Tuesday, November 13, 2007

Ada je yang tak kena..

Expressed by Noorita Yusof at 4:13 PM
Hoho..

Sapa la melepas lam jamban tadi dengan tak de pikir masak asam belimbing langsung.
Bau masya-Allah sebijik cam air lelehan kaler kuning dari lori sampah!

Pahtu di samping membuat onar pada hidung orang lain, boleh lagi melakukan dua kerja dalam satu masa yakni berbual bualan dengan orang sebelah pintu jamban dia.

I was like eh hello.. bukankah untuk melaksanakan tugasan besar itu haruslah dengan kadar konsentrasi yang tinggi..?

Patutla natijahnya bau yang terembes tu sangat nauzubillahiminzalik sebab membuat kerja sambil lewa.

Oh Pelis la!

Aku yang hanya ingin membetulkan tudung ini nampaknya harus membatalkan hajat atau pon meneruskan sambil bau cirit tu terlekat kat baju.

YIACKKKKKSSSSSSSSSSSSS!

Well.. apa nak cite hari ni aa. <-- sayugia dinobatkan bahawa hari ini adalah hari menghabiskan kerja sebelum 5.30! dah la backup keje orang, bersama kerja sendiri pula. Oh I'm just the fast worker.. muahaha... (perlu la riak sekali sekala).

Right now aku sedang berchatting dengan kawan kawan seangkatan dulu kala yang mana kini dalam proses meletakkan diri sebagai warga buyong atau dengan kata glemernye mak buyong.

Tak sangka budak budak yang dulu yang asyik2 ngan dialog cam "eh perut ieta dah besar la..." ataupun "kita sok pegnen cemane aa" atau jua "pegnen??? eee takuttt...!" tersebut sudah pun menerima nasib pertanyaan yang sama diajukan oleh orang lain.
(ayat apa spesis sammy bellu derme dare nih).

Senang kata tak payah runsing, budak² yg dulu cam mengandung tu adalah perkara believe it or not pada mereka, kini adalah mmg believe it la ko mmg dah jadik mak budak. ekekeke...

Nway, tahniah mubarako inspector sahab la diucapkan kepada mereka mereka yang ini kerana akhirnya hidup kita adalah sempurna, sesempurna seorang wanita yang dijadikan tuhan dengan seribu keistimewaan. Oleh itu marilah kita menghargai wanita wanita dan harusla kita sanggup berkorban untuk wanita demi kesejahteraan wanita sejagat. WANITA BOLEH!! (apsal cam ala ala Sharizat Kicap Jalil lak nih! Jalil je Jalin?? Blasah la..!)

Tapi dalam ramai ramai ada jugak yang cam eh tanak la ngandung awal awal... nanti orang kata terlebih produktif pulak...

I was like HOH!!!!

Kalo setakat alasan belum sedia, karier comes 1st, kumpul duit, honeymoon tak puas gi dan alasan alasan standard buku teks yang lain tu boleh la nak tercapai akal orang mendengornya.

Takde kejadahnya ko ngandung awal pahtu orang cakap "Wow! aktif produktif sensitif plaintif nye ko ini...!".

Paling tidak orang akan cakap "Wow! suburnya wanita itu". Ataupun "Ah, sungguh hebat suaminya itu. Ma'jun kuat salasah apa yang ditelannya itu..!?" Atau dengan kata kerja lain "Oh itulah hasil kegigihan dan berkat kerjasama suami isteri".

Hujah penggulungan di sini adalah pada mereka mereka yang dah kawin (yang tak kawin tu terkecuali. kalo nak jugak buat anak sebelum pegi akad, pikir2 la nak hantar anak kat rumah kebajikan mana mana. jangan pikir nak buang sesedap rasa hati jahat ko je.. (ada hati ke puak puak ni??).

apa tadi.

ha, kepada mereka yang dah kawin tapi belum berpikir, belum terlintas, belum dapat, belum rezeki nak ada baby tu, diam diam jelah. Tak payah la buat buat mesra alam komen orang lain yang mengandung, termengandung, accidently mengandung cepat tu. Dah tuhan tak sabar sabar nak bagi rezeki kat derang, ko apehal nak komplen? kata orang terlebih produktif pulak...

cewah, emo la plak minah ni.. ekeke... lek lek..

aku bukan emo ke apa... aku dulu takdela hari ni kawin, petang esok terus mengandung.
bak kata orang amik mood dulu..... 2-3 bulan baru la kita masuk status marilah pakai baju longgar di depan.

tapi sekadar menegur barang siapa yang telah terkata, saja kata, memang nak kata, suka hati aku la nak kata, kat kawan baik aku.

Dia dah dapat rezeki cepat tu, ok la tu... tak yah la ko nak komen apa apa yang mmg orang tak tanya pon... ala.. tau la ko pun nak gak kan... kan kan kan....

Usaha lagi ye..

kalo malas sangat nak berusaha, ok la tak yah cakap banyak..

sila sila la jadik mak buyung cepat kat http://ahmadiwira.blogspot.com.



Heh, tu je tujuannya. sekian terima kasih.

0 thoughs.. on "Ada je yang tak kena.."

 

You know what.... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal