Friday, December 7, 2007

Buah Sakok

Expressed by Noorita Yusof at 5:43 PM
Korang penah dengar buah sakok tak?

Kenal tak?

Aku secara tiba tiba teringat la pulak kat buah ni.

Secara tiba tiba.

Jika secara tiba tiba teringat kat sesuatu apalagi jatuh dalam kategori makanan, maksudnya perut adalah lapar.

So back.

Aku tak tau la skang ada wujud lagi tak buah ni kat dalam dunia.

Sebab aku dah tak nampak dah bukan kata batang hidung sakok, pokok sakok pon takde.

Buah sakok ni adalah buang yang cam bijik bijik anggur (bukan anggur punya bijik dey) sebijik sebijik yang duduk segugus.

Kecik kecik adalah hijau, lama lama menjadi kuning, oren dan merah.

Paling merah sehingga kemaaron maaronan adalah paling masak.

Dedulu kami kekanak riang suka main (main ye, bukan makan) dengan buah ini.

Sebabnya satu, sebab adalah sangat comel.

warna merah menyala amat menggamit sanubari, selain menggamit lembu jantan (tapi takde la pulak lembu pegi tanduk buah ni. takde maknanya... <-- ayat budak² poyor sekarang).

Jadi pegi amik buah yang merah menyala ni nak menala dinding rumah nenek. buat tulis tulis cam papan hitam cikgu sekolah anta yang punya. Tak pon main tala tala kat batu bata. Apa faedahnya tak tau la.

Tapi sebagai budak yang kreatif, itu adalah satu cara utk menghibur diri dan rakan² jua. Jika untuk lebih buat kerja berfaedah lagi, buah ini akan diproses (diproses tuh) dan dijadikan snek utk dibuat hiasan. Mesti la dibuat makan. Heh. (tak klaka).

Prosesnya merangkumi:

- Petik buah ini di pokok kerana buah ini belum khatam cara turun dari pokok dan pegi ke pinggan secara sendiri.

- Pastikan buah yang diambil adalah BESAR dan SANGAT MERAH. Yang oren gelap ala ala lepas la. yang kuning, sila baling lembu.

- Kupas/kopek/koyok kulit dia.
Dulu aku dan sepupu sepupu adalah malas lagi tidak thrill mengupas dengan pisau. harusla melaksanakan dengan tangan. Akibat tidak mendengar kata dan nasihat orang tua, jari akan menjadi 'bekke' atau hapa ntah kuku jadik tak cantik, comot dan sakit². Jadi sila pakai pisau.

- Buah buah yang siap dibogel akan direndam dalam air. Tujuan? Tak ingat. Saja kot.

- Buah digoreng (tanpa minyak)di dalam pasir garam (pasir utk buat umah hak kaler kuning tu. ala yang kucing suka beyak kat dalam tu.. skang pon dah tak nampak sgt pasir ni. dah balik kampung kot). Aku tak pasti kenapa dipanggil goreng, padahal just kacau kacau je buah tu dalam pasir panas tu. Sehingga masak.

- Sampai tahap ini, jika mulut dah gatal sangat nak meratah, boleh la curik sebijik dua dengan alasan rasa rasa.

- Seterusnya, proses mendera buah yakni menumbuk dengan lesung batu sehingga buah menjadi sangat leper dan sangat nipis. Tujuan, sila teruskan.

- Tujuan, supaya senang dan lawa apabila digoreng. So buah ini adalah seperti kerepek jua. Dan goreng amatlah rangup dan sangat crunchie skali. Rasanya jua amat enak. Cubalah! <-- iklan kerepek buatan malaysia yang tak sapa sudi beli.

So begitulah faedah dan fungsi buah sakok ini. Skang dah tak ada la.. serius. pelik tol. :\

Pada sesiapa yang agak agak blur dan cam "ha..?" bila membaca entry ini mmg sah sah la anda budak bandar. kalo budak kampung mmg la budak kampung yang laukku tidak cukup masin.

Cemane rupa buah sakok??
Ini pokok buah sakok.

Ini adalah segugus buah sakok. Sekali tengok cam kelapa sawit, dua kali tengok cam buah sawit jugak.



Buah sakok yang merah menawan.




Sakok yang sudah dibogelkan.



Sudah didera sehingga leper.



Camtulah rupa buah ini. Rupa selepas menjadi kerepek gambar tidak dapat dikesan.

Ala.. sapa tak tau sakok, nama bandar dia adalah buah belinjau.

Tak tau jugak??

End.

2 thoughs.. on "Buah Sakok"

avanseria on December 7, 2007 at 10:20:00 PM GMT+8 said...

woh.. buah sakok.. puah mikir deh... rupenyer buah belinjau lerr... kalu ganu said buoh bbinjaar...

norlinaanuar on May 7, 2008 at 2:03:00 PM GMT+8 said...

wahh saye tau buah ini...

blakang umah nenek saye ade dulu.. kecik2 dulu sllu makan.. tp rasenye nenek saye tak buat kepek.. dia bg kitorg makan je after goreng tuh..

tah le mebi mmg org kampung saye mkn camtuh or kami nih yg xsaba2 nk makan.. xbape nk ingat... bile dh besa nih mcm xpenah mkn dh...

nnt balik msia bulan 8 nnt saye nk g tinjau2 la.. kot2 ade lg...

kami panggey buah belinjar kalau xsilap...

eh2 lupe nk cakap.. salam berkenal2 :) cutelah itu sofiya :)

 

You know what.... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal