Monday, November 5, 2007

Cakap pasal raya lagi boley tak?

Expressed by Noorita Yusof at 5:04 PM
Okay.

Lama gila tak update blog (tapi belum mencapai tahap gila lagi). Baru la hari ni cam FUH!! (sikit nye kuat hembus nafas lega) dapat la check² email cam bertambun cam durian tambun, friendster yang berderet cam anak itik tokwi dan menjegah gossip² terkini (hah! Siti jadik Dato' Sri?? Gila ketinggalan aku!).

Hari dan petang ini aku ingin mengutarakan cerita cam ala² dah basi kot tapi belum terlalu basi bagi aku. Ala-ala masam masam manja gitu.. Cam rendang kering la, simpan pat blas tahun pon tak basi-basi. Agak agak kuman protonius palotak kat dalam tu dah sebati kot tu yg jadik tahan semacam tu.

Ceritanya nya aku nak senaraikan la (kalo paleotak takde idea camni lah) apa apa perkara menarik tak lupa juga perkara² keji sebelum, ketika (nyaris tulis ketiak tadi, heh)dan selepas raya.


Seminggu sebelum Raya

- Posa of coz. Tak posa tu bawak bawak la pegi bersunat. Yang tak posa dalam lima nam hari di pertengahan bulan itu tidak berkaitan. Takyah sunat sunat. Pakai pampers banyak².

- Posa dah tak rasa posa. Lapa tidak, dahaga tidak. Semangat berkobar balik kampung mengatasi segalanya. cewahh!

- Keje pon dah tak berapa nak keje. Tengok skrin nampak muka ma, abah, adik. Tengok keyboard nampak satay ayam. Tengok mouse terbayang ketupat. Tengok boss.. Buat kerja!

-Nada dering Balik kampung, Selamat Hari Raya, Menjelang Hari Rayaberderingan di mana mana. Apsal lagu Kak Pah mulut mungil takde aa..Prejudis aa korang..! <-- mengata diri sendiri nampak!

- Packing barang 3 hari sebelum balik. Gila semangat sial! Habis mak nenek nak sumbat dalam beg. Kalo boleh katil baby pon nak hangkut sekalik.

- Balik JB kejap singgah tengok Tok Chik. Amik gambar sedas dua dan sempat sambal baju sehelai dua serta kasut sepasang dua. Oh jua kuih raya sebalang dua err tiga!

- Bangun sahur kol 3 pagi sebab nak tolak balik KayTee kol 4. Semangat tak semangat jirus air sejuk di ketika embun jantan masih bertetesan. ewahh..


Ketika Raya

- Malam raya bantai main mercun dan bunga api aneka rupa. rasa cam malam merdeka pon ada. Tapi yang melebih bukan budak². Bapak bapak budak yang sakan!

- Bangun pagi pepehal siapkan mere bete Puteri Pangiran Nur Ainin Sofifa Saidatullahuwajha. Haha.. Nama cam anak Sultan Brunei ekeke.. Ainin Sofiya sayang mama je la.. Simple and nice muahh!

- Sambung atas. Siapkan anak sampai mak dia lupa nak bersiap. Pengakhirannya, si mama bersiap cam superman tukar baju. Bezanya superman ni pakai makeup dan tidak perlu berseluar dalam di luar keadaan tabii.

- Bersalam salaman dengan ma abah, aid. Dan boleh sekali kali terlupa untuk bersalam dengan suami tercinta. Oh sangat hebat terlupa kan? Sebabnya time tu sampin suami ala ala keterlondehan. Sudahnya bersalam di garaj kereta. dapat duit raya lak tu! yeyey!!

- Pukul 10 pagi baju raya sudah ada sedikit robek di bahagian bahu (sayugia diingatkan bukan ketiak ok. ketiak tak berapa nak tajam lagi). ini karna sofiya hogan tarik sebab takut kat budak budak laki yg muka cam "muahaha.. makan budakkk!!".

- 12 thgari. dah tukar baju sebab koyak kan. (koyak sikit je. tapi tukar jugak sebab nak melaram baju lain. weh baju ada 8 helai ok?? simpan buat apa!).

- satu hari suntuk beraya ntah kemana mana, makan ntah hapa hapa. sofiya pon satu hari tak tido tido. gila babas! tak berkembang tumbesaran otak anak I..

- Raya kedua dah meraban carik nasik putih... Bosan gila asyik2 nasik minyak, nasik beriani, satay, rendang, ketupat.. Kalo pekena masak lemak keli salai perghhhhh....!


Selepas Raya

- Nak balik KL meleweh gila. Dari pukul 9 pagi drag ke pukul 10. Dari kol 10 tiba tiba tukar pikiran nak makan nasik dulu la.. So dalam 12.30 baru tolak. Tu pon singgah situ sini.

- Drive dengan tidak penuh efisien sekali. Sekejap singgah pantai. Skejap singgah kencing. Singgah beli Twisties. Dan pelbagai persinggahan lagi.. (Balik Trg tak brenti kencing langsung wa cakap lu.. simpan nak kencing kat jamban rumah tuh! Wat a very rumahku syurgaku..).

- Brenti smayang punya lama cam buat semayang tahajud!

- Sampai KL cam oh boy... back to reality!

- Gi kerja cam bila lagi cuti aa. alamak hari sabtu lagi 5 hari aaa...



Ala.... time syok² idea bersembur ni ada plak meeting la apa. Klah klah. Jumpa di lain lembaran...

0 thoughs.. on "Cakap pasal raya lagi boley tak?"

 

You know what.... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal