Monday, November 19, 2007

~ ** Farewell to Miss Joey Yong.... ** ~

Expressed by Noorita Yusof at 3:40 PM


This is the picture of my beloved beautiful kind and pretty former Team Lead in our team. Yes, SRA team the power!

So Jemaat lepas adalah hari penghabisan pertarungan si pitung lah dia di bangunan HP ini.

Sebelum itu, adalah sangat terkejut, sedih, gusar dan gundah gulana apabila dia memberitahu bahawa dia adalah sudah menenderkan diri.

Tapi di kala itu adalah tiada sesiapa pun tau (kecuali rakan rakan miss momonya sahaja) bahawa dia ini bakalan meninggalkan persada kumpulan SRA yang hebat ini dan diuguti (ceh, ugut tu) bahawa tidak membocorkan rahasia ini pada sesiapa sehingga tiba waktunya.

Jadinya diri ini telah bersedihan secara bersendirian kerana tidak dapat mengeshare dengan sesiapa jua.

Dan paling memeranjatkan penuh keopocotan adalan hari last dia adalah hari Jumaat! Wah, sangat la esok lusa kan ketika dia memberitahu khabar yang sungguh wallah ini!

So dengan penuh berat hati dan limpa, terpaksa la jua merelakan kepergian rakan seperjuangan yang sangat cool lagi sporting ini.

So today, tempatnya yang kosong itu sudah tiada serinya lagi dengan gelak tawa serta bunyi bunyian persis mutiara video game yang datangnya dari arah keypad henpon kiutnya itu.

Tiada lagi hilai gelak ketawa bergosip secara bisu bisuan yakni hanya tangan sahaja yang berkeletak keletuk menekan butang butang hitam di hadapan mata ini (cubicle adalah sejengkal sahaja, namun tetap gigih bermsn seumpama seorang tinggal di Uganda dan seorang lagi sedang berhijrah ke Kepulauan Jawa).

So pada hari last day itu, kami berlapan (Me, Farah, Wawa, Zura, Sya, Hazreen, Hana & Azi) telah bersepakat membawa berkat membebankan dia dia seekor teddy bear bear besar berbulu-lembut-gile-nak-mam kat dia untuk kucup kucupan di hari muka. (Sila rujuk gambar di atas utk gambaran lanjut).

And before I step back and give a final babai to her, sempat juga diri ini menghadiahkan padanya seutas (seutas ke sebijik ke apa nih) key chain apple untuk tatapan di kala keboringan.



Adalah ada 3 ketul sahaja kerana apple sebelas bijik belum direkacipta.

For Joey, this thing I gave one for you, and I keep one with me. So that we can have a same thing at the same time and hopefully this can remind us in each other, forever..

Starting to miss u my fren!

0 thoughs.. on "~ ** Farewell to Miss Joey Yong.... ** ~"

 

You know what.... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal