihat' ke...

Kenapa perlu sangat berterus terang cakap saya ni GEMOK???

Gemuk ke aku ni?

Takkan 52kg tu gemuk??

Dengan ketinggian ini, tu berat badan ideal what.....

Tapi bila difikirkan..

Baju saiz S sudah transformer ke saiz M or kadang² L (kadang kadang, okay).

Sluar saiz S juga jadik M or L jugak. (KADANG KADANG).

Pinggang suar dari 26 jadik 28??? (Err.. Which is not kadang kadang anymore).

Baju free size sudah menjadi baju fit taktala disarungkan ke badan?

Apakah ini tandanya memang aku sudah GEMOK...??????

Adakah aku perlu DIET??? (Which is so tidak pernah dilakukan, even tidak pernah terlintas di pikiran sebelum ini?)

Adakah aku perlu kembali ke pangkuan GYM???

Adakah aku perlu memakai KORSET?? (currently sudah dilakukan sebagai langkah langkah pencegahan awal).

Adakah aku perlu untuk tidak MASAK MACAM MACAM lagi (heh, ini tidak boleh dipertimbangkan. harus masak macam macam utk buat perut suami gembira).

Adakah aku perlu untuk TIDAK MENGAMBIL DINNER??

Adakah aku perlu buat apa apa lagi oleh mereka mereka yang "Saya ingin mencapai berat badan 45kg." "Turun 10 kilo dalam masa 5 hari.."

OR WAT EVA????

Oh help...!!


I think I shud start to think about this..

Friday, November 23, 2007

Virus baru

Expressed by Noorita Yusof at 4:34 PM 0 thoughs.. Links to this post
Artist: Sean Kingston
Album : Sean Kingston
Song: Me Love

Lyrics :

uh uh uh uh oh ooh
why'd you have to go-oh
away from home
me love.(x2)

see the first time me lookin at your eyes
me be tell you want a guy like me
we use to ave gud times on da evenin
me an you chillin on da beach

we use to kiss and caress an chess me
girl it feels so sweet
den one day you move
now I'm feelin kinda blue
cause we had to see you leave

i feel like I'm drownin in da ocean
somebody come and take me away

uh uh uh uh oh ooh
why'd you have to go-oh
away from home
me love.(x2)

now I'm sittin in a chair wit noone here
an I'm feelin all alone
thinkin to myself like
damn why my baby up and gone
its like I'm missin her and i know shes missin me
its been two years an a half in july will make it three.

i feel like I'm drownin in da ocean
somebody come and take me away

uh uh uh uh oh ooh
why'd you have to go-oh
away from home
me love.(x2)

why you leave me, wuh why you leave me
baby tell me, beh baby tell me
why you leave me, wuh why you leave me
why you leave me(x2)

i feel like I'm drownin in da ocean
somebody come and take me away

uh uh uh uh oh ooh
why'd you have to go-oh
away from home
me love.(x4)

[why you leave me, wuh why you leave me
baby tell me beh baby tell me
why you leave me, wuh why you leave me
]




OMAIGODDD!!


I just LOVE LOVE LOVE this song like CRAZY!!

Aku boleh ulang tayang lagu ni berulang ulang ulang kali tanpa jemu jemu malahan bertambah ceria di hati.

Ini adalah lagu berhantu potianak gua musang yang menyerang jiwa aku sekarang selepas Menghapus Jejakmu sebelum ini.

Menghapus Jejakmu telah jatuh ke tempat kedua dan bertukar menjadi hantu toyol je sebab kecik sikit.

Tapu belum terhapus jejak lagi sebab aku still boleh biol dengar lagu Peter Pan tu.

Anyway, berbalik kepada lagu ME LOVE ni, berikut adalah perkara pekara yang telah termampu dilakukan oleh lagu ini terhadap aku pabila mendengarnya:


- Dah habis ulang lagi, ulang lagi, ulang lagi sampai aku jemu (masalahnya tak jemu jemu sampai tahun depan pon tak jemu jugak!).

- Daripada tension keje, jadik ceria dan kerja semua jadik cam alamak senang je ni. Apsal tak terpikir tadi!

- Daripada berada di dalam perasaan amarah, secara tiba tiba tup tup nya perasaan kemarahan melayang entah ke mana diganti dengan perasaan yang best dah melayang layang...

- Daripada bermuka masam seperti buah pelam tak masak terus berupaya mengukir senyuman yang manis cam buah rambutan!

- Badan yang selama ini tegak kaku tidak bermaya telah tergedik gedik dengan sendirinya malahan seperti ingin berjogetan pula.

- Ah tak tau nak tulis apa lagi sebab telinga tengah dok layan lagi lagu ni yang ntah ke sembilan belas ratus kali dah aku pasang- THANKS A LOT MP3!!

- Just, ENJOY!

Thursday, November 22, 2007

Seme pasal saya...

Expressed by Noorita Yusof at 4:57 PM 0 thoughs.. Links to this post
Perkenalkan..


Ini adalah saya.

Nama saya Ainin Sofiya.

Saya adalah anak perempuan yang comel kepada mama dan papa saya.

Dengan kata accuratenya- their doter (baca betul betul. doter. bukan lotter. jauh sekali doti. doti tu baju panjang india hak kaler putih cam baju pijama wat tido. speaking londonnya, daughter).

Sewaktu artikel ini ditaip (artikel ye diulang), saya adalah genap berumur 1 tahun, 6 bulan, 2 minggu dah 6 hari.



Ini adalah kawan baik saya.

Namanya adalah teddy bear, nama timang timangan, bear.

Bear adalah berusia muda 2 bulan daripada saya. Jadi saya adalah lebih tua.
Ini tidak bermaksud bear harus memanggil saya dengan nama kak piya.

2 bulan bermaksud saya mula bersahabat dengannya ketika saya umur dua bulan. Jangan salah anggapan.

Saya pon kurang pasti apa bear panggil saya kerana bear kan mainan, mana boleh bercakap.... (cam eklan susu la pulak).



Ini adalah kawan sepertidoran saya.

Tapi sewaktu tidak tido pon saya berkawan juga dengan dia.

Nama dia Bi.

Seingat saya dari kecik Bi salu tukar tukar.

Kejap kaler pink, kejap putih kejap perpel.

Kejap gambor rimau, kejap gambo ramer ramer, yang terbaru ini gambo girrafe.

Walau Bi salu buat botox, namun saya sangat suka pada Bi.




Ini adalah kegiatan waktu lapang saya.

Dalam erti kata lain, kebolehan dan bakat terpendam saya.

Setiap kali saya melakukan aksi sebegini, mama dan papa selalu gelak cam hampir berguling-guling.

Ah, tak paham saya.

Adakah saya terlalu kiut..?




Ini adalah aktiviti saya di kala saya mulai bosan menonton Mickey di TV.

Setiap kali saya meroyan seperti ini, persekitaran rumah adalah seperti dilanggar burung garuda (burung garuda tu apa yek? main blasah je saya ni..).

Tapi mama tidak pernah marah pada saya.

Malahan mama pon turut serta.




Setelah penat, saya akan tido.

Tido saya pon kena harus bergaya juga.

Kerana papa suka amik gambar saya.

Nasib baik saya masih kelihatan jelita walaupun tidak sedar dunia.







Ini saya dan papa mama saya...

Saya rasa saya adalah seorang budak yang baik dan comel.

Sebab itulah papa dan mama sangat sayang pada saya.

Saya juga sayang pada mereka.

MMUahhH!!

Monday, November 19, 2007

~ ** Farewell to Miss Joey Yong.... ** ~

Expressed by Noorita Yusof at 3:40 PM 0 thoughs.. Links to this post


This is the picture of my beloved beautiful kind and pretty former Team Lead in our team. Yes, SRA team the power!

So Jemaat lepas adalah hari penghabisan pertarungan si pitung lah dia di bangunan HP ini.

Sebelum itu, adalah sangat terkejut, sedih, gusar dan gundah gulana apabila dia memberitahu bahawa dia adalah sudah menenderkan diri.

Tapi di kala itu adalah tiada sesiapa pun tau (kecuali rakan rakan miss momonya sahaja) bahawa dia ini bakalan meninggalkan persada kumpulan SRA yang hebat ini dan diuguti (ceh, ugut tu) bahawa tidak membocorkan rahasia ini pada sesiapa sehingga tiba waktunya.

Jadinya diri ini telah bersedihan secara bersendirian kerana tidak dapat mengeshare dengan sesiapa jua.

Dan paling memeranjatkan penuh keopocotan adalan hari last dia adalah hari Jumaat! Wah, sangat la esok lusa kan ketika dia memberitahu khabar yang sungguh wallah ini!

So dengan penuh berat hati dan limpa, terpaksa la jua merelakan kepergian rakan seperjuangan yang sangat cool lagi sporting ini.

So today, tempatnya yang kosong itu sudah tiada serinya lagi dengan gelak tawa serta bunyi bunyian persis mutiara video game yang datangnya dari arah keypad henpon kiutnya itu.

Tiada lagi hilai gelak ketawa bergosip secara bisu bisuan yakni hanya tangan sahaja yang berkeletak keletuk menekan butang butang hitam di hadapan mata ini (cubicle adalah sejengkal sahaja, namun tetap gigih bermsn seumpama seorang tinggal di Uganda dan seorang lagi sedang berhijrah ke Kepulauan Jawa).

So pada hari last day itu, kami berlapan (Me, Farah, Wawa, Zura, Sya, Hazreen, Hana & Azi) telah bersepakat membawa berkat membebankan dia dia seekor teddy bear bear besar berbulu-lembut-gile-nak-mam kat dia untuk kucup kucupan di hari muka. (Sila rujuk gambar di atas utk gambaran lanjut).

And before I step back and give a final babai to her, sempat juga diri ini menghadiahkan padanya seutas (seutas ke sebijik ke apa nih) key chain apple untuk tatapan di kala keboringan.



Adalah ada 3 ketul sahaja kerana apple sebelas bijik belum direkacipta.

For Joey, this thing I gave one for you, and I keep one with me. So that we can have a same thing at the same time and hopefully this can remind us in each other, forever..

Starting to miss u my fren!

Tuesday, November 13, 2007

Ada je yang tak kena..

Expressed by Noorita Yusof at 4:13 PM 0 thoughs.. Links to this post
Hoho..

Sapa la melepas lam jamban tadi dengan tak de pikir masak asam belimbing langsung.
Bau masya-Allah sebijik cam air lelehan kaler kuning dari lori sampah!

Pahtu di samping membuat onar pada hidung orang lain, boleh lagi melakukan dua kerja dalam satu masa yakni berbual bualan dengan orang sebelah pintu jamban dia.

I was like eh hello.. bukankah untuk melaksanakan tugasan besar itu haruslah dengan kadar konsentrasi yang tinggi..?

Patutla natijahnya bau yang terembes tu sangat nauzubillahiminzalik sebab membuat kerja sambil lewa.

Oh Pelis la!

Aku yang hanya ingin membetulkan tudung ini nampaknya harus membatalkan hajat atau pon meneruskan sambil bau cirit tu terlekat kat baju.

YIACKKKKKSSSSSSSSSSSSS!

Well.. apa nak cite hari ni aa. <-- sayugia dinobatkan bahawa hari ini adalah hari menghabiskan kerja sebelum 5.30! dah la backup keje orang, bersama kerja sendiri pula. Oh I'm just the fast worker.. muahaha... (perlu la riak sekali sekala).

Right now aku sedang berchatting dengan kawan kawan seangkatan dulu kala yang mana kini dalam proses meletakkan diri sebagai warga buyong atau dengan kata glemernye mak buyong.

Tak sangka budak budak yang dulu yang asyik2 ngan dialog cam "eh perut ieta dah besar la..." ataupun "kita sok pegnen cemane aa" atau jua "pegnen??? eee takuttt...!" tersebut sudah pun menerima nasib pertanyaan yang sama diajukan oleh orang lain.
(ayat apa spesis sammy bellu derme dare nih).

Senang kata tak payah runsing, budak² yg dulu cam mengandung tu adalah perkara believe it or not pada mereka, kini adalah mmg believe it la ko mmg dah jadik mak budak. ekekeke...

Nway, tahniah mubarako inspector sahab la diucapkan kepada mereka mereka yang ini kerana akhirnya hidup kita adalah sempurna, sesempurna seorang wanita yang dijadikan tuhan dengan seribu keistimewaan. Oleh itu marilah kita menghargai wanita wanita dan harusla kita sanggup berkorban untuk wanita demi kesejahteraan wanita sejagat. WANITA BOLEH!! (apsal cam ala ala Sharizat Kicap Jalil lak nih! Jalil je Jalin?? Blasah la..!)

Tapi dalam ramai ramai ada jugak yang cam eh tanak la ngandung awal awal... nanti orang kata terlebih produktif pulak...

I was like HOH!!!!

Kalo setakat alasan belum sedia, karier comes 1st, kumpul duit, honeymoon tak puas gi dan alasan alasan standard buku teks yang lain tu boleh la nak tercapai akal orang mendengornya.

Takde kejadahnya ko ngandung awal pahtu orang cakap "Wow! aktif produktif sensitif plaintif nye ko ini...!".

Paling tidak orang akan cakap "Wow! suburnya wanita itu". Ataupun "Ah, sungguh hebat suaminya itu. Ma'jun kuat salasah apa yang ditelannya itu..!?" Atau dengan kata kerja lain "Oh itulah hasil kegigihan dan berkat kerjasama suami isteri".

Hujah penggulungan di sini adalah pada mereka mereka yang dah kawin (yang tak kawin tu terkecuali. kalo nak jugak buat anak sebelum pegi akad, pikir2 la nak hantar anak kat rumah kebajikan mana mana. jangan pikir nak buang sesedap rasa hati jahat ko je.. (ada hati ke puak puak ni??).

apa tadi.

ha, kepada mereka yang dah kawin tapi belum berpikir, belum terlintas, belum dapat, belum rezeki nak ada baby tu, diam diam jelah. Tak payah la buat buat mesra alam komen orang lain yang mengandung, termengandung, accidently mengandung cepat tu. Dah tuhan tak sabar sabar nak bagi rezeki kat derang, ko apehal nak komplen? kata orang terlebih produktif pulak...

cewah, emo la plak minah ni.. ekeke... lek lek..

aku bukan emo ke apa... aku dulu takdela hari ni kawin, petang esok terus mengandung.
bak kata orang amik mood dulu..... 2-3 bulan baru la kita masuk status marilah pakai baju longgar di depan.

tapi sekadar menegur barang siapa yang telah terkata, saja kata, memang nak kata, suka hati aku la nak kata, kat kawan baik aku.

Dia dah dapat rezeki cepat tu, ok la tu... tak yah la ko nak komen apa apa yang mmg orang tak tanya pon... ala.. tau la ko pun nak gak kan... kan kan kan....

Usaha lagi ye..

kalo malas sangat nak berusaha, ok la tak yah cakap banyak..

sila sila la jadik mak buyung cepat kat http://ahmadiwira.blogspot.com.



Heh, tu je tujuannya. sekian terima kasih.

Saturday, November 10, 2007

Dapat tulih blog! Yeah!!!!!!

Expressed by Noorita Yusof at 2:33 PM 0 thoughs.. Links to this post
Saya adalah sangat bizi.

Sangat bizi sehingga sekadar mampu menulis blog setiap 3 minggu sekali.

Namun begitu saya tetap mampu untuk makan nasik pada setiap hari.

Bizi tidak bizi, nasik tetap nasik.


Ok, cukup.


Hari ini saya berkesempatan untuk mengupdate blog.

Karna?

Karna saya berada di rumah.

Karna di rumah tidak bizi tahap naga seperti di opis.

Karna di rumah pada waktu ini adalah hujan.

Karna hujan maka tidak keluar ke mana mana.

Karna tak keluar maka dapat update blog.

(Sila ulang korus)



Pada hari cuti, di rumah dan ketika hujan hujan begini, saya telah berkesempatan untuk memasak lauk yang pelbagai aneka rupa ragam serta berbilang bangsa.

Ini karna perut adalah seperti perut buaya dia mana hujan adalah sejuk.

Sejuk adalah lapar.

Dan lapar adalah menginginkan makanan yang lazat-lazat.

Seperti lauk pauk kampung.

Hmm... Shall we..???


- Tara... Lauk-pauk yang indah menawan.. -



- Kerisi dan keli goreng miau miau -



- Ayam masak padang psstt pstt (bunyi pedas pedas) -



- Sayur petola masak air berbudu buduan -



- Tempe goreng indonesiak -



- Sambal belacan al wajibalghunnah -



- Opps! Ikan merah masak asam tempoyak malam tadi punya ada sekalik -




Jadinya, keadaan selepas kejadian tidak perlulah lagi diungkai ungkai. Sudah pastinya sesi makan makan dan melahap lahapan adanya..

So, perut sudah kenyang, semayang zohor sudah difardukan, so it's tido time..........!!!



Monday, November 5, 2007

Cakap pasal raya lagi boley tak?

Expressed by Noorita Yusof at 5:04 PM 0 thoughs.. Links to this post
Okay.

Lama gila tak update blog (tapi belum mencapai tahap gila lagi). Baru la hari ni cam FUH!! (sikit nye kuat hembus nafas lega) dapat la check² email cam bertambun cam durian tambun, friendster yang berderet cam anak itik tokwi dan menjegah gossip² terkini (hah! Siti jadik Dato' Sri?? Gila ketinggalan aku!).

Hari dan petang ini aku ingin mengutarakan cerita cam ala² dah basi kot tapi belum terlalu basi bagi aku. Ala-ala masam masam manja gitu.. Cam rendang kering la, simpan pat blas tahun pon tak basi-basi. Agak agak kuman protonius palotak kat dalam tu dah sebati kot tu yg jadik tahan semacam tu.

Ceritanya nya aku nak senaraikan la (kalo paleotak takde idea camni lah) apa apa perkara menarik tak lupa juga perkara² keji sebelum, ketika (nyaris tulis ketiak tadi, heh)dan selepas raya.


Seminggu sebelum Raya

- Posa of coz. Tak posa tu bawak bawak la pegi bersunat. Yang tak posa dalam lima nam hari di pertengahan bulan itu tidak berkaitan. Takyah sunat sunat. Pakai pampers banyak².

- Posa dah tak rasa posa. Lapa tidak, dahaga tidak. Semangat berkobar balik kampung mengatasi segalanya. cewahh!

- Keje pon dah tak berapa nak keje. Tengok skrin nampak muka ma, abah, adik. Tengok keyboard nampak satay ayam. Tengok mouse terbayang ketupat. Tengok boss.. Buat kerja!

-Nada dering Balik kampung, Selamat Hari Raya, Menjelang Hari Rayaberderingan di mana mana. Apsal lagu Kak Pah mulut mungil takde aa..Prejudis aa korang..! <-- mengata diri sendiri nampak!

- Packing barang 3 hari sebelum balik. Gila semangat sial! Habis mak nenek nak sumbat dalam beg. Kalo boleh katil baby pon nak hangkut sekalik.

- Balik JB kejap singgah tengok Tok Chik. Amik gambar sedas dua dan sempat sambal baju sehelai dua serta kasut sepasang dua. Oh jua kuih raya sebalang dua err tiga!

- Bangun sahur kol 3 pagi sebab nak tolak balik KayTee kol 4. Semangat tak semangat jirus air sejuk di ketika embun jantan masih bertetesan. ewahh..


Ketika Raya

- Malam raya bantai main mercun dan bunga api aneka rupa. rasa cam malam merdeka pon ada. Tapi yang melebih bukan budak². Bapak bapak budak yang sakan!

- Bangun pagi pepehal siapkan mere bete Puteri Pangiran Nur Ainin Sofifa Saidatullahuwajha. Haha.. Nama cam anak Sultan Brunei ekeke.. Ainin Sofiya sayang mama je la.. Simple and nice muahh!

- Sambung atas. Siapkan anak sampai mak dia lupa nak bersiap. Pengakhirannya, si mama bersiap cam superman tukar baju. Bezanya superman ni pakai makeup dan tidak perlu berseluar dalam di luar keadaan tabii.

- Bersalam salaman dengan ma abah, aid. Dan boleh sekali kali terlupa untuk bersalam dengan suami tercinta. Oh sangat hebat terlupa kan? Sebabnya time tu sampin suami ala ala keterlondehan. Sudahnya bersalam di garaj kereta. dapat duit raya lak tu! yeyey!!

- Pukul 10 pagi baju raya sudah ada sedikit robek di bahagian bahu (sayugia diingatkan bukan ketiak ok. ketiak tak berapa nak tajam lagi). ini karna sofiya hogan tarik sebab takut kat budak budak laki yg muka cam "muahaha.. makan budakkk!!".

- 12 thgari. dah tukar baju sebab koyak kan. (koyak sikit je. tapi tukar jugak sebab nak melaram baju lain. weh baju ada 8 helai ok?? simpan buat apa!).

- satu hari suntuk beraya ntah kemana mana, makan ntah hapa hapa. sofiya pon satu hari tak tido tido. gila babas! tak berkembang tumbesaran otak anak I..

- Raya kedua dah meraban carik nasik putih... Bosan gila asyik2 nasik minyak, nasik beriani, satay, rendang, ketupat.. Kalo pekena masak lemak keli salai perghhhhh....!


Selepas Raya

- Nak balik KL meleweh gila. Dari pukul 9 pagi drag ke pukul 10. Dari kol 10 tiba tiba tukar pikiran nak makan nasik dulu la.. So dalam 12.30 baru tolak. Tu pon singgah situ sini.

- Drive dengan tidak penuh efisien sekali. Sekejap singgah pantai. Skejap singgah kencing. Singgah beli Twisties. Dan pelbagai persinggahan lagi.. (Balik Trg tak brenti kencing langsung wa cakap lu.. simpan nak kencing kat jamban rumah tuh! Wat a very rumahku syurgaku..).

- Brenti smayang punya lama cam buat semayang tahajud!

- Sampai KL cam oh boy... back to reality!

- Gi kerja cam bila lagi cuti aa. alamak hari sabtu lagi 5 hari aaa...



Ala.... time syok² idea bersembur ni ada plak meeting la apa. Klah klah. Jumpa di lain lembaran...
 

You know what.... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal