Tuesday, November 27, 2007

Tidak sesuai utk bacaan semua orang (terover sensitif, dont u dare!)

Expressed by Noorita Yusof at 2:59 PM
Okay....

Buat julung julung kalinya di dalam kehidupan ini aku mulai bimbang dan gusar dengan perkaaan GEMUK.

Suatu ketika dulu, semenjak sebelum baligh lagi pulak, diri ini adalah sangat tidak pernah berdepan dengan kata kata gemuk, berisi, tembam, chubby jauh sekali debab.

Sila abaikan kata kata ini jika menyentuh perasaan. aku adalah hanya cuba meluah rasa terpendam. jika ianya agak sensitif, sila halakan cursor ke sebelah kanan, atas, kira-kira 45 darjah dari sudut pukul 12 mengikut arah jam, dah klik sekali pada kotak berisi huruf X itu. Mudah sahaja.


Sambung.

Sedari kecik apa yg aku dengar hanyalah "kurusnya ieta..." ( cam namblas juta pat ratus bilion kali dah dengar ayat ni), "kerempeng sangat la ieta.." "eh tulang nampak la ieta..." "tajamnya siku ieta..." "ieta nye baju size xxxxxs ke..?"

So cam ala.. apesalla aku kurus sangat... tak cantik ok. sangat tidak bershape dan kurang jelita rasanya.

Ketidak-best-an ini berlarutan sehinggalah aku ke sekolah menengah. still slim melim. sekurus kurus diri, ada jugak yg berkenan. heh.

Then seterusnya ke alam matriks atau kata lainnya pra-u. Masih lagi mengekalkan kekurusan dan kenampak tulangan di mana mana. Namun begitu, pertulangan ini tidaklah lama. Kerana arakian makanan di Kolej Mara Banting (harusla highligh kerana adalah sangat bangga berada di kolej mahakarya hebat ini. nak tau, Dr Faiz angkasawan negara tetakan lengan pon berada di sini ketika itu. sangat mat stadi lagi pejalan kaki laju bak monorel. Tapi awek dia very the nurd kala ini, heh. Ok, iklan sekejap).

Sambung lagi ayat putus.

Namun begitu, pertulangan ini tidaklah lama. Kerana arakian makanan di Kolej Mara Banting ini adalah sangat sedap lagi sangat lazat (kalo cakap bab makan je, mata bersinar-sinar). Ditambah pula dengan baru belajar memakan Bun Sweetie perisa coklat yang amat sangat mendadahganjakan diri aku.

Makanya jikalau rutin harian adalah breakfast nasik lemak (kadang nasik goreng lauk ayam masak merah ditabur kacang kacang hijau, kadang nasik impit kuah kacang), minum pagi (which is aneka kuih muih dan kadang kadang ntah hapa2 bubur), lunch yang tak payah cerita la lauk yang nak posa sunat tiba tiba tukar niat, minum petang yang berpisang goreng, cempedak goreng, keledek goreng dan dinner yang lauk memang tak ingat akhirat punya (all this which is soooooo free of charge!).

Setelah mengulang² kejadian ini,si kurus kering ieta sudah transformers jadik bumblebee iaitu menjadi sangat berisi yang sangat tiba tiba.

Di mana peha peha telah menampakan selulit yg pling! menjelma. Muka sudah bulat bak bulan purnama sehingga senyum pon hilang segala lesung pipit enggang wat eva. Tulang tulang menimbul tenggelam dek lemak lemak di sana sini, bak kata Yusry lam Chenta Kolestrol (eh tapi aku belum tahap memakan ayam panggang seekor tak pandang kiri kanan. still pandang2 gak la).

Memang sangat hepi kerana akhrinya badanku sudah seperti orang lain. Tidak lagi digelar sekeping dan sebagainya.

Namun ketika itu, boifrenku sangat tidak setuju kerana dikatanya aku menjadi lain daripada yg dikenali (oh suka aku kerempeng ye). Jadinya demi menurut kata orang yg tersayang la kononnya, aku pon mulai mengurangkan makan dan makan dan makan, dan akhirnya kembali la aku ke Ieta yang melayang ditiup angin..

Strusnya ketika di waktu alam keuniversitian, aku berjumpa dengan seorang mamat yang hobinya adalah mengangkat besi besi beraneka ragam di gym (aka currently my beloved hubby).

Badan adalah berketul jadi tidaklah seganding dengan badan bak papan luncur. Jadinya dia secara tidak langsung menjadi jurulatih peribadi (cewah!) aku utk menaikkan berat badan. Menaikkan ye, bukan menurunkan seperti orang normal. jangan salah baca. bukan juga typo error.

Bersamamu, eh bersamanya aku juga menjadi minah mengangkat besi. Setiap petang di gym, minum susu (susu lembu of coz, susu badan tidak sekali kali ye), makan daging setiap hari (protein ye, protein) dan hasilnya nah, dalam masa 3 bulan sahaja, badanku mulai naik sedikit demi sedikit dan ada la shape shape yang didambakan tersebut..

I just like THANKS TO YOUUU!!

Dan berat badan ideal ini (cewah lagi!) terus terusan la kekal even ke sudah beranak pinak (even dah lama gila aku tak gi gym karna sibuk dengan urusan seharian).

Cam sangat berkesan amalan diet oleh Mr. Arip kita!

Namun begitu...

Akhir-akhir ini..

Kata kata yang seperi di alam mimpi la kalo aku nak dengar sebelum ini..

Kata kata yang tak mungkin ditujukan padaku..

Kata kata..

"Ieta nampak dah gemok la skang".

"Ieta dah gemok ek?"

"Ieta, are u put some weight..??" (dengan nada nada terkejut).

"Cik Ieta kelihatannya sudah gemuk ya dikit".

"Kita rasa Ieta dah cam gemuk sket la ek".

It was like GEMOOKKKK??

Kenapa perlu tidak menggunakan perkaatan lebih bersantun seperti berisi ke, chubby ke, 'sihat' ke...

Kenapa perlu sangat berterus terang cakap saya ni GEMOK???

Gemuk ke aku ni?

Takkan 52kg tu gemuk??

Dengan ketinggian ini, tu berat badan ideal what.....

Tapi bila difikirkan..

Baju saiz S sudah transformer ke saiz M or kadang² L (kadang kadang, okay).

Sluar saiz S juga jadik M or L jugak. (KADANG KADANG).

Pinggang suar dari 26 jadik 28??? (Err.. Which is not kadang kadang anymore).

Baju free size sudah menjadi baju fit taktala disarungkan ke badan?

Apakah ini tandanya memang aku sudah GEMOK...??????

Adakah aku perlu DIET??? (Which is so tidak pernah dilakukan, even tidak pernah terlintas di pikiran sebelum ini?)

Adakah aku perlu kembali ke pangkuan GYM???

Adakah aku perlu memakai KORSET?? (currently sudah dilakukan sebagai langkah langkah pencegahan awal).

Adakah aku perlu untuk tidak MASAK MACAM MACAM lagi (heh, ini tidak boleh dipertimbangkan. harus masak macam macam utk buat perut suami gembira).

Adakah aku perlu untuk TIDAK MENGAMBIL DINNER??

Adakah aku perlu buat apa apa lagi oleh mereka mereka yang "Saya ingin mencapai berat badan 45kg." "Turun 10 kilo dalam masa 5 hari.."

OR WAT EVA????

Oh help...!!


I think I shud start to think about this..

0 thoughs.. on "Tidak sesuai utk bacaan semua orang (terover sensitif, dont u dare!)"

 

You know what.... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal