Wednesday, December 26, 2007

Holiday..

Expressed by Noorita Yusof at 4:33 PM 4 thoughs.. Links to this post
How did I spend my last Raya Haji up to Christmas Holidays..??



Friday - 21st Dec 07

My family came to visit us in KL as we don't have any plan to balik kampung this time.

My mum's delights on that nite. I just miss them so so much!!


Kiri atas: Asam pedas kepala ikan merah, Daging korban masak merah (sedap nak mampus!), sayur keladi (specially prepared by me).

Kiri bawah: Sambal belacan (macam biasa ler), ayam goreng hubby, sayur campuq.



Sesudah sesi mari mengembungkan perut, we all pusing pusing untuk melihat KL view on nite.

Shouldn't be introduced.




Suasana riang gumbira di dalam kereta.




Sofiya: "What ever..."


Setiap hari rutin Sofiya adalah bercengkerama bersama acunya.



Saturday - 22nd Dec 07

Pepagi buta sudah menjengah SOGO. Yes, tempat wajib ibuku jika dia berkunjung ke sini.

Setelah berjelir di SOGO, had lunch in one of the nearby Nasi Kandar's stall. Tidak sempat mengambil gambar kerana adalah sangat lapar.



Sunday - 23rd Dec 07

Marilah berjelir dan mengeringkan tas tangan di IKEA pula.

(I think kalo rumah ma ngan abah sejengkal je mau dia hangkut satu IKEA balik rumah).



Monday - 24th Dec 07

It's a sayonara time.. Sob sob.. :(


Have a safe long journey my heart and souls! (Even you're already safely arrived)



Tuesday - 25th Dec 07

It's a Christmas Day, but my feeling is a bit so so. Coz I'm miss my family very badly.

So untuk mengembalikan keceriaan, my hubby decided to bawak me and Sofiya jalan jalan dan makan makan again. This time I can choose my favourite!


Hah! Long time never see ya!


Tidak perlu menunggu lama.


Hubby tidak suka makan di Kenny Rogers. Hanya minum sahaja. Apakah yang diidamkannya..?


Sofiya's.


Singgah di kedai Gym & Fitness. Adalah sangat menjerit ingin menaiki bouncing horse ini.


Tidak mahu turun ye.


Tidak mahu turun jugak.


Ye, akhirnya kuda itu sudah selamat tiba di rumah..


Gaya anak yang ceria dan papa yang garu kepala kerana harus menyepend uwang yang tidak diduga.


Oh inilah rupanya yang papa idamkan. Adalah rela tidak menjamah apa-apa di Kenny Rogers semata mata ingin aku masak kari bawal untuk dia.

Friday, December 21, 2007

The other side of my beloved one..

Expressed by Noorita Yusof at 4:56 PM 0 thoughs.. Links to this post
Tell u something..

My hubby is so so...... ulat buku person.

He has a lot lot lot of books from any size, any topics, any writers, anything..

His books is like everywhere..

Located in each and every corner in our home..

Semalam, aku telah terserempak dengan salah satu buku.

Salah satu buku dari zaman dahulu kala.



Such an interesting book to spend time with..



Tetapi di helaian dalam...






Tidak perlu mengulas lanjut apa terjadi selepas itu..

*Perlulah ada panahan padayapa di sana..??

BWAHAHAHAHAHAHAHAHAHA.......!!!!!!!!!!!!!!

Wednesday, December 19, 2007

Demo @ HP

Expressed by Noorita Yusof at 11:54 AM 0 thoughs.. Links to this post
Mesti korang agak cuak kan pabila membaca tajuk di atas.

Kalo korang terus bukan entry ini tanpa banyak soal memang la sah sah korang ni busy body.

Tak pon, penah join BERSIH ke HINDRAF ke meroyan kat tengah jalan.

Hahah!



Sebenarnya ni adalah sedutan sedutan filem marilah sama sama buang masa pegi attend fire drill di HP.

Tu je, takde maknanya orang orang HP nak demo demo ni. Kalo demo soh naik gaji tu lain cite.

Hahah lagi!

So, marilah kita menonton gambar.

- Orang orang yang sangat gigih awal awal dah turun sebaik sahaja mendengar loceng sekolah fire drill berkumandang(termasuk tukang amik gambar, heh) -



- Okay.. sudah tiba masa pura pura panik -



- Sapa pulak buat sepanduk ni. Nak mintak lunch tengahari free ke? Bekspes free tak cukup ha..? -



- Oh rupanya adalah ketua kumpulan rumah tingkat 11. Ok kami harus berkumpul di sana -



- Tukang tukang aturcara majlis -



- Kereta bomba (utk sesiapa tak kenal). Abg abg bomba adalah sangat kanyak. Laratkah memadam kebakaran..? -


- Kaki kaki wanita wanita anggun yang menapak dari tingkat 11 tanpa gagal. Syabas kaki bete! -

Tuesday, December 18, 2007

Babai Yuen Chi....

Expressed by Noorita Yusof at 2:52 PM 0 thoughs.. Links to this post
Another farewell 'ceremony' in our team.

Kali ini adalah giliran our kind boss with such a lovely voice, Ms. Kam Yuen Chi.

It was such a 'WHAT??' feeling when she announced that her last day will be on tomorrow (14th Dec 07)!

It was like.. tomorrow..!! Sangat 'lama' lagi kan.

So, the meeting session was ended with acara potong memotong kek oleh bukan sahaja Yuen Chi, tetapi juga oleh ahli ahli lain yang juga meninggalkan persada SRA team yang gagah perkasa ini..

- Mangsa keadaan pada hari itu-


- Ok, bukan semua ini yang berenti pon. Bercampur jua dengan mereka yang menyambut hari jadi. Ala.. cam sambil menyelamm sambil minum air atau sambil bawak kereta sambil korek telinga gitu la... (From left: KC, Simon & Siong Kin) -


- Yuen Chi: Ok sapa nak makan sila jangan malu malu angkat tangan. Yang angkat tangan separa siku tu, sila ambil bau sahaja. -


- Bagaimanakah memotong? Blasah je la.. -



So... for Yuen Chi, it was such a good and wonderful moment working with you all along. Thanks for all your kindness and generous help. Don't forget us and Good luck in your future undertakings.

Monday, December 17, 2007

Akad Nikah - For Mr. & Mrs. Farid

Expressed by Noorita Yusof at 5:46 PM 0 thoughs.. Links to this post


video

Lafaz 1


video

Lafaz 2


video

Lafaz 3 - Alhamdulillah...

Wednesday, December 12, 2007

My Sleeping Child...

Expressed by Noorita Yusof at 3:12 PM 0 thoughs.. Links to this post


Watching you sleep..

Watching you breathe..

A peaceful end to another playful day.







More than a glowing sunset..

More than the shining stars..

You my little one take my breath away..



Newbie @ my Cubic

Expressed by Noorita Yusof at 1:00 PM 1 thoughs.. Links to this post




I JUST LOVE THIS STICKER!!

Friday, December 7, 2007

Buah Sakok

Expressed by Noorita Yusof at 5:43 PM 2 thoughs.. Links to this post
Korang penah dengar buah sakok tak?

Kenal tak?

Aku secara tiba tiba teringat la pulak kat buah ni.

Secara tiba tiba.

Jika secara tiba tiba teringat kat sesuatu apalagi jatuh dalam kategori makanan, maksudnya perut adalah lapar.

So back.

Aku tak tau la skang ada wujud lagi tak buah ni kat dalam dunia.

Sebab aku dah tak nampak dah bukan kata batang hidung sakok, pokok sakok pon takde.

Buah sakok ni adalah buang yang cam bijik bijik anggur (bukan anggur punya bijik dey) sebijik sebijik yang duduk segugus.

Kecik kecik adalah hijau, lama lama menjadi kuning, oren dan merah.

Paling merah sehingga kemaaron maaronan adalah paling masak.

Dedulu kami kekanak riang suka main (main ye, bukan makan) dengan buah ini.

Sebabnya satu, sebab adalah sangat comel.

warna merah menyala amat menggamit sanubari, selain menggamit lembu jantan (tapi takde la pulak lembu pegi tanduk buah ni. takde maknanya... <-- ayat budak² poyor sekarang).

Jadi pegi amik buah yang merah menyala ni nak menala dinding rumah nenek. buat tulis tulis cam papan hitam cikgu sekolah anta yang punya. Tak pon main tala tala kat batu bata. Apa faedahnya tak tau la.

Tapi sebagai budak yang kreatif, itu adalah satu cara utk menghibur diri dan rakan² jua. Jika untuk lebih buat kerja berfaedah lagi, buah ini akan diproses (diproses tuh) dan dijadikan snek utk dibuat hiasan. Mesti la dibuat makan. Heh. (tak klaka).

Prosesnya merangkumi:

- Petik buah ini di pokok kerana buah ini belum khatam cara turun dari pokok dan pegi ke pinggan secara sendiri.

- Pastikan buah yang diambil adalah BESAR dan SANGAT MERAH. Yang oren gelap ala ala lepas la. yang kuning, sila baling lembu.

- Kupas/kopek/koyok kulit dia.
Dulu aku dan sepupu sepupu adalah malas lagi tidak thrill mengupas dengan pisau. harusla melaksanakan dengan tangan. Akibat tidak mendengar kata dan nasihat orang tua, jari akan menjadi 'bekke' atau hapa ntah kuku jadik tak cantik, comot dan sakit². Jadi sila pakai pisau.

- Buah buah yang siap dibogel akan direndam dalam air. Tujuan? Tak ingat. Saja kot.

- Buah digoreng (tanpa minyak)di dalam pasir garam (pasir utk buat umah hak kaler kuning tu. ala yang kucing suka beyak kat dalam tu.. skang pon dah tak nampak sgt pasir ni. dah balik kampung kot). Aku tak pasti kenapa dipanggil goreng, padahal just kacau kacau je buah tu dalam pasir panas tu. Sehingga masak.

- Sampai tahap ini, jika mulut dah gatal sangat nak meratah, boleh la curik sebijik dua dengan alasan rasa rasa.

- Seterusnya, proses mendera buah yakni menumbuk dengan lesung batu sehingga buah menjadi sangat leper dan sangat nipis. Tujuan, sila teruskan.

- Tujuan, supaya senang dan lawa apabila digoreng. So buah ini adalah seperti kerepek jua. Dan goreng amatlah rangup dan sangat crunchie skali. Rasanya jua amat enak. Cubalah! <-- iklan kerepek buatan malaysia yang tak sapa sudi beli.

So begitulah faedah dan fungsi buah sakok ini. Skang dah tak ada la.. serius. pelik tol. :\

Pada sesiapa yang agak agak blur dan cam "ha..?" bila membaca entry ini mmg sah sah la anda budak bandar. kalo budak kampung mmg la budak kampung yang laukku tidak cukup masin.

Cemane rupa buah sakok??
Ini pokok buah sakok.

Ini adalah segugus buah sakok. Sekali tengok cam kelapa sawit, dua kali tengok cam buah sawit jugak.



Buah sakok yang merah menawan.




Sakok yang sudah dibogelkan.



Sudah didera sehingga leper.



Camtulah rupa buah ini. Rupa selepas menjadi kerepek gambar tidak dapat dikesan.

Ala.. sapa tak tau sakok, nama bandar dia adalah buah belinjau.

Tak tau jugak??

End.

Thursday, December 6, 2007

Suka Makan

Expressed by Noorita Yusof at 3:30 PM 1 thoughs.. Links to this post
Bertemu lagi kita di lembaran kali ini.

Di lembaran yang berlembar lembar ini saya ingin bercakap mengenai tajuk yang paling disukai.

Iaitu, MAKAN. (complain gemuk tapi makan byk tak tinggal).

Adalah lupa + tak sempat nak upload sebelum ini.

So, kira aci la ni.

Hmm patut kena ada column "suka makan" la.

Khas untuk topik makan apa, makan di mana, makan ngan sapa, makan makan sedunia.




**# ~~ Suka Makan ~~ #**
(Piknik)


- Nugget ayam. Keluaran Ramly. Mari katakan YA pada naget Ramli yg lazat dan penuh isi ayam. Dan katakan TAK NAK! pada naget Ayamas yang penuh dengan bahan rapu. -


- Sosej goreng ngan roti telur untuk sofiya -


- Roti goreng bercili untuk papa. Sebab apa utk papa je? Sebab pedas gile!
Tak tercapai akal lidahku. -


- Are you ready...???? -



Let's go picnic kat air terjun....!

Air terjun mana...

Air terjun taman KLCC...... Yeah!!!!




**# ~~ Suka Makan ~~ #**
(hari berikutnya di rumah)


Hari berikutnya juga adalah hari perut membuak sedunia. (Hari hari pon nafsu perut membuak).

So nafsu membuak = acara masak masak dengan banyakkk!!
(Adalah membalas dendam kerana hari kerja tak terkejaran nak buat. Setakat 2-3 lauk sahaja).


- Kerisi singgang pedas.. hmm teringat kat arwah Tok Nab. -



- Dada ayam masak merah sambal belacan. Lauk yang dicipta secara segera menggunakan lebihan sambal belacan 2 hari lepas yang ada. Lauk pedas pedas dan mengikis tali parut ini adalah tidak lain tidak bukan disajikan khas utk papa. -



- Labu air masak air. Sker labu... Sker..! -


- Kembung goreng yang tidak ketinggalan digandingkan dengan labu air. Ahh my feveret!!! -



- Lauk wajib. Pengikis perut. Ngeh ngeh. -


- Kerang bakar sebagai kudap kudapan -


- Marilah buncittt! -
 

You know what.... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal