Monday, January 21, 2008

I'm 28!!

Expressed by Noorita Yusof at 2:41 PM 0 thoughs.. Links to this post
Yeah..

Im alredy 28!!

Actually 28 tahun 1 hari.

Coz my birthday adalah pada hari semalam.

Ye, another birth-day without my beloved hubby di sisi.
Adalah sedih kerana biasanya seawal 12 tgh malam sudah ada kucupan di dahi, but not again this year. (tahun lepas pon out station gak. Boss dia adalah sangat pendengki).

But it's ok, bak kata mere doste, Jieha, dia outstation karna mencari rezeki utk kami jua.


Well, so semalam aku telah menghabiskan hari pertama usia 28 tahun ini (aiyo lagi dua tahun aku akan dinaikkan pangkat menjadik makcik makcik tiga puluhan) bersama rakan rakan baik dan karibku sejak dari zaman perkampusan dulu.

Yes, Liana & Ira. Memang senantiasa akan free dan ada masa bila bila masa saja aku ajak depa kuar ke jumpa ke melantak ke, apa apa lah.

Aku telah dibelanjain oleh si Liana di Nandos memakan peri peri chicken yummy.
Biasanya masa masa sekarang aku tidak dapat sangat menerima makanan makanan agak heavy ini, jauh sekali makan sehingga kekenyangan, tapi smalam ok je lah pulak. Kasik can kot.

So, bawah ni adalah apa yg sempat disnap.



Ira punya. Lemon & Herb - Not so brave? ekeke...



Liana's. Mild one. Tak pedas pong.



Mine. Mild jugak. Apsal aku sorang je tadek bendera nih! Kamon la.. Aku tidak akan telan bendera itu ok.



I dunno y, gambar gambar orang tukang makan seme tak kelihatan di dalam telefon. Kenapakah hilang?? Ni mesti si Sofiya main main dengan telefon ini semalam lantas mengdelete gambar gambar tersebut.

Tapi takpelah, gambar makanan lagi penting.

Nway, thanks guys for the wonderful celebration, nice presents and yummy brunch. Sikit sebanyak dapatla mengubat duka di hati.

Luv u guys muahsss!

And for my frens di luar sana, thanks for the wishes, the presents, the messages, the call and what eva the lah. Thanks for still remember me and my special day.


Oh ya, balik dari berpoyaan dengan rakan rakan, rupanya my inlaws pon ada jugak surprise dia. Thanks guys...




Hopefully being 28 years old woman, mum and wife akan terus mematangkan dan menabahkan diri ini dalam menghadapi cabaran hidup dan realiti yang bakal dihadapi..

Wednesday, January 16, 2008

MyVi Zoomers

Expressed by Noorita Yusof at 4:49 PM 0 thoughs.. Links to this post
Wallauwey...

Adalah lama gilers tidak mengupdate.

Sampai tiada idea eheh.

Sebenarnya reason utama tak update adalah- geli dan nak muntah setiap kali bukak blog sendiri. PUK! :X


Ok hari ini ada la cite menarik sket nak dituliskan.

Smalam semasa di dalam perjalanan pulang dari opis ke ruman (harusla kan, takkan dari mid valley ke taman tasik pulak), di pertengahan jalan terdengar HOT FM mencanang bahawa MyVi Zoomers mereka berada di Tesco Selayang.

Adalah seperti stengah jengkal dari kami kan ketika itu.
(Kami: Merujuk kepada aku dan Zura. Ye aku tumpangkan Zura balik.)

Maka tanpa berlengahan, terus zupp! membelok ke Tesco tanpa ada kias kiasan lagi.

Ok Ok. Adalah mengejar MyVi Zoomers, Skuad Perodua Era ke apa2 ke adalah sangat kebudak budakan kan.

Tapi jikalau tidak perlu mengejar tetapi sudah di depan mata, tidaklah menolak kan.

Ok, pendek cite, takde orang di situ ye.

Termasuk kami adalah 4 umat je yg terlongo menunggu hadiah free. (hadiah mestila free kan).

Dalam banyak2 hadiah ada satu gift ni yg mmg di'aim' ok. Ia adalah cakera padat Dato' Datin Sri Hajah Siti Nurhaliza ye.

Walaupun tidak berapa suka pada orangnya, tetapi pada lagunya dan free pula adalah siapa tidak mahu kan.

Tetapi sebelum melayangkan disk si Siti ni, dinobatkan dahulu CD kumpulan hebat suria perkasa hitam, New Boys. Tomok! Tomok!

Sangat cam next!!!

Tapi yg sangat hebat adalah tiada soalan diajukan ok utk mendapatkan CD ini.

Just tanya siapa minat New Boys..??

................


Tiada yang bersuara ok.

Jauh sekali "SAYA! SAYA!!"


Tapi adala mamat ni cakap "Jiran sebelah rumah saya minat, bang".

Tanpa banyak soal, terus CD bertukar tangan ok.

Sangat hina dina CD mereka.

Sudahla free, tiada siapa berkehendak pula. Syiann...

Tapi yg geram tu adalah kami TIDAK DAPAT cd Siti ok.

Ada ke soalan lagu Ku Mahu tu brapa minit?

Adakah aku DJ atau apa nak kira kira lagu orang brapa lama? <- nada frust sebab gagal kan.

Sangat tidak puas hati ok!



Tapi.. tak kisah la. Tiket wayang dapat gak. (Rambo. Ni Rambo zaman Sylvester Stallon ke apa? Ke aku yang out of date?)


Namun keterujaan nak berkongsi cerita cam lenyap sebaik sampai di rumah.

Ye, hubby adalah tiada.

Jauh di negeri Saigon sana.

So sad.

So sangat hanyut di alam kerinduan.

Huhuhu...

Cepatla masa berlalu....

Monday, January 7, 2008

Happy New Year All - basi pon basi la....

Expressed by Noorita Yusof at 2:25 PM 1 thoughs.. Links to this post
Hi All..

Very the lama tak blogging.

Salah satu sebab adalah malas, takde mood, takde idea, takde masa, takde cerita. (adalah bukan satu sebab tapi bersebab sebab).

Tapi kata orang, nak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Jadi aku cuba utk tidak berdalih dan sedang cuba sedaya upaya.

Sebenarnya kurang ada mood sikit lately.

Tgk gambar makanan yg penah di post pon cam errkk!! X(



Nway, wanna share this with u guys.



Find out how she hold the pen!



I NEVER TEACH her AT ALL on how to hold the pen.

Secara tiba-tiba mengambil pen dan memegang seperti itu I was like.. EXCITED!

I mean cmon.. budak budak adalah memegang dengan gaya yang sumbang mahram sikit kan.

Tidak seperti orang dewasa kan kan.

Lain la ko letak tangan dia camtu then cepat² snap gambar! Haha..

Nway, glad to see that dia belajar sendiri (maybe salu tengok papa dia menulis. Tertonggeng menyibuk kat sebelah).

Tapi yg tak best tuh boleh dia melakar di cadar pemberian orang sewaktu perkahwinan ini dengan hasil nukilan dia.

Excited sangat sampai tak prasan cadar kuning ni dah ada conteng conteng.

Huwaaa...!!!


 

You know what.... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal