Friday, November 30, 2007

Tak suka? Who cares!

Expressed by Noorita Yusof at 4:41 PM
Aku paling benci bila...

- Orang bodoh yang tidak berakal tapi perasan cool bila membelok tak reti reti nak bagi signal. Adakah tangan ko akan patah ataupon kepala lutut ko boleh tercabut bila menekan batang signal tersebut? Hanya bersebelahan tapak tangan lagi pulak. Lain la ko kena bukak bonet ke, nak kena terbalik kereta atau kena ketuk ketampi dulu kalo nak bagi signal tuh! Ketuk kepala baru tau!!

- Orang yang bawak kereta-nampak-cam-laju seperti BMW ke, Merc ke, Honda ke paling koman pon apa apa kete lagi yang lagi besar dari kete aku. Pahtu memotong macam la ko la sorang nak balik rumah. Dah potong pahtu boleh bawak kete yang mengalahkan kura kura sakit kencing manis. Kalo macam ni memang aku potong balik dengan asap ekzos (buat buat ada la walaupun takde. sila guna petrol tanpa plumbum) berucapan "sila simpan kereta anda di bawah katil jika Kelisa pon mampu meninggalkan anda pat ratus meter dibelakang".

- Orang yang tak reti reti nak senyum bila berselisihan atau terserempak secara langsung di mana mana. Macamla aku suka sangat tengok muka ko yang buruk tu! Tak senyum lagi buruk!!

- Orang yang biadap takde budi bahasa cakap terima kasih atau paling busuk pun "thanks" bila kita tolong dia buat sesuatu. Seperti tolong pegang pintu sementara dia terhegeh² nak punch ID card ke, tolong tekan butang 'Open' sementara dia terkejar kejar nak masuk lift, tolong bagi jalan kalo dah tak sabar sabar sgt nak meloncat dari shuttle, tolong ini tolong itu. Macam bagus sangat!

- Orang siamang yang tak flush jamban lepas tinggal taik selonggok. Tak pun flush tapi ada najis najis yang masih bergentanyang di sana sini, melekat sana sini. Hey, buta ke atau cacat otak!

- Orang yang suka buat bunyi Erkk!! Burrp!! ntah hapa hapa bunyi kasik kluar angin di tempat awam terutama di surau. Kalo ko dah banyak sangat angin satu badan, sila kentut di luar atau di rumah ko. Ingat aku suka dengar bunyi bunyi terkutuk ni?!

- Orang yang perasan lawa memandang aku dengan pandangan neraka dan penuh hasad dengki di dada. Aku tau la aku lagi lawa dari ko? Ada masalah..??

- Orang yang suka korek taik gigi pahtu boleh jentik bahan kumuh gigi bertebaran merata. Hey ko ni bangsa pengotor atau memang jenis gigi suka berak??

- Orang yang suka korek taik hidung pastu buat perkara yang sama pon tergolong dalam bangsa puaka di atas. Juga taik mata. Taik telinga. Taik kucing ko..

- Orang yang buat kerja terhegeh hegeh pahtu ada hati nak mintak tolong aku siapkan keje dia sebab nak balik sharp. Eh kalo ko nak balik sharp cam aku, sila buat keje laju dan efisyen cam aku boleh? Kalo dah kerja banyak dan lemb*b sila jangan malu malu untuk stayback.

- Orang buta huruf yang memang dah nampak status MSN/YM adalah BUSY dan masih lagi bertanya soalan berani nak mati - "ARE YOU BUSY??".

- Orang yang dah tau akan bahana dan akibat kalo buat satu menda tu. Pahtu boleh mintak pendapat aku pulak. Dah kata jangan monyet pon, buat jugak. Bila dah kena, baru nak menangis meratap kat aku, patut tak aku cakap "Ko memang monyet"!? atau "Dah dasar monyet"?! atau "Memang padan dengan muka ko monyet".

- Orang yang suka bertanya soalan yang jawapan adalah depan mata kepala otak ko seperti,

"Baru balik..?" Sambil memandang aku yang baru bukak kasut.

Ataupun "Had your lunch?" Sambil menegur aku yg baru pulang dari cafe.

Atau lagi "Is this your baby/hubby?" Sambil menatap gambar aku memeluk mesra seorang budak/lelaki.

Atau jugak, "Are you busy?" di kala aku mengadap pc sampai tak sempat nak gi toilet.

Kalo ko rasa penah dengar jawapan aku cam ni, sila tutup muka sekarang:

"Baru balik..?"
"Tak la, baru nak gi keje..".

"Had your lunch?"
"Tak la. Tadi gi kedai basikal betulkan bonet kereta".

"Is this your baby/hubby?"
"Mana ada. Ni la anak jiran sebelah/laki kakak ko".

"Are you busy?"
"Nope. I'm digging my nose".



Kalo nak senaraikan jenis jenis manusia annoying buat semak muka bumi memangla ramai. Nak senaraikan sampai raya Deepavali tahun depan pon tak abis.

Sebab apa aku emo ari ni?

Sebab hari ni paling banyak manusia tak berakhlak aku jumpa.

Sekian, terima kasih.

2 thoughs.. on "Tak suka? Who cares!"

zura said...

hihihih... emo nye ita..

tp byk yg i setuju...paling setuju adalah yang bila ade org buang angin dari mulut kuat- kuatttt kat surau.... dah le surau tu mmg macam dek kerana air liur yang tumoah masa tido...

eiiiiyarkk... geli nk kembang tekak....

Anonymous said...

aku setuju and setuju serta bertambah setuju(walaupun ko xminta suh org setuju) semua kenyataan diberi...begitu lah kehidupan harian kita(sentiasa jumpa org2 gitu dan keadaan cmtu)

 

You know what.... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal