Wednesday, January 16, 2008

MyVi Zoomers

Expressed by Noorita Yusof at 4:49 PM
Wallauwey...

Adalah lama gilers tidak mengupdate.

Sampai tiada idea eheh.

Sebenarnya reason utama tak update adalah- geli dan nak muntah setiap kali bukak blog sendiri. PUK! :X


Ok hari ini ada la cite menarik sket nak dituliskan.

Smalam semasa di dalam perjalanan pulang dari opis ke ruman (harusla kan, takkan dari mid valley ke taman tasik pulak), di pertengahan jalan terdengar HOT FM mencanang bahawa MyVi Zoomers mereka berada di Tesco Selayang.

Adalah seperti stengah jengkal dari kami kan ketika itu.
(Kami: Merujuk kepada aku dan Zura. Ye aku tumpangkan Zura balik.)

Maka tanpa berlengahan, terus zupp! membelok ke Tesco tanpa ada kias kiasan lagi.

Ok Ok. Adalah mengejar MyVi Zoomers, Skuad Perodua Era ke apa2 ke adalah sangat kebudak budakan kan.

Tapi jikalau tidak perlu mengejar tetapi sudah di depan mata, tidaklah menolak kan.

Ok, pendek cite, takde orang di situ ye.

Termasuk kami adalah 4 umat je yg terlongo menunggu hadiah free. (hadiah mestila free kan).

Dalam banyak2 hadiah ada satu gift ni yg mmg di'aim' ok. Ia adalah cakera padat Dato' Datin Sri Hajah Siti Nurhaliza ye.

Walaupun tidak berapa suka pada orangnya, tetapi pada lagunya dan free pula adalah siapa tidak mahu kan.

Tetapi sebelum melayangkan disk si Siti ni, dinobatkan dahulu CD kumpulan hebat suria perkasa hitam, New Boys. Tomok! Tomok!

Sangat cam next!!!

Tapi yg sangat hebat adalah tiada soalan diajukan ok utk mendapatkan CD ini.

Just tanya siapa minat New Boys..??

................


Tiada yang bersuara ok.

Jauh sekali "SAYA! SAYA!!"


Tapi adala mamat ni cakap "Jiran sebelah rumah saya minat, bang".

Tanpa banyak soal, terus CD bertukar tangan ok.

Sangat hina dina CD mereka.

Sudahla free, tiada siapa berkehendak pula. Syiann...

Tapi yg geram tu adalah kami TIDAK DAPAT cd Siti ok.

Ada ke soalan lagu Ku Mahu tu brapa minit?

Adakah aku DJ atau apa nak kira kira lagu orang brapa lama? <- nada frust sebab gagal kan.

Sangat tidak puas hati ok!



Tapi.. tak kisah la. Tiket wayang dapat gak. (Rambo. Ni Rambo zaman Sylvester Stallon ke apa? Ke aku yang out of date?)


Namun keterujaan nak berkongsi cerita cam lenyap sebaik sampai di rumah.

Ye, hubby adalah tiada.

Jauh di negeri Saigon sana.

So sad.

So sangat hanyut di alam kerinduan.

Huhuhu...

Cepatla masa berlalu....

0 thoughs.. on "MyVi Zoomers"

 

You know what.... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal