Sunday, May 11, 2008

Hikayat Mengembara ke UK 1

Expressed by Noorita Yusof at 3:19 PM
Hoh. Only after 1 month++ saya baru berpeluang mengungkapkan sepatah dua kata selepas pulang dari percutian kami yang lalu.

Sangat banyak lagi bercucuran cerita yang ingin dikongsikan sehingga tidak ketahuan matta mana harus dimula.

Jadi senang kata, buat cam kronologi lah gitu.


19th Mar 08

- Balik keje terus tanpa berlengahan bersiap-siap kencing berak seme before bertolak ke KL Central @ 9 pm.

- Check in dulu and guess what tempat yg telah dichopin tu ada la pulak hamba Allah nak jugak. Apa ke bende rebut-rebut nih! So deal punya deal dalam stengah jam gak la bercokohan depan kaunter Emirates tu. Sofiya dah nam belas kali dok kira LRT lalu dah.

- Dari KL Central amik KLIA Express ke KLIA la (takkan Bukit Mertajam kot).

Inside KLIA Xpress or choo choo train bak kata Sofiya



20th Mar 08

- Sungguhpun bertolak dari KL Central pada 19hb, namun sampai kat KLIA dah 20hb dah.
Yelah, dah masuk kol 12 tgh malam da..

- So isik perut kat McD dahulu. Hamba just makan fries sahaja kerana takut sakit perut la plak dalam plane. Sakit perut kena yak yak. Kalo yak yak kena tinggal Sofiya ngan papa dia. Tinggal Sofiya ngan papa dia nanti dia nangis. Kalo nangis susah nak pujuk. So kesimpulannya elakkan kejadian yak yak di dalam plane.

- Bertolak ke Dubai (1st half journey) pada jam 2 pagi.
Inside Emirates Airline..


Bertolakkk!!!!

- Alhamdulillah dalam plane Sofiya tak meragam langsung! Syukur! Dapat tengok bulan sama tentang ngan plane adalah sangat seronok ok dia. On screen kat depan kita dapat tgk our plan perlahan2 merentasi benua, Malaysia (bye sob sob), Indonesia, India (lalu New Delhi, lagik), seterusnya menuju ke Timur Tengah.

- Arrived in Dubai airport after 7 hours journey. Oh bandar Dubai sangat cantik ok. Wow skalik utk depa! Aku dah start rasa penat. From plane kena naik bas la plak nak gi terminal. Dalam terminal harus kena berdiri la plak.. Lenguh kepala lutut la plak. ..

- Kat terminal manusia yang nak transit astaga raga bawa gi pasar punya ramai nye umat.... Ni nak gi mana korang korang ni wei! Si Sofiya lak ramai2 rimas nak kluar. Kluar ke mana sayang ooi karna kita harus kejar next plan plak ni... Nasib la proses checking2 run smoothly. Takde barang kena rampas ke apa2 lah. Padahal budu belacan sos sambal segala mak nenek ada ni ha. Dalam henbeg aku lagi la. Ngan biskut, roti, cekelat dan apa2 lagilah makanan sofiya (mak dia skali kot) kat dalam tu. Seme lepas. Alhamdulillah.

- Lepas checking berlari2 anak la plak nak gi kat gate kitaorang. Jauh nye mak aiii... Ngan Sofiya nak berdukung dengan aku sahaja (diulang, dengan aku sahaja ok, papa dia tanak), memang sangat hebat kan rasa. Memang betulla kata orang airport Dubai mahakarya punya besar. Tapi bagi aku mahasiksa nak sampai kat gate yang dituju. Haih!

- Finally jumpa gate. Teguk air water cooler dia tu cam nak abih setengah tank kan. Haus! (air dia cam rasa air zam zam pon ada gak).

- Boarding then bertolak ke Manchester dalam pukul 5 pagi (kot) waktu Dubai.

- Our 2nd half journey ni mmg seme kepenatan gile. Plane blom take off seme dah kroohhh... Terjaga bila derang nak kasik brekpes. Aku rela tido dari makan, tapi rela makan dari lapar kan. So makan la bekpes dia yg 'lazat' ituh.

- Kali ni on screen kita dapat tgk plane slowly masuk ke Europe. Melalui peta peta yang hanya aku tengok dalam map before, tapi tak terlintas nak sampai pon. Alhamdullilah rezeki ada kali ini.

- Oh lupa lak nak cite. Ada la sorang stewardess dalam percubaan bermesraan dgn Sofiya kan. Adalah salah orang. Sofiya oni can be seen, cannot touch hehe. Terus meraung yg cam ok u back off beb! Haha pucat jap wajah wanita itu. Ha satu gi, takde la lawa pon stewardess2 Emirates ni. Stakat muka cam Lucy pi mai pi mai tang tu je banyak. Lawa lagi aku hoho..!

20th Mar 08

Penat...

- Dah sampai Manchester airport... Masa landing butiran butiran snow dilihat berlekatan di cermin tingkap. We was like.. is that a SNOW..?? Apakah spring tapi ada snow...??

- Dah turun landing seme, dah terasa dah kesejukan udara mencengkam ke tulang hitam. Tapi kerisauan nak melepasi pegawai2 yg sedang sibuk menyelongkar beg tangan orang mengatasi segalanya. Once agaian, Alhamdulillah... seme selamat tanpa sebarang gangguan fizikal dan mental.

- Abg Ray dah tuggu nak bawak kami balik. The only thing in my mind rite now is BED...!


- Ha lagi satu nak cite, di UK seme baby diwajibalghunnahkan utk duduk di car seat. Penumpang belakang juga wajib dan bukan sunat muakkad untuk memakai belt (I think this shud be practiced in Malaysia to.. for safety reason of coz).
Jadinya, si Sofiya ni mmg dari sejak azali mmg sgt pemalu pada uncle Ray nya + mau berkepitan denganku sepanjang masa. So mmg tidak kejadah la dia nak duduk kat car seat tu. Maka meraung raunglah dia sampai nak kluar anak tekak, tapi aku pon nak kluar anak tekak gak sebab penat sgt. Sudahnya gulung dia dalam jaket then aku peluk. Terpaksa la Sofiya menyamar beg sekejap. Lagi kesian laki aku kat tmpt duduk belakang yg juga menyamar beg bersama sama beg beg gedabak yg lain..

- Journey from Manchester ke Leeds mmg menarik kalo nak meninjau view dia. Tapi lebih menarik kalo aku tido sekejap melelap mata..


ok sambung entry lain...

0 thoughs.. on "Hikayat Mengembara ke UK 1"

 

You know what.... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal